As Salam
Dah jadi kebiasaan dlm keluarga MMD, sekurang2nya sebiji kek mesti dibeli untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran anak2. Lagipun, bukannya selalu anak2 makan kek. Jadi, peluang untuk merai birthday anak2 adalah hari istimewa untuk anak2 MMD.
Kali ini birthday HAZRY HALIMY terpaksa dilewatkan seminggu. Sepatutnya diraikan pada 20/05/11, tapi dek kerana hari yg sama kami semua ke Cheras sebaik saja MMD balik dari kerja, tak sempat nak pergi beli kek. My dearest hubby akan ke Mersing untuk memancing pada malam yg sama.
So, weekend ni, tersambutlah hari jadinya yg ke 11. Tak sangka, dah jauh perjalanan hidup Hazry. Anak teristimewa dalam hidup kami sekeluarga. Kasih sayang kami semua tak pernah berbelah bagi walaupun keadaannya yg cukup istimewa. Sebelas tahun dulu, MMD tak sanggup mendengar bila doktor bagi tahu yg Hazry hanya ada peluang hidup 50% saja bila Hazry di ICU selama seminggu akibat simpton radang selaput otak.
Tak dapat dibayangkan hanya Hazry seorang saja baby yg pada masa itu berumur 2 1/2 bulan yg berada di ICU, 9 katil lagi adalah pesakit dewasa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Kesemua 9 pesakit keluar dengan status ARWAH.
The only survivor hanyalah Hazry yg akhirnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas seminggu di ICU HTAR untuk menjalankan operation di HKL. MMD samburg cuti tanpa gaji selama sebulan walaupun baru masuk kerja selama 2 minggu selepas cuti bersalin. Ada 2 kali lagi MMD ambil cuti tanpa gaji untuk urusan operation kali ke 2 & ke 3.
Mujurlah majikan MMD faham dengan keadaan MMD & Hazry. CEO pun ada datang melawat masa Hazry di HTAR.
Itu 11 tahun dahulu. Alhamdulillah Allah masih sayangkannya.
As Salam.
No comments:
Post a Comment