Saturday, May 12, 2012

CCM - Legend Cherating - March 2012

As Salam

Dah lebih 2 bulan berlalu baru MMD ada masa nak update cerita pergi holiday.  Biasalah, dah masuk kerja, memang extra stress dengan meja yg penuh menunggu MMD bertugas semula.

Bertolak dari Port Klang agak lewat, dalam pukul 11pagi gitu.  Memang dah agak yg perjalanan ke Cherating hanyalah separuh jalan je berbanding jika hendak terus balik ke Trg.  Biasanya, kalau nak balik ke Trg, memang MMD bertolak awal, selepas subuh. 

Tiada apa yg menarik sepanjang perjalanan ke Cherating.  View yg sama je.  Tak ada kesesakan lalulintas pun walaupun cuti sekolah dah bermula.

Kami sempat juga singgah 2 R&R.  Macam biasalah, untuk urusan pertukaran diaper Hazry dan hajat masing2.

Apa yg mesti dibuat bila sampai di daerah Cherating ialah singgah di gerai gulai kawah, terletak di bawah pokok besar di jalan utama.  Kalau tak silap, Kg Sg Ular gitulah gamaknya.  MMD tak makan kat situ, tapi bungkus je.  Nak makan kat bilik hotel je dalam keadaan yg rilex.



Sampai ke Legend agak awal dan terus boleh check in.  Bilik memang dah distandby awal2 untuk Legend Members. MMD dapatkan 2 bilik. Lepas makan, Lea dan Hakim dah tak sabar2 untuk terjun ke pool.

Selamat bersuka ria kat pool.

As Salam.

2 comments:

Hidayah said...

lama dah tak jenguk blog akak..

mmg aka dah jarang update sangat skrg yek..?

cemana pun saya tetap suka baca gaya penulisan akak.

walaupun sekarang saya dah follow byk blog lain..
saya tetap suka blog akak.

akak sambung cerita lagi yeh..?

akak selalu cerita details..
seronok baca..

:)

My Mom's Diary said...

Hidayah: TQ bcoz tetap setia tunggu entry2 lapuk MMD. kadang2 tu tak ada story mory yg bagus nak cerita, tu yg lama tak update. bila ada story pulak, kekangan masa pulak jadi halangan. selamat membaca yea...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...