Thursday, March 9, 2017

Singapore Trip - Gardens by the Bay - Day 3 (11/12/16)

As Salam

Tersadai entry ni hampir berbulan..  Angannya nak habiskan entry pasal Singapore sebelum 27 Jan 2017 tapi dek kerana kesibukan menguruskan urusan kerja sebelum berangkat hari tu, maka MMD sambungkan dan habiskan dulu cerita pasal Singapore ni sebelum entry seterusnya.

Kali ni MMD naik bas di Victoria Street di hadapan hotel je.  Bas 133 dan bayar SGD5.40 untuk berempat ke Marina Bay Station.

Tiket untuk ke sini pun MMD beli dari ejen yang sama. MYR58 untuk dewasa dan MYR36 untuk kanak2 yang MMD beli melalui Lazada yang juga dari ejen yang sama.  Ejen ni satu2nya yang jual tiket di Lazada setakat ini.

Dah sampai ke Marina Bay, MMD naik ke tingkat atas, lupa tingkat berapa untuk ke menara tinjau. yang macam kapal angkasa tu. Dapat lihat pemandangan yang sangat2 cantik dari sini,






Yang ni pula pandangan dari bawah.



                                                                                    
Tak nak cerita panjang2. masuk ke GBB ni semuanya nak ambil gambar.  Pokok2 bunganya yang cantik2 dan pelbagai spesis.

Ada dua kubah iaitu Flower Dome dan satu lagi Cloud Forest.



Enjoy gambar2 di bawah ni ye.

FLOWER DOME

Menapak jauh juga untuk ke pintu utama Flower Dome ni.  Tunjuk je tiket dan dah boleh masuk.
Petugas kat situ ada bagitau jika berhajat untuk naik ke Tree Grove, kena masuk sebelum pukul 3ptg sebab pintu akan ditutup kerana ada special event pada hari tersebut.

Banyak gambar2.  Tak tahu mana yang nak letak kat sini.  Jangan juling mata tu bila tengok banyak sangat gambar di sini ye.











Tandas kat sini super bersih dan besar.  Lea kata, rasa macam boleh tidur kat sini....hahaha.


Okay, kita cuci mata sikit dengan yang ni.











CLOUD FOREST
Puas meronda di Flower Dome, MMD pun bergerak ke arah Cloud Forest pulak.  Bersebelahan je pun.  Tunjuk tiket yang sama dan dah boleh teruskan perjalanan.


Tarikan pertama di sini ialah air terjunnya.  Sejuk betul hingga Lea pun menggigil2.  Nasib baik Hazry dah dipakaikan dengan jaketnya.  Berposing dulu kat sini sebelum menaiki lift ke tingkat atas pulak.





Enjoy gambar2 yang sempat MMD ambil di sini.

Seram tak? Cuba perhatikan apa yang ada di dinding arca tu.




Jom mengembara...


Kat sini, my beloved hubby dan Hazry yang tak menyusuri Canopy Walk.  My beloved hubby ni ada penyakit gayat tau.  Memang takut ketinggian. Tapi akhirnya my beloved hubby berjalanlah juga beberapa langkah.  Tu pun bersama2 dengan Lea dan berpatah balik ke bangunan utama. Mau
tak seramnya buat my beloved hubby, tinggi betul!!


Geram tengok batuan kristal.  Rasa nak cungkil2 jer..



Ada juga pameran stalactite and stalagmite di sini.



Gambar2 MMD dan Lea di Canopy Walk.



MMD tinggalkan my beloved hubby nun jauh di bawah.



Sebelum bergerak keluar dari sini, MMD sempat tukarkan lampin dan pakaian Hazry yang dah basah akibat kencingnya.  Maklumlah, memang sejuk suasana di sini.  Bilik air untuk OKU pun sangat selesa dan besar.

Kat sini, MMD beli fridge magnet dan Lea pula sebat sebiji globe.



CHILDREN'S GARDEN
Okay, dah habis ronda di Cloud Forest, kami keluar dari bangunannya dan bergerak ke arah taman ni.  Lea berzikir kat telinga MMD kenapa tak bawak baju mandi.  Mandi di bawah pancuran air.  Besar tempatnya.


MMD tak pulak terbaca pasal taman ni atau MMD terlepas pandang, kalau tidak, dah tentu MMD siap2kan baju renangnya awal2 lagi.  Tapi tak apa, Lea pun enjoy dengan aktiviti sepanjang berada di kawasan ni sebab ada permainan yang lain.






Tak jauh dari sini pun ada tempat peliharaan ikan. MMD tak ambil peduli mana sebab kaki dan lenguh.  MMD dan Hazry mencari tempat duduk sambil menunggu Lea dan my beloved hubby pergi melawat ikan2 peliharaan.

Dah tak sempat untuk masuk menaiki SupertreeGrove tu sebab ada event kat atas sana.  Bergambar kat luar saja lah.  



Kemudian, kami semua berjalan perlahan2 menyusuri tepi tasik hinggalah menuju ke perhentian bas yang berada di seberang jalan, berhadapan dengan shopping mall.  Lupa apa pulak nama shopping mall tu.  MMD tak masuk pun.



Pokok ni pernah MMD jumpa dan tengok masa di Cairo tahun 2015 dulu.  Kat sana, mereka jadikan sebagai kertas sebelum dijadikan lukisan atau tulisan khat.  Pokok papyrus namanya.  Terpaksa selak balik cerita Cairo dulu.


Nampak tak budak kecil tak berbaju tu?  Terapung2?  Tak lah...ada tiang besi yang menahannya.



Lea berjumpa dengan kembar siamnya.



Akhirnya sampai ke hotel dan MMD buat keputusan untuk singgah makan dahulu sebelum naik ke bilik.  Lagipun dah lewat sangat2 untuk makan tengahari.  Kalau dah naik ke bilik, malas pulak untuk turun cari makanan. Baru dapat makan nasi campur.  Sebelum ni nasi beriani je.  Makan di Makmur Restaurant.  Harga pun agak murah.

Aikkkkkkk...dah selesai makan, tak juga balik ke hotel.  Kebetulan ada jualan, macam pasar malam/bazar di Arab Street.  Ramai orang2 kita yang berjualan di situ.  MMD hanya membeli T-shirt untuk kami 5 beranak dan beberapa key-chain.



Balik ke bilik, uruskan apa yang patut dan berehat serta berkemas2 barangan sebab esok dah nak check-out. Lea sempat lagi ditemani oleh my beloved hubby untuk ke swimming pool.



Sekian,  Jumpa lagi di entry akan datang.















Friday, January 20, 2017

Singapore Trip - S.E.A. Aquarium - Day 2 - 10/12/2016

As Salam

Ingat tak masa MMD kata MMD keluar dari USS sebentar?  Ye, MMD satu family ke SEA Aquarium yang terletak tidak jauh dari USS.


Tiket ke SEA pun MMD beli dari ejen yang sama dengan harga RM64 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak2.

Untuk keluar dari USS, pergi je ke pintu masuk tu dan petugas di situ akan chop/stamp pergelangan tangan atau atas tangan.  Nanti bila nak masuk balik, mereka akan gunakan scanner untuk pengesahan yang kita adalah pengunjung dari USS.

Di sini, tiada express lane.  Semua kena beratur tapi tak panjang mana pun, cepat je sampai giliran.

Sebelum sampai ke tempat tujuan, ada pameran dari beberapa negara.  Ok.  Layan dulu kat sini. Abaikan pose manja MMD di bawah ni.  ahhhakkkkk.



Nak tengok ikan, MMD kena gunakan lift untuk turun.  Masa kat sini, barulah ramai umat manusia.


Kat sini pun ada pameran Pokemon tapi kena lain bayaran.  SDG40 setiap orang.  Lea berzikir kat telinga MMD.  Sorry Lea, masa tak cukup nanti. Lagipun, ianya tiada dalam senarai lawatan MMD.



Tengok je lah gambar2 yang MMD ambil kat sini.  Tak kan MMD nak ceritakan secara details jenis2 ikan kan?  Takut nanti, ikan siakap jadi ikan selar pulak.  huhuhuhu.



 
 
 


MMD perhatikan, ada 2 lokasi yang menjadi tarikan di sini iaitu satunya dalam acara petugas memberi makanan kepada ikan2 dan juga acara bermain2 dengan tapak sulaiman. 



Lea tidak melepaskan peluang ni.  Nampaknya Lea tak takut pun untuk pegang tapak sulaiman.


Yang mencuri perhatian MMD ialah obor2 yang berbagai warna.  Tenang je bila tengok obor2 tu bergerak2. Antara yang MMD rekodkan.  Comel je kan?


Selepas keluar dari situ, Lea teringin pulak nak main lompat2.  Layanlah juga. Rasanya macam MMD bayar SGD7 untuk kanak2.

 

Muka budak terlebih happy !!!


Ini aksi bergambar yang digemari oleh Lea.  MMD jugak yang menjadi mangsanya.


Perut pun dah berkeroncong.  Mintak diisi.  Kami pun ke Malaysian Food Street.  Kat dalam tu hanya ada 2 outlet je yang Halal.  MMD dan my beloved hubby pekena nasi beriani dan Lea....jauh merantau, nak makan roti canai jerrrrr.

 
 

Dah kenyang.  Alhamdulillah.  Masa untuk masuk semula ke USS untuk menghabiskan misi yang tertunggak sebelum tu.

Boleh baca entry sebelum untuk untuk kesudahan di USS.

Okay.  Jumpa lagi nanti.  Ada tempat menarik lagi yang MMD lawati semasa di Singapore.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...