Okay, hari ni MMD nak cerita pasal Bandung buat terakhir sekali bagi tahun ni. Selama 5 hari 4 malam, MMD tinggal di guesthouse di atas dari 25/02/15 hingga 01/03/15.
1) BuminaNieNie:-
Alamat: 15 Wira Angun Angun Street, Riau, Bandung, Indonesia 40115
Pada pendapat MMD, sangat2 sesuai dengan keluarga MMD. Very private gitu. Mungkin kebetulan masa MMD checked in tak ada tetamu lain di tingkat atas. Kat bawah memang ada tetamu. Ruang rehat yang teramat besar dan cozy sekiranya memilih VIP Family Room. Selain katil besar, ada juga disediakan katil single. MMD juga meminta tilam tambahan. Tilam besar disediakan. Sarapan dihantar terus di tingkat 1. Boleh makan dengan selesa tanpa sibuk dengan tetamu lain. Sangat dekat dengan beberapa factory outlet di Jalan Riau. Ada juga restoran dihadapan dan juga tak jauh dari guesthouse ni. Kiranya tak mati kelaparanlah jika tinggal kat sini.
Walaupun ada kemudahan wifi, ianya agak slow. Nasib baik MMD ada beli data lain. Pilihan makanannya memang terhad, bergantung kepada apa yang dimasak pada hari tersebut. Konsep home cook gitu. Yang sempat MMD makan kat sini adalah lontong dan juga nasi kuning. Almari yang ada di dalam bilik VIP room berkunci dan tiada kemudahan untuk menyimpan beg2. Nasib baik bilik airnya besar dan dapatlah kami gantungkan pakaian2 kotor kat situ.
Guesthouse ni juga ada menyediakan kemudahan pengangkutan. MMD pun menggunakan pak supir dari guesthouse ni juga. Supir bertugas semasa MMD di Bandung ialah Pak Dedi. Nak personal contact nbr? Ni dia....006285721602375.
2) My Guest House:-
Alamat: Maulana Yusuf 3, Bandung
Pada hari ke 4, MMD berpindah ke guest house ni. Lebih kurang 100m je dari guesthouse yang pertama yang masih di bawah pengurusan yang sama. Masih memilih family room. Bilik utama yang bersambung dengan bilik kedua. Memang besar sangat2. Bilik kedua juga mempunyai excess keluar terus ke beranda luar. Ruang lobi juga besar. Kat sini, selain sarapan roti & minuman teh/kopi, pihak BuminaNieNie juga menghantar sarapan pagi untuk MMD iaitu bubur. Sedap juga buburnya.
MMD hanya berjalan kaki je ke Pasar Gasibu dari guest house ni. Tempat jualan bermula tak jauh dari guest house hinggalah ke Pasar Gasibu. Jadi tak terasa penat kerana boleh tengok2 dan survey2 dulu sepanjang perjalanan tu.
Itu saja ceritera MMD sepanjang berada di tanah Indonesia iaitu Bandung. Boleh survey2 harga penginapan ni di Agoda.com or Booking.com. MMD bernasib baik kerana penginapan serta kenderaan disediakan dan disponsor oleh client MMD yang berada di Jakarta. Kalau tak, harus kena standby RM2-3K juga la...
Semoga pengalaman MMD sekeluarga ni boleh dijadikan panduan untuk pembaca di blog kecil MMD ni. Ada ke yang datang baca ekkk?
Sekian, As Salam.