Monday, June 6, 2016

Semoga ibadah sepanjang Ramadhan mendapat berkat

As Salam.

Cepatnya masa berlalu dan hari ini bermulanya sekali lagi kita berpuasa di bulan Ramadhan.

Semalam berterawikh di masjid/surau mana?

Macam biasa, MMD pergi ke surau yang paling dekat sekali iaitu di Surau As Sajidin di taman perumahan MMD.  Senang untuk menolak wheelchair Hazry sekali.  Semua ahli keluarga MMD ikut serta.

Bercakap tentang bulan puasa ni, selain meningkatkan lagi amal ibadah kita, jangan lupa untuk elakkan pembaziran sewaktu berbuka puasa nanti.

Siang hari ni, macam2 yang ingin di makan dan ingin di beli untuk juadah berbuka.  Seolah2 mengidam jadinya.  Kata mengandung?  Tak pulak !!Tapi bila dah banyak sangat yang di beli, tak habis dimakan dan berlakulah pembaziran. 

Daripada membazir, baik kita salurkan sedikit sumbangan kepada orang2 yang lebih memerlukannya, contohnya rumah anak2 yatim, pusat2 tahfiz.  Insya Allah, ganjaran pahala yang bakal kita dapat.

MMD pun dah agak lama menyimpan blog kecil ni dalam laci (???).  Tak berkesempatan untuk mencoret serba sedikit apa yang telah berlaku akhir2 ni.  Sibuk memanjang.....

Insya Allah, semoga MMD diberi kelapangan dan akan ada sedikit entry di masa akan datang.

Sekali lagi, MMD memohon kemaafan sempena bulan Ramadhan ni dan selamat mencari nikmat2 Ramadhan sepanjang bulan ini.

Sekian.  Jumpa lagi di lain entry.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...