Showing posts with label Singapore. Show all posts
Showing posts with label Singapore. Show all posts

Thursday, January 5, 2017

Singapore Trip - Day 1 - 09/12/2016 (part 2)

As Salam.

Okay.  Kita sambung cerita lagi.  Lepas makan kenyang2 dan kebetulan hujan masa MMD tengah pilih restoran mana nak masuk tu.  Maka,  bila hujan dah berhenti, kami putuskan untuk jelajah di tempat yang dekat2 saja.  Bimbang hujan lagi.  Lagipun, rancangnya hanya untuk bersiar2 dan berjalan pelan2.

Selepas keluar dari Restoran Zam Zam, MMD menuju ke Malay Heritage Centre yang terletak tidak jauh dari Masjid Sultan.  MMD melintasi kawasan masjid untuk ke sana.


Rumah lama dengan warna kuning dan putih.  Diseliakan dengan baik sekali.  Untuk masuk dan tengok pameran yang terletak di dalam rumah kena bayar SGD4 tapi MMD tak masuk pun.  Kalau masuk pun, MMD kena tinggalkan Hazry kerana ada ruangan yang kena naik tangga ke rumah tersebut.



Sambil bergambar dan berehat sebentar, MMD pun mulalah dengan acara merayap perlahan2 di kawasan berdekatan seakan laluan di dalam bulatan hingga berjumpa semula dengan hotel tempat MMD tinggal.


Pantang MMD nak bergambar berdua dengan my beloved hubby, ada jer Lea mencelah.


 
Okay.  Kaki dah penat.  MMD balik ke bilik.  My beloved hubby singgah berborak2 dengan staff di kaunter yang juga orang Malaysia.

Janjinya, MMD dan my beloved hubby ke Masjid Sultan untuk bersolat Maghrib dan selepas itu akan ke satu shopping mall yang tidak jauh dari hotel seperti yang dicadangkan oleh staff di kaunter tu.

Lea dan Hazry tinggal di bilik.  My beloved hubby terpaksa meminta staff untuk datang bukakan pintu bilik.  Lea tidur sampai tak sedar2 diri.  Sakit tangan MMD mengetuk pintu.  Kesian dia.  Penat berjalan jauh siang tadi.


Sekali lagi MMD tinggalkan Lea dan Hazry yang dah tidur tu untuk berjalan berdua dengan romantiknya.  Hahahaha.  Menurut kata staff hotel, shopping mall tu seakan Mydin.  Harganya murah2 berbanding tempat lain. Nama tempat tu Mustafa Centre yang terletak di Syed Alwi Road. Ada basement 1& 2, Level 1-3.  MMD tak jelajah habis pun, kaki dah naik kebas sebab berjalan agak jauh untuk ke sini.

Gambar2 ni adalah ehsan En Google.  MMD tak larat nak bergambar.


Jangan tak tahu, Mustafa Centre beroperasi 24jam.  Ada ke orang shopping hingga tak ingat dunia? Kedai emas pun ada kat dalam tu. Sebenarnya, agak jauh jugaklah berjalan untuk pergi dan balik. Nasib baik anak2 tak ikut. Dalam banyak2 barangan di situ, satupun MMD tak beli. Itu lagilah menjadikan bertambah penat.


Harga barangan di situ ada yang murah, ada yang tak berapa murah pun jika dibandingkan dengan harga di Malaysia.  Barangan yang MMD cari pun lebih kurang je dengan harga di sini.  Jadi tak perlukan nak membeli sangat.

Singgah beberapa minit meluruskan kaki yang kepenatan di luar salah sebuah kelab dalam perjalanan balik ke hotel. Muka tak cukup oksigen !!!


Balik ke hotel, siram kaki dengan air suam lama2 di bilik air,  solat Isyak dan terus tidur.  Esok ada urusan pagi2.

Jumpa lagi di lain entry.

Wednesday, January 4, 2017

Singapore Trip - Day 1 - 09/12/2016 (part 1)

As Salam

Wahhhhh..... tengok title tu macam panjang je kisah MMD sekeluarga ke Singapore kali ni.

Sebenarnya, trip ni MMD nak kata betul2 rancang pun tak juga.  Tak berapa rancang pun tak juga.  Memandangkan MMD ada beberapa hari free nites hotel package untuk digunakan pada tahun ni, jadi MMD pun secara timbang kati memilih ke Singapore saja berbanding dengan ke negara lain.

Lagipun, ini sebagai gula2 kepada anak2 MMD terutamanya Lea yang akan kena tinggal pada akhir bulan Januari nanti.  Satu sebab lain adalah menjimatkan bajet juga.  Hahahahaha.

Trip kali ni dengan cara pemanduan berhemah oleh my beloved hubby.  Kami bergerak dalam pukul 4:00pagi pada 09/12/16.  Tiada target pukul berapa nak sampai asalkan sebelum tengahari.

Singgah sebentar di R&R untuk solat Subuh dan bersarapan nasi lemak.  MMD lupa di mana.  Rasanya di area Negeri Sembilan ataupun Melaka.   Lupa laaaa.

Sampai di Johor dalam pukul 9.30pagi dan dalam ronda2 mencari hotel yang bakal MMD tinggal pada 12/12/16, MMD juga mencari tempat parking kereta.  Masa dalam perjalanan, MMD juga ada book kereta untuk ke Singapore melalui UBER.  Rupa2nya kereta yang berdaftar atau book melalui UBER tidak masuk Singapore.  Mujurlah driver tu datang dan cadangkan pada MMD untuk parking saja di Terminal Bas Larkin (TBL).  Siap suruh MMD ikutnya ke arah TBL tanpa sebarang bayaran pun.

Tiba di TBL, my beloved hubby parking kereta di Metro Parking di belakang terminal tu yang memang dekat dengan stesen teksi ke Singapore. Parking di situ agak mahal, RM23.00 sehari.  Kami terus ke stesen teksi dan minta teksi untuk ke Singapore dengan harga RM80.00 sebuah.

Teksi ni tidak akan hantar kita ke hotel tapi akan turunkan kita di stesen teksi di Singapore.  Jalan utama yang berdekatan dengan stesen teksi Singapore ialah di Victoria Street.  Jika kita hendak juga di hantar ke hotel, kalau tak silap pendengaran MMD hari tu, kena bayar SGD59.00 gitu.

Bergerak masuk ke pemeriksaan Kastam dalam pukul 11.30pagi.  Dengan menaiki teksi, penumpang tidak perlu keluar dari kenderaan untuk urusan cop paspot dan sebagainya.  MMD hanya keluar untuk buka beg saja bila ada pegawai minta berbuat demikian.  Itupun di sempadan Singapore dah. Semuanya agak lancar kecuali kereta bersusun2 beratur di atas jambatan.

Sampai di stesen teksi Singapore dah masuk waktu solat Jumaat.  Pemandu teksi ada memberi arah perjalanan untuk ke hotel.  Memang tak jauh mana dari stesen teksi.  Berjalan kaki je di laluan Victoria Street dan dah pun jumpa hotel yang bakal MMD sekeluarga tinggal selama 3 malam.

MMD tinggal di Santa Grand Hotel Bugis Singapore beralamat No. 8, Jalan Kubur.  Lokasinya stategik dan memang berdekatan dengan masjid dan tempat makan muslim. Bilik superior dan percuma sarapan pagi.  Malangnya biliknya agak kecil untuk kami 4 beranak ni.  Nasib baik Hakim tak ikut sekali.  Kalau tidak, manalah dia nak tidur agaknya.

Dibelakang MMD yang ni adalah Masjid Sultan.  Masjid terbesar di Singapore dan dikelilingi oleh kedai2 dan tempat makanan Muslim.



Ke depan sikit, di persimpangan empat Victoria Street, ada satu lagi masjid, rasanya Indian Muslim kalau tak silap MMD.  Di persimpangan ni juga terdapat Hotel Boss.  Jadinya, Santa Grand Hotel Bugis ni terletak di antara kedua2 masjid ni.


Satu lagi kelebihan tinggal di hotel ni, tetamu disediakan dengan handphone dan wifi percuma untuk kegunaan semasa berada di Singapore.  Bukan saja untuk mencari tempat2 menarik untuk dilawati, kita juga boleh upload gambar ke FB atau boleh buat panggilan percuma samada penerima panggilan berada di Singapore dan juga Malaysia.  Kalau tak silap MMD, panggilan juga boleh dibuat ke beberapa negara yang tersenarai

Urusan check-in pun senang tapi MMD diminta untuk tinggalkan deposit samada SGD100 atau duit MYR300.  MMD tinggalkan duit MYR la. Senang, nanti boleh guna balik duit tu.  Kalau duit SGD, bila pulak nak gunanya masa dah check-out kan?



Selepas urusan segarkan badan, solat dan sebagainya. Barulah kami turun semula untuk tinjau kawasan berdekatan dan mencari makan tengahari.  Tu pun dah agak lewat juga.

Akhirnya kami singgah makan di Restoran Zam Zam.  Lea dan my beloved hubby makan nasi beriani dan MMD makan murtabak yang sangat2 glamor di Singapore. Ada murtabak daging, ikan, rusa.  MMD ambil ayam je.  Memang besar portionnya dan berharga SGD6.00 kalau tak silap MMD. Duit Ringgit berapa?  Dalam MYR18-19.00 juga la.

 



My beloved hubby pesan, untuk makan, jangan berkira dan convert ke duit Ringgit.  Nanti tak lalu makan la kita!!!  Masa my beloved hubby tukar MRY1000 hari tu, dapat SGD313.00 jer.  Sedihnya mengenangkan duit kita jatuh begitu teruk sekali.  Seingat masa MMD ke Singapore masa belajar di ITM dulu, duit kita dalam MYR1.20 untuk setiap SGD1.  Tupun dah rasa tinggi.  Oppssss... tu tahun 90'an.

Okay.  MMD berhenti kat sini dulu.  Tunggu ke mana MMD merayap nanti ye.

Sekian.  As Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...