Friday, March 18, 2011

Fort Cornwallis, Penang - Jan 2011

As Salam.

Singgah berehat dan menikmati suasana petang di tepi pantai.  Tak dapat masuk ke Fort Conrwallis bcoz dah terlewat sampai. Lea dengan gembiranya dapat bermain dengan Hakim.  Main layang2 yg kiut muit saiznya. Angin petang pun kuat juga.  Melayang tinggilah layang2nya.




Agak2nya dah berapa umur tali ni?





My hubby sergah si penjual aiskrim hinggakan dia ingat my hubby ni polis, terus bagi aiskrim dengan harga murah..ha ha ha.

Hazry dengan happynya.




Hakim dengan parut2 chicken poxnya.

As Salam.

Tropical Spice Garden & Penang Butterfly Farm - Jan 2011

As Salam

Selepas ke War Museum, kami ingat sempatlah ke Butterfly Farm di Balik Pulau, tapi dok asyik singgah sana-sini, akhirnya tak kesampaian nak masuk ke Butterfly Farm.

Tapi enjoy gambar2 yg MMD snap di Tropical Spice Garden & kat luar Butterfly Farm.






Aktiviti ni tak sesuai untuk family MMD kerana terpaksa menaiki bukit. Hazry berkerusi roda dan bcoz of that, kami cancel the visit.  Just snap beberapa keping gambar je.



Singgah makan pulak kat tepi pantai Feringgi sambil mencuci mata, couple mat saleh sedang meronda pantai dengan baju yg kurang kainnya..ha ha ha. Tak leh upload !!!








Akhirnya sampai juga ke Butterfly Farm even dah tak boleh masuk.  Lewat tiba 30min je. At least, sampai dan kenal lah juga tempatnya.


Sebelum ke sini, MMD singgahlah juga ke Orchid Garden....kesian betul tempatnya.  Hidup segan mati tak mau.  Hinggakan kamera MMD pun tak lalu nak ambil gambar. Kami jumpa jugalah owner kat situ. Chinese couple yg dah lebih separuh abad umurnya.  Katanya, tempat tu dah nak dijual.  Lagipun, tak ada orkid yang berbunga pun untuk menarik perhatian pengunjung. Penuh dengan semak samun.  Adalah anak2 orkid yg tak sampai 2 inci nak dijual dengan harga lebih dari RM50.00.  Mak aiiii..mahal betul. My hubby said...lupakan lah...

As Salam.

Padang Kota Lama @ Esplanade Penang - Jan 2011

As Salam.

Cantik pemandangan Padang Kota Lama di waktu malam dengan lampu berkilauan di dinding bangunan.









Jangan panjat!!!! Pagar runtuh nanti sape yg susah?


As Salam.

Monday, March 14, 2011

Dato' Lee Chong Wei celebrates winning the All England!

As Salam

Tahniah untuk Dato' Lee Chong Wei yg telah memenangi buat kali ke 2 piala All England.  Kami semua amat berbangga dengan kejayaan ini.

Congratulations to Datuk Lee Chong Wei for winning the world oldest and most prestigious badminton competition, The All England! All of Malaysia sends her congratulatory note to our national hero for making her very proud for the second time consecutively.

K Now Distribution Sdn Bhd on behalf of Kaspersky are extremely proud of Datuk Lee Chong Wei for lifting the cup in Birmingham, England beating a strong contender, Lin Dan of China in straight sets.

Kaspersky always maintain the belief in Datuk Lee Chong Wei for a world class performance and it was proven this morning. As a world class anti virus software, Kaspersky always set its standard in emulating the performance equal to none but the best and top. YOU CAN NEVER GO WRONG BANKING YOUR TRUST IN THE BEST!

Congratulations to Datuk Lee Chong Wei again and Kaspersky is extremely proud for having Datuk Lee Chong Wei as its ambassador.

Kredit to Kaspersky.

As Salam.

Walimatul Urus - Muar 13/03/2011

As Salam

Perjalanan kami dari Melaka ke Muar taklah berapa jauh.  Walaubagaimanapun, dek kerana tak pernah sampai ke rumah pengantin ni, terasa jugalah jauhnya kerana tak berapa kenal dengan jalan/laluan ke Bkt Naning.

Alhamdulillah...sampai juga kami atas jemputan En. Baharom & isteri Puan Esah sekeluarga.  Dapat bertemu mata dengan ramai sanak2 saudara yg jauh dan dekat di sana memeriahkan lagi majlis tersebut.

Enjoy the photos yg MMD sempat snap di bawah ni ye.


Cantik tema pelamin berwarna merah & gold ni.. Nak tunggu anak2 MMD bersanding...ehmmmm lama lagi la.  Anak2 masih kecil.


Pengantin perempuan, Intan Nurlemsha sama cantik dan sama padan dengan pasangannya, Ahmad Firdaus.





Majlis diserikan pula dengan pencak silat dan juga kumpulan kompang.  Meriah ! Meriah!

As Salam.

Ikan Bakar Umbai Melaka

As Salam

Setiap kali ke Melaka, MMD & sekeluarga tidak pernah lepaskan peluang untuk menjamu selera di Umbai. Kali ni pun sama.  Dah plan dengan my sister di Melaka untuk dinner kat luar je.

Enjoy dengan pilihan menu/gambar yg MMD pilih.

Sotong bersambal pedas

Pari bakar bersambal

Siakap stim

Kailan oyster sauce & kangkung belacan
Kat Melaka, menu2 di atas dimakan bersama2 dengan nasi lemak yg dibungkus kiut miut saiznya.  Tapi, kami yg dah biasa makan dengan nasi putih, tetap sebat nasi lemak + nasi putih juga.  Air buah satu jag besar. Otak2 pun menjadi pilihan anak2 MMD.

Harganya pun berpatutan.  Dengan makan untuk 6 orang dewasa & beberapa budak2, harganya tak sampai RM100.00 pun. 


Jika berkesempatan ke Melaka, singgahlah ke gerai no. 2 ni ye. Sri Kemajuan (Yusof Ikan Bakar). Gerainya sentiasa penuh sampai ke belakang. Masakannya sedap dan yg penting..harganya cuuuuunnnn.



As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...