Showing posts with label Malaysia - Kedah. Show all posts
Showing posts with label Malaysia - Kedah. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

CCM - Eagle Feeding

As Salam

Next destination dalam island hopping ni ialah ke area eagle feeding.  Helang2 kat sini dihidangkan dengan perut2 ayam.


Singgah kat sini lebih kurang 10-15 min je.  Sambil mendengar penerangan dari pak cik bot. Katanya, helang kat sini dah tak berapa besar sangat.  Ibu helangnya dah kena sumpah jadi batu.  Sekarang berada di Dataran Helang!.  Buat lawak pulak pak cik tu...

Sambung lagi..

As Salam.

Monday, December 12, 2011

CCM - Pulau Beras Basah

As Salam

Antara kami semua dah pernah naik cable car ke Gunung Mat Cincang in the previous trip ke Langkawi.  So, kami semua decided untuk ke pulau2 pulak kali. Kami pilih package offered by Aman lagi.  Reasonable rate for boat trip for 4 hours to 3 attactive locations.  Kami disediakan dengan boat besar untuk muatan 20 orang.

Hari kedua dimulai dengan trip ke Pulau Beras Basah.  Aman datang jemput kami untuk ke private jeti.  Berposing dulu sebelum berangkat.



Perasaan takut ada juga masa menaiki bot.  Laju jugalah pak cik tu tekan minyak.  Melambung2 jugalah budak2 yg duduk di depan bot.  Last sekali MMD naik bot ialah bot penambang untuk ke Pulau Duyung Terengganu, itulah masa MMD berada di sekolah menengah. Jeket keselamatan jangan lupa.  Mesti pakai.


Sesampai saja ke PBB, kami disambut oleh beberapa ekor monyet yang kelaparan.  Kesian. Kat sini tak ada toilet, so, jika rasa2 nak buang hajat tu...pandailah menyorok kat dalam semak2 kat situ dan masuk laut untuk cucian berseri2.


Pasir kat sini sesangatlah halus mulus dan putihnya.  Apasal di panggil beras basah yea?  Pasir di tepi pantai sememangnya basahla...  Mana pulak berasnya?

Kami lepak2 kat sini almost 1 hour.  Sempat juga anak2 mandi manda.  Budak2 ni pantang tengok air...sure nak terjun je kerjanya. Lea siap sedia untuk mandi2.





Tengok warning sign kat atas tu.   Ingat !



Jernih dan sejuknya air kat sini walaupun di tengah panas terik.



Posing ayu gitu....


Berposing dulu sebelum berangkat menuju ke next destination.  Selamat tinggal Pulau Beras Basah.

Sambung lagi.....

As Salam.

Sunday, December 11, 2011

CCM - Idaman Suri

As Salam

Agak mustahil bagi seorang suri rumah ke Langkawi jika tidak singgah ke Idaman Suri atau ke Haji Ismail Group.


Sebagai bukti MMD adalah seorang suri rumah tangga dari kategori tu, MMD siap berposing lagi kat depan IS. Ini trip yg pertama untuk survey2 dulu.  Sebenarnya, tak survey pun, terus beli je 2-3 barang kecil kat IS.

Yang MMD survey ialah pinggan mangkuk.  Actually, kami semua pergi ke IS ni 4 kali sepanjang berada di Langkawi.  Begitu juga dengan Haji Ismail Group (HIG).  Tiap kali pergi, pasti ada saje beg biru atau hijau masuk ke dalam van. Ada sekali tu, BIL yang jadi driver tetap kami terpaksa menghantar barang2 1 trip balik ke apartment tanpa penumpang.  Sarat van tu.

Pilih MMD, jangan tak pilih.


Harga2 pinggan mangkuk sememangnya murah di IS dari di HIG. Tengok je kat area situ tapi tak beli yg tu pun.

Kat HIG, banyaklah juga membeli coklat untuk makan sendiri dan juga untuk hadiah pada staff2 kat office.  MMD pun memang "berhantu" dengan coklat ni. Pantang tolak..kih kih kih.

Happy shopping MMD!

Sambung lagi...

As Salam.

Saturday, December 10, 2011

Cuti-Cuti Malaysia MMD - Langkawi Dec 2011

As Salam.

Projek ni asalnya MMD sekeluarga je yg rancang 3 bulan yg lepas.  Tapi bila dah terbuka mulut pada adik di Cheras, maka terjadilah rombongan cik kiah.  Pilihan family holiday pada tahun 2011 ni ialah Langkawi.  Kesemuanya 18 orang termasuk MMD sekeluarga, adik2 2 keluarga, my youngest sister dan juga my "mem" besar serta ibu mertua my sister.

Last sekali MMD sampai ke Langkawi ialah 3 tahun lepas.  BIL book apartment 3 bilik RM500.00 di Sri Lagenda, berada di pekan Kuah.  MMD pulak book van dengan Deena/Aman . Harganya agak reasonable.

Bertolak dari Port Klang pada 30/11/11 tengah malam dan sampai ke Kuala Kedah pada 5:30am pada 01/12/11.  Cari2 parking dan bayar RM35 untuk 3 hari kat situ.

Ambil 1st feri dan bayar RM23/adult dan RM17/children (3-12yrs old). Bertolak pada 7:15am dan sampai lebih kurang pukul 9:30am ke Jeti Kuah.


Walaupun ada sedikit masalah dengan van Kia Pregio yg sepatutnya disediakan untuk kami dari Aman, Aman telah menggantikannya dengan Toyota Hiace.  Muat semua orang ..he he he



Kerana kelewatan van, kami pun beredar dari Jetty Point agak lewat dan terus cari lokasi untuk makan tengahari.  Kami singgah ke Restoran Nasi Ayam Pak Ali.  Penuh satu kedai dengan rombongan  cik kiah MMD ni.


Dah kenyang kat situ, terus beredar ke apartment untuk check-in. Dari tempat parking kereta, kami terpaksa turun satu tangga ke bawah.  Jadi, tak jauh sangatlah dari swimming pool.  Budak2 terus tukar pakaian dan masa untuk terjunnnnnnn!

Pandangan dari balkoni apartment.

Apartment yg agak basic, 3 bilik, ada kelengkapan memasak, meja makan, seterika, TV, hot shower, dan ada arah Kiblat.

Semua kepenatan dan berehat sementara budak2 bersuka-ria di pool.  MMD lelapkan mata lah jugak sekejab.  Sambung lagi....

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...