Saturday, April 9, 2016

Celebrate birthday @ Ho Chi Minh - Day 4 & 5 - 26-27/02/16

As Salam

Dah penat baca entry2 sebelum ni?  Tungguuuu. ada lagi ni.  belum habis lagi entry di HCM.

Celebrate birthday MMD pada 26/02/16 tidak seperti tahun2 sebelum ni. Tapi yang pasti, MMD sekeluarga berada di luar dari Port Klang, samada di daerah lain atau di negara lain.  Tiada acara istimewa tetapi berada bersama2 dengan orang2 tersayang sudah cukup istimewa buat MMD.

Hari ni sarapan roti dan air kopi kat bilik hotel je.  Kesian kan???  Huhuhu.  Hanya kami berempat saja yang keluar menjelajah.  Hakim dan Hazry tinggal di bilik sahaja.  Hakim kata nak rehat dan sudah tentu nak tidur.

Tempat yang dituju?  Pagi2 ke taman.  Biar betul!!!.  Memang betul.  Kami ke taman yang tak jauh dari hotel.  Kiranya keluar dari hotel, ke kanan dan ke arah belakang.  Sepanjang perjalanan tu, banyak juga kedai2 butik dan juga cafe2 kecil dengan warga Vietnam yang memang suka melepak serta minum kopi dengan kerusi2 yang kecil tu.

Taman pun agak besar dan sangat redup dengan pokok2 yang tinggi2 dan ada satu tempat tu macam berada di Jeju Island dengan kelibat batang2 pokok di sepanjang jalan.  Ramai orang yang beriadah dan bersenam di pagi hari.


Antara gambar yang MMD ambil di sini.  Memang banyak gambar kat sini.  MMD suka sangat2 ke taman ni.  Tenang je.  Bertempek muka MMD je.  Dah tu blog MMD, muka sapa lagi nak MMD letak?


 
 
 
 
 
 
 
 
 


Lea happy sangat bila dapat ruang yang besar untuk dia bermain dengan mainan yang dibelinya di pasar malam.  Tak tahu apa namanya tapi kena tarik getah dan halakan ke atas.  Benda tu akan melayang dan berputar2 seperti kipas helicopter dan turun ke bawah.  Kalau waktu malam, boleh tekan lampu kecilnya.
 
 
 
 

Selepas lepak2 sebentar, kami pun bergerak balik untuk makan tengah hari.  Kali ni makan mewah (??) sikit di Restoran Halal Kampung Melayu milik Datuk Helmi Jaafar dari Malaysia.  MMD ambil set untuk makan 4 orang.  MMD pilih set 5A.


 
 
 
 
 

Lengang je Malaysia Street masa ni.  Tapi masa malamnya, dah padat kerana kedatangan pengunjung terutamanya dari Malaysia kerana cuti hujung minggu.  Kiri kanan belakang depan semua orang Malaysia.  Meriah betul.


Kemudian kami meredah pasar Ben Thanh lagi.  Dah kurang gambar semasa shopping kerana ini adalah hari terakhir untuk menyelesaikan apa2 yang perlu dibeli. Repeat beli kain pasang kat kedai ni.


Masa ni MMD tengah singgah beli kopi Vietnam, VD40,000/100gr.  MMD sengaja suruh dia pack yang baru dengan 100gr setiap satu supaya senang MMD buat ole2 untuk adik2 dan teman2.

 

Sebelum beredar, pekena dulu jus buah.  2 jus mangga dan 1 jus durian belanda.  RM5.00 setiap satu tapi berbaloi.  Memang kaw kaw buah original.


Tak nampak Lea kan?  Lea dah dihantar balik oleh my beloved hubby ke hotel.  Dia bosan katanya.  Dah dapat keychain yang dia nak tu, pandai pulak dia kata bosan.  Sebenarnya penat pusing2 sana sini.

Balik ke bilik dan berehat.  Tunggu malam untuk ke pasar malam dan dinner terakhir di Ho Chi Minh.

Malamnya semua turun.  Masuk Restoran Halal  Amin lagi. Meja yang sama setiap kali masuk ke sini.  Staff kat situ yang pernah belajar di Terengganu tu siap tanya jika perlukan mangkuk kosong dan air suam untuk Hazry.  Huhuhu.  Makan besar sikit lagi. Memang restoran ini harganya murah.  Posing dulu sementara makanan sampai. Sporting betul my Mem besar.

 
 
 
 
 

Apa masalah dengan sayur kangkung tu?  Cer komen sikit.

Dah kenyang.  Alhamdulillah dan balik ke hotel. Masa sampai kat lobi, MMD dah pesan supaya standby teksi pada pukul 6.30pg untuk ke airport.  MMD pesan untuk dapatkan teksi Vanisun. MMD standby VD200,000 je.  Masuk bilik, kemas apa yang patut, pack semua barang2 dan timbang dulu, kot2 terlebih berat pulak.  MMD hanya beli 40kg saja. Beg2 untuk hand carry, MMD pastikan tak lebih dari 7kg setiap satu. 

Pada 27/02/16, selepas selesai solat Subuh terakhir di HCM, turun ke lobi dan check-out.  Teksi sampai tepat seperti yang diminta.  Tip top!!!  Teksi Vinasun adalah antara syarikat teksi yang berwibawa di HCM selain dari Mai Linh.

 

Perjalanan ke airport tidaklah tersangkut dalam jem sangat.  Driver ada nak pulangkan duit baki pada MMD tapi MMD tolak sebab tak nak pegang duit VD lagi.  Yang ada pun dah MMD serahkan pada Lea untuk koleksinya.  Happy betul driver tu dan ucap TQ banyak2 kali pada MMD.  Tak pe lah...dah rezeki untuknya pada hari tu.

MMD puji dengan servis dari staff Air Asia di HCM ni.  Dari kaunter untuk check in luggage, MMD siap di tanya jika ada apa2 beg lagi yang nak di masukkan ke kapal terbang kerana masih ada baki berat lagi.  Dah alang2 ditanya, MMD pun tambah lagi lah.  Taklah perlu nak hand carry banyak2 beg.  Kerusi roda Hazry pun terus dipack  dan diganti dengan kerusi road airport dan staffnya terus membawa kami semua dan jump semua Q dari check passport hingga pemeriksaan Kastam.  Itulah kelebihannya bersama2 dengan Hazry.  Kami dibawa terus ke boarding hall dan tinggalkam kami di situ sementara menunggu kapal terbang tiba.

 


MMD siap je menukar diaper Hazry, ada pengumuman untuk bertukar terminal.  Cepat betul staff tu sampai untuk menyorong kerusi roda Hazry hinggalah ke boarding hall yang baru.  Sampai di situ, barulah kami berpisah dengan staff tadi. Terus kami masuk ke kapal terbang. Terima kasih banyak2 dengan servis yang superb tu.

Lea dan Hakim tak sabar2 untuk order mee cup.  Lapar sebab tak sempat breakfast di hotel tadi.



Perjalanan balik sememangnya berjalan lancar.  Masa pemeriksaan Kastam di Malaysia pun tak ada diminta untuk membuka beg.  Hanya ditanya berapa orang saja dan terus diminta berjalan terus.  Alhamdulillah. Penumpang sebelum dan selepas MMD semuanya kena scan dulu beg masing2. 

Keluar je dari KLIA2, kami singgah di R&R untuk makan tengahari dan terus balik ke Cheras rumah adik MMD, Nurul,  bagi menghantar my Mem Besar ke sana atas permintaannya.  Bersolat dan berehat sebentar dan balik ke Port Klang dengan selamatnya.

Sekian sahaja percutian MMD sekeluarga di HCM.  Moga ada info2 di sini yang boleh digunakan sebagai panduan para pembaca blog yang singgah di blog kecil MMD ni.


As Salam dan jumpa lagi di lain entry. 

Jom ke bulan bersama2!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...