Wednesday, March 6, 2013

CCM - Istana Arau - 24/01/13

As Salam. 



Keluar dari BKH, kami redah mencari arah ke Arau.  Istana Arau adalah tempat tujuan yang tercatat di dalam list MMD bagi tempat untuk dikunjungi. Adalah beberapa tempat yang MMD listkan selepas baca blog kawan2.  Tak kiralah mana sampai dulu sebabnya kami memang kes redah meredah je.

Jumpa signboard Arau dan jumpa juga signboard menunjukkan Taman Ular.  Eh eh...tiba2 dah nampak Istana Arau pujaan hati.  My beloved hubby dah tak nak turun.  Lea pun dah tertidur, sama juga dengan Hakim.  Lagipun Istana Arau berada di laluan utama dan kereta lalulalang agak laju juga. MMD paksa Hakim bangun untuk ambil gambar MMD.  Kesian dia....Dengan mata terkebil2 dia snapkan gambar MMD.



Hasil bidikan Hakim.  Semuanya jauh sebatu dek kerana Hakim tak nak bergerak dari tempat dia berdiri. Hanya MMD je yang bergerak.  Tak pe lahhhh...asalkan MMD sampai di tempat yang disebut2kan ni.

As Salam.


Tuesday, March 5, 2013

CCM - Bukit Kayu Hitam 24/01/13

As Salam.

Kalau dari rumah, MMD & my beloved hubby hanya merangka2 perjalanan kami yang kira main redah je.  Hotel pun kami tak book in advance pun. Sekali nak stay di Penang, sekali nak stay ke Alor Star, last2 dalam perjalanan, kami decide untuk naik ke Bukit Kayu Hitam dulu.

Sampai ke check point BKH lebih kurang pukul 10:30am, siap tersilap jalan lagi.  Macam biasalah bagi kami.  Kalau ke mana2 dan tak sesat, itu bukanlah kami. Buat U-turn dari pejabat Kastam dan punyalah panjang kereta Q untuk ke kompleks BKH.

Itu sebabnya ucapan Welcome to Malaysia kami jumpa dulu.  Keluar dari Malaysia belum lagi tapi dah dapat ucapan selamat datang.


Pukul 12:30 tgh baru lepas dari check point. Kereta berduyun lagi kat belakang.  Yang tak bestnya bila ada pemandu yang tak sabar dan potong Q.  Kurang adab di jalan raya la tuuuu.

Kami parking di depan kompleks zon bebas.  Masuk kat situ macam masuk pasaraya Econsave je.  Tak ada yang menarik perhatian MMD kat situ kecuali lokasi menjual coklat je.  Harga barangan kat situ tak banyak bezanya dengan di Port Klang.  Untuk minuman keras mungkin berbaloilah non-Muslim bershopping kat sini.

MMD bertanya kat salesgirl kat situ, ini je ke kawasan zon bebasnya?  Hairan juga MMD, punyalah banyak kereta beratur nak masuk kat sini, tapi pelanggan kat bangunan ini rasa2nya macam boleh kira dengan jari.

Barulah MMD tahu yang ada lagi satu bazar di luar bangunan tu.  Patutlah tak ramai orang kat bangunan tu. Akhirnya MMD sampai juga ke Bazar Bukit Kayu Hitam tepat pada pukul 1 tgh.  Mata pun tak boleh nak buka, matahari kat atas kepala.


Kami di deretan kedai2 kat bazar tu.  My beloved hubby sebat sepasang kasut kat situ.


Abang Hakim try test kemeja tu tapi last2 tak jadi beli pulak.


Kedai2 kat sini bertingkat2 dek kerana berada di  atas bukit dan setiap kali itulah kami terpaksa mengangkat Hazry dengan wheelchairnya. Singgah makan di kedai yang paling atas puncak sekali. Tak mahal manapun harga makanan kat situ. Hazry yang biasanya makan bubur, terpaksalah makan nasi yang direndam dulu dengan sup ayam.  Kesian Hazry tak jumpa buburnya.

MMD hanya belikan t-shirt je untuk anak2.  Tujuan utama datang kat sini adalah untuk kenal tempatnya yang MMD tak pernah sampai sebelum ni.  Turun dari bazar, MMD singgah semula ke bangunan zon bebas untuk membeli sedikit coklat.



Hakim tengah promosi coklat Alfredo.


 Berangkat keluar dari BKH untuk menuju ke Perlis.  Jumpa di sana.....

As Salam.


Monday, March 4, 2013

Happy Birthday MMD

As Salam

Pada 26/02/2013, maka meningkatlah lagi setahun umur MMD di muka bumi Allah ni.  Memohon agar diberikan kesihatan yang baik untuk melaksanakan tugas2 harian dan dipermudahkan segala urusan di samping ditambah rezeki dariNya.

MMD sengaja bercuti pada petang harinya.  Sengaja nak spend time dengan family.  Bukannya tak pernah spend time dengan mereka selepas waktu bekerja, tapi kali ini waktu orang bekerja, kami semua meredah Sunway Pyramid.  hu hu.  Kesian Hazry, terlupa pakaikan kasutnya yang ada dalam kereta.  Nasib baik dah dipakaikan stokinnya.




Sambil2 window shopping dan tengok budak2 tengah practise ice skating, bawak budak2 pergi main2 kat sini.






Menjerit2 Lea  keseronokan dan melecet2 poket MMD....

Lepas tu, seperti yang diplankan, kami semua ke Flaming Steamboat yang terletak tak jauh dari Sunway Pyramid.  Makan steamboat la...Kali ini, sebelum makan kena bayar dulu.  Kalau dulu2, dah siap makan baru bayar, budak kaunter tu cakap, ini bahana ramai yang dah makan terus je keluar tanpa pembayaran.  Tak elok kan perangai tu?

MMD selalu mintak meja yang berhadapan dengan kaunter tiap kali buat tempahan kat FS ni.  Senang sikit, dekat dengan makanan dan dekat dengan tandas juga..ahak....Pilihan makanan banyak sekali.  Tak habis nak makan kesemua jenisnya.




Hakim kalau makan tak de nasi, mana boleh kenyang...nasi kena makan dulu walaupun sikit. Hazry pulak, MMD suapkan buburnya yang MMD bawak bekalnya.  Dah tahu akan balik lewat, jadi kena bawak bekalannya.  Lea pulak sibuk nak makan nugget dengan chopstick...Last2 makan sikit je tapi refill air bukan main banyak kali.


MMD pulak memikirkan macam mana nak habiskan sepinggan makanan ni. hu hu hu.  Dahlah malam sebelum tu, MMD dah disumbat dengan ais krim dan cokelat ni.  Macam mana nak slim kalau terus-terusan macam ni kan....?

Begitulah serba sedikit aktiviti cuti setengah hari sempena birthday MMD baru2 ni.

As Salam.




CCM - Berkabus di Utara - 24/01/13

As Salam

Pada 24/01/13, MMD sekeluarga bertolak ke Utara Semenanjung sempena dengan cuti 5 hari (tambah cuti sendiri ha ha ha).

Bertolak dari Port Klang pada 4pagi dan mengharungi suasana berkabus di pagi hari di highway. Kalau abang Hakim, katanya, kawasan sejuk bu...itu kata2nya masa umur 4-5 tahun dulu kala. Suasana pada pukul 8:30pagi.






Bukan selalu dapat melihat pemandangan begini yang begitu nyaman dan salju gitu kan?

As Salam.

Friday, March 1, 2013

Waktu berboling...bola terkedek-kedek

As Salam.

Ini adalah sejarah bagi MMD.  MMD sebenarnya tak pernah main bowling.  Kuno betulkan?  Bila my beloved hubby ajak singgah ke Ampang Superbowl di Klang Parade, MMD terfikir2, biar betul cik abang ni!  Dia tahu yang MMD tak pernah menghayun bola bowling pun selama MMD hidup.

Kebetulan MMD ke Klang Parade untuk shopping guna cash voucher dinner tempoh hari.  MMD pun OK je.  Lagipun Hakim beria-ia pulak nak main bowling.  OK. tunggu giliran untuk dapatkan lane.


Testing..testing...auchhhh, bola masuk longkang.  Siapa punya turn la ni.

Inilah kasut2 sewaan yang baunya.....hampunnnn.

Anak dan ayah yang left handed.  Lagak2 pro gitu.


Aduiiiihh, beratnya bola ni.  Cam ne nak hayun ni.  Silap2 haribulan, MMD ke depan, bola tinggal kat belakang! MMD guna bola yang 9-10kg je.  Kalau ada 7-8 kg dan ibu jari muat, harus MMD ambil yang tu..huhuhu.


Good experience untuk orang yang macam MMD yang tak pernah main bowling. Hakim suka sangat2 dan dah pesan pada MMD, boleh tak sebulan sekali kita datang lagi main kat sini.   Ehmmmm.  Nanti ibu fikir2kan lah.

Muka orang happy gitu...
As salam.

Thursday, February 28, 2013

Appreciation Nite 2012

As Salam

Pada 04/01/2013, company MMD telah organise annual dinner 2012 di bangunan baru HQ di Glenmarie.  Macam biasa my beloved hubby akan ikut sekali seperti tahun2 sebelumnya. Untuk staff biasa, mesti bawak diri je, tak boleh bawak pasangan.  Kali ini, MMD bawak Lea sekali.  Tahun sebelumnya Hakim pernah ikut.  Kali ini Hakim kena jaga Hazry kat rumah.  Maklumlah MMD tak ada house helper lagi.  Kebetulan my MEM besar ada kat rumah masa tu.

Banyak jugak acara di atur, antaranya bergambar dengan pose yang paling cun, music chair, lipat kertas, ajuk perbuatan mengikut arahan, lucky draw dan sebagainya.

Awal2 lagi Lea dah pose cunnya.


MMD tumpang sekali.  Baju recycle masa kenduri tahun lepas.


Dinner yang dibuat di perkarangan office HQ ni adalah untuk merasmikan bangunan barunya sekali.  Selain tu, untuk meraikan staff2 yang telah berkhidmat selama 10 tahun.  Dapat loket emas gitu... Tahun ni, ada 3 orang.  1 staff Melayu dari Admin dan 2 Chinese staffs dari Finance Dept.   Tunggu kau loket emas...akan MMD angkut satu 2 tahun lagi...

The very big boss dan anak2nya, sorang perempuan dan 2 lelaki semuanya sporting2 belaka.  Masih lagi muda tapi boleh get along dengan staff very well. Mereka ni semua pernah datang ke rumah MMD setiap kali ada kenduri-kendara makan2.

Ha....ini salah satu acara ikut arahan, kena menari Gangnam Style.  Anak boss sporting habis join staff yang kena dera menari tu....Ahak.


Untuk acara games, MMD dapat electric cooker...lagi?  Kat rumah MMD tu dah ada 5 cooker.  4 kat dalam store.  Apa2 pun Alhamdulillah.  Semua staff dapat cash voucher, boleh gi shopping di Parkson atau AEON Jusco.  Hadiah untuk lucky draw yang paling best ialah 2 HP dan 1 Ipad Samsung.  Malangnya.... MMD tak cukup bertuah malam tu...Macam biasalah, grand prize tak pernah singgah kat nbr MMD.  hu hu hu...kesian.....

Makanan pun cukup banyak, ada western food, nasi beriani, satay, kambing golek seekor, cendol dan byk lagi.  Tak termakan dek MMD.  Tapi Lea makan pasta sampai 3 kali.

As Salam.

Wednesday, February 27, 2013

Akhirnya baju sekolah Lea siap...

As Salam

Sepanjang tahun 2012, tiap kali Lea sibuk bertanya bila Lea nak sekolah.  MMD selalu jawab...Ibu La tak siap lagi jahitnya butang baju sekolah Lea.  Ibu La tu adalah adik MMD, si tukang jahit yang tinggal di Cheras tu.  Hampir setahun MMD sogokkan Lea dengan jawapan yang sama.  Kesian Lea...

MMD sebenarnya bersiap sedia dengan baju2 sekolah untuk Hakim, Hazry dan Lea agak awal juga.  Semuanya kerana MMD tak suka bershopping dalam keadaan tergesa2 dan berasak2 dengan orang ramai. Bulan Nov dah MMD siap sedia untuk pakaian sekolah.


Permohonan untuk Lea masuk pra-sekolah di sekolah yang sama dengan Hazry di tolak walaupun dah submit semua borang2 yang berkaitan pada hari pertama permohonan di buka.  Itu hampir setahun yang lalu. MMD pilih sekolah yang sama dengan abangnya agar senang untuk menghantar dan mengambilnya dari sekolah.

Pada bulan Dec 2012, pihak sekolah ada menelefon MMD dan bagi tahu yang Lea gagal dalam permohonan tersebut.  Alasannya...gaji MMD lebih dan peluang diberikan kepada anak2 yang ibubapanya bergaji dalam lingkungan RM800 sebulan yang rata2nya berasal dari Sabah.  Sakit hati MMD dengan alasan macam ni.  Dahlah inform lambat. 

MMD singgah ke beberapa private school disekitar Bandar Bukit Tinggi, semuanya dah tutup permohonan.  MMD dah rasa tak sedap hati pulak.  Manalah nak hantar Lea bersekolah ni.

Akhir sekali, MMD singgah ke sekolah tadika Kemas yang tak jauh dari rumah MMD, yang sehala dengan tempat kerja MMD.  Kebetulan cikgu ada kat sekolah walaupun masa tu masih tempoh budak2 sekolah bercuti.  Selepas berbincang apa yang patut, Alhamdulillah Cikgu Dilla bersetuju untuk menerima permohonan untuk Lea bersekolah di situ. 

Inilah Lea pada hari pertama persekolahannya.

 
Balik dari sekolah pada hari pertamanya, Lea sangat happy.  Katanya, ibu...seronok betul kat sekolah tadi bu...Lea dapat bintang sambil menunjukkan kertas lukisannya pada MMD.  Lepas tu, siap bagi aturan untuk ikat rambutnya.  Bila pakai baju biru, nak ikat rambut 2, hari yang pakai baju sukan, ikat 1 dan hari yang pakai baju raya (hari Jumaat), nak ikat 3...hah??? Tiga Lea??? biar betul...

Dalam tempoh 2 bulan Lea bersekolah, banyak yang Lea pelajari kerana setiap hari, ada sahaja cerita yang dia beritahu pada MMD termasuklah dia boleh menghafal doa makan berserta terjemahannya, rukun negara, bacaan mukaddam,  lagu Negaraku, kisah2 nabi, Shahadah serta terjemahannya. Apa menu setiap hari disekolah hinggakan waktu petang untuk MMD masak untuk makan malam, Lea siap bertanya..ibu apa menu kita untuk makan hari ini?

As Salam.

Tuesday, February 26, 2013

Tahun baru 2013

As Salam.

Ada sapa2 yang bekerja masa 01/01/2013?  Sudah tentu MMD cuti.  Ramai yang cuti kan? My MEM besar masih lagi ada di rumah MMD masa tu. Adik bungsu MMD ajak pergi makan steamboat di Rest Steamboat Antarabangsa di Harbour Place, Klang.  Dekat je pun dengan rumah MMD.  Even tersangat dekat dengan rumah pusaka keluarga my beloved hubby.  Jalan kaki pun boleh sampai.

Adik Nurul datang dengan tunangnya, Faiz.  Sebenarnya MMD baru je sebut2 kat my MEM besar, agak2nya the next meeting dgn tunang adik ni masa akad nikahnya nanti.  Ye la...dari majlis pertunangan tempoh hari, kami tak berpeluang berjumpa dengannya.  Kalau dengan adik Nurul tu, selalu juga dia datang rumah MMD pada hujung minggu. 

Maklumlah weekend bagi Faiz jatuh pada hari Isnin, sedangkan adik Nurul macam MMD juga, weekendnya Ahad.  Macam mana nak get together kan?

Pilihan makanan kat situ tak boleh tanding dengan  Flaming Steamboat di Bandar Sunway.  Kat FS lagi banyak pilihannya.  Bezanya kat sini boleh bakar/grill selain dari rendam dalam sup yang biasa tu.

Anyway, terimakasih adik Nurul & Faiz kerana belanja MMD sekeluarga pada tahun baru 2013.  Makan percuma pada 01/01/2013.  Itu yang bestnya.  Tak gitu?

As salam.

Monday, February 25, 2013

Risik dan tunang

As Salam.

Sehari sebelum ke MP Seremban, MMD & my beloved hubby join rombongan merisik dan pertunangan anak sepupu my beloved hubby. Keluarga lelaki dari Muar, Johor transit di rumah keluarga abangnya di Jalan Yadi, Klang.

Rombongan ni bertolak ke Padang Jawa selepas solat Zohor.  Kalau tak silap MMD, ada 10 buah kereta la jugak. Apasal tiba2 MMD kat depan pulak dan pegang sirih junjung tu?  Heran jugak!!!

  
 
Antara hantaran balas dari pihak perempuan.


Ceria betul Syuhada.  Moga pertunangan Syuhada & Adib ini kekal hingga ke jinjang pelamin.  InsyaAllah, dalam masa 2 tahun bakal ada kenduri lagi. Oh tidakkkk, bulan Mac 2013 ada kenduri di Muar untuk majlis pernikahan adik perempuan Adib.


Dec 2012 adalah bulan yang banyak makan2, minum2, perjumpaan keluarga.  Berat badan pun naik tanpa disedari.  Bukan senang nak kuruskan badan ni.  Percubaan demi percubaan untuk kuruskan badan masih tinggal harapan.  My beloved hubby kata, biarlah tembam sikit pun tak apa asalkan tak ada penyakit.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...