Friday, November 16, 2012

Thailand atau Malaysia?

As Salam

Adik MMD, Max berhajat benar untuk ke Kelantan kali ni. MMD rasa baru lagi MMD pergi ke sana. MMD berbelah bagi, nak pergi ke tak nak.

Lepas berbincang dengan my beloved hubby, OK, set, awal pagi kena bertolak ke Kelantan.  Habis isi rumah my MEM besar tinggalkan rumah pada hari raya. Bertolak lah kami dengan 3 kereta.

Dek kerana keluar awal pagi, tak sempat sediakan sarapan kat rumah.  Jadi kami singgah makan kat restoran di area airport KT.

Kali ini MMD ikut laluan pilihan BIL iaitu jalan pantai.  MMD tak pernah lalu pun jalan tu. Jadi, MMD jadi pengikut je la.  Orang ke kiri, kita pun ke kiri la.

Bila dah masuk Kelantan, BIL bawa kami semua ikut jalan short cut, ikut kawasan kebun getah, kawasan rumah2 kampung dan akhirnya keluar ikut jambatan ke Rantau Panjang.

Haaaa.... sebenarnya kami semua menuju ke Rantau Panjang.  Memang sesak jemnya.  Nasib baik BIL bawa jalan short cut, kalau tidak, berjam2 lagi nak boleh sampai ke RP.

Sampai ke RP, MMD tak merancang nak bershopping pun.  Sekadar memeriahkan rombongan cik kiah Max je. hu hu hu.  MMD terpaksa bergilir dengan my beloved hubby tinggal di kereta.  Maklumlah, MMD tak ada pembantu, lagipun nak bawak Hazry dengan wheelchairnya pun tak berapa sesuai.  Jalan kat RP tu pun sesak dengan lorong2 yg kecik dan sesak dengan orang ramai.

Petangnya, kami bertolak keluar dari RP.  My beloved hubby tanya...nak ke kiri ke atau ke kanan?  Sambung perjalanan ke Thailand atau balik ke Malaysia?  Harus jika MMD kata ke kiri, harus kami ke Thailand pulak....ahakkk.


Singgah makan di medan selera yg tersangat famous di KB.  Muka semuanya penat.


Abang Hakim dengan gaya belianya. hu hu hu


Dalam perjalanan balik di salah satu traffic light di bandar KB, MMD tertarik dengan signage ni.


Ehhhh.. jalan ni 'SEMUT' tak boleh buat u-turn ke?  Pertanyaan bodoh dari MMD. Memang dari jauh nampak macam semut...atau mata MMD yg kero?  Cuba teka, apa benda tu??

As Salam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...