Sunday, March 22, 2015

CCM - Shopping Kain di Batik Bidadari, Cibaduyut & Cihampelas - Day 3 (27/02/15) - Part 2

As Salam

MMD dah beritahu awal2 kat Pak Dedi yang kami nak ke kedai kain di Taman Kopo Indah.  Selepas turun dari Kawah Putih, Pak Dedi terus menuju ke Batik Bidadari yang bertempat di Taman Kopo Indah.

MMD pada mulanya ingatkan sebuah kilang atau kedai.  Rupa2nya sebuah rumah di taman perumahaan. Ini salah satu ruangan di rumah tersebut.

 


Rambang mata MMD dibuatnya.  Harga tetap iaitu Rp110K sepasang kain.  Pilihlah mana yang berkenan di hati.  Masa MMD sekeluarga sampai, tak ada pelanggan lain.  Jadi budak2 kat kedai tu hanya melayan MMD je. Pilih, bukak, tayang2 kain, berkenan terus masukkan ke dalam bakul.  Senang agar tidak tersalah letak.  MMD beli 8 pasang je kat situ.  Untuk MMD, my Mem besar dan untuk adik2 MMD je.

Sementara MMD memilih kain2, Hakim dan Lea menikmati Soto Ayam yang disediakan dengan nasi yang dibeli dari gerai tak jauh dari rumah tu.  Semangkuk sorang.  MMD dah tak ingat lapar lagi dah...Dah kemaruk memilih kain yang berkenan.


Selain dari kain, ada juga jual telekung sembahyang, baju jubah lelaki, kopiah.  My beloved hubby ambil 2 helai jubah untuknya dah alang2 ada saiz yang sesuai serta 20pcs kopiah untuk disedekahkan pada kariah surau kat rumah nanti.



My beloved hubby dipakaikan oleh pekerja kat situ.  Dah nampak macam Kiai je. Seronok berbelanja kat sini, staff dan ownernya pun peramah.  Jubah yang asalnya berharga Rp110K sehelai dah turun harga ke Rp100K je. Pak Dedi bagitau, ownernya Chinese Muslim.

Habis juga Rp1.4juta kat sini dengan riang gembiranya.  hahahaha.

Perjalanan seterusnya ke Cibaduyut.  Tempat yang famous dengan barangan kulit.  Sesampai saja, MMD serta Hakim bekerja keras membawa Hazry ke bilik air.  Hazry dah buang air besar.  Siksa sikit sebab kena naik tangga dan bilik air semuanya tandas cangkung.  Hakim siap ikut sekali masuk tandas perempuan.  Apa nak buat...darurat gitu. Kalau tandas duduk senang MMD uruskan seorang diri pun boleh.

Banyak kedai2 kat situ, tapi MMD hanya duk pusing kat dalam satu kedai ni je.  Ada kasut sukan, kasut2 kulit, beg2, kasut budak2 semua ada kat situ.

 

Kat sini beli sepasang kasut kulit untuk MMD, 2 pasang untuk Lea dan sepasang untuk Hazry. Hakim masih lagi tak dapat saiz kasutnya.  Ada yang berkenan, tak ada saiz pulak. Hakim mencari kasut untuk futsal.

Pak Dedi bawak pulak kami ke kedai kayu sebab my beloved hubby nak beli sesuatu.  2 kedai kayu kami pergi dan akhirnya beli 20pcs kayu profil.  Macam contoh kat gambar tu.  Kayu tu untuk digunakan semasa MMD nak tambah awning rumah nanti.  Harga untuk 20pcs ialah Rp400K tapi dalam invoice letak separuh je, kot2 kena cukai pulak kat Kastam Malaysia nanti.



Kami singgah makan masakan Padang di Mitra Sederhana Pasteur.  MMD dah siang2 inform semua agar tidak menjamah lauk yang tak nak dimakan.  Terimakasih kepada blogger yang memberi tips ni. Ini kiranya brunch.  Dah lewat dan tak ramai pelanggan masa tu.  Kedainya bersih.  Makan kat sini lebih kurang Rp300K. Tengok muka Hakim, muka orang lapar huhuhuhu.

 
 

Kami pun ke Cihampelas.  Hakim beli jaket kulit (bukan asli) dengan harga Rp130K.  Jaket yang sama kat Kawah Putih dijual dengan harga Rp200K. Singgah beli jajan di Odjolali Snack. Cuba rasa ice cream durian yang diwar2kan oleh blogger.  Memang sedap, selain durian, ice cream, ada juga ditambah dengan pulut hitam dan sos coklat di atasnya. MMD banyak window shopping je kat sini. Kasut anak saudara MMD pun masih tak dapat lagi.  Katanya model/jenis tu belum sampai Indonesia lagi.  Setiap kali jumpa kerusi, Lea akan cepat2 duduk.  Penat la tu.

 
 
 
 


Pukul 6.30ptg kami sampai ke Anakecil. MMD beli beberapa helai baju untuk Hazry dan Lea je kat sini.  Kualitinya sangat bagus.  Harga boleh tahan.  Ada yang murah dan mahal.  Kena pandai2lah memilih.  Ramai pelanggan dari Malaysia masa MMD sampai. My beloved hubby siap bertangga kat situ.  Sakit lutut.

 
 


Balik ke guest house dengan kepenatan.  Dalam perjalanan Pak Dedi singgah ke kedai makan kerana Hakim nak makan soto lagi. Lea berendam dalam bath tab menggantikan tak dapat mandi di kolam Walini siang tadi.

Jumpa lagi di lain entry.  As Salam.


Saturday, March 21, 2015

CCM - Kawah Putih, ladang teh dan petik strawbery - Day 3 (27/02/15) - Part 1

As Salam

MMD bangun seawal 4:00pagi untuk siap sedia anak2.  Hari ni memang kena bergerak awal2 pagi. Pukul 6:00pagi waktu Indonesia kami semua dah terpacak kat luar guest house tunggu Pak Dedi panaskan enjin kereta. Tempat tujuan ialah Kawah Putih.  Akan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Bandung.  Perjalanan agak jauh ditambah pulak dengan traffic jam.  Orang keluar untuk ke tempat kerja.  MMD perhatikan banyak betul motorsikal dlm perjalanan tu.

 
 
 
 

Nyaman betul tengok pemandangan sawah padi di kiri kanan jalan.  Pak Dedi singgah di satu kedai untuk beli mask.  Ternampak mesin jahit yang antik macam zaman2 MMD sekolah rendah dulu2.  My mem besar ada sebuah mesin jahit macam tu dulu.  Pukul 7:30pagi dah sampai ke check point untuk beli tiket.  Kaunter pun belum bukak lagi untuk beli tiket masuk.  Waktu di gambar tu adalah waktu Malaysia.  Kat Indonesia lewat 1 jam.  Sempat MMD singgah ke kedai di kawasan tu.  My beloved hubby sambar sehelai baju panas untuknya (Rp130K) dan Lea dengan baju Mickey Mousenya(Rp60K).
 
 
 

Pak Dedi dah kautim dengan staff di kaunter tiket tu untuk beli tiket sebanyak 4 orang saja.  Hazry dikecualikan.  Rp50K x 4 pax + Rp150K untuk kereta.  Semuanya Rp350K.  Lebih baik naik dengan kereta sendiri.  Jika naik kenderan yang disediakan disitu, kena tunggu van penuh baru bergerak. Cantik juga van berwana jingga tu....Dengan pembelian tiket tu, kami diberikan 4 minuman, pilihlah perasa apa.  MMD pilih strawberry ais untuk semua.  Sedap juga air tu walaupun minum waktu pagi buta...hahahaha.

Lepas minum, kami bertolak untuk ke atas.  Jalannya sempit dan berliku.  Takut jugaklah MMD dengan cara Pek Dedi bawak kereta tu.  Tapi dia mahir dengan selok beloknya.  Maklumlah, dia pernah bekerja sebagai pemandu kepada seorang Jeneral Indonesia selamat 8 tahun.

 
 

Sampai sudah kami di Kawah Putih.  Berposing sana sini.  Nasib baik tangga untuk ke kawah tu tak tinggi mana.  Bolehlah MMD sorong wheel chair Hazry ke atas.  Dah sampai di atas, MMD, my beloved hubby, Hakim dan Lea je ke kawah. Hazry tak ikut ke bawah.  Pak Dedi bawak dia ke tempat tinjau.  Boleh tengok pemandangan cantik dari atas juga. Hazry memang dah pakai baju tebal tapi MMD balut dia sekali lagi dengan tuala yang MMD sengaja bawak untuk singgah ke tempat mandi kolam air panas nanti.

 
 
 

Posing sana sini lagi.  MMD ambil lah juga gambar instant dari budak2 kat situ.  Rp20K untuk 2 keping.  Sampai la ni tak masuk frame lagi.  Pukul 10.30am, kami beredar dari Kawah Putih.  Lawatan yang baik kerana tidak diganggu oleh penjual2 disitu.  Orang yang nak jual gambar instant jugak agak berbudi bahasa semasa approach kami.  Tu yang  buat kami setuju untuk bergambar satu family walaupun tanpa Hazry yang berada di tempat tinjau.

Panjat semula tangga untuk naik dan berjumpa dengan Hazry.  Posing2 lagi.

 

 
 
 

 Tempat seterusnya ialah Kolam Renang Air Panas Walini.  Tak dapat nak mandi kat situ sebab tempat di tutup pada hari Jumaat.  Kesian Lea.  Beria-ia benar dari tadi nak mandi.  MMD ajak di mandi di bath tub kat guest house la nanti.

 

Singgah bergambar di ladang teh.  Pak Dedi siap berhenti kereta di spot2 yang menarik untuk bergambar.  Biasalah, hanya MMD je yang rajin bergambar.  My beloved hubby tak nak turun kereta.

 
 
 


Kemudian kami singgah ke kebun strawberry.  Bayaran masuk ke kebun Rp5K seorang dan utk petik Rp35K untuk 1 kilo, lebih kurang sebakul kecil.  Kami juga disediakan dengan gunting kecil.  Pengalaman kali pertama buat kami semua memetik strawberry.  Lea excited sangat2 hinggakan bakul tu sepanjang masa di tangannya.

 
 
 
 

Pokok2 strawberry ditanam di dalam guni2 di lereng2 bukit berhampiran dengan rumah pemiliknya.  Selepas timbang, tak sampai 1/2 kilo pun, pemilik tu pegi ke pokok untuk tambah sikit lagi menjadikan 1/2 kilo.  MMD bukan fikir untuk bawak balik Malaysia pun, tu yang tak beria-ia sangat nak beli banyak.  Sekadar untuk makan dalam perjalanan atau di guest house je.  Puas tak MMD belanja banyak gambar ni?

Okay, jumpa lagi selepas ni.

As Salam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...