Friday, March 7, 2014

CCM - Kuching 26/02/14

As Salam

Day 1:

MMD sekeluarga bercuti ke Kuching kali ni. Anak2 pun ambil cuti sama dengan MMD.  MMD nak menghabiskan cuti tahunan MMD yang masih berbaki lagi.

Flight MMD pada pukul 1205tgh pada 26/02/14.  Yang penting MMD sambut birthday MMD di awan biru kali ni.  Ambil AirAsia dari KUL ke KCH.  Tiket murah berhara RM0.10 yang MMD book tahun lepas. Bertolak dari rumah dalam pukul 9:00pagi dan sampai awal pulak pada 9.45pg di LCCT.  Maklumlah tak jem lagipun bukan musim cuti sekolah.  MDD siap menukar lampin Hazry bagai dan cuci mata kat airport. Boarding sepatutnya pukul 11.15am.  Flight lewat 30min pulak. MMD dah buat web check in utk my beloved hubby Hakim dan Lea.  Untuk Hazry dan MMD, MMD ingatkan kena check in kat kaunter sebab Hazry berkerusi roda. Rupa2 tak perlu, jadi MMD check in kat kiosk je.




Kena berjalan keluar bangunan dan menunggu dan beratur di kawasan beratas sebelum ke flight. Masa nak naik, kami sekeluarga diminta untuk ke barisan hadapan. Yang tak bestnya, masa nak naik flight, Hazry kena didukung naik.  Nasib balik lah abang Hakim yang gagah perkasa ada bersama.

Semua anak2 MMD kali pertama naik kapalterbang. Setiap hari Lea ingatkan MMD yang kita semua akan ke Kuching.  Hazry memanglah sangat2 excited especially masa take off dan juga touch down.  Siap menjerit2 ketawa.   Itu je cara yang dia boleh sampaikan perasaannya. Abang Hakim....ehmmm..katanya berdebar2 la ibu...Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama abang Hakim naik flight.  Masa MMD mengandungkan dia 8 bulan, MMD pegi balik KUL-Puket.  Perut tak besar, tak de sape perasan yang MMD sedang mengandung 8 bulan. Nasib baik tak terjadi apa2 masa tu.



Cuaca sangat baik, panas. Pemandangan cantik dari udara.




Bila dah sampai Kuching, petugas Airasia membawa Hazry dan MMD melalui jalan lain untuk menaiki lift untuk ke arrival hall.  Yang lain kena naik tangga. MMD mengambil package van+pemandu untuk 4 hari semasa di Kuching.  Van Hiace dah siap sedia menunggu. Boleh duduk dengan senang lenang sebab kami berlima je untuk van 12 seater tu.


Persinggahan pertama ialah Kopi O Corner untuk makan tengah hari.  Tempatnya bersebelahan dengan RJ Ayam Penyet yang famous juga di Kuching.  MMD dah inform hotel yang MMD akan check in lewat.  Pilihan makanan, MMD dengan laksa Sarawak, Hakim dengan mee kolok, my beloved hubby dengan nasi goreng ayam.  Lea hanya nak makan roti canai.  Macam biasa, MMD pesan bubur untuk Hazry.  Semua makanannya memang sedap untuk selera kami sekeluarga. Lagipun dah lepas tengahari, perut pun semuanya dah kosong.





Driver dapat percuma Banana Cheese setiap kali bawa pelancung.  Sedap!! My beloved hubby siap order 1 set lagi.



Seterusnya kami ke kedai Kek Lapis Zaharah di Jalan Satok.  Sebelum tu, kami melalui depan Medan Niaga Satok tapi tak singgah dulu. Outlet kek ni yang terbaru selain dari yang berada di Kg Boyan tu.  Kebetulan orang lain tak ada, MMD sempat merasai sample2 kek dan terus order 20pcs.  Siap tengok pekerjanya tengah adun dan bakar kek. Setiap 10 akan dapat percuma 1.  Harga antara RM10-25 setiap satu bergantung kepada jenis/rasa/corak.






Kami ke kedai @ rumah yang mengusahakan jualan borong manik, kristal dan juga mutiara asli.




Pukul 6ptg baru MMD check in ke Hotel Grand Supreme yang MMD book melalui Booking.com. Ehmmm, sedih tengok keadaan bilik hotel ni...sungguh basic. MMD ada beritahu kat driver dan driver kata kalau nak tukar hotel, dia boleh hantarkan ke hotel baru.  Tapi tak pe la. Lagipun, kami hanya akan tidur je kat situ.  Siangnya urusan kami penuh dan tak sempat nak lepak bersantai sangat di bilik hotel. Tak sangka kat hotel ni ada lift kecil macam kat gambar ni.



Pukul 8mlm, driver dah siap menunggu untuk pergi dinner.  Kami di bawa ke 3H's.  MMD ada tanya pasal Topspot yang famous dgn seafoodnya tapi disebabkan Jab Agama Islam ada buat serbuan tak lama dulu pasal status halal, jadi dia was2 untuk rekomen kami sekeluarga ke situ.  Harapan my beloved hubby untuk makan lobster hancussss....
 Pemilik 3H's ini Melayu.  Kalau tak silap, driver ada mentioned Haji Hamid gitu la...




Kami pesan, ikan merah masak sweet & sour, sayur midin belacan yang tersangat famous, ayam masak lemon dan juga telur dadar. Untuk Hazry, MMD order sup ayam, warnanya hitam tapi sedap. Kesian my beloved hubby tak dapat menikmati air limau ais.  Limau yang diletak adalah lemon, tak rasa apa2 pun, hanya rasa air gula je.  Bila di tanya samada kat dapur ada tak limau nipis atau limau kasturi, katanya tak ada.  Mengapa tak beritahu awal2. Makanan yang lain semuanya OK.





Yang tersenyum manis tu la "birthday girl of the nite".
Balik dari dinner, MMD & hubby lepak dulu kat reception sebelum naik ke bilik.  Anak2 dah naik dulu kerana abang Hakim ada "urusan pentingnya".

MMD ada tertengok flyer White Cottage dan terus bertanya harga sebilik.  Ada diskaun 15%.  Staff kat situ tunjukkan setiap bilik yang available, setiap bilik dengan warna dan deko yang berbeza.  Terletak di hadapan hotel ni juga.  Pemilik yang sama.  Lepas tengok, MMD tanya jika dpt diskaun lebih lagi dan staff tu terus call bossnya.  Mr Wong datang dan MMD berbincang dan akhirnya Mr Wong bersetuju dengan harga yang sama.  MMD terus angkut semua beg2 dan terus ke bilik baru.  Malam tu tidur di bilik baru...he he he.



Siap urusan hari pertama.  Percutian kami kali ini agak budget sikit dan kepada pembaca yang ingin buat anggaran perbelanjaan, di sini MMD turunkan senarai wang ringgit yang dibelanjakan pada hari pertama.

Fight 5pax (to/fro) 445.50
Rumah ke airport 90.00
Van+driver, 1st day 150.00
Lunch di Kopi O Corner 39.90
Kek lapis Zaharah 230.00
Manik/kristal 70.00
Dinner to 3H's 104.10
Hotel di White Cottage 360.00
Jumlah RM1489.50


Jumpa lagi di next entry.

As Salam.

Thursday, March 6, 2014

Rangkum semua!

As Salam

Rasa2nya niat untuk meneruskan blog ni asyik tertangguh lagi pada 2 bulan pertama tahun ni. Azam untuk suku tahun pertama ni masih belum menjadi kenyataan.  Macam hangat2 tahi ayam je.  Bukan apa, sejak Lea dah mula bersekolah tahun 1, waktu malam MMD makin kurang.  Balik dari kerja waktu petang, dah berkejar ke dapur, suapkan makan malam untuk Hazry sebelum kami semua makan malam.  Tengok apa2 yang patut dengan kerja sekolah Lea.  Maklumlah, Lea bersekolah agama untuk sesi pagi dan sekolah kebangsaan untuk sesi petang.  Kerja sekolahnya tiap2 hari ada.

Pukul 10mlm, dah siap2 diri untuk menemankan Lea tidur di biliknya. Permintaannya..."kalau Lea dah tidur nyenyak, barulah ibu boleh keluar tau".  Cun tak permintaan Lea.

Rangkuman cerita untuk beberapa bulan ni.

Projek mengalih pokok ke pasu2 lebih besar.



Majlis pertunangan anak saudara di Bkt Jelutung / Along Shahril & Nurul Hana.


Makan2 akhir tahun.





Small gathering ex CIT UiTM @ Kak Ita's home.




Makan2 satay di Sijangkang Jaya.





Beach Party @ company annual dinner.  Ada jumpa yg pakai bikini ke? MMD bersama2 dengan team dari Jakarta.


 


Projek puding roti Marble & potato pie beef.



Sekian cerita untuk kali ini.  Next extry pasal MMD pergi holiday lah pulak.

As Salam.





Monday, January 6, 2014

Pap smear and mamogram free voucher from SOCSO

As Salam.

Bagi kakitangan swasta sudah tentu MMD dan kawan2 yang lain yang berumur 40 tahun ke atas bakal mendapat voucher percuma dari SOCSO untuk menjalani ujian saringan pap smear dan mamogram.  Ahhhh, maknanya MMD dah 4 series rupanya.  Dah tentu itu yang terfikir dalam fikiran pembaca MMD kan?  kan?


MMD dah mendapat voucher tu dari tahun lepas lagi.  Dari sehari ke sehari nak buat temujanji dengan klinik yang berdekatan dengan rumah MMD, ada saja halangannya.

Tapi baru2 ni sebelum tahun 2013 berakhir, MMD singgah ke klinik yang tak jauh dari rumah MMD pada hari Sabtu.  Hari Jumaat sebelum tu, staff klinik tu ada berpesan agar MMD berpuasa dari pukul 10pm hinggalah ke hari ujian dibuat.  Hanya air kosong saja yang boleh diminum dalam tempoh berpuasa tu.

Yang paling penting, pastikan waktu tu MMD tidak datang bulan. Maklumkan doktor akan ambil sample tisu di bahagian bawah Ms V tu.

MMD sengaja datang awal,  even awal dari doktor lagi.  Jadi waktu menunggu tidaklah terlalu lama.  Masa yang di ambil untuk ujian tersebut hanya mengambil masa 30 min je.  Di mulai dengan menjawab beberapa soalan tentang sejarah kesihatan diri serta ahli keluarga. Periksa tekanan darah, berat badan serta diambil sample darah sebanyak 3 tiub.

Selepas itu, MMD diminta untuk menyediakan diri untuk di periksa Ms V.  MMD siap minta agar hanya doktor saja yang masuk bilik rawatan tanpa nurse.  Malunya bukan kepalang.   Tapi doktor terpaksa minta bantuan nurse untuk menyediakan peralatan yang berkaitan kerana urusan pengambilan sample tisu di Ms V tu mestilah dilakukan dengan teliti sekali.

Sample2 tersebut akan di hantar ke makmal untuk mendapatkan keputusan yang mana sekarang akan mengambil masa lebih kurang sebulan dari tarikh ujian di buat.  Selesai ujian pap smear, MMD di minta untuk ke Hospital Pantai yang berdekatan untuk ujian mamogram. 

Kerana MMD tidak bersedia untuk ke Hospital Pantai pada hari tersebut, MMD hanya pergi pada hari Sabtu minggu seterusnya.  Ujian ini tidak mengambil masa yang lama juga, hanya 10-20 min sahaja setiap orang, tetapi waktu menunggunya yang agak lama kerana terlalu ramai yang datang berurusan untuk tujuan yang sama.

Oh ya....tahu tak ujian mamogram tu untuk apa dan di bahagian badan mana yang dibuat?   Sebenarnya ujian ini dibuat untuk mengesan jika ada ketulan2 atau tisu2 punca kanser pada kedua2 buah dada.  Dah tahu kan??? Senanglah kalau gitu...

Sementara menunggu nombor giliran MMD yang ke 22, nurse kat situ bagitau agar datang balik dalam pukul 12 tgh gitu....Masa tu, baru pukul 9:45am.  MMD dan my beloved hubby pun beredar dan merayap2 ke Harbour Palace yang berdekatan dengan Hospital Pantai Klang tu.  Kalau diikutkan MMD boleh je singgah kar rumah pusaka my beloved hubby yang diduduki oleh kakaknya yang satu jalan je dengan hospital tu, tapi kami berdua singgah di Harbour Palace je.  Dalam awal2 lagi tu, MMD sempat sambar 2 helai blaus dan 3 helai seluar yang berwarna warni. Memanjakan diri kata MMD kat my beloved hubby..Puiiiihhhhh...

Tak lama selepas MMD sampai semula ke hospital, nama MMD dipanggil dan diminta untuk menukar pakaian.  Sudah tentu nurse yang bertugas adalah nurse perempuan.  Maklumlah bahagian sensitif yang akan diperiksa.  Bukan diperiksa oleh nurse tapi di letakkan di atas plate mesin mamogram yang seperti di dalam gambar tu.  Plate di atas akan ditekan pada plate yang di bawah dan sudah tentu buah dada akan berada di antaranya.  Dua posisi di buat iaitu tekanan atas bawah dan satu lagi posisi serong.  MMD tak perlu berdiri senget ya...mesin tu yang akan menyengetkan posisinya.



Siap ujian scanning mamogram, nurse siap tolong ambilkan gambar MMD.  Bukannya masa ujian dibuat.  Kerja gila tu...Itu selepas ujian di buat dan selepas tu dah boleh balik.  Keputusan hanya boleh di ambil selepas 2 hari.



Pada masa entri di keluar, MMD belum lagi mengambil keputusannya.  Doktor di klinik yang MMD pergi sebelum ni ada berpesan agar membawa keputusan mamogram selepas pihak kliniknya call MMD selepas keputusan pap smear sampai ke kliniknya.

Jadi belum ada berita seterusnya.  Nanti MMD sambung cerita ni selepas keputusan keluar.  Sabar menunggu ye...Sebenarnya MMD yang seram sejuk...

As Salam.

Friday, January 3, 2014

Kebun tumpang

As Salam

Jangan ingat ibu tumpang je ada kat dunia ni.  Yang ni kebun tumpang.  Yang empunya kebun ni memanglah amat murah rezekinya.  Maklumlah, sapa2 yang menyewa rumah sewanya, bakal juga dapat merasa hasil kebun yang bersebelahan dengan rumah sewanya.  Tak perlu nak minta izin.  Memang dah awal2 lagi dah diberi kebenaran untuk merasai hasil kebunnya.  Daripada membazir jatuh ke tanah, lebih baik di makan.

Antara pokok tanaman di situ termasuklah pokok durian, rambai, betik, ciku, manggis, belimbing besi dan yang selalunya menghasilkan buah yang paling banyak ialah pokok rambutan.

Biasanya adik MMD akan call ajak kutip hasil bila sampai musim berbuah, tak kiralah buah durian sedang berguguran atau pokok rambutan berbuah lebat.  Terletak di Cheras, Batu 9.  Jangan jeles bila tengok hasil kutipan kali ni.






MMD siap bawak balik anak pokok rambutan tu, manalah tau boleh hidup kat depan rumah MMD pulak dan boleh lah MMD jemput pembaca blog MMD kan...?

As Salam.

Wednesday, January 1, 2014

Tahun baru dan anak pun bertambah

As Salam.

Selamat datang tahun 2014.  Selamat tinggal tahun 2013.  Banyak suka dan duka sepanjang tahun 2013.  Ada yang boleh di blog dan ada yang kena simpan di dalam hati.

Jangan hairan dengan tajuk entri di atas.  Bukannya MMD nak tambah bilangan anak.  Belum ada rezeki lagi kot. Umur MMD pun dah bertambah senja gitu.

Apa yang MMD ingin sampaikan ialah dah bertambah seorang lagi anak2 MMD yang memasuki alam persekolahan perdana.  Siapa lagi kalau bukan Lea.

Lea dah masuk tahun 1 di tahun 2014.  Memang agak padat waktu persekolahannya.  Pagi ke sekolah agama yang terletak tak jauh dari rumah MMD.  Tengahari pulak akan berkejaran untuk ke sekolah kebangsaan di Bukit Tinggi.  Sekolah yang sama dengan abang Hazrynya.  Malangnya, Hazry di sesi pagi.

Pada 31/12/13 yang lepas, MMD menghantar Lea untuk pendaftaran, urusan bayaran yuran serta mengambil buku2 teks. Excited Lea tiap kali untuk ke sekolah. 

Semua pelajar masuk ke kelas masing2 untuk sesi ujian penempatan dan ibubapa pula mendengar taklimat dari Guru Besar SKBU.  Selesai ujian, muka gembira si kecik Lea.


Sempena cuti tahun baru, MMD pun mengambil peluang untuk mengambil mesin jahit dari dalam stor untuk urusan menjahit mana2 pakaian yang koyak.  Biasanya pakaian Hakim lah yang paling banyak kena jahit especially seluarnya.  Sambil tu menjahit lencana untuk baju sekolah Lea.  Untuk baju sekolah agamanya, belum ada lencana lagi.  Nampak gayanya tersadailah mesin jahit tu buatsementara kat tepi dinding ruang tamu MMD.
Apa2 pun, tahun ini kena berbelanja dengan lebih berhemah lagi berbanding dengan tahun2 sebelum ni.  Maklumlah semua harga barang pun dah meningkat naik.  Malangnya kenaikan gaji tak setanding dengan kenaikan harga barang2 asas.

Selamat tahun baru dan capailah azam yang masih tertunggak dari tahun lepas jika ada.  Teruskan berazam baru dan selamat menggapainya.

Azam MMD ialah untuk terus menulis blog walaupun masa agak terhad dan akan terus membuat dan menghabiskan entri2 tahun 2013 yang tertanguh sebelum ini walaupun dah masuk tahun 2014.

As Salam.

Wednesday, December 4, 2013

Pusat Refleksologi Penawar

As Salam

MMD sempat mengikuti program selama 7 sesi untuk Hazry semasa cuti raya baru2 ni. MMD dapat maklumat tentang pusat refleksologi Penawar ini dari kawan sekolah MMD yang mana suaminya sedang dalam proses berubat untuk sakit buah pinggangnya.

Mengenangkan keadaan Hazry pun berkaitan dengan saraf, MMD dan my beloved hubby pun ingin mencuba untuk mendapatkan rawatan di pusat tu. Walaupun MMD biasa urut2 badan Hazry, tapi bukan secara profesional berbanding dengan pemilik pusat saraf ni.

Terletak di Kg Wakaf Tengah, KT.  Dalam 20-30 min je perjalanan dengan kereta dari rumah MMD.  Pada kali pertama pergi, sesat juga mencarinya.  Kali kedua dan seterusnya, senang je.

Diusahakan oleh Dr Haji Sheikh Merican bersama2 dengan isteri dan anak2.  Setiap kerusi mewakili isteri dan anak2nya.  Hanya beliau seorang sahaja di KT yang mengusahakan pusat ini bersama isteri dan anak2. Setiap dari mereka mempunyai sijil dan kelayakan yang diiktiraf dalam bidang refleksologi.

Disebabkan musim cuti raya, beliau memberi pengkhususan kepada orang luar dan orang tempatan yang tinggal di luar untuk rawatan dalam masa musim raya berbanding dengan orang tempatan, ianya dijadualkan selepas itu.

Selain dari urutan saraf, ada rawatan / ikhtiar lain juga disediakan seperti:

melembutkan anak2 keras hati
kecerdasan minda anak2
kesukaran mendapatkan zuriat, jodoh
mengikat kasih sayang suami isteri
gangguan makhluk halus
memagar rumah dari dikhianati
rawatan aura positif

Selain dari Hazry, my beloved hubby juga ambil peluang untuk mengurut juga. he he he.  Lebih2 pulak dia..Tengok gambar yang MMD ambil di pusat tersebut.




 








Setiap kali selesai setiap sesi, pesakit diberikan sebotol air yang telah dibacakan ayat2 Quran yang boleh diminum atau dibuat mandian.  Harga rawatan biasa antara RM35-45 sesesi begantung kepada umur pesakit. Untuk penyakit yang serius, harganya lebih mahal.

Kepada sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan rawatan, bolehlah hubungi 012-9608197 / 09-6696193 untuk temujanji.

As Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...