Sunday, June 12, 2011

Serangan chicken-pox

As Salam

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
Badan Lea pada hari ke-2 jangkitan.

Pengidap chicken pox boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox:
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan
  1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  1. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
  1. Rawatan di rumah


  • Sapu losyen calamine.
  • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
  • Panadol untuk demam


Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

Sumber:  Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saturday, June 11, 2011

Sesi menternak lelemak

As Salam

Dah boleh dikira sebagai supper bcoz dah lebih pukul 12 tengah malam.  Bosan tak ada cerita menarik kat TV, my beloved hubby pun start kereta.  Opppppssss, Lea nak ikut!, Ayah, Hakim pun nak ikut ! Ehmmmmm, ibu pun nak ikut la!!!! Hazy and my helper dah tidur awal2.

Tukar baju dan ambil tudung panjang je dan terus melompat ke kereta.  Nak ke mana kita ni?  Tengok kiri kanan, semuanya dah tutup dan gelap gelita.  Ye la..sape nak kerja malam buta cam ni.  Tengok jam tu...

Jom kita pekena ni...lama betul tak makan ni.  Rasa2nya dalam 1-2 bulan ni, memang tak beli langsung makanan ni.

Milo suam untuk MMD.

Roti canai panas2.  Abang Hakim siap order 2 bijik untuknya.  Sebijik buat lekat celah gigi je katanya.

Itulah sesi menternak lelemak.  Balik rumah terus tertidur depan TV hingga hubby kejutkan naik ke bilik.

As Salam.

Thursday, June 9, 2011

Ancasa Resort Allsuites (Apartments) Port Dickson - part 1

As Salam

Dah lama pegi ke Ancasa, PD.  Baru teringat nak post...ha ha ha, sebenarnya kekeringan idea dan belum ada cerita terbaru yg menarik kotttttt. Since Feb 2011, cerita ni terperap dlm ingatan.  Gambar2 dah lama diupload ke CD.

MMD tempah apartment 2 bilik.  Kebetulan dah dekat dengan Melaka, MMD jemput adik MMD dari Melaka untuk join sekali.  2 bilik yg agak luas dan ruang tamu yg besar.  Kalau nak masukkan 2 family lagi pun boleh.  Tidur ramai2 kat ruang tamu sure gempak punya!

Sementara nak tunggu check-in, badut ni rajin melayan Lea dan bagi belon2.

Bilik utama bersambung dgn bilik air yg sangat basic.

Bilik kedua.

Bilik air yg biasa2 je.

Ruang dapur yg agak besar siap dengan tempat jemuran di sebelahnya. 

Meja makan dan ruang tamu.

Apartment ni menghadap ke laut.  Indah sekali pemandangannya. Kat bawah tu kelihatan deretan kedai makan. Banyak pilihan makanan.

Pandangan waktu malam di sekitar laman resort.

Tunggu sambungan entry di post yg seterusnya.

As Salam.

Rotary Club of Kelana Jaya

As Salam

MMD pernah terlibat dengan Rotary Club ni secara tidak langsung.  Lagipun MMD's company advisor pernah menjadi Presiden Rotary Club dan MMD terheret sekali membantunya menjayakan satu projek untuk sebuah rumah PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Klang Selatan.

PDK dikawalselia oleh JKM

Lagipun anak MMD adalah salah seorang penuntut di sana sebelum bersekolah di sekolah pendidikan khas.

Antara projek yg boleh dianggap sebagai projek anak angkat untuk PDK ni adalah:

1.  Penyerahan alat latihan anggota dan juga permainan gelunsur untuk aktiviti luar bilik darjah.
2.  Penyerahan kerusi roda untuk seramai lebih kurang 30 anak2 istimewa. Kerusi roda yg sama Hazry dapat yg juga sumbangan dari Rotary Club. Penyerahan kerusi roda untuk Hazry dibuat di Petaling Jaya beberapa bulan sebelum projek ni.



My big boss with YBHG Tan Sri Lee Lam Thye dalam satu acara jamuan makan bersama dengan pengiat2 rumah kebajikan & pekerja sukarela.

Jangan ingat anak2 istimewa tidak ada bakat !

Kepada sesiapa yg memerlukan bantuan kerusi roda, bolehla sound-sound kat MMD ye.  MMD akan cuba sedaya upaya untuk menyalurkan permintaan kepada peringkat yg lebih tinggi di RC

As Salam.

Wednesday, June 8, 2011

Status: kawan, kekasih dan arghhhh!!

As Salam

MMD pernah kenal dengan Mr. X ni selama 5-6 tahun dulu sebelum MMD berkahwin. Rajin orangnya kerana tiap minggu datang menjenguk MMD di TTDI sedangkan dia tinggal di Port Klang.  MMD ter"kenal" dengan Mr. X ni bcoz dia dalam bidang pekerjaan yg sama dengan MMD tapi dia amat senior la.  Dalam sibuk2 berurusan urusan pekerjaan, akhirnya kami jatuh cinta.

Status bertukar dari kawan ke kekasih. Dalam waktu bercinta banyak suka duka, biasala kan...ada hari gembira, ada hari sedih dan macam2 lagi. Mr. X pernah ikut MMD balik kampung jumpa my mom.  Masa tu ayah dah arwah.  If not, mau MMD kena sound kuat2....my late father memang saiz besar dan agak garang orangnya.

Tapi, apakan daya...takdir menentukan segalanya.

*
*
*
*

*
*
*
*

Pada 08/06/1996, kami bertukar status sekali lagi. Akhirnya kami sah sebagai suami isteri. Itu 15 tahun dulu.  Dalam tempoh tu, ehmmmm pejam celik pejam celik dah ada 3 orang anak. Rasa macam baru tahun lepas kahwin.

Happy 15th Wedding Anniversary to both of us.

As Salam.

Funny family..

As Salam

Entah bila ambil gambar ni.  Rasa2nya last year kot.  Jalan2 ke Sunway Pyramid cuci mata.


Lawak kan?? and Lea control cunnnnn...ha ha ha.  If not mistaken, MMD bayar RM10.00 untuk bergambar dengan kostum yg glemer ni.  Hasil kutipan adalah untuk disalurkan ke rumah2 kebajikan.

As Salam.

Air buah besar!

As Salam

Air buah besar?  Banyak maksudnya.  Saja2 nak propa je. 

Tajuk yg sepatutnya berbunyi begini...air buah gelas besar Terengganu. Kah kah kah ! Setiap kali balik Terengganu, MMD akan selalu masukkan trip ke gerai ni dalam senarai perjalanan. Gerai ni bukan saja hidangkan air buah bersaiz besar, ada keropok, ada nasi lemak, laksam, laksa Penang dan beberapa jenis menu lagi.

Nak tau...gerai ni memang tersangat femes, kat dinding gerai ni, siap ada gambar2 artis yg datang singgah kat sini. Kalau tak silap MMD, gambar Awie Wings pun ada.

Terletak di Jalan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kg Bukit Tok Beng, K. Terengganu.


Saiz pilihan my beloved hubby, surelah yg besar.Barulah padan dengan orangnya kan?

MMD order saiz biasa je.  Tumpang gelas my hubby nak berposing!

Antara makanan kegemaran MMD, laksam...ehmmm terliur pulak. Syok sakan makan hingga dah separuh jalan baru teringat nak ambil gambar...he he he, maafla yea...comot sikit.

Tengoklah saiz papan menunya.  Sikit punya besar.

Dah habis....burppppp! Alhamdulillah. Hilang dahaga sebulan !

Harga paling mahal RM35.00 untuk saiz balang besar, cam yg warna kuning tu.  Macam MMD wat letak ikan pelaga kat rumah je.

Pesan Pak Hassan,  "kalu sedap kabo ke saing-saing, kalu dok sedap kabo ke kami".  Faham ke tak?

As Salam.

Tuesday, June 7, 2011

Jika harga petrol RM0.35 seliter - Malaysia Boleh??

As Salam

Perbandingan harga yg boleh membuatkan rakyat Malaysia bengang dan sakit hati. Harga sebelum kenaikan terbaru.

*Malaysia*
*Harga Petrol : RM **1**.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.

Qatar
Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia..

"RAKYAT DIDAHULUKAN".  Apa komen anda?

As Salam.

Masjid Kristal Terengganu

As Salam

Walaupun masjid ni tak jauh dari rumah MMD di Terengganu, memang susah betul untuk singgah ke sana.  Lagipun, waktu balik ke Terengganu hanyalah waktu musim raya.  Bila dah balik tu, memang banyak program ziarah sanak saudara di Hari Raya.



Untuk pertama kalinya, MMD sekeluarga berpeluang ke masjid ni pada tahun 2009.  Cantik senibinanya.  Terletak di dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu, lebih kurang 10-15 min dengan kereta dari rumah MMD. He he he he, gambar lama !  Abang Hakim pun masih kecik lagi. Sekarang dah terlebih tinggi dari ibunya.

Masih tak jauh dari rumah MMD ialah Muzium Negeri Terengganu yg terletak di Bukit Losong.  Kiranya jika muzium di sebelah timur, rumah MMD ni di sebelah selatan Bukit Losong.  Kami adik beradik panggil tempat kami ni Losong Height...perasan sikit.  Actually, memang rumah MMD terletak di kaki Bukit Losong.
Setakat lalu di laluan kaki bukit depan rumah MMD hingga ke luar jalan raya besar di Jalan Dato' Amar, terus ke kiri, dah boleh sampai ke muzium.



Dan sudah tentulah, jika ke Losong, makanan yg paling terfemes sekali adalah keropok lekor aka keropok getel aka keropok gotel.

Jemput datang ke Terengganu yea.... "Orangnya cantik, budayanya menarik"

As Salam.

Photo with sun effects

As Salam

MMD sangat2 suka dengan gambar di bawah ni.  Sebab musababnya banyak...

1.  Semua adik beradik MMD, anak2 saudara and even 2 mak saudara pun berkumpul di Melaka in 2007.
2.  Adik MMD bertemu jodoh dengan orang Melaka. Jadi, kami semua bertandang ke Melaka untuk majlis menyambut menantu.
3.  MMD masih dalam pantang dan Lea berumur sebulan.  Dah merayap ke Melaka.
4.  Gambar kami disinari cahaya matahari yg sungguh cantik.
5.  Dan yg paling penting, MMD masih lagi dlm kategori kurus masa tu..kih kih kih.


As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...