As Salam.
Destinasi terakhir ialah ke Tasik Dayang Bunting. Tiba ke jeti di TDB, kami sekali lagi disambut oleh monyet2 yang kelaparan. Penyambut tetamu tak bertauliah. Pak cik bot pesan agar jangan membimbit makanan atau botol minuman, pasti monyet2 tu akan cuba ragut dari kita. Kiranya monyet2 tu bakal menyerang kita. Seram jugak kan?
Perjalanan MMD bersama dengan Hazry yg berkerusi roda agak sukar kerana terpaksa memanjat tangga2 ke arah bukit. Perjalanan pergi tidaklah sesukar berbanding dengan perjalanan balik. Hanya pada satu peringkat terakhir je, Hazry terpaksa di dukung menuruni bukit untuk sampai ke pelantar di atas tasik.
Macam biasa, budak2 dah tak sabar nak berenang. Sewa life jacket RM5.00 + deposit RM5.00 setiap satu. MMD tak mandi pun. Hanya membersihkan Hazry yg telah membuang air besar di dalam diapernya. My beloved hubby yg mencebok dan MMD pegang Hazry kuat2, badan Hazry je di rendam dalam air tasik. Akhirnya Hazry siap dengan mandi sekali. Lea tak berani mandi kat sini. Sekadar tengok abang/sepupunya je mandi.
Ada satu spot yg ikan2 keli berkerumun pada kaki2 yg dibiarkan berjuntai ke dalam air. Banyak pulak tu. Tapi MMD tak berani bila mengingatkan berita baru2 ni yg spa ikan banyak ditutup perniagaan kerana kes jangkitan HIV.
Tempat yg kami semua berkumpul, adalah juga 2-3 ekor ikan di tepi pelantar. My hubby akhirnya berjaya menangkap seekor ikan dengan menggunakan plastik roti je. Sudah tentu my beloved hubby tak berani nak bawa balik. Lagipun, kata orang tua2, jangan bawa balik apa2 dari hutan atau dari tempat2 terpencil.
Mendukung Hazry untuk naik ke atas adalah pengalaman paling berharga. Rasa2 macam nak putus nyawa mendukungnya yg agak berat juga. Ye la...dia berharap pada kita 100%. My hubby bawak wheelchairnya. Walaupun tangga untuk naik tu tidaklah terlalu tinggi, tapi kami berhenti pada setiap beberapa langkah untuk tarik nafas panjang.
Rasanya2 MMD tak mungkin akan datang lagi ke TDB jika Hazry masih lagi berkerusi roda. Tiada kemudahan untuk orang2 yg macam Hazry/OKU. Nasib baik Hazry masih kecil.
Sebelum balik, macam biasa, berposing lagi beramai2.
Pak cik bot berhenti seketika dan memberitahu pada kami semua yg gunung inilah berupa perempuan bunting. Wallahualam....
Sesampai saja ke jeti, kami semua baru rasa kelaparan. Naik van dan terus pusing2 cari tempat makan yg sesuai....Nah....ini dia, Sinar Purnama Nasi Campur.
Itu tokey nya. Pilihan makanan pun banyak dan harganya berpatutan. Di sebelahnya kedai nasi ayam. Portion nasinya pun banyak.
Sambung lagi...
As Salam.