Wednesday, December 14, 2011

Inkjoy by Paper Mate Malaysia - No. 1 Brand

As Salam

Pernah tak anda semua menghadapi ketiadaan alat tulis semasa anda amat memerlukannya?

Kini tidak lagi bila ada produk terbaru di pasaran dengan jenama Inkjoy keluaran Paper Mate Malaysia

Boleh didapati di mana-mana sahaja.  Harganya amat berpatutan dengan bagus kualitinya. 


Warna dakwatnya pelbagai, amat terang dan jelas.  Pemegangnya tidak licin dan amat sesuai sekali bukan sahaja untuk kakitangan di pejabat tetapi juga untuk murid-murid sekolah.

Dengan nombor kod unik a9b8c704, saya menerima 24 batang pen pelbagai warna dan design.  Bukan saya sahaja yang teruja, begitu juga dengan anak-anak saya.  Katanya, stok pen untuk setahun, ibu!  Terima kasih Paper Mate Malaysia.

As Salam.

CCM - Tasik Dayang Bunting

As Salam.



Destinasi terakhir ialah ke Tasik Dayang Bunting.  Tiba ke jeti di TDB, kami sekali lagi disambut oleh monyet2 yang kelaparan. Penyambut tetamu tak bertauliah.  Pak cik bot pesan agar jangan membimbit makanan atau botol minuman, pasti monyet2 tu akan cuba ragut dari kita.  Kiranya monyet2 tu bakal menyerang kita.  Seram jugak kan?

Perjalanan MMD bersama dengan Hazry yg berkerusi roda agak sukar kerana terpaksa memanjat tangga2 ke arah bukit.  Perjalanan pergi tidaklah sesukar berbanding dengan perjalanan balik.  Hanya pada satu peringkat terakhir je, Hazry terpaksa di dukung menuruni bukit untuk sampai ke pelantar di atas tasik.

Macam biasa, budak2 dah tak sabar nak berenang.  Sewa life jacket RM5.00 + deposit RM5.00 setiap satu. MMD tak mandi pun.  Hanya membersihkan Hazry yg telah membuang air besar di dalam diapernya.   My beloved hubby yg mencebok dan MMD pegang Hazry kuat2, badan Hazry je di rendam dalam air tasik.  Akhirnya Hazry siap dengan mandi sekali. Lea tak berani mandi kat sini.  Sekadar tengok abang/sepupunya je mandi.


Ada satu spot yg ikan2 keli berkerumun pada kaki2 yg dibiarkan berjuntai ke dalam air.  Banyak pulak tu.  Tapi MMD tak berani bila mengingatkan berita baru2 ni yg spa ikan banyak ditutup perniagaan kerana kes jangkitan HIV.


Tempat yg kami semua berkumpul, adalah juga 2-3 ekor ikan di tepi pelantar.  My hubby akhirnya berjaya menangkap seekor ikan dengan menggunakan plastik roti je.  Sudah tentu my beloved hubby tak berani nak bawa balik.  Lagipun, kata orang tua2, jangan bawa balik apa2 dari hutan atau dari tempat2 terpencil.



Mendukung Hazry untuk naik ke atas adalah pengalaman paling berharga.  Rasa2 macam nak putus nyawa mendukungnya yg agak berat juga.  Ye la...dia berharap pada kita 100%.   My hubby bawak wheelchairnya.  Walaupun tangga untuk naik tu tidaklah terlalu tinggi, tapi kami berhenti pada setiap beberapa langkah untuk tarik nafas panjang.

Rasanya2 MMD tak mungkin akan datang lagi ke TDB jika Hazry masih lagi berkerusi roda.  Tiada kemudahan untuk orang2 yg macam Hazry/OKU.  Nasib baik Hazry masih kecil.

Sebelum balik, macam biasa, berposing lagi beramai2.


Pak cik bot berhenti seketika dan memberitahu pada kami semua yg gunung inilah berupa perempuan bunting.  Wallahualam....


Sesampai saja ke jeti, kami semua baru rasa kelaparan.  Naik van dan terus pusing2 cari tempat makan yg sesuai....Nah....ini dia, Sinar Purnama Nasi Campur.


Itu tokey nya.  Pilihan makanan pun banyak dan harganya berpatutan. Di sebelahnya kedai nasi ayam.  Portion nasinya pun banyak.

Sambung lagi...

As Salam.

MAC voucher from Jigocity

As Salam


Baru dapat voucher yg MMD menang menang contest di Jigocity. MAC voucher worth RM200.00.  Not bad kan?  Tapi yg bercinta sikit ialah, kena redeem products kat KLCC outlet.  Sikit punya jauh nak pergi menapak kat situ.

Banyak discount yg di offer oleh Jigocity. Jemput ke sana OK!

Akhirnya sampai juga MMD ke KLCC.  Antara product MAC yg menjadi pilihan MMD ialah:


As Salam.

Tuesday, December 13, 2011

CCM - Eagle Feeding

As Salam

Next destination dalam island hopping ni ialah ke area eagle feeding.  Helang2 kat sini dihidangkan dengan perut2 ayam.


Singgah kat sini lebih kurang 10-15 min je.  Sambil mendengar penerangan dari pak cik bot. Katanya, helang kat sini dah tak berapa besar sangat.  Ibu helangnya dah kena sumpah jadi batu.  Sekarang berada di Dataran Helang!.  Buat lawak pulak pak cik tu...

Sambung lagi..

As Salam.

Ma dan Transnasionalnya

As Salam

Semalam cuti di Selangor.  Memang MMD tak plan ke mana2 pun.  Rehatkan badan dan minda je kat rumah.  Lagipun my mother ada kat rumah.

Paginya dapat SMS dari my sister yg tinggal di Cheras.  Nak datang kat rumah tulisnya.  OK. No problem.  Kebetulan my beloved hubby ke Econsave untuk beli udang dan keperluan lain.

So, lunch dan dinner hari ni ialah masak lemak cili api udang, ikan selar bakar dan juga sayur kangkung masak belacan.

Seronok tengok semua berselera makan.  Sorry...lupa nak snap photo. 

Malamnya, adik bungsu pun berangkat balik ke Damansara, adik yg tinggal kat Cheras pun berangkat balik.  Tinggal MMD sekeluarga untuk menghantar my mother...opsss. lupa nak bagitau...kami semua panggil my mother dengan panggilan "ma".  Cucu2 pun panggil yg sama.  Hanya sorang je cucu yg panggil nenek...ahakkkk rasa tua pulak my mother bila di panggil nenek.

Dah beberapa hari yg lepas my beloved hubby pergi beli tiket.  Beli untuk warga emas dan dapat murah sikit dari harga dewasa yg biasa. Tapi kena bawa I/C la masa beli tu.

Bas double decker untuk perjalanan ke KT.  Nampak tak my mother kat atas bas tu?  he he he he

As Salam.

Bila anak bujang kemas halaman

As Salam

Cuti sekolah dah bermula.  Horey....

Aktiviti pertama untuk Hakim ialah menolong ayahnya bersihkan kawasan rumah.  Ayahnya dah potong rumput2 dan Hakim sapu dan buang sampah.  Senang je kan?

Jimat lagi MMD dari membayar upah orang memotong rumput.

Inilah jadinya bila anak bujang buat kerja....

As Salam.

Monday, December 12, 2011

CCM - Pulau Beras Basah

As Salam

Antara kami semua dah pernah naik cable car ke Gunung Mat Cincang in the previous trip ke Langkawi.  So, kami semua decided untuk ke pulau2 pulak kali. Kami pilih package offered by Aman lagi.  Reasonable rate for boat trip for 4 hours to 3 attactive locations.  Kami disediakan dengan boat besar untuk muatan 20 orang.

Hari kedua dimulai dengan trip ke Pulau Beras Basah.  Aman datang jemput kami untuk ke private jeti.  Berposing dulu sebelum berangkat.



Perasaan takut ada juga masa menaiki bot.  Laju jugalah pak cik tu tekan minyak.  Melambung2 jugalah budak2 yg duduk di depan bot.  Last sekali MMD naik bot ialah bot penambang untuk ke Pulau Duyung Terengganu, itulah masa MMD berada di sekolah menengah. Jeket keselamatan jangan lupa.  Mesti pakai.


Sesampai saja ke PBB, kami disambut oleh beberapa ekor monyet yang kelaparan.  Kesian. Kat sini tak ada toilet, so, jika rasa2 nak buang hajat tu...pandailah menyorok kat dalam semak2 kat situ dan masuk laut untuk cucian berseri2.


Pasir kat sini sesangatlah halus mulus dan putihnya.  Apasal di panggil beras basah yea?  Pasir di tepi pantai sememangnya basahla...  Mana pulak berasnya?

Kami lepak2 kat sini almost 1 hour.  Sempat juga anak2 mandi manda.  Budak2 ni pantang tengok air...sure nak terjun je kerjanya. Lea siap sedia untuk mandi2.





Tengok warning sign kat atas tu.   Ingat !



Jernih dan sejuknya air kat sini walaupun di tengah panas terik.



Posing ayu gitu....


Berposing dulu sebelum berangkat menuju ke next destination.  Selamat tinggal Pulau Beras Basah.

Sambung lagi.....

As Salam.

Satay korban

As Salam

Musim raya haji baru2 ni, dapat banyak juga daging, sedikit tulang & paru.  Sebahagiannya MMD dah bawak ke rumah adik MMD di Cheras untuk masak2 kat sana.  Kebetulan "mem besar" dah ada kat KL, ikut my sister yg balik ke Trg baru2 ni.

MMD sempat lah juga cuba untuk buat satay.  Ingat yea...pertama kali nak buat satay sendiri.  Bertahun MMD beli je bila nak makan.

Tak berapa nak cukup bahan2 perapan mungkin, tapi rasa dah ada.  Yang penting, kena cuba baru tau boleh buat tak lain kali.

Bakar guna electrik grill.  Hasilnya jadi macam ni.




As Salam.

Sunday, December 11, 2011

CCM - Idaman Suri

As Salam

Agak mustahil bagi seorang suri rumah ke Langkawi jika tidak singgah ke Idaman Suri atau ke Haji Ismail Group.


Sebagai bukti MMD adalah seorang suri rumah tangga dari kategori tu, MMD siap berposing lagi kat depan IS. Ini trip yg pertama untuk survey2 dulu.  Sebenarnya, tak survey pun, terus beli je 2-3 barang kecil kat IS.

Yang MMD survey ialah pinggan mangkuk.  Actually, kami semua pergi ke IS ni 4 kali sepanjang berada di Langkawi.  Begitu juga dengan Haji Ismail Group (HIG).  Tiap kali pergi, pasti ada saje beg biru atau hijau masuk ke dalam van. Ada sekali tu, BIL yang jadi driver tetap kami terpaksa menghantar barang2 1 trip balik ke apartment tanpa penumpang.  Sarat van tu.

Pilih MMD, jangan tak pilih.


Harga2 pinggan mangkuk sememangnya murah di IS dari di HIG. Tengok je kat area situ tapi tak beli yg tu pun.

Kat HIG, banyaklah juga membeli coklat untuk makan sendiri dan juga untuk hadiah pada staff2 kat office.  MMD pun memang "berhantu" dengan coklat ni. Pantang tolak..kih kih kih.

Happy shopping MMD!

Sambung lagi...

As Salam.

Sup torpedo

As salam.

Gambar ni dah lama ambil masa hari raya korban tempoh hari. Tahun ni gotong royong korban hanya dilakukan oleh orang2 lelaki je kat taman tempat MMD ni. Lagipun, tak banyak lembu yg terkorban kali ni berbanding dengan tahun lepas.

Malamnya ada jamuan makan2 dengan menu nasi putih, gulai daging dan yang paling istimewa sudah tentu supnya.  Sup torpedo.



My beloved hubby siap serahkan 2 ketul / mangkuk sup torpedo untuk MMD.  Dengan strawnya sekali.  Ehmmmm, sedap yang amat lebih2 lagi daging baru dan manis rasanya.

Kebetulan masa jamuan tu, ramai juga yg tak dapat hadir.  Lagipun, cuti panjang dan ramai yg balik kampung masing2.  Jadi adalah juga baki yg MMD dapat bawa balik ke rumah. Sebat lagi......

Makan jangan tak makan, jangan darah tinggi naik sudah.  Pesan my hubby.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...