Wednesday, February 13, 2013

Sebiji manggis kupandang manissssss...

As Salam

Masa Raya tahun lepas, MMD ada membeli sepohon anak pokok manggis tut di KT.  Dari 3 biji yang dah tumbuh, tinggallah sebiji je. MMD tanam di penjuru pagar.


Dengan penuh kesabaran dan dijaga dengan penuh kasih sayang, akhirnya buah pun bertukar warna. Agak lama jugalah nak masak buah sebijik ni.

Waktu yang ditunggu2 dah tiba, buah kesayangan MMD ni akhirnya jatuh tergolek.  MMD jumpa masa MMD balik baru dari kerja.  Nasib baik tak menjadi mangsa burung2.  Dah rezeki MMD agaknya.

Inilah hasilnya, walaupun buahnya kecil, kata orang pokok yang baru belajar nak berbuah.  Tak expect buahnya lebat dari daunnya, ye tak?  Lagipun, tinggi pokoknya tak sampai pun 2 kaki. 

Rasanya??? Manis yang amat!  Syukur ke Hadrat Illahi atas rezeki ni walaupun sebijik.

As Salam.


Tuesday, February 12, 2013

Lea's 1st date with dentist

As Salam


Ibu.....gigi Lea dah goyang bu...!!

Itu 2 minggu sebelum berjumpa dentist.  Kata Lea, giginya tersandung oleh sepupunya masa main2 kat Cheras.  MMD pun tak risau apa2 pun sebab giginya gigi susu lagi.

Selepas tu, MMD perasan ada sesuatu di sebalik gigi yg goyang tu.  Yea....ada gigi baru nak tumbuh. Tapi gigi susunya masih lagi elok dan melekat lagi pada gusinya walaupun dah goyang2.

Dengan cadangan dari my beloved hubby, kami pun ke klinik gigi Eliza tak jauh dari rumah MMD.  Kami bagi tahu Lea yg kita kena buang ulat yg ada kat gigi yang goyang tu.  Nampak Lea gelisah je masa dalam perjalanan ke klinik tapi masih boleh lagi senyum2 kambingnya.



Masa dalam bilik, MMD dan my beloved hubby pun masuk sekali.  Ingatkan kena suntik ubat bius.  Rupa2nya, sekarang ni, untuk budak2, doktor hanya sapu2 je ubat untuk bagi kebas dan tak rasa sakit pada gusinya. Dah terlalu lama MMD tak pergi jumpa dentist.  In fact, abang Hakim dan Hazry pun tak pernah cabut gigi di klinik.  Semuanya ada gigi susu yang tercabut sendiri dan tak pernah ada yg rosak masa gigi kekal nak tumbuh.  Lea dah memecahkan rekod kali ni.

Dua batang gigi depan bawah di cabut sekaligus.  Untuk gigi yang pertama, memang senang sangat.  Rasa2nya doktor hanya tarik sikit je gigi tu, terus tercabut.  Yang keduanya agak kuat doktor tarik, walaupun dah goyang, tapi masih kuat melekat kat gusi.  Lea pun ekkkkkk sikit bunyinya.

Ha..... dah selamat semuanya.  Alhamdulillah... Pengalaman pertama Lea dengan dentist.



Sekarang Lea dah rongak...hu hu hu.  Tunggu gigi kekal tumbuh sepenuhnya.

Ibu....Lea boleh keluarkan lidahlah dari depan ni...kah kah kah kah...

By the time entry ni keluar, gigi Lea dah tumbuh semula tapi agak sengek sebatang mungkin kerana giginya dah tumbuh sebelum gigi susunya dicabut.


As Salam.

Sunday, February 10, 2013

Cuti CNY dan semangat baru...katanya!!!

As salam.

Dah berhabuk blog kecil MMD ni.  Hampir2 lupa login password.  Parah tu kan? Sempena cuti CNY ni, MMD rasa2nya tak kemana pun.  Ahak.....tinggal 2 hari lagi bercuti, Rabu dah nak masuk kerja balik.  Mungkin MMD kerja dari rumah je kot minggu depan.  Malas nak ke opis.  Suka mak datuk dia je kan...MMD ni?

Tak tak tahulah my beloved hubby ni..tiba2 je boleh berubah fikiran dan sangkut kat mana2 pulak tanpa sebarang plan.

Anak2 pun ada yg sekolah bercuti seminggu terus.  Tapi Lea hanya cuti 4 hari je.  Hari Jumaat lepas, Lea cepat2 bagitahu yg Cikgu Dilla bagitahu cuti 4 hari sambil menunjukkan jarinya. 

Sebenarnya, banyak juga cerita-cerita basi sepanjang Nov 2012 hinggalah sekarang.  Banyak ambil gambar agar tidak terlupa sejarah tu tapi nak menghadap blog ni agak tipis masanya. Sibuk memanjang je.....

Jadi azam baru ialah mengupdate cerita-cerita basi di blog MMD ni.  Sudi baca?  Silakan...

As Salam.

Wednesday, November 21, 2012

Jalan2 sebelum Jehan's birthday

As Salam

Jemputan dari anak saudara MMD belah my beloved hubby di Setia Alam untuk celebrate birthday anaknya.  Kiranya Jehan tu anak saudara Lea la tapi umurnya tak jauh beza.  Beza 2 tahun je.  Saiz orangnya pun hampir sama je.  Happy birthday Jehan...


Sebelum tu, kami bersiar2 di hadapan Port Klang Golf Resort.  Ambil angin laut.



Suka tengok Hazry dengan wajah tenangnya.  Kesayangan ibu!!!


As Salam.

Tuesday, November 20, 2012

Dutch Lady & Winnie the Pooh

As Salam

Selepas Lea siap video recording untuk Dutch Lady, MMD menuju ke Jusco 1 Utama. Masam benar muka Lea....marahkan abang Hakimnya entah pasal apa.


Menjamu selera di Food Republic dulu sebelum jalan2 lagi.


Operasi memilih kasut untuk Lea.


Akhirnya, ini yg dipilih oleh Lea.


Terang benderang waktu malam.  Amat sesuai sekali jika ketiadaan letrik di rumah MMD.  Boleh jadi lampu suluh. ahakkkkk.

Ini hasil dari voucher Jusco pemberian dari Dutch Lady. Terima kasih DL.  Panggil Lea lagi yea...

As Salam.

Monday, November 19, 2012

Lea gangnam style

As Salam

Cuba tengok samada Lea boleh jadi famous macam PSY tak?



Waktu riadah dengan anak2.  Bawak mereka ke AEON Bandar Bukit Tinggi. Main sampai lebam hinggakan ekor kuda rambut Lea macam terputus je.

As Salam.

Friday, November 16, 2012

Thailand atau Malaysia?

As Salam

Adik MMD, Max berhajat benar untuk ke Kelantan kali ni. MMD rasa baru lagi MMD pergi ke sana. MMD berbelah bagi, nak pergi ke tak nak.

Lepas berbincang dengan my beloved hubby, OK, set, awal pagi kena bertolak ke Kelantan.  Habis isi rumah my MEM besar tinggalkan rumah pada hari raya. Bertolak lah kami dengan 3 kereta.

Dek kerana keluar awal pagi, tak sempat sediakan sarapan kat rumah.  Jadi kami singgah makan kat restoran di area airport KT.

Kali ini MMD ikut laluan pilihan BIL iaitu jalan pantai.  MMD tak pernah lalu pun jalan tu. Jadi, MMD jadi pengikut je la.  Orang ke kiri, kita pun ke kiri la.

Bila dah masuk Kelantan, BIL bawa kami semua ikut jalan short cut, ikut kawasan kebun getah, kawasan rumah2 kampung dan akhirnya keluar ikut jambatan ke Rantau Panjang.

Haaaa.... sebenarnya kami semua menuju ke Rantau Panjang.  Memang sesak jemnya.  Nasib baik BIL bawa jalan short cut, kalau tidak, berjam2 lagi nak boleh sampai ke RP.

Sampai ke RP, MMD tak merancang nak bershopping pun.  Sekadar memeriahkan rombongan cik kiah Max je. hu hu hu.  MMD terpaksa bergilir dengan my beloved hubby tinggal di kereta.  Maklumlah, MMD tak ada pembantu, lagipun nak bawak Hazry dengan wheelchairnya pun tak berapa sesuai.  Jalan kat RP tu pun sesak dengan lorong2 yg kecik dan sesak dengan orang ramai.

Petangnya, kami bertolak keluar dari RP.  My beloved hubby tanya...nak ke kiri ke atau ke kanan?  Sambung perjalanan ke Thailand atau balik ke Malaysia?  Harus jika MMD kata ke kiri, harus kami ke Thailand pulak....ahakkk.


Singgah makan di medan selera yg tersangat famous di KB.  Muka semuanya penat.


Abang Hakim dengan gaya belianya. hu hu hu


Dalam perjalanan balik di salah satu traffic light di bandar KB, MMD tertarik dengan signage ni.


Ehhhh.. jalan ni 'SEMUT' tak boleh buat u-turn ke?  Pertanyaan bodoh dari MMD. Memang dari jauh nampak macam semut...atau mata MMD yg kero?  Cuba teka, apa benda tu??

As Salam.


Thursday, November 15, 2012

29 tahun baru kini bertemu

As Salam

Sebelum raya, ada kawan2 lama bekas pelajar SMTB, KT merancang buat reunion.  Kebetulan masa dan tempatnya sesuai, MMD pun set untuk join sekali. Berlangsung di Batu Buruk Beach Resort.  Ownernya pun satu batch dengan MMD masa di SMSS. 

Kebetulan, pada malam reunion tu, adik MMD pun ke reunion classmatenya juga.  Memang BBBR ni tersangat famous untuk agenda reunion pelajar2 SMSS & SMTB especially masa cuti raya.

Maklumlah dah banyak tahun tak berjumpa.  Seingat MMD, selepas SRP dulu, MMD tak berjumpa dengan ramai kawan sekolah.  Lagipun MMD berpindah sekolah ke SMSS, KT sehinggalah SPM.

Ramai yg ingat MMD tapi MMD je yg kurang ingatan hu hu hu.  Banyak yg MMD kena flash back barulah ingat muka kawan2 MMD tu. 

Antara yg geng perempuannya dan kat bawah tu geng lelakinya.



MMD bersama2 dengan Khazimah Embong, orang kuat penganjur reunion.  Terima kasih banyak2.  Tahun depan buat lagi dehhhh.


As Salam.

Wednesday, November 14, 2012

Rumah ku syurga mu jua

As Salam

Balik kampung masa raya tahun ni memang seronok. Bukan apa.... akhir tahun lepas depan rumah bersepah2 dek kerana mak saudara renovate rumahnya dan barang2 pembinaan ada yg diletakkan kat rumah MEM besar.

Kali ini...semuanya dah clear dan tenang je pandangan mata. Pandangan dari rumah mak saudara MMD.


Yang penting jugak adalah...banyak ruang untuk parking kereta.  Raya tahun ni, MMD pun kena ambil giliran masak untuk makan di hari raya.  Itupun untuk hari raya ke 3.

Atas permintaan ramai, MMD masak mee kari. Itu je pun yg MMD pandai masak..ahak....

MMD berposing lepas penat memasak. hu hu hu.

As Salam.

Tuesday, November 13, 2012

Hazry dapat I/C

As Salam

Kalau diikutkan, MMD dah terlewat membawa Hazry ke JPN untuk mendapatkan I/C untuknya. Pada hari Jumaat yg indah, MMD serta my beloved hubby dengan awalnya terpacak di depan JPN Port Klang.

Actually, sebelum 8pagi dah sampai.  Kena tunggu staff JPN bukakan pintu.  MMD orang yg pertama masuk dengan Hazry.  Dapat nombor 1 hu hu hu.  Urusannya cukup mudah dan keseluruhan proses tak sampai pun 30 min. Tiada bayaran yg MMD kena buat.  Mungkin sebab Hazry ada kad OKU.

Bahagian yg paling best ialah masa nak snap gambar Hazry.  Siap berpusing2 kerusi yg berpusing tu di buat dek Hazzry dengan gelak ketawanya masa tu.

Inilah dia I/C sementara Hazry.

Masa MMD tulis entry ni, I/C Hazry dah pun siap untuk di ambil. 

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...