Sunday, December 28, 2014

Ipoh , kami mai ni.. 26-27/12/14

As Salam

Terperam lagi entry2 lain dari MMD.  Memang sibuk memanjang akhir2 ni.  Entah yang ke berapa kali berjanji pada diri sendiri untuk update aktiviti harian di blog kecil MMD ni, tapi asyik tertangguh je dek kerana jadual yang amat padat.

Tujuan ke Ipoh bukanlah urusan bercuti yang betul2 dirancang oleh MMD.  Ini sebenarnya adalah atas pelawaan/jemputan sepupu my beloved hubby untuk meraikan majlis perkahwinan anak perempuannya di Gopeng.

Dah alang2 nak ke Gopeng, MMD pun booked lah hotel melalui Agoda.com.  Stay for 1 night je.  Bertolak dari Port Klang dalam pukul 9.30am pada 26/12/14 selepas Hakim ke tempat kerjanya.  Oh ya...abang Hakim tak ikut kali ni.  Maklumlah abang Hakim tengah bekerja sementara menunggu semester barunya bermula pada pertengahan Jan 2015.



Walaupun dah hampir tengahari, suasana masih berkabus dalam perjalanan kami ke Ipoh.  Yeahhhh...dah nampak signboard besar "Ipoh" tu.  Tak jauh dah ni.

Dah masuk pekan Ipoh, walaupun tersesat juga, akhirnya kami sampai ke Kinta Riverfront Hotel & Suites.  Alhamdulillah, dapat check in awal walaupun sepatutnya pada pukul 3pm.  Masa booking, MMD ada minta 2 single bed and extra bed untuk Hazry, siap MMD tulis nak F.O.C.



Tapi bila masuk bilik di Level 12,  aikkk, dapat 1 kingsize bed.  MMD terus minta tukar.  Cepat betul servicenya, terus di hantar staffnya untuk tukar kunci bilik dan dapat Level 17.  Lepas rehat sekejap, MMD terus tinggalkan barang2 di bilik dan keluar untuk cari makan.  He He, dah lapar la tu...



Kalau ke Ipoh, kalau tak rasa nasi vanggey atau nasi ganja memang tak sah.  Dari bacaan MMD dari blog kawan2, yang paling famous di kedai yang bersignboard rumah tumpangan dan kedai kopi Yong Suan.  Malangnya, MMD tak jumpa.  MMD singgah dan makan je di Medan Selera Dato' Tahwil Azhar berdekatan dengan tapak pasar Gerbang Malam.  My beloved hubby order nasi goreng udang, Lea makan nasi ayam dan MMD order kuey teaw kicap. Pekerja di hotel ada rekomen untuk makan di kedai makanan dan minuman Rahamat di tepi masjid, tapi masa kami lalu tadi ramai sangat pelanggannya.


Gambar ehsan blogger lain.

Dalam hujan renyai2, kami redah je untuk ke kereta semula.  Antara gambar2 yang sempat MMD snap dari dalam kereta, di antaranya:

Jam besar yang berdekatan dengan masjid dan bangunan Dewan Bandaraya Ipoh, kawanan burung2 merpati, bangunan hitam emas. My beloved hubby dah bagitahu awal2, mungkin trip ni kita hanya boleh ambil gambar dari dalam kereta je kalau hujan.  Memang betul pun!




Macam biasa, kalau tak sesat, memang tak sah.  Dalam sesat tu, kami terjumpa pulak dengan Taman D.R. Seenivasagam yang selalu di sebut2 di kebanyakan blogger dari arah belakang.  Rupanya, laluan masuk utamanya  tu tak jauh dari hotel tempat MMD tinggal.  Kiranya seberang sungai je la. MMD tak masuk explore pun kat situ sebab tengah gerimis masa tu.




Sebut je Gerbang Malam, tentulah dibuka pada waktu malam.  Dalam masa yang sama, MMD cuba juga mencari lokasi Memory Lane aka Loken, tapi tak jumpa juga.  Akhirnya MMD terjumpa juga kedai Yong Suan tu.  Penuh dengan pelanggan dan kena beratur untuk order makanan.  Lauk pun dah nak habis.  Takut kempunan tak merasa nasi vanggey yang famous tu, MMD minta bungkus untuk 2 packs.  Harga?  RM12.30 untuk 2 nasi, 2 ketul ayam, sedikit pedal ayam & 2 telur asin separuh.  Dah pusing2 bandar Ipoh 2-3 kali, sebenarnya sesat !!!,  kami pun balik je la ke hotel.  Hujan renyai2.

Gambar ehsan dari blogger lain.

Ha....ni dia nasi vanggey tu.  Komen ikhlas dari MMD ialah...biasa2 je.  Lebih sedap nasi kandar lagi.  Mungkin sebab lauk  pauknya yang terhad.



Seram jugak tengok anak sungai di hadapan hotel ni.  Kot2 lah banjir kilat. Kereta MMD parked kat depan tepi hotel je.  Tunggu hujan berhenti, Lea & my beloved hubby turun ke Level 5 untuk ke swimming pool.  Happy Lea kat situ. See thru pool yang paling panjang di Ipoh. Hazry tak  masuk pool.  Sejuk sampai ke tulang.



Dah tak tahu untuk ke mana sebelah malamnya.  Di sepanjang anak sungai di depan hotel tu cantik sangat dengan pokok2 eletriknya.  Rasa macam berada di i-City Shah Alam je.  MMD teringat membaca 1 signboard di tepi jalan di hadapan masjid siang tadi.  Acara air berirama dan berwarna warni bermula dari 8-12mlm.  Kami pun turun untuk kesana.  Tengok orang ramai sangat kat situ.  Baru tahu yang ianya berhadapan dengan Stesen Keretapi Ipoh dengan bangunan yang super epik tu.  Klasik.


Menjerit2 Lea tengok air.  Tak nak balik pulak dia.

Akhirnya MMD ternampak gerbang "Memory Lane" masa pusing2 kat situ.  Rupa2nya tak jauh dari Gerbang Malam.  Balik ke hotel dan lepak2 dulu di lobby.

Okay...ni cerita seram.  Semua dah tidur, MMD yang last tidur lebih kurang dalam 12.30tgh mlm di sebelah Lea.  Hazry tidur di tilam/katil extranya di kaki katil Lea.  Baru nak terlelap, tiba2 MMD terdengar macam pintu dibuka dan dinding atau lantai dihentam.  MMD tengok jam, baru 1pagi.  Okay, pintu bilik air dah memang tertutup.  Pintu tu memang berbunyi kalau nak dibuka, tapi bunyinya berkeriok hinggalah habis pintu dibuka luas.  Mungkin dari orang2 sebelah atau atas kot.  Tak lama lepas tu, MMD dengar bunyi yang sama tapi setiap kali berkeriok tu, memang pendek je.  Kalau di pintu bilik air di bilik MMD, sudah tentu orang tak boleh keluar masuk bilik air dengan tempoh kerioknya yang pendek tu.  Sekejap2 berbunyi yang sama.  Sudahnya MMD tak boleh tidur hinggalah my beloved hubby terjaga.  Jam lebih kurang pukul 3.45pg. 

MMD beralih ke katil my beloved hubby.  Bagi tau yang sama padanya.  Kata my beloved hubby, mungkin orang yang baru balik dari pub kot. Tapi tak kan berbelas kali dalam masa 4 jam.  MMD cuba tidur, nak lelap je mata ni, MMD terdengar lagi hinggalah pukul 5pg bila last MMD tengok jam dan lepas tu MMD betul2 tertidur.

Paginya, selepas sarapan, Lea sambung lagi ke swimming pool.  Naik ke bilik dlm pukul 11.30pg dan bersiap2 untuk check out.  Terus menuju ke Gopeng untuk majlis kahwin.  Berada di sana hingga pasangan pengantin sampai dan bertolak semula ke KL.  Sampai ke Port Klang dalam pukul 6ptg.  Sepatutnya kami ke majlis BBQ di Puchong di rumah anak sepupu MMD, tapi my beloved hubby dah tak larat.  Tu yang terus balik ke Port Klang.

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah.

Sekian, cerita percutian pendek kami ke Perak sebagai penutup tahun 2014.

As Salam.


Thursday, December 11, 2014

Pertemuan manis dengan DYMM Sultan Selangor

As Salam.

Baru2 ni MMD serta my beloved hubby diberi kesempatan untuk menghadiri jamuan teh di Istana Alam Shah, Klang.  Jamuan sempena Hari Keputeraan Tuanku yang ke 69.

Jamuan yang diadakan pada pukul 2.30pm berakhir pada pukul 5.00pm dalam suasana hujan pada 07/12/2014.

MMD pun pertama kali singgah dan masuk ke kawasan istana.  Terlopong mulut ni...tak de lah...acah2 je.

MMD sampai dalam pukul 2.00pm dan terus naik shuttle van untuk ke Padang Mahkota.  Kalau tak, menapak jugak lah mendaki banyak anak2 tangganya tu.

Tepat jam 3.00pm, DYMM sampai dan terus ke meja sanpatan.  Didahului dengan bacaan doa serta teks ucapan dari Wakil Pesara kerajaan.  Menteri besar serta isteri juga turut hadir.

MMD memilih meja dibahagian agak hadapan, tak jauh dari meja santapan DYMM.   Majlis ni adalah majlis santai bagi meraikan pesara2 kerajaan.  Jadi DYMM setuju untuk beramah mesra dengan rakyat jelatanya.

Juruacara majlis pun ada bagi tahu, jika sempat ber'selfie' dengan Tuanku pun, tak ada masalah. Masalahnya, sempat ke tidak.  Tetamu yang hadir dijangka dalam 2500 orang semuanya.

Tak nak tulis banyak2, MMD perturunkan gambar2 ni untuk tatapan semua. Biar gambar berbicara.







Hari ni Selangor bercuti.  Daulat Tuanku!!!!

As Salam.



Wednesday, December 3, 2014

Tiny boy and girl

As Salam

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kedua2 anak buah baru MMD akhirnya dibenarkan pulang ke rumah selepas berada di wad selama hampir 3 minggu selepas dilahirkan.

Saiz baby girl agak kecil berbanding abangnya.  Tetapi abangnya yang ada sedikit masalah kerana kurang oksigen dalam paru2nya.  Selepas pemantauan selama berada di NICU di HS, kedua2nya dah pun berada di rumah masa MMD postkan entry ni.

Dah 7 tahun MMD tak beranak kecil, agak kekok juga untuk memegang babies tu.  Lagipun, babies tu pre-mature, jadi tersangatlah kecil rasanya bila berada di dakapan MMD.

Semoga Ahmad Adam Daniel dan Adra Danisha beroleh kekuatan dan kesihatan yang baik.

1st day balik rumah Mummy and Daddy.


1st check-up.

Ehmmmm, lenanya babies tidur.

Gambar dari FB Daddy nya.

As salam.

Saturday, November 8, 2014

Muffin gebu gebas

As Salam

Hari ni MMD di rumah bersama Lea dan Hazry je.  My beloved hubby singgah ke kedai aksesori kereta.  Katanya nak make-up kereta.  Hakim pulak tengah buat practical training selama 2 bulan.  Next year pada bulan Jan je baru sambung balik kursusnya dalam bidang otomotif di Kolej W.I.T.

Masak untuk tengahari pun awal hari ni.  Maklumlah MMD tak bekerja pada hari Sabtu.  Masak kari ikan bawal hitam dan sayur campur je dan sambal belacan.  Cukup untuk kami sekeluarga.

Sambil2 layan Lea tengok kartunnya.  MMD masuk ke dapur dan buat satu adunan muffin ni.  Lembut, gebu dan gebas lagi. MMD tak letak penuh sangat adunan dlm cup tu. Dapatlah 18 biji muffin untuk minum petang.



Resepinya MMD dapat dari rakan2 FB.  Supaya MMD juga tidak lupa, MMD turunkan resepinya di bawah.

125g margerin
150g gula kastor
2 biji telur ayam
250g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cubit garam
1 sudu teh esen vanila
70g susu segar (MMD guna susu cair)

Cara2nya:
Pukul margerin dan gula hingga kembang.  Masukkan telur, pukul lagi.  Masukkan gandum, baking powder, garam dan selang seli dengan susu cair.  Akhir sekali masukkan esen vanila.  Lea tolong taburkan choc chip tu lepas MMD masukkan adunan ke dalam cup.  Bakar 170C selama 25minit atau sehingga masak.

Senangkan? Selamat mencuba.  Lepas ni operasi melipat kain baju pulak..

As Salam.

Friday, November 7, 2014

Boy or girl? Selamat datang ke dunia..

As Salam

Semalam, MMD baru je cerita pasal my youngest sister yang nak bersalin kan?  Adik2 MMD ramai yang bersalin tapi tak up kan ceritanya di blog ni.  Kenapa ekkk?

Bukan tak istimewa.  Semuanya istimewa bagi MMD kerana rahmatNya, MMD mendapat ramai anak2 buah.  Tapi yang kali ni, terlebih istimewa kerana.....tarrrrraaaaaa.

Gambar ehsan dari En. Google.

Dapat baby boy or baby girl?  No no no. Dapat kedua2nya sekali.  Twin !!!! Sepasang gitu....

MMD pun belum sempat lagi melawat adik MMD, Nurul di HS.  Alhamdullillah, my sister selamat melahirkan babies nya semalam.

Sekalung tahniah buah Nurul Latif dan suami Faiz.  Selamat datang anak2 buah baru ku.

Jadi MMD tak dapat nak belanja gambar lagi buat masa ni.  Maybe this weekend MMD akan ke sana.  Lagipun, kalau pegi after office hours, tak semua boleh naik ke wad.  Lebih baik pergi waktu melawat, semua boleh angkut naik ke wad.

Jangan tak tahu.....Lea tak berapa gemar bila MMD kata nak bawak balik baby ke rumah...Jeles la tuuuuu.

As Salam.



Thursday, November 6, 2014

Sabar menanti

As salam

Setelah sekian lama MMD menyepikan diri, akhirnya MMD membuka bicara kali ini dengan suatu penantian yang bakal berakhir pada bila2 masa dari sekarang.

Chewahhhhh..skema tak ayat MMD kali ni?

Semalam, adik bungsu MMD bagitau yang dia dah check in Hospital Selayang bahagian FPP.  Nak bersalin la tuuuuuu...

Sebenarnya kalau diikutkan pengiraan awal, bulan Dec baru tarikh bersalin.  Oleh kerana ada sedikit kerisauan atas kandungannya, doktor mencadangkan agar di operate.  Sebab2nya biarlah rahsia dulu ye.

Sempat juga MMD sekeluarga meredah hujan dan jalan jem sepanjang jalan dari Port Klang ke
Selayang selepas menjemput Lea dari sekolah petangnya.   Sampai di HS dalam pukul 9mlm.  Biasalah, bukan waktu melawat pun, Lea yang pada mulanya mengikut MMD tak dapat naik ke wad.  Terpaksa hantar Lea balik ke kereta untuk bersama2 dengan Hazry dan my beloved hubby.

Parking kat mana?  Hahaha, dalam hujan tu my beloved hubby parked kat Doctors On Call parking.  Jangan marah ye...ada budak istimewa pun kat dalam kereta tu...Siap pampang stiker OKU lagi.

My Mem besar pun baru nak bertolak malam tu dari KT dengan adik lelaki bungsu MMD.  Temankan my Mem besar.

MMD ucapkan terima kasih pada pak/mak guard yang cukup bertimbang rasa dan membenarkan MMD naik ke wad.  Yang sepatutnya hanya suami atau ibu saja yg boleh berada di wad pada "off visit time".

OK..  MMD belanja beberapa keping gambar waktu lawatan tersebut.  Sempat berposing lagi.  Maklumlah, melawat orang yang tak/belum sakit.  Kalau dah sakit, tentu kamera pun dicampak jauh2 kan? My sister BFF pun baru sampai juga.

Mummy and daddy to be.
MMD dah buat siaran nak bersalin, my sister punya wedding tak up lagi ceritanya.   Weddingnya bulan Mac 2014 yang lepas.  Nanti bila MMD senang dan tenang sikit, MMD up kan entry pasal weddingnya pulak.

Semoga adik Nurul Huda dapat menempuhi waktu bersalin dengan tenang dan selamat.   Kami semua tak sabar menanti anak2 buah baru ni.

As Salam.

Saturday, July 19, 2014

Pengakhiran khidmat 17 tahun yang trajis - MH17

As Salam

Pada 17/07/14, sekali lagi negara kita dikejutkan dengan berita terhempasnya MH17 milik MAS.  Rasa terhenti sejenak jantung ni berfungsi.  Belum lagi kes MH370 selesai, sekali lagi negara ditimpa musibah yang maha hebat. Lebih terkesan lagi kepada waris2 mangsa yang berada di dalam MH17.

Tiada kata yang boleh diucapkan selain dari sedekah Alfatihah kepada mangsa2 yang beragama Islam dan salam takziah kepada yang selebihnya.

MH17 telah berkhidmat selama 17 tahun. Terima kasih dan jasamu dalam kenangan.

As Salam.

Saturday, June 28, 2014

Dah baca niat puasa?

As Salam

Pejam celik dah nak mula berpuasa la pulak kita tahun ni.  Rasanya baru lagi selesai urusan Hari Raya yang lepas.

Semoga dipanjangkan umur untuk menunaikan ibadah puasa tahun ni sehingga selesai. Jangan lupa niat berpuasa.  MMD ajar Lea baca kedua2 niat, niat harian dan juga niat puasa sebulan.


Kepada pengunjung ke blog MMD ni, MMD serta keluarga memohon kemaafan jika ada coretan yang mengguris perasaan sesiapa sahaja.  Maafkan MMD.

Selamat menunaikan ibadah puasa.

As salam.

Friday, March 21, 2014

CCM - Kuching terakhir 01/03/14 - Serikin

As Salam

Day 4

MMD dah siapkan beg2 untuk check out.  Sarapan pagi pada pukul 7pg dan 7.30pg driver dah siap menunggu kami untuk ke Serikin.  My beloved hubby dah buat bayaran malam sebelumnya untuk mengelakkan kelewatan pada pagi2 hari. Inilah luaran White Cottage.




 Kek yang MMD order hanya sampai pada pukul 8.30pg di hotel semasa kami dah pun dalam perjalanan ke Serikin. Driver buat arrangement dengan ayahnya untuk mengambil kek MMD di hotel yang juga akan ke Serikin membawa sekumpulan pelawat juga.

Semasa makan malam di Le'Pau, ownernya ada mencadangkan agar membawa air yang cukup, pakai sunblock, pakai topi kerana suasana di sana agak panas berbanding dengan bandar2 lain di Borneo.  Ini adalah kerana Serikin berada paling hampir di garisan Khatulistiwa.

Disebabkan ini juga driver memang bercadang untuk sampai awal agar tidak perlu shopping dalam panas terik dan juga mengejar tempat letak kereta. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 45min dari bandar Kuching.

Pekan Serikin ini adalah kawasan border dengan Kalimantan, Indonesia.  Bandar terdekat ialah Pontianak, Indonesia.  Kebanyakan peniaga di sini datang dari Indonesia yang datang berniaga pada hari Sabtu dan balik semula pada petang Ahad.  Mereka ini akan tidur di tempat mereka berniaga.  Pasar ini dibuka sehingga pukul 6ptg pada setiap Sabtu dan tutup pada 1tghari pada setiap Ahad.

Masa MMD sampai, tak ramai lagi pengunjung, masih agak lengang lagi. Masih boleh lagi berposing di tengah2 jalan di pasar tu.  Tak lama kemudian, ehmmm, dah penuh dengan orang ramai.








Macam2 barangan dijual disini, dari pakaian, telekung, periuk belanga, makanan, batu permata, hasil2 hutan pun ada.  Driver ada pesan pada MMD agar minta diskaun 50% dahulu sebelum mencapai harga yang dipersetujui,

Dalam perjalanan balik, kami singgah ke mini zoo dan hanya bergambar di luarnya sahaja dengan replika dinasor.






Kami dibawa singgah untuk lunch di Siti Cafe & Catering di Bau.  Udang ni berharga RM8.00 seekor yang besar tu. Kat dalam gambar nampak kecil je.  Ayam pangsuh juga ada yang MMD ambil supnya & nasi putih agar menjadi bubur untuk Hazry. Lauk pauknya banyak dan kami semua berselera makan. Harga makanan di sini amat berpatutan.




Perjalanan diteruskan untuk terus ke airport. Sampai airport dalam pukul 1.15ptg.  Boarding time 2.25ptg.  Kali ini, MMD dah book untuk masukkan pasu ke dalam drop in luggage lebih kurang 17kg.  Yang lain semuanya hand carry.  Lea siap berposing dulu di airport.





Kami sekeluarga diberi keistimewaan untuk masuk ke flight dahulu sebelum penumpang yang lain.  Kali ni terus masuk melalui aerobridge dan MMD hanya dukung Hazry untuk ke kerusinya saja.  Sampai di KUL 20min awal dari jangkaan. Terpaksa berdukung Hazry dan menuruni tangga hingga ke tempat menunggu. 
Tunggu kerusi roda Hazry turun dari perut flight dan terus pergi mengambil kotak pasu.





My beloved hubby terpaksa menyewa 7 seater airport taxi kerana taxi biasa tak muat untuk masukkan kotak pasu, kerusi roda Hazry serta beg2 kami semua. Mahal betul sewa teksinya.

Kami semua selamat sampai ke rumah dalam pukul 6ptg.  Lawatan ke Kuching yang best dan teratur sekali. Yang paling penting, hajat untuk membawa anak2 naik kapal terbang sudah tercapai.  Lawatan akan datang ialah ke Bandung pada Feb 2015.  Harap dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki olehNya.  InsyaAllah.

Belanja pada hari ini:
Van+driver, hari ke4 RM150.00 (sepatutnya RM190.00)
Di Serikin RM215.00
Lunch di Siti Cafe RM45.00
Taxi hire at KUL airport RM232.80

Semoga aturcara di atas boleh dijadikan panduan kepada pembaca blog MMD.  MMD belum lagi memperkenalkan driver yang budiman tu...namanya Ashraf (012-8515563) dan bapanya En. Hakim (019-8550019).  Kepada sesiapa yang  berhajat untuk menggunakan khidmatnya bolehlah hubungi mereka terus.

Till we meet again, Kuching & Airasia.

As Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...