Monday, April 4, 2011

Anak ke 15 - Mac 2011

As Salam

Berapa ramai adik-beradik anda? MMD ada lagi 7 orang adik-beradik. MMD ada 15 orang anak ke?  Tak lah.  Tentu ramai yg terkejut jika MMD ada 15 orang anak kan?  Tapi tak mustahil mempunyai begitu ramai adik-beradik kan? Dan tak mustahil seorang ibu/bapa boleh menjaga sebegitu ramai anak2 kan?

Sebenarnya title tu ditujukan kepada anak saudara MMD yg ke 15. Baby girl yg sihat dilahirkan pada 29/03/11 dengan berat 2.4kg je.  Dan cucu my mother yg ke 18. Selamat datang ke dunia.  Qistina Athirah nama diberi.  Manis dan sungguh cute.







Seronoknya dapat pegang baby lagi.  Walaupun bukan baby MMD sendiri tapi anak saudara pun dah OK.

As Salam.

Friday, April 1, 2011

One night in Bandar Sunway - Mac 2011

As Salam.

Title post tu cam title lagu One Night in Bangkok kan?

MMD merayap dari hotel ke Sunway Pyramid. Saje jalan2 sementara tunggu nak pergi ke Sunway Lagoon untuk anak2 mandi manda.

MMD pantang tengok flower decoration.  Memang gatal je jari ambil gambar.



Malamnya MMD sekeluarga ke Flaming Steamboat yg terletak tak jauh dari Sunway Pyramid. Jika nampak Jusco dan Sun Inn, di situlah Flaming Steamboat. Buffet style. Makanlah sebanyak mana yg mampu dalam masa 2 jam tu. Waktu makan di outlet Sunway pada pukul 5-7pm, 8-10pm, 10-12pm. Jika pada hari cuti umum, kena book awal2.  MMD ingat masa bulan Ramadhan last year, kena book at least 1 week in advance.  Kebetulan masa MMD call to make reservation pada tengah hari Ahad tu, ada meja yg kosong lagi.



Berjalan balik ke hotel.  Singgah kat luar Sunway Pyramid kejab.  Layan FlyFM buat roadshow.  Ada mamat tu dapat buka kunci pintu dan menang Shopping Spree of RM60K.  Bujang lagik...ahak! But ada gf  dia la...



Masuk balik ke shopping mall.  Singgah lagi...layan pulak orang main hoki ais kat Sunway Pyramid Ice. Hakim ajak tengok sampai habis but MMD dah tak larat nak layan mata.  Kenyang punya pasal, mata & kepala pun mencari bantal la.


Monday afternoon.  Waktu untuk check out.  Sekian saja percutian pada penghujung bulan Mac 2011.

The next vacation will be at Swiss Garden & Spa di Lumut, Perak.  Belum set the date lagi.

Dalam masa terdekat ni ada 2 perkara yg penting untuk difikirkan.  Tunggu contractor siapkan urusan renovation kat rumah then plan nak buat kenduri doa selamat & arwah sekali.

As Salam.

Day & night of Bandar Sunway - Mac 2011

As Salam

Enjoy beberapa keping gambar yg MMD ambil secara random dari 12th floor of Sunway Resort. Cantik!!







As Salam.

Berenang-renang di tepian & Oh! my prada - Mac 2011

As Salam.

Masih ingat my last post?  Stay at Sunway Resort but no hotel pool! So, MMD sekeluarga dibenarkan masuk ke Surf Beach at Sunway Lagoon FOC. Apalagi..Lea & Hakim melompat gumbira betul... tak sabar nak tunggu petang2 sikit.  Tengah hari buta tu jugak Lea asyik tanya..Ibu, bila kita nak gi swimming ni? Ponet MMD suruh dia bersabar. MMD boleh imagine yg kulit mereka akan  h i t a m legam bcoz of sun tan jika turun tengah hari cam ni.









Acara menggelapkan kulit badan especially Hakim.. Ha ha ha ha.


MMD, my hubby & Hazry jadi pemerhati terhormat.  Malas nak join anak2 mandi.  Takut hitam! My hubby siap di buai mimpi indah kat pangkin sini sementara tunggu anak2 mandi.


Lepas mandi2, Lea naik..Ibu, Lea lapar la..tu dia!

Inilah Prada MMD. Dari rumah hinggalah ke hotel dan sambung balik ke opis on Monday dgn Prada ni la.   Actually, bukannya PRADA tapi Prado je.  ha ha ha. Percutian kali ni memang MMD sempoi je.

As Salam.

Sunway Resort, Bandar Sunway - Mac 2011

As Salam.

Checked in nun tinggi di tingkat 12.  Biliknya agak luas complete dengan kitchen cabinet, kelengkapan dapur untuk masak2.  Ruang tamunya yg wow!!! sangat banyak dan sangat besar di floor yg sama di empat penjuru bangunan.  Ada gim, ada dinner hall, ada laundry room lagi. It is a private floor, hanya yg ada room key je boleh take the lift to the 12th floor and above.

Enjoy gambar2 yg MMD snap ni.














Hanya ada 2 perkara je yg MMD tak berapa senang hati.. ada ada je kan kan kan!

1.  Pintu almari yg tak berapa nak smooth semasa nak bukak & tutup. Kecil punya hal pun MMD kepoh kan?
2.  Kebetulan pool under renovation, tak dapatlah anak2 MMD serang pool di hotel but but but..we got something else in exchange for that.  Tunggu my next post.  Surprise!

As Salam.

Mungkin yang tak pernah dibuat orang!

As Salam.

Dah beberapa hari ni MMD langsung tak update apa2 pun di blog kesayangan ni.  Laptop kena serang dek fake virus.  Tak leh nak access to internet langsung. Rindu-serindu rindunya pada blog MMD yg tak seberapa ni.

Apa cite kebelakangan ni?  Ada juga... Tempoh percutian yg paling terdekat dan paling terpendek dalam sejarah keluarga MMD.

Penginapan 2D1N di Sunway Resort di Bandar Sunway...dekat kan dengan Port Klang? Jika MMD boleh tukar nama, sudah tentu MMD wat untuk Give-Away.  Malangnya tak boleh..jadi untuk tidak membazirkannya, MMD sekeluarga menetaplah sementara pada hari Ahad lepas. Voucher tu MMD dapat dah beberapa bulan yg lalu dan dah hampir expiry date nya.



Yang kelakarnya, Hakim siap sedia dengan pakaian sekolah masa check out dari hotel pada hari Isnin.  Sikit punya glamor dia!


Ada lagi cerita sambungannya.  Tunggu the next post ye!

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...