Monday, April 11, 2016

Kuliah Maghrib bersama Tuan Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus @ 28/02/16

As Salam

Update: Syukur Alhamdulillah kerana seorang hamba Allah telah tampil untuk membina keseluruhan surau kekal untuk Surau As Sajidin.

Sekarang ini, surau sementara dalam proses untuk dialihkan dan kerja2 seterusnya akan bermula pada 1 Ramadhan.

Terima kasih kepada Ustaz Tuan Syed Mohd Norhisyam yang menjadi asbab terlaksananya impian muslimat di Taman Selat Damai untuk mendapatkan sebuah surau bagi tujuan beribadah dengan selesa.
**********************************************************************************
Petikan dari FB Tuan Syed Mohd Norhisyam

""Aura pengantin !!!
Agak terpegun apabila saya tiba hampir maghrib di Surau as-Sajidin Taman Selat Damai Port Klang, persiapan untuk kuliah maghrib macam nak sambut menantu...👍👍👏👏
Saya tanya ajk "Pengantin perempuan dah ready ??😂😂😂". Ketawa mereka, ceria."""




Bertempat di surau sementara Surau As Sajidin, Taman Selat Damai, Port Klang, Selangor pada 28/02/16 mengalu-alukan kedatangan Tuan Syed.

Tujuan kuliah Maghrib ini bukan sahaja untuk menambah ilmu akhirat tapi juga sebagai program untuk mengutip dana bagi membangunkan surau kekal di tapak yang sama.

Sambutan dari penduduk setempat dan sekitarnya amat memberangsangkan sehingga terpaksa menambah kerusi tambahan.

MMD menjadi wakil menyambut tetamu wanita pada malam tu dan juga wakil mengutip derma di kalangan tetamu wanita.

 
 

Inilah surau sementara yang juga dipanggil surau kabin oleh penduduk di sini.

Kepada sesiapa saja yang berhati mulia dan dikurniakan dengan rezeki yang lebih serta ingin menambah saham2 akhirat, bolehlah terus menderma di nombor akaun yang tertera di flyer di bawah.

 
 

Sumbangan kawan2 semua amatlah dihargai dan MMD ucapkan ribuan terima kasih yang teramat sangat.

Sekian.  Jumpa lagi di lain entry.

Saturday, April 9, 2016

Celebrate birthday @ Ho Chi Minh - Day 4 & 5 - 26-27/02/16

As Salam

Dah penat baca entry2 sebelum ni?  Tungguuuu. ada lagi ni.  belum habis lagi entry di HCM.

Celebrate birthday MMD pada 26/02/16 tidak seperti tahun2 sebelum ni. Tapi yang pasti, MMD sekeluarga berada di luar dari Port Klang, samada di daerah lain atau di negara lain.  Tiada acara istimewa tetapi berada bersama2 dengan orang2 tersayang sudah cukup istimewa buat MMD.

Hari ni sarapan roti dan air kopi kat bilik hotel je.  Kesian kan???  Huhuhu.  Hanya kami berempat saja yang keluar menjelajah.  Hakim dan Hazry tinggal di bilik sahaja.  Hakim kata nak rehat dan sudah tentu nak tidur.

Tempat yang dituju?  Pagi2 ke taman.  Biar betul!!!.  Memang betul.  Kami ke taman yang tak jauh dari hotel.  Kiranya keluar dari hotel, ke kanan dan ke arah belakang.  Sepanjang perjalanan tu, banyak juga kedai2 butik dan juga cafe2 kecil dengan warga Vietnam yang memang suka melepak serta minum kopi dengan kerusi2 yang kecil tu.

Taman pun agak besar dan sangat redup dengan pokok2 yang tinggi2 dan ada satu tempat tu macam berada di Jeju Island dengan kelibat batang2 pokok di sepanjang jalan.  Ramai orang yang beriadah dan bersenam di pagi hari.


Antara gambar yang MMD ambil di sini.  Memang banyak gambar kat sini.  MMD suka sangat2 ke taman ni.  Tenang je.  Bertempek muka MMD je.  Dah tu blog MMD, muka sapa lagi nak MMD letak?


 
 
 
 
 
 
 
 
 


Lea happy sangat bila dapat ruang yang besar untuk dia bermain dengan mainan yang dibelinya di pasar malam.  Tak tahu apa namanya tapi kena tarik getah dan halakan ke atas.  Benda tu akan melayang dan berputar2 seperti kipas helicopter dan turun ke bawah.  Kalau waktu malam, boleh tekan lampu kecilnya.
 
 
 
 

Selepas lepak2 sebentar, kami pun bergerak balik untuk makan tengah hari.  Kali ni makan mewah (??) sikit di Restoran Halal Kampung Melayu milik Datuk Helmi Jaafar dari Malaysia.  MMD ambil set untuk makan 4 orang.  MMD pilih set 5A.


 
 
 
 
 

Lengang je Malaysia Street masa ni.  Tapi masa malamnya, dah padat kerana kedatangan pengunjung terutamanya dari Malaysia kerana cuti hujung minggu.  Kiri kanan belakang depan semua orang Malaysia.  Meriah betul.


Kemudian kami meredah pasar Ben Thanh lagi.  Dah kurang gambar semasa shopping kerana ini adalah hari terakhir untuk menyelesaikan apa2 yang perlu dibeli. Repeat beli kain pasang kat kedai ni.


Masa ni MMD tengah singgah beli kopi Vietnam, VD40,000/100gr.  MMD sengaja suruh dia pack yang baru dengan 100gr setiap satu supaya senang MMD buat ole2 untuk adik2 dan teman2.

 

Sebelum beredar, pekena dulu jus buah.  2 jus mangga dan 1 jus durian belanda.  RM5.00 setiap satu tapi berbaloi.  Memang kaw kaw buah original.


Tak nampak Lea kan?  Lea dah dihantar balik oleh my beloved hubby ke hotel.  Dia bosan katanya.  Dah dapat keychain yang dia nak tu, pandai pulak dia kata bosan.  Sebenarnya penat pusing2 sana sini.

Balik ke bilik dan berehat.  Tunggu malam untuk ke pasar malam dan dinner terakhir di Ho Chi Minh.

Malamnya semua turun.  Masuk Restoran Halal  Amin lagi. Meja yang sama setiap kali masuk ke sini.  Staff kat situ yang pernah belajar di Terengganu tu siap tanya jika perlukan mangkuk kosong dan air suam untuk Hazry.  Huhuhu.  Makan besar sikit lagi. Memang restoran ini harganya murah.  Posing dulu sementara makanan sampai. Sporting betul my Mem besar.

 
 
 
 
 

Apa masalah dengan sayur kangkung tu?  Cer komen sikit.

Dah kenyang.  Alhamdulillah dan balik ke hotel. Masa sampai kat lobi, MMD dah pesan supaya standby teksi pada pukul 6.30pg untuk ke airport.  MMD pesan untuk dapatkan teksi Vanisun. MMD standby VD200,000 je.  Masuk bilik, kemas apa yang patut, pack semua barang2 dan timbang dulu, kot2 terlebih berat pulak.  MMD hanya beli 40kg saja. Beg2 untuk hand carry, MMD pastikan tak lebih dari 7kg setiap satu. 

Pada 27/02/16, selepas selesai solat Subuh terakhir di HCM, turun ke lobi dan check-out.  Teksi sampai tepat seperti yang diminta.  Tip top!!!  Teksi Vinasun adalah antara syarikat teksi yang berwibawa di HCM selain dari Mai Linh.

 

Perjalanan ke airport tidaklah tersangkut dalam jem sangat.  Driver ada nak pulangkan duit baki pada MMD tapi MMD tolak sebab tak nak pegang duit VD lagi.  Yang ada pun dah MMD serahkan pada Lea untuk koleksinya.  Happy betul driver tu dan ucap TQ banyak2 kali pada MMD.  Tak pe lah...dah rezeki untuknya pada hari tu.

MMD puji dengan servis dari staff Air Asia di HCM ni.  Dari kaunter untuk check in luggage, MMD siap di tanya jika ada apa2 beg lagi yang nak di masukkan ke kapal terbang kerana masih ada baki berat lagi.  Dah alang2 ditanya, MMD pun tambah lagi lah.  Taklah perlu nak hand carry banyak2 beg.  Kerusi roda Hazry pun terus dipack  dan diganti dengan kerusi road airport dan staffnya terus membawa kami semua dan jump semua Q dari check passport hingga pemeriksaan Kastam.  Itulah kelebihannya bersama2 dengan Hazry.  Kami dibawa terus ke boarding hall dan tinggalkam kami di situ sementara menunggu kapal terbang tiba.

 


MMD siap je menukar diaper Hazry, ada pengumuman untuk bertukar terminal.  Cepat betul staff tu sampai untuk menyorong kerusi roda Hazry hinggalah ke boarding hall yang baru.  Sampai di situ, barulah kami berpisah dengan staff tadi. Terus kami masuk ke kapal terbang. Terima kasih banyak2 dengan servis yang superb tu.

Lea dan Hakim tak sabar2 untuk order mee cup.  Lapar sebab tak sempat breakfast di hotel tadi.



Perjalanan balik sememangnya berjalan lancar.  Masa pemeriksaan Kastam di Malaysia pun tak ada diminta untuk membuka beg.  Hanya ditanya berapa orang saja dan terus diminta berjalan terus.  Alhamdulillah. Penumpang sebelum dan selepas MMD semuanya kena scan dulu beg masing2. 

Keluar je dari KLIA2, kami singgah di R&R untuk makan tengahari dan terus balik ke Cheras rumah adik MMD, Nurul,  bagi menghantar my Mem Besar ke sana atas permintaannya.  Bersolat dan berehat sebentar dan balik ke Port Klang dengan selamatnya.

Sekian sahaja percutian MMD sekeluarga di HCM.  Moga ada info2 di sini yang boleh digunakan sebagai panduan para pembaca blog yang singgah di blog kecil MMD ni.


As Salam dan jumpa lagi di lain entry. 

Jom ke bulan bersama2!!


Friday, April 8, 2016

Free & Easy Ho Chi Minh City - Day 3 - 25/02/16

As Salam

Bertemu lagi di entry hari ke-3 di Ho Chi Minh.

Hari ni MMD sekeluarga akan ronda2 bandar HCM dengan berjalan kaki je.  Kawasan yang dekat2 je dengan hotel.




Isi perut dengan bersarapan dulu.  Hakim sayang kat tidurnya.  Tak nak ikut.  Malam tadi dia berjaga menghadap PC kat lobby, main games katanya.  Hazry dah pun MMD siapkan bersarapan di bilik dan tinggalkan sebentar dengan Hakim sementara MMD naik bersarapan di roof top.  Kalau tidak, jenuh MMD dengan my beloved hubby kena usung Hazry ke atas.  Bukannya Hazry makan pun.

TAKA PLAZA



Tempat persinggahan yang pertama di sini.  Yang kelakarnya banyak kedai2 belum buka masa MMD sampai.  Aikkkk, tak kanlah kami terlalu awal nak shopping!!!  Singgah ke beberapa lot kedai yang ada tapi tak ada yang berkenan.  Kebanyakan barangannya harga tetap.  Ada yang offer discount pun setakat RM1-RM2 je.

Ingatkan MMD dah awal sampai, rupanya ada adik2 perempuan 2 orang siap bertangga lagi kat situ. Tangga di ruang tengah untuk naik ke atas.  Siap ketawa kami semua.  Gigihnya kami nak bershopping.

Bila keluar, lagilah ketawa sakan dengan my beloved hubby yang menunggu MMD di pintu luar Taka Plaza.

Dalam berjalan pelan2 menyusuri jalan, MMD singgah ke satu butik dan rembat beberapa helai tudung kat situ. Harganya pun boleh tahan murahnya.

HO CHI MINH CITY SQUARE



Berhenti rehat sebentar sementara mencari arah untuk ke dataran ni.  Dengan selambanya posing di tengah2 divider jalan.  Bunga pun cantik sangat2. Hahahaha.

 


Akhirnya jumpa jugak dengan Pak Cik Ho Chi Minh yang setia menunggu kedatangan MMD sekeluarga.  Siap angkat tangan lagi tuuuu.  Posing2 dalam panas terik.  Berkerut2 muka menahan panas.

 
 
 


SAIGON OPERA HOUSE

 


Menyusuri bangunan butik2 berjenama mewah untuk sampai ke sini.Telan air liur je bagi orang macam MMD ni.  Kurang mampu, dulu, kini dan selamanya.



MMD ambil auranya dari seberang jalan je.  Malas dah nak lintas untuk ke bangunan tu.  Tengah panas yang amat.  Berada di simpang empat.  Ada Hotel Continental Saigon, Caravelle Hotel berdekatan dengannya.  Kawasan mewah ni.

Di situ juga terdapat projek pembinaan antara Vietnam dengan Jepun, Ho Chi Minh City Urban Railway Construction Project Ben Thanh - Suoi Tien Section 1 (Line 1).  Bila nak siap?  Ehmmmm, lupa lak!!

Gigih penjual cermin mata mengekori MMD untuk menjual barangannya hingga harganya diturunkan ke RM5 satu.  

SAIGON SQUARE



Yang ni berjalan laju2 sikit.  Tempat shopping kan!  Harus bersemangat lebih.  Yang penting ada aircond yang sungguh nyaman selepas meredah panas terik tadi.

Kat sini banyak pakaian fesyen orang2 muda.  Pakaian budak2 pun banyak.  Harganya taklah dapat diskaun banyak mana pun.  MMD beli beberapa helai blous untuk MMD dan Mem besar.

Balik dari Saigon Square, singgah ke Restoran Haji Osman.  Call Hakim untuk join lunch sekali.  Kemudian balik ke bilik untuk solat dan berehat.

 


Lepas Asar, turun ke Pasar Ben Thant dan cari buah pusing kedai.  Borong T-shirt Hazry dan beberapa helai seluar untuk Hazry dan Lea.

Malamnya pulak macam biasa, turun ke pasar malam.  Masa ni dah malas nak ambil gambar.  Simpan kamera kat bilik je.

Tamat sudah hari ke-3 di HCM.  Esok buat apa?   Tunggu.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...