As Salam
Selepas keluar dari Trans Studio, Pak Dedi bawa kali ke satu lokasi untuk shopping. MMD tak ambil pot mana jalan apa. Jalan Riau kot tapi lepas to ke mana2 je. Hazry dan Lea tak ikut. Lea dah tertidur dalam kereta. Pak Dedi tolong jagakan. Antara tempat yang MMD singgah dan menapak ialah Terminal Tas. Survey2 dulu harga. Banyak betul koleksi beg2 yang murah dan mahal serta berjenama kat situ. Kasut2 pun banyak.
MMD hanya beli 2 helai blaus di JessieJames. Yang lain2 tak berkenan mana. Singgah pulak ke The Secret. My beloved hubby cari baju untuknya. Nasib tak baik, tak de saiz yang besar. Maklumlah saiz my beloved hubby tu besar.
Mendapat pesanan dari anak saudara MMD, Imran untuk cari kasut Nike. Pak Dedi bawak pulak kami ke outlet Nike. Kasut yang dicari tak ada. Keluar dari Nike, masuk di kedai Mitre berhadapan dengan Nike je. Kat sini my beloved sebat 2 helai jersey untuknya. Ada saiz yang sesuai. Hakim dan Lea sempat main bola. Boring tunggu orang bershopping.
Perut dah berkeroncong. Pak Dedi bawak kami ke Rumah Makan Karamba, masakan khas Sunda. My beloved hubby thump-up dengan makanan kat sini. Maklumlah dah jumpa kuah...hahaha. MMD order yang simple je, sup ikan gurame (MMD baru tahu, ianya ikan kaloi), semangkuk besar kauuuuuu. Telur dadar tak boleh tinggal kalau makan dengan my beloved hubby, sayur campur. Disediakan juga sambal belacan yang extra pedas gitu serta ulaman. Hari ni Hazry makan nasi yang MMD rendam dengan air dan dicampur dengan sedikit sup je. Sup ikan gurame tu agak pedas.
My beloved hubby siap bagitau nak repeat makan kat situ. MMD cantas la....kita kena rasa semua jenis makanan jika berada kat negara orang.
Alhamdulillah, memang kenyang sangat2. Memang kena dengan selera kami. Dah tak larat nak ronda lagi, kami terus balik ke guest house. Esok kena bangun awal2 pagi untuk ke destinasi yang agak jauh.
Sekian. Jumpa lagi.
Showing posts with label Indonesia - Bandung. Show all posts

Friday, March 20, 2015
CCM - Bandung Day 2 (26/02/15) - Part 2
Labels:
Indonesia - Bandung
Thursday, March 19, 2015
CCM - Birthday di Trans Studio - Bandung Day 2 (26/02/15) - Part 1
As Salam
MMD celebrate birthday MMD dengan di mulai dengan sarapan lontong. Alhamdulillah kerana diberikan kesihatan dan umur yang panjang untuk bersama2 dengan keluarga sekali lagi.
Program hari ni kami akan ke Trans Studio. Pak Dedi singgah ke tempat agen untuk membeli tiket. Harganya sama je jika beli di kaunter TransStudio. Tujuannya adalah untuk mengelakkan dari beratur panjang. Rugi masa menunggu jika ramai yang beratur. Bagus juga ideanya tu. Masa MMD sampai ke Trans Studio, belum buka pun lagi. Ramai pengunjung telah beratur untuk naik tangga bergerak untuk ke atas. Kaunter tiket berada tak jauh dari tangga bergerak tu. Bila petugas nampak MMD, terus ditanya jika MMD dah ada tiket, terus mereka suruh MMD sekeluarga untuk naik, potong Q.
Disebabkan MMD beli tiket dari agen, MMD kena tukarkannya di kaunter kat atas. Tak ada orang pun di kaunter tu. Cepat je siap dan diberikan kad Mega Cash. Kad tu macam kad debit yang berisi nilai yang kita beli tiket tadi. Selepas dialurkan ke mesin untuk masuk, nilainya akan bertukar menjadi kosong tapi boleh di top-up di mana2 kaunter di dalam Trans Studio untuk membeli makanan atau cenderamata. Boleh bermain semua permainan hingga lebam.
Selepas mendengar penerangan ringkas dari petugas, pintu masuk pun dibuka dan kad mesti dialurkan untuk membuka setiap hadangan dan disambut oleh semua petugas di situ. Sebelum tu kita boleh saksikan mob-dance.
Kat dalam tu, ada beberapa section iaitu:
1. Studio Central
Kat Sini MMD mulai dengan naik kereta di Dunlop Transcar Racing. Tak ramai orang masa tu. Hazry pun boleh naik sekali. Lepas tu ke Superheroes 4D. Bergoyang2 badan masa duduk dikerusi tu..hehehe. Masa wayang berlangsung, tak boleh ambil gambar tau....Nak naik roller coaster di Yamaha Racing Coaster tu beratur yang amat panjang. Semua tak sanggup nak tunggu. MMD suruh Hakim naik Vertigo, naik tinggi2 dan berputar 360 darjah. Hakim tak nak naik. Takut ke???? kah kah kah.
Kemudian kami ke Trans City Theater, tengok live performance "Kabayan Goes to Hollywood".
Seronok betul Lea tengok cerita tu. Hakim dan Lea je ke Science Centre. MMD tak ikut sebab kena naik tangga tinggi. Lepas tu dah terasa lapar, MMD dah top-up sebelum tu dan singgah ke salah satu tempat makan. Hazry makan bubur segera yang MMD bawak bersama.
2. Lost City
Kat sini satupun kami tak main permainannya. Kong Climb terlalu extreme. Hakim pun malas nak main. Untuk acara Jelajah pun kami tak sanggup untuk berbasah pakaian sebab ada satu tempat, kita akan jatuh dari air terjun setinggi 13meter.
Rancang2 nak cuba di Sky Pirates untuk menaiki kapal pirate dan pusing2 dari atas. Malangnya beratur panjang gila. Tak sanggup nak menunggu kat situ. Kemudian kami singgan beli cenderamata.
3. Magic Corner
Yang paling kelakar sekali ialah semasa masuk ke Dunia Lain The Ride. Memang beratur amat panjang kat situ. Bila petugas nampak MMD serta Hazry, terus dibawanya kami melalui jalan belakang dari dalam kedai cenderamata. Tinggalkan wheelchair Hazry dan terpaksa naik tangga sikit. Potong Q lagi. Nampak tak Lea tutup mata? Dari masa masuk sampailah waktu habis ride. Satu apa pun Lea tak tengok kat dalam tu. Sebenarnya ia sebuah laluan/rumah berhantu. Kat sini, MMD, Lea dan Hakim cuba Dragon Riders. Beratur tak panjang mana. Menunggang naga ala kesatria gitu.
Special Effects Action tak sempat nak tengok. Theaternya dah ditutup masa MMD sampai pukul 3pm tu. Sempat bergambar je la kat luarnya.
MMD berehatkan kaki yang dah lenguh sambil tengok live performance "Arilia the Mermaid a Fantasy Magical"
4. Dunia Anak
MMD bertukar menjadi kanak2 riang bila join sekali dengan Lea naik Mini Tea Cup. Pening sangat2. Kat sini adalah acara untuk Lea. Lea naik kuda/naga di Carrousel, naik kereta di Jump Around dan juga Mini Bumper Cars. Lea tak main Mini Bumper Boats, takut basah pulak baju dalam pool tu.
5. Ada masa2 tertentu ada live performance dan juga parade.
Yang ni, MMD sempat tengok 2 live performance je seperti yang MMD cerita kat atas tadi. Sementara tunggu road parade pukul 4:00pm, sempat relax sambil menikmati soft drink "Calpico Frezz". 2 kali my beloved hubby beli. Sedap katanya. Enjoy sedikit gambar2 dalam Trans Studio dan masa parade di bawah ni.
MMD dah siap2 call Pak Dedi untuk jemput kami semula pada 4:30pm sebaik sahaja parade habis. Kad MMD masih ada baki duitnya dan agak jauh menapak untuk tuntut refund. Just nice MMD sampai ke bawah, Pak Dedi pun sampai.
Sampailah masa untuk bershopping. Jumpa di next entry.

Wednesday, March 18, 2015
CCM -KLIA-Bandung - Day 1 (25/02/15)
As Salam
Sekali lagi MMD bercuti waktu budak2 bersekolah. Anak2 MMD pun ikut bercuti sekali. Tahun lepas pun waktu yang sama MMD sekeluarga berada di Kuching. Kali ni perjalanan kami ke Bandung, Indonesia.
Flight MMD pada pukul 3.50pm pada 25/02/15. MMD sengaja keluar rumah agak awal. Pukul 1.30pm dah pun berada di KLIA2. Dah siap2 web checked in seminggu sebelum tu. Tak nak kecoh buat kerja check in last minute. Lagipun, MMD tak ada nak drop luggage. Semuanya hand carry. Hanya 4 beg saja. Ingat tu....4 beg saja.
Ada 3 check point sebelum sampai ke bilik menunggu. Agak jauh juga berjalan antara satu check point tu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar lebih2 lagi dalam menguruskan Hazry. Semua diberi priority. Ada juga shuttle service disediakan. Tapi MMD dah menolak wheelchair Hazry dan Lea serta Hakim pun ingin explore kawasan airport tu, jadi kami menapak je la. Untuk yang tak tahu, sesiapa yang membawa air dalam botol, semuanya kena dibuang dan boleh re-fill semula di tempat water dispenser sebelum sampai ke bilik menunggu.
Sempat juga berposing2 kat dalam airport. MMD pun sempat menyuap bubur Hazry sebelum masuk the final waiting hall.
Nak dijadikan cerita, nama my beloved hubby dipanggil semasa di waiting room. Katanya kami berhutang RM120.00 dgn AirAsia. MMD pun tunjuk slip bayaran yang dibuat setahun yang lalu. Selepas staff AirAsia contact HQnya dan decide yang MMD tak perlu nak bayar apa2. Oh ya, RM120 tu untuk airport di Bandung. MMD bagitahu kenapa nak minta bayar pada masa tu sedangkan ianya sepatutnya di bayar semasa nak keluar dari Bandung. Selesai kes kat situ.
Pukul 3.00pm, kami pun dah berada di dalam kapalterbang AirAsia. Penerbangan lewat. Pukul 4.00pm barulah berlepas. Cuaca cantik, terang benderang. Baru 1jam dalam flight, Lea dan Hakim mintak untuk beli makanan. Ingatkan ada stock makanan lebih akan dijual oleh flight crew, tapi semuakan disediakan untuk orang yang pre-order je. So, belilah mi ABC Rp8K setiap satu.
Pukul 5.00pm waktu Indonesia (pukul 6.00pm waktu Malaysia) kami sampai di Bandara Husein Sastranegara Bandung Airport. Syukur, selamat sampai di Bandung walaupun banyak kali amaran untuk pakai seatbelt semasa dlm perjalanan. Sempoi je airport Bandung ni. Bangga dgn KLIA yang tersergam indah.
Kejadian kedua berlaku...Staff AirAsia Bandung mencari penumpang Mr Hakim Halimy Abd Rahim. Anak MMD la tu sebelum masuk keurusan imigresen. Sekali lagi MMD explain benda yang sama. Mereka tahan kami atas alasan yang sama. Mereka suruh MMD ke office AirAsia lepas urusan imigresen selesai. My beloved hubby serta Hazry dibawa oleh staff AirAsia untuk urusan imigresen. Express gitu. MMD, Lea serta Hakim kena beratur.
Lepas tu MMD pergi jumpa balik staff di office AirAsia. Sekali lagi MMD minta mereka buat salinan payment slip MMD tu. Sudah tentu MMD tak nak bayar. Bukan kerana kedekut tetapi mengapa hari penerbangan baru mereka notice yang MMD terhutang dengan mereka. Sedangkan MMD book flight pada Feb 2014. 2014 tau... Flight MMD pada hari tu adalah yang ketiga ditukar. Mereka boleh tukar flight tapi mengapa tak boleh notice jika ada shortpayment.
Driver aka supir, Pak Dedi dah siap menunggu kami sekeluarga. Terus masuk MPV dan bergerak ke guesthouse. Nanti MMD buat entry lain tentang guesthouse tu. Tak jauh dari airport pun. Lepas masukkan barang2, siap2 untuk keluar semula untuk makan malam. Pak Dedi bawa kami untuk cuba makan nasi bakar. Nasi diisi dalam daun pisang, di bakar dan dinakan dengan tempe goreng, ayam atau daging serta sambal. Tak ada kuah tau....Kami yang biasa makan berkuah ni rasa tercekik pulak. Kebetulan restoran tu dah nak hampir tutup, kesian kat Hazry, tak ada bubur. MMD ingat kalau ada sup, bolehlah MMD rendam nasi putih tu dengan sup utk dijadikan bubur.
Kami singgah ke minimart. Borong mi cawan, Pop Mie dan juga bubur segera untuk Hazry. Standby jika tempat yang kami singgah untuk makan pada hari2 seterusnya tak ada bubur atau sup lagi. MMD serta Hakim beli data kat sana, beli SimPATI, Rp15K untuk MMD dan Rp40K untuk Hakim. Actually, MMD guna kedua2nya. Yang Hakim tu untuk standby jika wifi kat guesthouse tak berfungsi. Memang betul pun. Wifi sangat2 slow. Berbaloi beli kad SimPATI tu. Laju gila2. Actually, inilah kali pertama MMD beli dan guna prepaid card.
Sampai semula ke guesthouse, bagi Hazry makan dan bersiap sedia untuk tidur...zzzzzzz.
Nota kaki: waktu yang tertera di gambar2 adalah waktu Malaysia walaupun kami berada di Indonesia.
Jumpa lagi di entry seterusnya. InsyaAllah.
As Salam.

Subscribe to:
Posts (Atom)