Monday, May 30, 2011

From Mersing with Love

As Salam.

A week after Pangkor trip, MMD kena tinggal oleh my hubby.  So, we decided to stay at my sister's house at  Cheras.  Rasanya cam gi holiday juga la.  Kena siap pack2 baju for 2D2N. 

On Friday night, MMD bertolak ke Cheras.   My hubby transit kat sana since BIL pun join jugak.  Kemana kali ni, MMD?  Their trip to Mersing.  Memancing!!!! Hu hu hu, MMD kena tinggal. 

Anyway, his trip tak dapat banyak ikan compare to trips yg BIL pernah pergi sebelum ni.  Itupun hanya dapat sekor ikan tenggiri.  Kongsi 2 orang la...MMD wat balik bahagian ekor.  My sister ambil bahagian kepala.


Sunday, May 29, 2011

Sejak bila buah ada tangan?

As Salam

Pergi ke mana2 tanpa bawa balik buah tangan tentu rasa tak best kan?  Sejak bila pulak buah ada tangan? Bukannya buah ada tangan tapi tangan tu yg hulur nak beli buah..ha ha ha ha

MMD malas nak beli kat Pangkor.  Malas nak jinjing banyak2 barang.  Bila dah sampai semula ke Jeti Lumut, MMD beli je kat kedai di sekitar jeti tu.  Hampir kesemua kedai menjual hasil laut yg sama.  Harga pun sama.  So, sebagai pembeli, apa yg membuatkan kita memilih untuk membeli di sesebuah kedai tu?

Pada MMD, keramahan penjual lah yg menjadi daya tarikannya.  Dengan senyuman melerek dan bagi pelanggan merasa dulu barang jualannya adalah satu cara untuk menarik pelanggan masuk ke kedai.  Kalau yg pakai ilmu tu, MMD tak leh nak komen la kan...

Adalah juga MMD beli sikit hasil laut cam kat bawah ni.  Hanya untuk makan sendiri je dan bawak kat opis sikit.


Happy Belated Birthday my Dearest Son 20/05/2011

As Salam

Dah jadi kebiasaan dlm keluarga MMD, sekurang2nya sebiji kek mesti dibeli untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran anak2.  Lagipun, bukannya selalu anak2 makan kek.  Jadi, peluang untuk merai birthday anak2 adalah hari istimewa untuk anak2 MMD.

Kali ini birthday HAZRY HALIMY terpaksa dilewatkan seminggu.  Sepatutnya diraikan pada 20/05/11, tapi dek kerana hari yg sama kami semua ke Cheras sebaik saja MMD balik dari kerja, tak sempat nak pergi beli kek.  My dearest hubby akan ke Mersing untuk memancing pada malam yg sama.

So, weekend ni, tersambutlah hari jadinya yg ke 11.  Tak sangka, dah jauh perjalanan hidup Hazry.  Anak teristimewa dalam hidup kami sekeluarga.  Kasih sayang kami semua tak pernah berbelah bagi walaupun keadaannya yg cukup istimewa.  Sebelas tahun dulu, MMD tak sanggup mendengar bila doktor bagi tahu yg Hazry hanya ada peluang hidup 50% saja bila Hazry di ICU selama seminggu akibat simpton radang selaput otak. 

Menara Condong Teluk Intan

As Salam

Waktu pergi ke Lumut, MMD guna jalan dalam, tak de tol satu sen pun.  Dari Jalan Kapar Klang hingga ke persimpangan Hutan Melintang.  Anyway, masa balik, MMD konvoi dengan my sister, keluar ikut Bidor. Memang my hubby tak familiar langsung jalan2nya.  Ikut je belakang kereta bro inlaw yg drive. 

Dalam perjalanan, BIL tanya nak ke Teluk Intan tak?  Kami yg tak pernah ke sana pun OK je la.  Ikut suka hati la.  Rupa2nya BIL bawa kita orang ke Menara Condong.  Kisahnya!!!

Singgah sebentar berposing2, bergambar2 kat sini.



Ha...ni dia my 3 stooggesssssss.  Tengok topi tu...sehati sejiwa gitu. Warna je lain2. Black for Hakim, blue for Irfan & grey for Imran.

Condong ke??? Dah ukur? MMD tak berani nak jawab.

Fokusnya pada kereta Wira AER 73 di bawah. BIL and my hubby pun tolong wat2 sibuk juga. Inilah bahananya tinggalkan anak kecil dalam kereta yg dikunci dari dalam.  Aircond masih ON.  Last2 anak tidur sakan.  Dah ketuk2 bagai, tetap tak bangun.  Maknya pulak dah panik. Suruh apek kat situ godek2kan hinggalah kunci terbukak.  Tak pasal2 kena gi hantar repair kunci kereta yg dah kena robek dek apek !

Moral of the story...jangan sesekali tinggal anak dalam kereta.  Banyak yg tak baik dari baiknya.  Biar susah sikit heret anak ke sana sini dari berlaku kejadian yg tak diingini.  Menangis/menyesal kemudian hari dah tak berguna lagi.

As Salam.

Saturday, May 28, 2011

Pangkor Bay View Beach Resort - May 2011

As Salam

Terletak di Teluk Nipah.  Tempat yg paling ramai pengunjung.  Kiri kanan terdapat banyak budget chalet.  Rapat2 pulak tu.  Rasa2nya resort yg MMD tempah ni adalah yg terbesar di antara chalet2 yg terdapat di sekitarnya yg siap dengan swimming pool.

Harganya pun reasonable.  Siap dapat diskaun RM10.00 lagi bagi setiap bilik.  Jadi harganya RM120 per room je. Asalnya MMD hanya tempah untuk 2 bilik je, 1 bilik for MMD anak beranak dan the other one for my mom and my sis.

Since another sister join too, so MMD tambah satu lagi bilik. Reception counter dan lobby yg open air.  Fair with the price offered.

Hati ketibaan. Lepak2 dulu waktu tunggu check in.




Makan kat pulau sememangnya agak mahal.  Ada sekali MMD order nasi goreng seafood untuk 13 bungkus, harganya hampir RM90.00.  Tak caya?  Itulah yg MMD bayar.

Ada yg dah pesan kat my dear hubby, jika nak makan ikan yg di bakar, pastikan tanya dulu harganya.  Ada satu kes, satu family of 10 kena bayar almost RM700 lepas makan tanpa bertanya dulu harga ikan2 tu.  Apa jenis dan besar mana ikan yg dimakan hinggakan harganya sebegitu!


Dah puas berseronok di Pangkor, tibalah hari nak balik semula ke KL.  Tunggu van merah jambu!

As Salam.

Snorkeling time...

As Salam

Rasa tak sah jika ke pulau tanpa acara snorkling kan? Betul tu..Dah alang2 sampai ni ke Pangkor, MMD ajak semua ke Gem Island.  Bertempik teriak lagi semua orang masa naik speed boat ke sana. 


Bergambar sebelum berlepas dengan boat.


Betulkan? Dalam ketawa2 tu, jangan tak tau, semuanya pegang tepi boat kuat2.

Nampak tak ikan2 tu? Habis roti yg di reserve untuk breakfast esoknya.



Ha ha ha..dapat ikan mati!



As Salam.

Friday, May 27, 2011

Soalan cepumas dari Indonesia untuk orang Malaysia

As Salam

Pada suatu pagi, MMD terlelap sekejab sementara nak pergi kerja.  Tiba2 datang satu SMS dari Mr. Ahmad, staff office yg beroperasi di Jakarta.

Siap terkejut lagi dengan bunyi SMS dari HP MMD sendiri.  Maklumlah...tengah mamai kata orang.

Begini SMSnya...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
""MMD, REALLY I WANT TO SHARE MY PROBLEM WITH YOU. 

WITH YOU ONLY AND NO ONE ELSE. 

THIS IS SERIOUS. 

PROBLEM FOR ME AND EVERYONE HERE. 

WE CAN'T SLEEP WELL EVERYDAY BECAUSE OF THIS PROBLEM. 

I HOPE YOU ARE ABLE TO SAVE THIS SECRET. 

I DO REALLY WANT YOU TO ANSWER THIS SERIOUS QUESTION. 

IT'S IMPORTANT FOR ME. 

MANY PEOPLE HAS THEIR OWN PROBLEM BUT THIS IS BIGGER AND MAKE ME SO SAD. 

OH, HOW TO SAY IT TO YOU, PLEASE SEE THIS AS OUR TOP SECRET. 

I HOPE YOU COULD UNDERSTAND MY POSITION. 

THE PROBLEM IS

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

"WHO IS UPIN AND IPIN'S FATHER/MOTHER?"

So, sapa2 yg membaca entry ni...tolongla MMD bagi jawapan yg sebenarnya.  Bcoz sehingga hari ni, Mr. Ahmad akan setiap selang sehari akan hantar msg yg sama pada MMD dan masih lagi menunggu jawapan dari MMD.

Begitulah penangan Upin & Ipin di Indonesia.  Femes habis mereka kat sana.  Masa MMD ke Jakarta last Oct 2010, setiap kali orang yg MMD jumpa dan tahu MMD dari Malaysia, mereka akan kata yg MMD adalah kakak Upin & Ipin dan Upin & Ipin adalah saudara Siti Norhaliza...



So, apa lagi.  Orang2 pintar Malaysia.  Tolongla MMD kali ini. 

As Salam.

Aksi akrobatik yang Wow!

As Salam

MMD and the family sampai ke resort agak awal.  Budak2 dah tak tahan lagi nak tunggu check in.  Apalagi, mereka pun terjun lah ke pool.

Inilah aksi2 menarik mereka yg sempat MMD captured.  Ada yang cam berjalan atas air tu kan??  Bukan ahli silap mata tau! Hebat.







Inilah acara bergembira cara budak2.

As Salam.

Sardin warna merah jambu (pink) !

As Salam

Perjalanan ke Pangkor Bay View Resort amat menyeronokkan.  Dahlah riuh rendah dengan suara budak2, lagi meriah bila kami semua menaiki van dari Jeti Pangkor ke tempat penginapan kami.  Nak tau berapa semuanya sekali di dalam van tu?

14 orang you!!! Dewasa campur budak2. Siap bergambar bagai cam tak pernah naik van... Actually MMD tak pernah pun.  Inilah kali pertama naik van. MMD ambil sewa satu van je.  Risau jugak kot2 tak muat.  Dahlah beg banyak, siap dengan wheelchair lagi. Akhirnya, semua muat,  14 orang dengan segala beg yg ada.  Nak kata cam sardin dalam tin pun tidak juga.  Semua dapat seat masing2.

My hubby borak2 dengan driver.  Kata abang driver, kebanyakkan van di pulau ni semuanya buatan tahun 1990an.  Mak aiii. Lamanya.  Sekali lagi datang risau..dengan laluan yg tak berapa nak besar, turun naik bukit lagi, risau kot2 kena berhenti tepi jalan and then we all yg kena tolak van naik bukit. 

Alhamdulillah, perjalanan kami pergi dan balik dari pulau ke jeti tidak ada apa2 masalah.

Warna van?  Merah jambu (pink) sayang!!! Layan...






Semua van kat Pangkor semuanya warna pink. 

As Salam.

Thursday, May 26, 2011

Don't play play arrr...

As Salam

Dah menjadi satu rutin pada family MMD.  Jika holiday ke mana2 pun, mesti kena luangkan sedikit masa untuk anak2 bergembira dengan cara mereka.

Kita tak boleh paksa mereka gembira dengan semua plan yg kita ada.  Jadi at least, lepaskan mereka di plaground or swimming pool adalah cara yg paling baik.


Taman permainan yg terletak tak jauh dari terminal feri ke Pangkor, bersih dan susun atur permainan kat sana amat bersesuaian sekali.

Lebih2 lagi buaian ni.   MMD setuju sangat jika semua pihak menyediakan peralatan yg sebegini.  Aspek keselamatan perlu especially untuk budak2 kecil dan juga sudah tentu untuk anak istimewa MMD yg sorang ni.  Parent tak akan risau anak2 jatuh bcoz acuan tempat duduknya yg selesa dan selamat.



Tapi yg tak bestnya, harga aiskrimnya mahal yg amat.  Harganya 2x ganda compare dgn yg dijual di kawasan rumah MMD.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...