Saturday, June 4, 2011

Hari Keputeraaan DYMM SPB YDP Agong Tuanku Mizan

As Salam

Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !

Semoga Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah diberkati dan di bawah lindunganNya sentiasa.

Hari ni 04/06/11 cuti umum sempena hari keputeraan Baginda.  Jatuh pada hari Sabtu, sememangnya MMD tak bekerja pada hari Sabtu.  Jadi tak rasa sangat meriah dapat cuti tambahan.

Tiada plan apa2 hari ini hanya nak layan gambar2 di bawah ni.






Kredit kepada En. Google.

As Salam.

Friday, June 3, 2011

Main pondok-pondok!

As Salam

Poyo je kan tajuk kat atas tu? Tentu semua orang ada pengalaman yg sama dengan MMD especially waktu kecik2 dulu kan?

MMD siap ada adegan masak2, sanding2 (walaupun tak ada pengantin lelaki yg sebaya dengan MMD).  Masa kecik adalah pengalaman yg paling best.

Ingatkan budak2 sekarang dah tak ada lagi keinginan sebegitu.  Rupa2 my lovely daughter pun ada mewarisi minat yg sama.  Walaupun bukan dalam suasana kampung tapi....boleh la..ada juga inisiatifnya!


Habis kusyen di ruang tamu Lea jadikan dinding pondoknya dan siap suruh MMD snap gambarnya.

As Salam.

Thursday, June 2, 2011

Sekinchan Ikan Bakar, Klang

As Salam

Ingat my last post semalam?  After bincang with my hubby petang semalam, we all decided to try at Sekinchan Ikan Bakar di cawangan yg baru dibuka di Klang.  Jika dari Premiere Hotel Bandar Bukit Tinggi, terus je arah ke AEON Jusco.  Sebelum sampai ke persimpangan traffic light di depan Jusco, dah boleh nampak restoran ni di sebelah kiri.

Jika datang dari arah KESAS, kena lepasi traffic light di depan Jusco tu dulu, then kena buat U-turn di jalan bawah depan Premiere Hotel.

So, MMD sekeluarga pun pergi la ke sana.  Sampai dalam pukul 8:30pm gitu.  Dah hampir penuh meja di dalam dan di luar, bertempat di corner lot, kawasannya agak luas untuk outdoor area.

Ramai yg beratur untuk ambil hidangan yg telah siap di bakar.  Semuanya B A K A R.  Jika nak makan yg goreng2, tak yah lah datang kat sini.  Tak ada dlm menu OK! Masa nak bayar pun kena beratur panjang.




The Menu

Sotong 2 ekor RM25.00

Asparagus RM10.00

Ikan jenahak 1 ekor RM40.00


Since hanya ada satu jenis sos saja, kering tekak ni nak telan nasi, so, MMD suruh my beloved hubby gi ambil semangkuk lagi sos yg sama untuk dijadikan kuah eventho agak pekat.  If not, rasa2nya tercekik la kami semua makan.

Komen ikhlas dari MMD?

1.  Harga agak mahal.
2.  Sos yg sama untuk semua jenis hidangan bakar, tak de pilihan rasa yg berbeza.
3.  Hidangan bersaiz kecil untuk harga yg agak mahal.
4.  Semuanya B A K A R termasuk sayur2an.
5.  Boleh la cuba untuk kali pertama but for me, it will be the 1st and the last la.  Might as well MMD gi makan kat Bagan Seafood di Tanjung Harapan, Port Klang.

As Salam.

Wednesday, June 1, 2011

My beloved Hubby

As Salam

Apa cerita hari ini?  On 01/06/11 @ 0001hrs dah wish a very happy birthday to him. Yup...his birthday today. Katanya dah dapat bonus besar dari Allah SWT.  Dapat hidup dengan sihat dan dikelilingi oleh orang2 tersayang pada setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun adalah bonus.



Katanya tak perlu beli kek kali ni.  Baru lagi makan kek masa celebrate birthday Hazry.  Takut kolesterol naik..kih kih kih.

MMD duk terfikir2, kat mana nak makan malam nanti.  Biasanya MMD akan cuti dari masuk dapur bila tiba my birthday or hubbys' birthday.  Makan kat luar je.



Ada kawan suggest to try kat cawangan baru Sekinchan Ikan Bakar.  Ehmmm..boleh gak tu...

As Salam.

Reading Time !

As Salam

Adegan membaca dan berebut buku biasanya antara Hakim & Lea.  Dua2 nak jadi cikgu. So, sape yg nak jadi anak murid?

MMD dah galakkan Lea terdedah dengan buku sejak dia kecil lagi.  Sejak dia berumur 3 tahun lagi, dia dah boleh menghafal nombor 1-10 dengan lancar dlm Bahasa Malaysia dan juga juga Bahasa Inggeris.  Dalam begnya segala pensil, pensil warna dan jika muat, semua buku nak di masukkannya.


Tuesday, May 31, 2011

Bagaikan pari-pari

As Salam

Cuti sekolah dah bermula.  Yes!!! Tapi musim orang kenduri kahwin bermula.  Sana sini ada jemputan kahwin seawal weekend pertama cuti sekolah bermula.

MMD pun ada pergi ke salah satu majlis kahwin di Port Klang.  Jemputan dari jiran sebelah rumah MMD.  Majlis kahwin adik lelakinya.  Acara sambut menantu.

Pengantin sama cantik dan sama padan. Tema hitam kelabu putih gitu.  Tapi cantik lagi budak pengiring ni kan?


Monday, May 30, 2011

Luncheon with the special one!

As Salam

The special one?  Ala..with my lovely daughter je. Kat Giant Bukit Tinggi Klang.  Seronok sakan Lea dapat main2 kat gelungsur di tengah2 food court tu.  Lagipun waktu tengahari, memang tak ramai budak2 main compare dengan waktu petang or malam.

Menu pilihan?  MMD ambil sizzling kuew tiaw, my hubby sizzling mee and Lea....french fries with mayonise.



From Mersing with Love

As Salam.

A week after Pangkor trip, MMD kena tinggal oleh my hubby.  So, we decided to stay at my sister's house at  Cheras.  Rasanya cam gi holiday juga la.  Kena siap pack2 baju for 2D2N. 

On Friday night, MMD bertolak ke Cheras.   My hubby transit kat sana since BIL pun join jugak.  Kemana kali ni, MMD?  Their trip to Mersing.  Memancing!!!! Hu hu hu, MMD kena tinggal. 

Anyway, his trip tak dapat banyak ikan compare to trips yg BIL pernah pergi sebelum ni.  Itupun hanya dapat sekor ikan tenggiri.  Kongsi 2 orang la...MMD wat balik bahagian ekor.  My sister ambil bahagian kepala.


Sunday, May 29, 2011

Sejak bila buah ada tangan?

As Salam

Pergi ke mana2 tanpa bawa balik buah tangan tentu rasa tak best kan?  Sejak bila pulak buah ada tangan? Bukannya buah ada tangan tapi tangan tu yg hulur nak beli buah..ha ha ha ha

MMD malas nak beli kat Pangkor.  Malas nak jinjing banyak2 barang.  Bila dah sampai semula ke Jeti Lumut, MMD beli je kat kedai di sekitar jeti tu.  Hampir kesemua kedai menjual hasil laut yg sama.  Harga pun sama.  So, sebagai pembeli, apa yg membuatkan kita memilih untuk membeli di sesebuah kedai tu?

Pada MMD, keramahan penjual lah yg menjadi daya tarikannya.  Dengan senyuman melerek dan bagi pelanggan merasa dulu barang jualannya adalah satu cara untuk menarik pelanggan masuk ke kedai.  Kalau yg pakai ilmu tu, MMD tak leh nak komen la kan...

Adalah juga MMD beli sikit hasil laut cam kat bawah ni.  Hanya untuk makan sendiri je dan bawak kat opis sikit.


Happy Belated Birthday my Dearest Son 20/05/2011

As Salam

Dah jadi kebiasaan dlm keluarga MMD, sekurang2nya sebiji kek mesti dibeli untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran anak2.  Lagipun, bukannya selalu anak2 makan kek.  Jadi, peluang untuk merai birthday anak2 adalah hari istimewa untuk anak2 MMD.

Kali ini birthday HAZRY HALIMY terpaksa dilewatkan seminggu.  Sepatutnya diraikan pada 20/05/11, tapi dek kerana hari yg sama kami semua ke Cheras sebaik saja MMD balik dari kerja, tak sempat nak pergi beli kek.  My dearest hubby akan ke Mersing untuk memancing pada malam yg sama.

So, weekend ni, tersambutlah hari jadinya yg ke 11.  Tak sangka, dah jauh perjalanan hidup Hazry.  Anak teristimewa dalam hidup kami sekeluarga.  Kasih sayang kami semua tak pernah berbelah bagi walaupun keadaannya yg cukup istimewa.  Sebelas tahun dulu, MMD tak sanggup mendengar bila doktor bagi tahu yg Hazry hanya ada peluang hidup 50% saja bila Hazry di ICU selama seminggu akibat simpton radang selaput otak. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...