Monday, June 20, 2011

Bandar Cahaya i-City Shah Alam

As Salam,

Akhirnya sampai juga MMD sekeluarga di sini.  Mungkin entry cam ni dah berlambak bloggers buat dan dah basi kot.  Tapi, since this is my personal blog, MMD akan post apa saje cerita yg melibatkan MMD sekeluarga.  Kalau tak nak baca pun, MMD tak kisah pun, move the curser to the right hand top corner and clik to the "X" sign. Habis cerita. Tapi cerita MMD tetap diteruskan...he he he he

Entrance fee RM10.00 per car.  Masuk ke bangunan untuk parking sikit punya tinggi.  Barulah dapat parking lot.  Mungkin bcoz hari tu ada konsert, jadi ramailah orang datang berduyun2.  Rasa2nya, kalau hari biasa, mungkin tak perlu naik sampai ke tingkat atas gitu.

Enjoy beberapa photos yg MMD ambil tempoh hari.


Ada cik kak ni interframe tiba2.  Tak pe la.

Cakkkk!!



Yang ni MMD sangat2 suka.  Macam ada salji turun je kan?





Habis ronda2 kat kawasan luar je dah lebih kurang pukul 11mlm. Dah tak larat nak masuk ke bilik snow.  Kaki pun dah lenguh2 yg amat.  So, we decided balik je.

As Salam.

Sunday, June 19, 2011

Nak buang angin..

As Salam

Apa maksud nak buang angin? 

a)  buang angin kentut
b)  buang angin kat badan
c)  buang angin satu badan
d)  buang perangai yang angin satu badan

Yang MMD nak story mory kat sini ialah my beloved hubby asyik mengadu lately yg badannya banyak angin.  So MMD cakap lah cam ni..."i suka duduk kat u bcoz sekarang ni cuaca panas sangat2, dekat2 dengan u tentu sejuk kan? rasa macam pakai air-cond kan?"

Pappppp...kena lepuk kat peha sebijik. Terkesan 5 jari kat peha MMD.  Aikkkk, macam ni slow pun dah merah peha? Itulah pasal bila my hubby suruh urut badannya nak buang angin, katanya macam tak urut langsung, sedangnya terpeliok jari2 MMD tekan kat badannya.  Tapi bila my hubby pulak urut sikit je kat badan MMD, tapi MMD dah menjerit satu rumah boleh dengar, kuat yg hamat!!!

To make the story short, hari tu ronda2 Giant Bukit Tinggi lagi sementara menjemput Hakim dari sekolah petangnya. Tengok macam2 ada promosi kat ruang legar bahagian tengah tapi booth Gintell ni memang dah lama bertapak kat situ.

So, my beloved hubby pun try/cuba/acu test la kerusi urutan ni. Salesman bernama Kok ni beria2 benar bercerita dengan my hubby. 


Kerusi yg di cuba tu harganya almost RM6K dan percuma satu mesin exercise untuk berdiri atau percuma 1 lagi kerusi yg disebelah kanan gambar tu, lupa pulak nak snap the photo. Jika sesiapa yg ada kad kredit AM bank, ada diskaun RM1K.  Ada juga yg promosi beli 1 dapat percuma 1, harganya tak sampai RM5K.

Mengenangkan kat rumah dah ada mesin untuk urutan kaki, my hubby pilih yg murah je, lagipun sesuai sangat dengan kegunaannya, portable, boleh disusun suai kat mana2 yg sesuai masa nak gunakannya, samada kat sofa or even kat kerusi dalam kereta.  Berbanding dengan yg bentuk kerusi tu, bila dah letak kat satu2 tempat, rasa2nya bertahun lah kat situ, lagipun saiznya agak besar.


G-Mobile portable massage cushion ni berharga RM1080.00 dan percuma 1 unit eSlim yg warna oren tu. eSlim bukan saja untuk perut, boleh dilekatkan pada belakang peha, punggung, bawah lengan dan belakang badan.  Yang ni memang sesuai sangat dgn MMD.  That's why MMD sokong bila my beloved hubby nak beli yg G-Mobile tu..he he he, ada udang dalam mee!!!

Macam yg MMD kata tadi, yg ni memang bagus bcoz sambil2 tengok TV, bolehlah letak kat sofa dan dia jalankan kerjanya.

Yang urutan kaki tu, MMD dapat percuma je lebih kurang 7-8 tahun yg lalu masa "gores dan menang".  Memang nasib Hakim (masa tu dia berumur 6-7 tahun gitu) baik, dia betul2 gores dan menang dan tak kena bayar satu sen pun.  Bukan tu aje, dapat 1 set vacuum cleaner yg guna air. 1 complete set periuk belanga dan juga 1 set air-cond.  Ketiga2 barang tu, MMD masih guna sehingga sekarang.

Kira2nya itu hadiah beli sendiri sempena "Father's Day" la tu...

As Salam.

Saturday, June 18, 2011

Ucapan terindah sebelum lelap

As Salam

Antara ketiga2 anak MMD ni, setakat ni Lea saja yg terlebih manjanya.  Maklumlah the only daughter in the family.  Manjanya dengan ayahnya terlebih2 suda... Mana ayahnya nak pergi mesti dia nak ikut.  Pantang dengar ayahnya bukak pintu atau start engine kereta, dia dah siap2 tunggu ayahnya kat depan.

Waktu malam pulak, sikit punya susah nak tidur, jika ayahnya berjaga lewat, dia pun ikut sekali.  Tapi yg paling MMD suka sebelum Lea masuk tidur ialah...


1.  Baca Bismillah.
2.  Baca 2 kalimah syahadah - katanya kot2 mati tak sempat mengucap
3.  Kata-kata "mimpi indah ye...Ibu !"

Masa mula2 dengar Lea kata macam tu..MMD terkejut dan tak terfikir macam mana dia boleh ada kata2 macam tu kat dalam fikirannya tapi ianya sesuatu kata2 yg cukup indah buat MMD.

Anak2 anda bagaimana?

As Salam.

Teka Teki

As Salam

Rujuk gambar.  Cuba/try/test/cer teka:

1.  Apakah dia.
2.  Apakah kegunaannya.


Post terpendek yg pernah MMD hasilkan.

As Salam.

Friday, June 17, 2011

Hadiah misteri untuk pelawat ke 2602

As Salam

Jemputlah datang ke blog MMD yg tak seberapa ni.  MMD nak bagi hadiah ni.  Tak payah nak teka dan teki pun, tak payah wat entry panjang lebar pun.

Syaratnya senang dan mudah je.

1.  Jika anda pelawat ke 2602, sila print screen.
2.  Buat 1 komen di bawah post ni dan tinggalkan jejak serta email address untuk urusan penghantaran hadiah.
3.  Buka satu entry kat blog anda dengan tajuk "aku pelawat ke 2602 di blog MMD" dan just...i repeat, just upload gambar tadi. Tak payah nak cerita panjang lebar, but if you ada cerita menarik bila berkunjung kat blog MMD, dipersilakan...

As Salam.

Lea's window shopping

As Salam

Dalam 2-3 hari ni, setiap kali Lea bangun tidur, dia akan pesan to my hubby yg dia nak permainan ikan untuk dipancing2.  Last weekend, dia ada tengok permainan yg sama di rumah Cik Yus nya di Cheras. Itu la pasal, asyik teringat2 kot.

So, petang sebelum pergi jemput abang Hakimnya dari sekolah petang, kami pun singgah lah kat Giant Bdr Bkt Tinggi.  Barang yg di idam2kannya ada.  Tapi, bila dah tunjukkan padanya, "Lea tak nak lah yg ni Ibu"...

Pusing punya pusing...tunjuk beberapa jenis permainan...pun tak berkenan di hatinya.




Akhir sekali.. keluar Giant tanpa sebarang permainan untuknya. Ini baru betul budak2 window shopping.  Selamat budget ibu....ha ha ha.

As Salam.

Thursday, June 16, 2011

Gerhana Bulan 16/06/2011

As Salam

Pagi tadi sempat juga menikmati keindahan kejadian Allah SWT. Melihat betapa cantiknya bulan dari muka bumi ni, terasa kecil saja (dan dah memang kecil pun) MMD ni.  Allah Maha Besar ! Allah Maha Besar!

Antara gambar2 yg sempat MMD ambil pagi tadi, image kecil je bcoz camera pun kecil je...




Untuk image yg lebih jelas, cuba2 la jumpa dengan En. Google.

As Salam.

Bila anak lelaki berdandan!

As Salam

Dah seminggu anak sulung MMD, Hakim berpesan agar MMD belikannya gel or wax Gatsby.  Katanya, kat bekas tu ada huruf "G", warna oren, pakai sikit je dah kemas rambut. Katanya lagi, kawan2nya beli kat Tesco.  Itulah penangan pengaruh kawan2.

MMD pun tak ke arah Tesco lagi dalam masa seminggu ni, tapi ada ke Econsave untuk membeli brg2 dapur dan ambil peluang survey brg yg Hakim pesankan tu.

Yang ni yg MMD jumpa di Giant Bdr Bkt Tinggi...terus MMD snap photo nak tunjukkan pada Hakim and YESSSSSS... "ibu..yg ni lah ibu".


Malangnya, kat rak tu, hanya ada yg warna biru je.  Kata Hakim yg biru tu kasar sikit.  pandai lah ko Hakim .. tengok harga tu, almost RM25.00 ooooo.. Nanti ibu belikan untuk Hakim ye...yg tak cukup ibu tolong tambah..boleh tak? Boleh....tapi kena habiskan dulu gel yg ibu dah belikan sebelum ni.




As Salam.

Wednesday, June 15, 2011

D.I.Y. - grass cutting

As Salam

Aktiviti penjimatan untuk memotong rumput adalah aktiviti my beloved hubby sebulan sekali.  Bukan saja jimat kos mengupah orang, sekurang2nya dapat juga mengeluarkan peluh.

Memikirkan kos mengupah lebih kurang RM15-25 sebulan untuk memotong rumput di sekeliling rumah MMD, jadi lebih baik invest beli mesin rumput dan potong sendiri.  Lebih berbaloi.


The next aim kami sekeluarga adalah untuk melihat pokok di tepi kiri tu berbunga dan berbuah.  Pokok jambu madu.  Masa mula2 MMD beli dulu, batangnya sebesar ibu jari tangan MMD je.  Nah...tengok sekarang..rimbun bukan main lagi.... 

As Salam.

Tuesday, June 14, 2011

Tangan sejuk !!

As Salam.

Bercucuk tanam adalah salah satu hobi MMD.  Dulu2 masa tinggal kat apartment pun, MMD bercucuk tanam tanam juga. Keliling rumah ada pokok2 bunga dan juga pokok2 untuk kegunaan harian cam serai, pandan, kunyit, lengkuas, cili.  Oppps lupa nak bagi tau, apartment MMD di tingkat bawa sekali dan corner unit.

Selain dari tu, MMD siap tanam pokok pisang dan pokok mangga lagi.  Dapatlah juga makan hasil pokok pisang yg MMD tanam kat belakang rumah sampah tapi malangnya sehingga hari ni, pokok mangga kat situ tak berbuah2, ada 2 pokok mangga MMD tanam kat tepi apartment tu.  Pokoknya rendang dan banyak daun2.  Macam2 petua dah MMD ikut tapi tak juga berbuah2 sampailah MMD pindah ke rumah baru 2 tahun lepas. 

MMD beli 2 pokok mangga tut masa dapat kunci dulu2, terus tanam dan dah dapat makan hasilnya 2-3 kali sedangkan pokok di apartment masih lagi tak berbuah.  Even tak berbunga punnnnn!

Pokok yg ni tak sampai 5 kaki tingginya.  Alhamdullillah..dah merasa hasilnya.

Tomato ni my helper yg semai/tanam.  Berbuah2 juga la.


As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...