MMD bangun seawal 4:00pagi untuk siap sedia anak2. Hari ni memang kena bergerak awal2 pagi. Pukul 6:00pagi waktu Indonesia kami semua dah terpacak kat luar guest house tunggu Pak Dedi panaskan enjin kereta. Tempat tujuan ialah Kawah Putih. Akan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Bandung. Perjalanan agak jauh ditambah pulak dengan traffic jam. Orang keluar untuk ke tempat kerja. MMD perhatikan banyak betul motorsikal dlm perjalanan tu.
Nyaman betul tengok pemandangan sawah padi di kiri kanan jalan. Pak Dedi singgah di satu kedai untuk beli mask. Ternampak mesin jahit yang antik macam zaman2 MMD sekolah rendah dulu2. My mem besar ada sebuah mesin jahit macam tu dulu. Pukul 7:30pagi dah sampai ke check point untuk beli tiket. Kaunter pun belum bukak lagi untuk beli tiket masuk. Waktu di gambar tu adalah waktu Malaysia. Kat Indonesia lewat 1 jam. Sempat MMD singgah ke kedai di kawasan tu. My beloved hubby sambar sehelai baju panas untuknya (Rp130K) dan Lea dengan baju Mickey Mousenya(Rp60K).
Pak Dedi dah kautim dengan staff di kaunter tiket tu untuk beli tiket sebanyak 4 orang saja. Hazry dikecualikan. Rp50K x 4 pax + Rp150K untuk kereta. Semuanya Rp350K. Lebih baik naik dengan kereta sendiri. Jika naik kenderan yang disediakan disitu, kena tunggu van penuh baru bergerak. Cantik juga van berwana jingga tu....Dengan pembelian tiket tu, kami diberikan 4 minuman, pilihlah perasa apa. MMD pilih strawberry ais untuk semua. Sedap juga air tu walaupun minum waktu pagi buta...hahahaha.
Lepas minum, kami bertolak untuk ke atas. Jalannya sempit dan berliku. Takut jugaklah MMD dengan cara Pek Dedi bawak kereta tu. Tapi dia mahir dengan selok beloknya. Maklumlah, dia pernah bekerja sebagai pemandu kepada seorang Jeneral Indonesia selamat 8 tahun.
Sampai sudah kami di Kawah Putih. Berposing sana sini. Nasib baik tangga untuk ke kawah tu tak tinggi mana. Bolehlah MMD sorong wheel chair Hazry ke atas. Dah sampai di atas, MMD, my beloved hubby, Hakim dan Lea je ke kawah. Hazry tak ikut ke bawah. Pak Dedi bawak dia ke tempat tinjau. Boleh tengok pemandangan cantik dari atas juga. Hazry memang dah pakai baju tebal tapi MMD balut dia sekali lagi dengan tuala yang MMD sengaja bawak untuk singgah ke tempat mandi kolam air panas nanti.
Posing sana sini lagi. MMD ambil lah juga gambar instant dari budak2 kat situ. Rp20K untuk 2 keping. Sampai la ni tak masuk frame lagi. Pukul 10.30am, kami beredar dari Kawah Putih. Lawatan yang baik kerana tidak diganggu oleh penjual2 disitu. Orang yang nak jual gambar instant jugak agak berbudi bahasa semasa approach kami. Tu yang buat kami setuju untuk bergambar satu family walaupun tanpa Hazry yang berada di tempat tinjau.
Panjat semula tangga untuk naik dan berjumpa dengan Hazry. Posing2 lagi.
Singgah bergambar di ladang teh. Pak Dedi siap berhenti kereta di spot2 yang menarik untuk bergambar. Biasalah, hanya MMD je yang rajin bergambar. My beloved hubby tak nak turun kereta.
Kemudian kami singgah ke kebun strawberry. Bayaran masuk ke kebun Rp5K seorang dan utk petik Rp35K untuk 1 kilo, lebih kurang sebakul kecil. Kami juga disediakan dengan gunting kecil. Pengalaman kali pertama buat kami semua memetik strawberry. Lea excited sangat2 hinggakan bakul tu sepanjang masa di tangannya.
Pokok2 strawberry ditanam di dalam guni2 di lereng2 bukit berhampiran dengan rumah pemiliknya. Selepas timbang, tak sampai 1/2 kilo pun, pemilik tu pegi ke pokok untuk tambah sikit lagi menjadikan 1/2 kilo. MMD bukan fikir untuk bawak balik Malaysia pun, tu yang tak beria-ia sangat nak beli banyak. Sekadar untuk makan dalam perjalanan atau di guest house je. Puas tak MMD belanja banyak gambar ni?
Okay, jumpa lagi selepas ni.
As Salam.