Friday, May 20, 2011

Pintal sayang!

As Salam.

The only daughter in the family, Lea memang suka rambutnya dihias.  Dari kecil hinggalah dah berumur 4 tahun, setiap hari ada saja style yg digubah pada rambutnya.  Jika MMD tak berkesempatan, pembantu rumah MMD pun rajin melayan rambut Lea. 

Lepas je siap mandi, mesti dia bertapa lama dalam bilik.  Bukannya buat apa...urusan pintal memintal rambut.  Bukan saja poney tail, kadang2 tu, sampai 5-6 jalinan rambut di kepada Lea. Lea memang tahan kepalanya di godek2 hinggakan getah yg berwarna-warni kehabisan stock kat rumah.  Dah pakai, then lupa letak kat mana2. Sampaikan, getah pengikat barang pun dia sapu dari laci dapur.

Salah satu stylenya, tengok kat bawah ni....




Simbol "peace" tu tak tinggal.  Tengok cara abangnya la tuu...

Layan yg ni pulak...





As salam.

Thursday, May 19, 2011

The menu

As Salam



Kali ini, MMD telah memilih untuk mendapatkan khidmat katerer untuk majlis tahlil.  Jiran setaman dengan MMD juga.  Jadi, senanglah untuk berbincang tentang menu dan juga harga. Lagipun, ianya sebagai satu cara promosi untuknya yg pertama kali di buat di taman tempat MMD tinggal.  Sebelum ini, mereka hanya buat di Papar, Sabah dan juga untuk jamuan di tempat kerjanya.



Pilihan menu MMD ialah nasi beriani, kari daging, ayam masak merah, acar timun, pajeri nenas, manisan seakan yogurt jagung, air limau nipis, air limau dan sebagai tambahan, mereka sediakan juga sebalang air buah-buahan campuran.



Masakannya sedap dan kena dengan selera MMD sekeluarga. Harganya RM8.50 sekepala.  But for me...with an extra discount. Jiran kan!!!



Nasi beriani:



Kari daging dengan kentang:



Ayam masak merah:



Acar timun:



Pajeri nenas:



It's me ! Sebahagian dari hidangan pada hari tersebut:



Antara isi kandungan goodie bag.  Nak tempah? Tengok sini



As Salam.

Wednesday, May 18, 2011

Majlis Tahlil vs Mother's day - 08/05/11

As Salam

Terlaksana sudah hajat & niat mengadakan majlis tahlil.  Ramai jiran tetangga lelaki yg datang semasa bacaan Yaasin & tahlil arwah. Selepas selesai tahlil, rumah MMD dikunjungi oleh para2 ibu.  MMD ambil kesempatan berjumpa untuk meraikan mereka sempena Hari Ibu yg jatuh di hari yg sama kenduri yg MMD anjurkan.

Alhamdullillah, semuanya berjalan dengan lancar.





Buah tangan untuk majlis tahlil.

As Salam.

Thursday, May 12, 2011

Faces of her 4th birthday - 07/05/11

As Salam

Aksi2 menariknya pada hari ulang tahun kelahirannya yg ke-4.  Happy birthday to Johana Lea Adira pada 07/05/11 baru2 ni.








Kebetulan hampir kesemua adik-beradik MMD serta anak2 buah datang berkumpul untuk majlis tahlil keesokkan harinya, MMD organised a small BBQ for them.  Ayam perap sos bubu dan juga black pepper Kenny Rogers, sosej dan juga nasi goreng ikan bilis special.  Nasi goreng dimasak oleh adik MMD, Yus namanya. Sedappppp.





As Salam.

Wednesday, May 11, 2011

Pelapik Angsa

As Salam

Hari ini datang satu parcel di office.  Kata yg menghantarnya..hadiah untuk majlis kenduri bcoz tak sempat sampai ke Port Klang on time hari Ahad yg lepas.

TQ Ms Sharon Leong.  Inilah dia..pelapik gelas berbentuk angsa yg diperbuat dari kayu.  Cantik...


As Salam.

Wednesday, May 4, 2011

Village View Restaurant (Reko) Sdn Bhd

As Salam

Kat mana tu?  Pun tak jauh..kat Bandar Baru Bangi, Kajang je. On the way balik dari Nilai 3, brother in-law MMD yg propose to have a dinner here. Lagipun, perut dah berkeroncong sakan, lapar & penat ber'window shopping. Kami ke Nilai 3 dengan 2 kereta. Yang bestnya, dia bawak kami semua explore jalan2 baru dan short cut.  Siap naik jejantas, lalu lorong sempit2..eeee. if MMD sorang2, gerenti tak lalui jalan2 tu. Tau2, dah lalu depan UKM, BB Bangi.

Berada di jalan besar, dari jauh dah boleh nampak signboardnya.



Dengan pintu gerbang yg menarik, ruang makannya besar, ada 2 ruang, bahagian depan dan juga di belakang.  Siap ada kolam ikan.  Waiternya pun ramah mesra. Masa kami sampai, tak berapa ramai orang, tapi dah dekat pukul 9mlm, pandang sekali lagi..opppsss, dah penuh!  Waktu menunggunya pun tak berapa lama.  OK la..

Sebahagian pilihan menu MMD pada malam tu..





On the left, Mem Besar..my dearest mother.

As Salam.

Tuesday, May 3, 2011

Eifel Tower Di Malaysia

As Salam

Tak percaya?  Bukan di France saja ada Eifel Tower, itulah kreatifnya rakyat Malaysia.  Pernah jumpa di mana2 ke?

He he he...tak jauh tempatnya.  Hanya di Nilai 3.  Apa? MMD ke Nilai 3 lagi? Rasa2nya last post baru je cerita pasal Nilai 3.

Apa nak buat...last weekend dah terjebak dengan pujukan my younger sister di Cheras. Dah siap2 had lunch at her house, terus je ter'plan ke Nilai 3. Actually, MMD tak ada plan nak beli apa2 pun. Sekadar meramaikan rombongan Cik Kiah since my mother pun ada.  Tapi MMD beli lah juga 2 set cadar single baru untuk my son & my daughter, dah alang2 ke sana, tak kan nak balik tangan kosong kan?

Berbalik pasal topik kat atas tu,  bukan je Eifel Tower yang ada, siap ada Helang Langkawi, binatang2 lain juga ada, mungkin dari Zoo kot mereka pindah sementara kat situ...sebenarnya binatang batu !

Tara....


As Salam.

Saturday, April 30, 2011

Things to do !

As Salam

MMD rehat seketika dari menghadap blog ni.  Terlalu banyak kerja di pejabat hinggakan bila balik ke rumah, tak banyak masa yg terluang dan bungkam pun awal for the past 2-3 weeks.

Lebih2 lagi niat nak adakan majlis kenduri tahlil kat umah MMD semakin dekat..but but, tak decide lagi whtr on 07 or 08/05/11.

Since esok and for the next 3 days cuti...MMD dah listkan apa yg patut MMD buat & beli.

1.  To meet my mom yg berada di rumah my younger sister di Cheras on Sunday 01/05/11 to discuss on the overall majlis.  Actually, MMD & my hubby dah pun plan semuanya tanpa melibat/menyusahkan  adik beradik or my mom.  Lagipun, my mom dah sampai dari Terengganu for almost 2 weeks tapi belum bersempatan nak jumpa lagi. Ada je halangan untuk ke Cheras dlm masa terdekat ni.

2.  To confirm the caterer and also the menu latest by 02/05/11.

3.  To purchase Surah Yassin for 50 more pcs & goodie bags.  Rasa2nya kat Mydin Klang murah sikit kot.

4.  Dah order chocs from my sister from Malacca, pls pay a visit at my lovely Cik Eie untuk di masukkan ke goodie bag.

5.  To confirm tarikh majlis dengan Pak Imam.

6.  To check with another younger sister whtr nak wat majlis cukur jambul untuk her new born baby sekali gus dengan my majlis.

7.  To order the canopy.

8.  To distribute the invitation card.
Those yg berada di Klang/Port Klang atau kawasan yg tak jauh dari sini, MMD sekeluarga dengan berbesar hati menjemput kawan2 bloggers untuk hadir ke majlis tahlil dan jamuan makan.  Nak map to my house? Drop me a comment with your email address. MMD akan forward kan the map.

As Salam.

Wednesday, April 27, 2011

Pemenang - Give Away No. 1

As Salam

Maaf, tiada pemenang. Cuba lagi in the next GA.

As Salam.

Thursday, April 7, 2011

Ahmad Sarbani Mohamed - pergi tak kembali!

As Salam.

Memang gempak, panas dan happening di Port Klang dan kawasan yg sewaktu dengannya buat masa ini.  Bukan saja dengan penangkapan ramai kakitangan Kastam di Port Klang oleh SPRM, tetapi yang lebih memilukan ialah kehilangan seorang Penolong Pengarah Kastam Negeri Selangor, Allahyarham En. Ahmad Sarbani Mohamed, 56. 

Al-fatihah untuk beliau dan takziah kepada ahli keluarga atas kehilangan tersebut. Semoga ahli keluarganya sabar dan redha dengan ketentuanNya. Beliau adalah antara pegawai yg disukai oleh ramai wakil2 ejen penghantaran.  Senang berurusan dengan beliau dengan syarat semua dokumen lengkap.  Tak banyak songeh..kata orang.

Banyak perkara yg berligar2 di fikiran orang ramai akibat dari kesinambungan kejadian tersebut.  Biarlah pihak berkuasa menguruskannya.  Tetapi yg paling terkesan dengan penangkapan kakitangan Kastam, inilah yg MMD dapat simpulkan.

1.  Dokumen pelepasan Kastam menjadi lebih perlahan.
2.  Pelepasan dagangan juga terikut perlahan.
3.  Pelabuhan menjadi lebih sesak akibat pengerakan keluar masuk dagangan yg perlahan.
4.  Pihak pelabuhan bakal mendapat pungutan caj stor yang tinggi akibat dagangan lewat dikeluarkan, ie selepas free time.
5.  Kakitangan syarikat ejen penghantaran mendapat cuti percuma akibat pergerakan dokumen yg perlahan di pejabat Kastam.
6.  Syarikat2 pengimport/pengekspot menjadi mangsa keadaan yg bakal membayar kos kelewatan pelepasan dagangan mereka.
7.  Kemungkinan pengilang2 terpaksa menghadkan pengeluaran kerana kekurangan sumber akibat dagangan tersangkut di pelabuhan sementara menungu pelepasan dari pihak Kastam.
8.  Keseluruhan ekonomi akan terjejas.

Jadi, siapa yg bakal menjadi mangsa tak rasmi?  Kita2 ni la. Apa komen anda?

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...