Thursday, July 26, 2012

Berbot ke Mines Shopping Mall

As Salam.

Anak2 MMD gembira sangat bila berpeluang menaiki bot dan menikmati keindahan alam sepanjang perjalanan di tasik sebelum sampai ke Mines Shopping Mall.

Dapat tengok rumah2 cantik dan juga burung2 bangau sana sini.



Alangkah bertuahnya jika MMD juga mempunyai tempat yg sebegini cantik dan tenang di Port Klang. he he he he  Berangan je la...

As Salam.

Wednesday, July 25, 2012

Santai-santai di POGH lagi

As Salam

Hujung minggu yg tak ada plan ke mana2.  MMD sekeluarga merayap lah ke POGH di Seri Kembangan.  Dah lama rupanya MMD tak singgah hinggakan kuda yg dahulunya berwarna hitam dah bertukar ke warna keemasan sekarang.


Posing sana, posing sini, gitu2la MMD especially anak2 MMD.



Abang Hakim sempat exerise sebentar sementara MMD berposing dengan Lea.


Rasa nak mandi je kat air terjun tu...


As salam.

Tuesday, July 24, 2012

The Pelamin

As salam

My beloved hubby dah bertungkus lumus menyediakan pelamin permintaan adik bungsu MMD untuk upacara pertunangannya pada 30/06/12.  Akhirnya inilah yg terjadi.


Biarlah MMD berposing dulu ekkk.  Nak tengok siapa bakal tunangan orang tu?  Tunggu...


Lama juga tempoh masa yg diambil oleh my beloved hubby.  Maklumlah buat sikit2 pada waktu petang2 gitu.


Abang Hakim tengah adjust lampu2.


Adik MMD sedang lekatkan bunga2 putih.  Bunga2 ni hasil kerjatangan seorang lagi adik MMD yg tinggal di Melaka tu. Langsir2 tu je yg MMD tolong jahitkan.  Yg lain2 tu, tangan MMD keras semacam je...he he he


Begitulah gotong royong projek pelamin untuk majlis pertunangan adik bungsu MMD.
As salam.

Monday, July 23, 2012

Selamat Berpuasa...

As Salam

Lama betul MMD tak update apa2 story mory kat sini.  Tersangatlah sibuknya dengan segala urusan. 

Sempena kedatangan bulan Ramadhan ni, MMD memohon kemaafan jika ada tulisan2 MMD di blog kecil ini menyinggung sesiapa saja yg singgah dan membacanya.

MMD berharap agar MMD ada masa terluang untuk update beberapa sejarah terlakar pada bulan June & July ni.  Walaupun sudah basi sejarah tu, MMD masih perlu updatekannya agar menjadi ingatan dan kenangan di masa akan datang.

Selamat berpuasa dan jangan terlalu berlebihan ketika berbuka puasa.  Membazir amalan yg tidak baik.  Lebih baik kita menyimpan untuk masa akan datang.  Selak2 lah entry terbaik ni.

As salam semua.

Wednesday, June 13, 2012

Makang lagi...

As Salam

Orang Terengganu kan banyak sebutan dengan tambahan G kan?  Tu la pasalnya MMD sengaja tulis tajuk macam tu,  bukannya salah ejaan.


Sebenarnya, MMD diberi cuti dari masuk dapur lagi.  Apa lagi, makan kat luar la...Ini sempena birthday the big daddy...my beloved hubby pada 01 Jun baru2 ni.  Lokasi?  Bagan Seafood, Port Klang.  Berbaloi makan kat sini dari makan di Ikan Bakar Sekinchan.


Tapi ada orang lain yg dapat hadiah tau.....

Lea dapat kasut warna merah jambu.  Katanya, kasut lamanya dah tak muat lagi.  Sakit2 belakang kakinya bila pakai. Biasalah pujukannya selalu menjadi. Nah, dapat kasut baru.  Pilihan warnanya lagi...merah jambu.

As Salam.

Tuesday, June 12, 2012

Bohsan la....

As Salam

Bosan la buuuu. Apa nak buat yea.... Inilah kerja budak kecik ni...Samada remote control  TV kat tangannya atau Tab ibunya kat tangannya.....

As salam.


Monday, June 11, 2012

Sana sini dengan PM

As Salam

Bukan MMD dengan Perdana Menteri la.  Jangan nak berangan pulak mengekor PM  ke sana sini.  PA dia ke?  Ahhhh, jauh sekali.

Ini event di MAEPS Serdang baru2 ni. 

Yang ini di Centro Klang.

Ini dia PM = Public Mutual.  Ada EPF, ada cash atau ada kedua2nya sekali?  Jangan lengah2 lagi, ambil peluang untuk menggandakan simpanan anda semua di tempat yg terbaik.

Sila tengok senarai di bawah untuk lihat samada anda layak atau tidak untuk simpanan/pelaburan dengan duit EPF.

Pada sesiapa yg ingin mendapat pendapatan tiada had, pun boleh.  Hubungi MMD yea.

EPF Members’ Investment Withdrawal Eligibility

We wish to inform you that under EPF Members Investment Scheme, members are allowed to withdraw and invest 20% of the amount in excess of the required basic savings in Account 1 to age in order to invest as shown in the table below.

Basic Saving (Account 1) Age (Year) Basic Savings (RM) Age (Year) Basic Savings (RM)
18 1,000 37 34,000
19 2,000 38 37,000
20 3,000 39 41,000
21 4,000 40 44,000
22 5,000 41 48,000
23 7,000 42 51,000
24 8,000 43 55,000
25 9,000 44 59,000
26 11,000 45 64,000
27 12,000 46 68,000
28 14,000 47 73,000
29 16,000 48 78,000
30 18,000 49 84,000
31 20,000 50 90,000
32 22,000 51 96,000
33 24,000 52 102,000
34 26,000 53 109,000
35 29,000 54 116,000
36 32,000 55 120,000


The table above shows the Basic Savings amount required to b retained in Account 1 based on age. For example: A Member aged 30 with savings of RM30, 000 in Account 1:
Basic Savings in Account 1 : RM18, 000 Amount in access of Basic Saving in Account 1 : RM12, 000 (RM30, 000 – RM18, 000) eligible amount (20% x RM12,000) : RM2,400

Please note that the minimum investment amount is RM1, 000.

As Salam.

Saturday, June 9, 2012

Happy Birthday - Hazry Halimy 12th - 20/05/2012

As Salam

Rasa2nya baru lagi MMD blogkan pasal anak istimewa MMD, Hazry pasal birthdaynya.  Ya, dah 12tahun Hazry sekarang.  Alhamdulillah kerana diberikan umur yg panjang padanya.

Macam selalunya, MMD belikan kek sebagai meraikan majlis kecilan di rumah aje. Bukan Hazry makan pun kek tu.  Selepas sesuap dua, dia dah tolak untuk menelannya.  Yang lain, dah tentu kami semua yg menghabiskannya.

Berapalah lemak terkumpul ni....masa makan tak ingat pun, bila dan kenyang, barulah berkira2 lemak tepu tu.

Ini sebenarnya sesi berebut Tab. Semua nak pegang Tab. Akhirnya abang Hakim menang, sudah tentulah kan... Hazry pun memang asyik menengok setiap kali abang atau adiknya mengadap games.  Nak main, tak pandai, tengok je la...

As salam.

Friday, June 8, 2012

Bingkisan dari seberang

As salam

MMD kembali bersiaran.  Macam biasalah, cerita MMD selalunya cerita basi.  Ada masa je, baru MMD blogkannya.

Baru-baru ni, staff MMD dihantar bertugas ke seberang lautan.  Bukannya jauh pun,  Dekat je.  Langkawi je. Kena melintasi lautan jugak kan? 

Sebagai buah tangan dari seberang, MMD dihadiahkan dengan benda kegemaran MMD yg pantang ditolak. he he he.  Sampai ke opis pagi2, tengok ada ni di atas meja....TQ A.W.


As salam.

Saturday, May 26, 2012

Hai....mangga muda!

As Salam

Mangga muda sedap jika di cicah dengan kuah rojak buah atau kicap cili api kan?  Belum habis lagi MMD menaip ni, dah terasa kecur air liur ni....memang sedap!

Pokok mangga kat rumah MMD sedang berbuah lagi kali ni.



Antara yg baru masak dan baru dipetik dari pokok.  Manis sangat2.  Alhamdulillah, syukur atas rezekiNya.

As Salam.

Friday, May 25, 2012

Kejutan!!!!! Hari Ibu

As Salam

Akhir2 ni, Lea suka sangat buat kejutan pada MMD especially dengan tulisan2 yg baru dipelajarinya.  Lagi la dia seronok bila dapat hadiah colouring set dari Mak Su nya.

Antara yg dibuat untuk MMD sebagai ingatan hari ibu tempoh hari...


Terima kasih Lea....

As Salam.

Thursday, May 24, 2012

Togel tengah jalan

As Salam

Bogel ke togel?

Jangan salah faham tau.  MMD hanya nak cerita pasal MMD berselisih dengan rangka kenderaan yg tak berdinding semasa dalam perjalanan ke Cheras tak lama dulu. Bukannya di tepi jalan yea...Siap bergerak laju lagi di jalan.

Drivernya siap pakai mask untuk elakkan angin kuat terjah mukanya.

Tara..........


Kalau dapat naik sekali pun sodapppppppp juga ni..Angin sepoi2 bahasa gitu. Kalau hujan?  Pakailah payung...apa susah?

As Salam.

Wednesday, May 23, 2012

Jejak kasih .... 26 tahun berlalu

As Salam

Baru2 ni MMD menghadiri jemputan kahwin di Ulu Langat dari Kak Mama.  Kenduri kahwin adik lelaki bungsunya.  Kiranya keluarga Kak Mama dah dianggap sebagai keluarga sendiri pun. 


Berkenalan dengan adik Kak Mama iaitu Sha dan kawan rapatnya Julie semasa bersekolah di Form 4 SMSS, KT.  Sama2 tinggal di hostel.  Keluarga Sha berpindah ke KT masa arwah abahnya bertugas di KT.

Agak lama juga tak berkunjung ke rumah Kak Mama, last sekali masa ziarah arwah abah dulu.  Peluang kali ni MMD tak lepaskan kerana bakal berjumpa dengan Julie yg hampir 26 tahun tak berjumpa selepas tamat Form 5 dulu.  Lamakan?  Betul2 jejak kasih.


Actually, Julie bekerja sama tempat dengan salah seorang adik MMD di UKM Bangi.  Bukannya jauhpun Kajang dengan Port Klang, tapi kadang2 masa tak mengizinkan.

Seronok betul bila berjumpa tu.....

As Salam.

Tuesday, May 22, 2012

CCM - Ma...kami dah sampai!

As salam.

Ma...itulah panggilan untuk my mom. Akhirnya kami sampai ke rumah.  Rehat2 je.  Yang penting, hari2 kena beli keropok lekor.  Kalau tak makan, rasanya rugi sangat balik kampung tapi tak merasa keropok lekor.  Memang tak pernah jemu pun.  Kampung MMD amat terkenal dengan keropok lekor.  Keropok lekor Losong.

Sebenarnya, rumah MMD lebih dekat kepada Muzium Negeri Terengganu berbanding kawasan keropok lekor.

Kebetulan MMD di kampung, sempat juga bertandang ke majlis menyambut menantu sepupu MMD.  Baru pertama kali kenduri kahwin di rumahnya.

Bergegas balik ke rumah.  Ada client nak singgah kat rumah untuk urusan penyerahan dokumennya.

Semuanya selesai di Trg dan keesokan harinya (Ahad, 18/03/12) kami berangkat balik ke KL.

Macam biasa, sebelum bertolak, kami akan singgah di Pasar Cabang Tiga.  Membeli bekalan kuih muih untuk dimakan dalam perjalanan.  Makanan yg Hakim mesti beli ialah jala mas.  Kalau tiap kali my mom datang ke rumah MMD pun, mesti ada bekalan jala mas untuk Hakim.

Perjalanan balik kali ini, my beloved hubby guna jalan Ajil dan masuk ke lebuhraya barunya.  Dalam perjalanan, kami bertemu dengan adik lelaki dan adik ipar MMD di R&R Temerloh yg balik memancing di Dungun.  Lepas tu, MMD menghala ke bandar Temerloh untuk berjumpa dengan last client MMD. 

Kali pertama MMD masuk ke Temerloh.  Tengok dalam google map, rasanya macam jauh je dari highway.  Tapi bila dah susur ke Temerloh, tak lah jauh sangat pun.  Berhenti makan di salah satu cafe kat bandar Temerloh, client MMD sampai dan dokumen bertukar tangan.  Selesai kat situ.  Bertolak terus ke Port Klang dan selamat sampai petang tu juga.

Percutian MMD kali ni bercampur dengan urusan kerja.  2 in 1 la.  Puas hati walaupun banyak masa semasa di Pahang berhujan. Kat Trg boleh tahan panasnya.

Next holiday destination?  ehmmmm, adik ipar MMD plan ke Padang, Sumatera.  MMD tak pasti lagi bcoz ada urusan penting pertengahan tahun ni.

As salam.

Monday, May 21, 2012

CCM - Bye2 Pahang, Hai2 KT

As salam

Selepas 5 hari 4 malam di Legend Cherating, kami check out dan berangkat balik ke Trg. Perjalanan pun memang santai je.  Sebab dah tahu jarak dan tempoh masa yg tak berapa panjang untuk sampai ke Trg.



Sebelum sampai ke Pantai Peranginan Kelulut, tak jauh dari selekoh, kami singgah makan tengahari.  Nasi ayam pilihan kami.  Hazry pun makan nasi ayam yg dah direndam dengan sup yg agak banyak.  Jadi macam bubur juga la.  Maafkan ibu ye Hazry.  Pagi tu MMD tak masakkan bubur untuknya.

Nasinya kembang elok dan supnya sedap.  Kalau bersempatan lalu lagi di laluan sini, sudah tentu MMD akan singgah lagi.  Tuan kedainya pun ramah.  Sebenarnya, dia berasal dari Kg Atas Tol.  Dah tak jauh dari kampung MMD.

As salam.

Saturday, May 19, 2012

CCM - Breakfast & Dinner

As salam.

Dek kerana laptop yg terencat kena kejutan air tu, pihak hotel telah menawarkan 3 voucher percuma, 2 x breakfast dan 1x dinner. Terima kasihlah Legends yea...

Tapi yg paling menggembirakan MMD ialah laptop MMD baik seperti sediakala selepas digodek2 oleh my beloved hubby.  Alhamdulillah. 

MMD saja2 je letak gambar makanan banyak2 kat bawah ni....makan biasa2 je...








Sebenarnya pihak Legends ada menawarkan 1 day extra stay.  Tapi memikirkan dah agak kebosanan dek bercuti dalam hujan di Pahang tu, MMD tolak tawaran mereka dan menggantikannya dengan buffet breakfast dan dinner. Kalau MMD ambil extra stay tu dan lanting2 kat kawan2, rasanya tak berbaloi kot...tak puas stay kat Legends dan keesokannya dah nak check out.

Ada satu kali tu, MMD siap tapau sebekas nasi lemak untuk my beloved hubby.  My beloved hubby demam.  Ha ha ha, deman dalam bercuti. Kerja keras menggodek laptop!!!

As salam.

Friday, May 18, 2012

CCM - Fiesta Nenas

As salam

Dek kerana terpandang signboard besar di tepi jalan semasa ke bandar Kuantan sebelum ni, MMD dah berpesan pada my beloved hubby untuk singgah kat situ dalam berjalan balik ke hotel.



Nenas disusun cantik.  Dari jauh dah nampak deretan nenas.  MMD tak lepaskan peluang posing kat situ..he he he.


Dah alang2 singgah, MMD pun pilihlah selonggok nenas, 5 biji RM10.00.  Tak de murah pun...Sama je harganya kalau beli kat Econsave dekat rumah MMD di Port Klang.

Sampai di hotel, terus potong dan bersihkan 2 biji.  Tak larat nak makan banyak2.  Takut perut meragam pulak.

Sebenarnya, 3 biji lagi di bawa balik ke Trg dan akhirnya 2 biji lagi di bawa balik ke Port Klang.  Jauh betul perjalanan nenas ni.  Keluar masuk 3 negeri gitu.

As salam.

Thursday, May 17, 2012

CCM - Pantai Peranginan Balok

As Salam



Selepas meninggalkan PTC, kami menuju ke Pantai Peranginan Balok.  Nasib baik masa kami sampai, cuaca OK.  Redup2 je.  Tak ramai pengunjung pun, adalah 2-3 keluarga je.  Maklumlah dah tengah hari dan mungkin juga kerana waktu bekerja ibu bapa walaupun musim cuti sekolah.

Posing sana sini dan berangkat balik ke hotel.




Dalam berjalanan balik, hujan dah mula rintik2.  Hujan lagi....Bumi Pahang memang sejuk kala ni.

As salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...