12/12/2015
Hari ini macam biasa. Selepas solat Subuh dan bersarapan, kami semua berkumpul di lobi untuk ziarah luar lagi.
4 sekawan dengan gaya, mutu dan keunggulannya. Hair style yang baru. The botaks!!! Inilah kejutannya untuk MMD. My beloved hubby memang jarang berbotak. Selalunya MMD tak bagi kelulusan pun bila dia nak botakkan kepalanya. Tapi kali ini dikecualikan untuk mengambil sunnah.
JABAL THUR
Lawatan pertama ke sini. Singgah tak lama pun. Sekadar bergambar dan terus naik bas semula. Kat sini MMD beli majalah untuk kenangan mengenai Mekah dan Madinah dengan harga SR10 setiap satu. Ada gambar2nya yang dah lama. Tak apalah.
JABAL RAHMAH
Tempat keduanya adalah di sini. Tempat yang dinantikan oleh semua jemaah. Berdoa untuk kekal bahagia bersama pasangan masing2 serta kesejahteraan bersama2 ahli keluarga dan tempat berdoa untuk diketemukan jodoh yang baik2 bagi jemaah yang bujang2. Aamiiiinnn.
Okay, jom panjat!
Mengah juga untuk sampai ke atas tu. Ini sebagai persediaan awal untuk memanjat Gua Hira' nanti. Ramai juga penjaja menjual barangan mereka. MMD tak beli apa2 pun kerana niat untuk berdoa bila sampai di atas.
Pandangan dari bawah.
Dipertengahan mendaki dengan muka yang kekurangan oksigen. hahahaha.
Okay, dah sampai kat atas. Selepas selesai berdoa apa yang patut, MMD sengaja menyuruh my beloved hubby berlakon macam tengah berdoa. Nasib baik diikutkan permintaan MMD ni, Biasanya susah untuk minta dia bergambar bagai. Tapi kali ini memang WIN lah. Banyak juga gambar2nya yang MMD ambil. Mungkin kerana inilah satu2 waktu sebagai kenangan ketika berada di Mekah dan Madinah.
Pandangan dari atas dan dari jauh.
Sebaik sampai ke bawah, my beloved hubby belanja ais krim Mekah. Kat sini harganya SR5. Mahal.
JA'RANAH
Tak lama selepas itu, kami sampai ke masjid di Ja'ranah untuk solat2 sunat serta berniat umrah. Kali ini MMD berniat umrah untuk disedekahkan kepada anak istimewa MMD iaitu Hazry Halimy bin Abd Rahim. Bukan tidak ingin buat untuk 2 lagi anak2 MMD yang lain, tapi mereka sihat tubuh badan dan masa akan datang dengan rezeki yang ada, mereka boleh datang sendiri untuk melakukan umrah ni. Masih pagi, tapi matahari dah panas terik. Berkerut2 dahi masa ambil gambar.
MMD juga ada minta pendapat dari Ustaz2 semasa menghadiri kursus dan juga mutawwif tentang perkara ini dan semua mereka menggalakkan MMD buat untuk Hazry.
Alhamdulillah, selesai sudah tawaf yang diketuai oleh mutawwif. Kali ini MMD rasa sungguh2 sedih dan rasa pilu yang amat2 sangat lebih2 lagi bila mengingatkan pasal Hazry pada setiap kali pusingan tawaf. Air mata laju je mengalir. Allah SWT & Kaabah menjadi saksi. MMD berdoa dan memohon agar Hazry diberikan kesihatan yang baik. Bukan bermakna MMD menolak ketentuan dari Allah yang menghadiahkan MMD dengan seorang anak istimewa tapi ada juga terdetik kerisauan jika MMD yang pergi meninggalkannya dahulu. Insya Allah selagi kita bergantung harapan padaNya, sudah tentu ada jalan yang terbaik menanti kita.
Kali ini mutawwif ada mencadangkan agar sai'e kali ini dengan menggunakan skuter. Kami naik ke tingkat 3 dan membayar SR50 untuk satu skuter yang berkerusi satu. Tapi boleh dinaiki oleh 2 orang jemaah walaupun sempit sedikit bagi yang berbadan besar macam my beloved hubby.
Sambil my beloved hubby memandu antara perlahan dan laju, bukannya laju macam bawa motor di atas jalan tu. MMD akan membaca doa2 yang terdapat di dalam buku panduan umrah sambil diaminkan oleh my beloved hubby. Motor ini hanya ada kepantasan sehingga 10 mata sahaja. Tak boleh laju sangat hingga tak sempat membaca doanya nanti. Kalau tak silap MMD, bateri skuter ini boleh bertahan sehingga 1 jam dan akan mati dengan sendirinya. Pun begitu, kami semua yang menggunakan skuter ni berlegar2 juga beberapa pusingan tambahan selepas selesai sai'e dan bertahallul. Masih lagi ada bateri masa kami pulangkan skuter ke tempat asalnya di Bukit Safa.
Gambar2 ni selepas urusan dah selesai. MMD pun cuba memandunya sendiri. Tak susah mana pun.
Alhamdulillah, selesai umrah untuk Hazry. Tiada aktiviti lain selepas itu selain dari berada di masjid untuk solat dan membaca Al Quran. MMD juga ada pergi sendiri untuk tawaf sunat sementara menunggu waktu solat fardhu. My beloved hubby balik dulu ke hotel dan MMD dah pun berjanji agar tidak perlu menunggu MMD selepas Isyak nanti untuk balik ke hotel. Alhamdulillah, dapat masuk Hijr Ismail dan bersolat sunat hingga 3x. Pada masa ini, Hajarul Aswad sudah dihadang dengan kanvas sepenuhnya. Tak ada rezeki untuk menciumnya.
13/12/2015
Hari ini MMD dan my beloved hubby keluar agak awal pagi dengan niat untuk tawaf sunat lagi sebelum solat Subuh. Alhamdulillah, sekali lagi dapat masuk Hijr Ismail untuk bersolat. Selepas solat Subuh, MMD bertemu semula dengan my beloved hubby untuk balik ke hotel untuk bersarapan. Sebelum tu, posing sikit!!
Lepas sarapan, kami berdua ambil angin dan masuk ke bangunan Hilton dan juga Bin Dawood yang famous diperkatakan tu. Ehmmm. tak ada yang MMD beli pun. Sekadar cuci mata. MMD hanya pergi tukar duit untuk beli Al Quran untuk di bawa balik ke Msia.
Posing sikit lagi...Hahahaha.
Selepas itu, tiada aktiviti lain selain dari beriktikaf di masjid, bersolat, berzikir dan membaca Al Quran. Masih dengan aktiviti beribadah dan semoga mendapat pahala yang berlipat kali ganda.
JABAL NUR - GUA HIRA'
Selepas solat Isyak, kami pun berkumpul di lobi bagi mereka yang ingin mendaki Gua Hira' dengan bayaran tambahan SR20 seorang. Sudah tentu MMD dan my beloved hubby tidak melepaskan peluang ni. Bukannya peluang datang selalu. Dalam pukul 10pm, bas bergerak dan singgah di satu kawasan rata. Kami turun di situ sambil menunggu van datang untuk menaiki hingga ke kaki bukit. Muka bersih dan berseri lagi masa dalam bas.
Pengalaman paling ngeri pernah MMD lalui semasa di sini. Semasa menaiki van, kami yang jemaah perempuan menjerit2 lebih2 lagi MMD lahhh. Mengucap panjang dan banyak2 kali sangat kerana cara pemanduan van yang sangat2 gila pada pandangan mata MMD. Dengan laluan yang sempit dan berliku, pemandu menekan minyak hingga menderum2 bunyinya. Bila sampai ke kaki bukit, semua turun dan mengucap Alhamdulillah tak henti2. Rasa seolah2 macam nak terbalik dan terpusing je masa dalam van tadi. My beloved hubby cakap, macam tu lah kalau masuk lumba kereta Camel Trophy.
Berehat sebentar sementara menunggu jemaah lain sampai. Ada kedai/geral di situ yang menjual minuman dan cenderamata. MMD tak beli apa2 pun. Ada yang membeli tongkat sakti untuk membantu semasa mendaki nanti.
Perjalanan bermula dengan bacaan doa dari mutawwif dalam pukul 11pm. Tengoklah betapa curamnya kat sini. Tempat yang bercahaya putih tu adalah kedai/gerai. Ini baru permulaan perjalanan.
Mendaki perlahan2 dan setiap beberapa anak tangga, berhenti untuk ambil nafas baru. Tidak terbayang oleh fikiran bagaimana isteri Nabi SAW, Siti Khadijah mendaki menghantar makanan kepada Baginda dahulu. Sekarang tidaklah seteruk dahulu dengan batu2 yang tajam dan laluan yang berliku2. Sekarang, ada orang2 Kashmir yang telah mengambil inisiatif membina anak2 tangga dengan simen2 dan perjalanan jemaah semakin selesa. Ini antara anak tangga baru siap. Tunggu esok2 untuk kering.
Menurut mutawwif, orang2 Kashmir ini adalah pendatang haram di Tanah Haram ini akibat peperangan di negara mereka. Kerajaan Arab Saudi membenarkan mereka tinggal di situ. Mereka bergantung hidup dengan sedekah dari pengunjung2 yang datang dan membeli bahan2 simen/batu untuk membina anak2 tangga yang lebih baik susunannya. Mereka tinggal dan tidur di mana tempat mereka membina anak tangga.
MMD mengambil masa lebih kurang 1 1/4 jam untuk sampai ke atas. Itupun kerana banyak kali berhenti. MMD bersama2 dengan seorang jemaah wanita dari grup lain kerana my beloved hubby akan menyusul kemudian jika dia larat lagi mendaki, katanya. Jangan sesekali mendaki berseorangan kerana orang2 Kashmir ni agak agresif dalam cara meminta sedekah dari pengunjung.
Suatu aktiviti sihat di malam hari. Memang dah lama benar tidak mengeluarkan peluh dalam aktiviti luar. Memang banyak juga berpeluh tapi diselangi dengan angin sejuk, maka tidak terasa sangat panasnya. Muka dah mula berminyak.
Alhamdulillah, sampai sudah di puncak. Ada gerai di situ yang menjual makanan segera, minuman panas serta cenderamata. MMD turun semula ke arah belakang untuk menuju ke Gua Hira' dimana Nabi Muhammad SAW bersembunyi dan bertapa/beribadah. Pandangan dari atas. Ramai lagi yang beratur untuk bersolat di situ.
Terdapat 2 laluan untuk ke tempat persembunyian tersebut. Laluan terus tidak dapat MMD lepasi kerana tersekat di bahagian peha. Nampaknya kena kuruskan badan ni...Hahaha. Jemaah yang berada di situ menunjukkan arah ke kiri dan MMD dapat melepasinya selepas berbongkok sedikit.
Alhamdulillah, setelah menunggu sebentar, sampailah giliran MMD untuk bersolat sunat di tempat yang penah Nabi Muhammad berada dahulu. Syukur yang tidak dapat digambarkan. MMD sudah berwuduk dan menjaga wuduk sejak dari bilik hotel lagi. Syukur, dipermudahkan kerana susah untuk mendapatkan air selain dari tandas kecil di sebelah gerai di kaki bukit tadi.
MMD meminta jasa baik jemaah wanita di situ untuk menjaga beg & juga HP. Alhamdulillah, beliau ada mengambil gambar MMD walaupun dalam keadaan yang kurang terang. MMD letakkan lampu suluh di hadapan MMD semasa bersolat. Tempatnya tidaklah besar. 2 orang boleh bersolat seperti biasa. Di sebelah kanan, seorang boleh bersolat secara duduk dan seorang lagi dengan cara bertenggek di atas batu. Kiranya 4 orang boleh bersolat dalam satu2 masa.
Bila MMD naik semula ke puncak yang asal, MMD dapati my beloved hubby dah ada di situ. Terkejut dan sungguh tidak sangka kerana dia boleh sampai ke tahap ini.
Happy je budak2 sampai di puncak. Tenaga masih kuat berbanding dengan kami yang dah senja. Hahahaha.
Selepas bergambar dengan jemaah lain dan berehat sebentar melepaskan lelah, mutawwif pun meminta jemaah mula menyusur turun. Perjalanan turun tidaklah sesukar semasa mendaki. Sekejab saja sudah sampai ke kaki bukit yang ada kedai2 tu. Malangnya van tak muncul2. Mungkin kerana ada satu grup sebelum naik tadi komplen pasal keselamatan mereka. Driver van merajuk la tu.
Antara pemandangan yag menakjubkan dari atas Jabal Nur ini. Kelihatan menara Masjidil Haram dalam warna putih dari jauh. Inilah kasut yang berkhidmat untuk MMD mendaki bukit ini. Bukannya kasut sukan tapi kasut jalan2. Kau ado???
Jadi, kami semua berjalan perlahan2 sambil berborak2 hingga ke tempat bas menunggu. Sampai hotel dalam pukul 3pagi 14/12/15.
Bersihkan diri dan tidur sebentar. Bersiap2 untuk solat Subuh di masjid.
Jumpa lagi di lain entry.