Sunday, March 20, 2011

War Museum, Penang - Jan 2011

As Salam

Menurut kata penyambut tetamu di sini, tak ramai keluarga yg datang melawat tempat ni kecuali rombongan dari budak2 sekolah. Selain waktu siang, ada juga lawatan untuk waktu malam.  Ehmmm, MMD tak berapa berani nak join yg malam tu..siangnya pun dah termenggah2 mendaki bukit2 & lorong2 gelap. Apatah lagi waktu malam. Takut raba2 cari suami, rupa2nya teraba benda lain...Naya pulak..

Berada di atas bukit yg juga tempat strategik untuk mengawal/memerhati kawasan di bawah sewaktu diduduki tentera dahulu. Kini dijadikan muzium perang untuk kita yg dah terlepas zaman tersebut.

Memasuki lorong batu di bawah tanah yg gelap dan sempit yg dahulunya dijadikan laluan rahsia dan tempat penyembunyian jika diserang amat mengetar jiwa MMD semasa melaluinya.  Hakim siap berlari2 walaupun tak nampak apa2 di depan.  Siap menjerit2lah dia.  Ingatkan berani...rupanya, penakut juga anak MMD ni. Hazry terpaksa MMD tinggalkan dengan pembantu rumah di satu kawasan lapang.  Tak boleh nak sorong wheelchairnya kerana berbukit2.

MMD sempat menyusuri setiap bilik/kawasan pos dari menuruni bukit dan juga menaiki bukit2 kecil. Dari tempat tinggal pegawai tinggi hingga ke tempat memasak.  Tapi tempat yg paling menyeramkan sudah tentu tempat penyiksaan.  Seram. 

Tengoklah gambar yg MMD ambil ni. Melawat sambil belajar sejarah secara santai.





































Snake Temple, Penang - Jan 2011

As Salam.

Snake Temple terletak tak jauh dari War Museum.  Dah alang2 dekat tu, kami pun singgahlah juga. Lea pun tak pernah tengok ular2 secara live.  Tak sama rasanya tengok dlm TV berbanding dgn tengok live kan? Lagipun, sejak2 Lea ada, tak pernah bawak my kids to zoo walaupun Zoo Negara tak lah jauh sangat dari Port Klang.


Bukan pelbagai jenis ular je yg ada kat situ, ada kura2, arnab, monyet  dan tengok je lah gambar2 yg sempat MMD ambil.


 Ular albino.

Slim & relax je ular ni.

Tak boleh duduk, tak boleh pijak...tapi boleh pegang kan???


Binatang yg ada harga sekarang ni..

Berdiri separuh badan tuuuu.




Besarnya ular ni hinggakan tak muat tong tu.

Buat pertama kali dalam sejarah hidup MMD sentuh ular albino ni dari kepala sampai ke ekor. Nasib baik tengah tidur dan tak ada bisa lagi..agak2nya ular ni dah pekena ubat tidur kot..Ini gara2 termakan pujuk pakcik penjaga ular tu la..katanya, jika berani pegang ular ni, tak akan dpt penyakit sepanjang tahun..but you know what..tak lama dari trip ni, MMD cuti 2 minggu bcoz kena chicken pox...Sakit, sihat, maut tu kerja Tuhan..ini sekadar nak nak test keberanian MMD je untuk pegang ular tu.  Tak ada kena mengena pun dengan kata2 pakcik ular tu.

As Salam.

Friday, March 18, 2011

Piaggio MP3

As Salam.

Malam tadi layan Astro hingga pukul 3pagi.  Channel apa tak pasti pulak.  My hubby yg pegang remote control.  Tertarik dengan program MOTOR ADDICTS.  Pengacaranya yg juga pelakon muda belia, Noris Ali. Sempat juga MMD snap photo dari TV.  Budget punya cara!

Harga RM31K.  Nak beli?  Rasa2nya belum lagi bcoz MMD takut naik motor walaupun jadi pembonceng, apatah lagi jika jadi penunggang. My hubby pun serik bawa MMD naik motor bcoz boleh dengar suara MMD menjerit satu taman. Katanya..wat malu je.





Haaa. baru perasan, Astro Ria rupanya!!

As Salam.

Lancome with Maqui Berry

As Salam.

Surf web Nuffnang tadi.  Terbaca pasal Lancome pun dah gunakan Maqui dalam produknya.  Siapa sangka Magui Berry Juice yg MMD minum hari2 ni dah mendapat tempat di hati Lancome. Ternyatalah Maqui mempunyai khasiat yg cukup tinggi anti-oksidanya.


Jangan lupa baca page GOD'S SUPER FRUIT dlm blog MMD ni. Nak beli or nak jadi member? Calling2 la MMD ok.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...