As Salam.
Syukur Alhamdulillah. MMD serta my beloved hubby akhirnya menetapkan tarikh untuk menunaikan umrah pada 02-16 Dec 2015 selepas beberapa perkara ditimbang tara. Antaranya:
1. Waktu cuti sekolah
2. Penjaga anak2 terutamanya Hazry
3. Kewangan
4. Pelepasan tugas2 di pejabat
Semasa MMD dalam usaha memilih travel agent mana untuk dipilih, MMD ada membuat shortlist tetapi akhirnya MMD telah memilih Andalusia Travel. MMD hanya membuat bayaran booking sebanyak RM300 seorang melalui online banking dan sehari selepas itu, MMD telah menerima pengesahan tempahan. Sangat cekap proses ini.
Pada awal hingga akhir Nov, MMD sudah 4 kali menghadiri kursus umrah di pejabat Andalusia di Shah Alam. Paling dekat dengan Port Klang berbanding untuk pergi ke KL. MMD terus mengambil beg2 yang disediakan lebih awal agar tidak kecoh2 di waktu2 akhir.
Dalam masa yang sama, MMD pun pergi mengambil suntikan umrah di klinik yang berdekatan dengan rumah MMD. Harganya RM135.00 seorang untuk 2 tahun. Melalui teman2 yang sama pergi kursus, ada yang memberitahu dengan harga yang hampir sama di salah satu klinik berdekatan dengan pejabat Andalusia Shah Alam sah untuk 5 tahun.
Selain dari itu, 4 keping gambar berlatarbelakangkan warna putih juga mesti disediakan. Untuk peserta wanita yang berumur lebih dari 45 tahun, tidak lagi perlu untuk mendapatkan pengesahan dari Pejabat Agama dan Putrajaya. Selamat MMD dari proses ini.
Pada kali kedua menghadiri kursus umrah, MMD terus membuat bayaran penuh serta menyerahkan paspot (mesti sah laku 6 bulan sebelum tarikh tamat), buku suntikan meningitis serta gambar 4 keping.
Persediaan penting dari segi pakaian, MMD hanya membeli 2 pasang telekung sembahyang, sarung tangan, sarung kaki, sandal dan membawa beberapa helai pakaian je. Untuk my beloved hubby pulak, 2 pasang kain ihram, selipar serta tali pinggang dan beberapa helai pakaian/Tshirt.. Barang2 lain adalah untuk keperluan harian seperti tuala, berus gigi. Jangan lupa bawa penyangkut baju juga. Ada pakaian yang tak berusik/ tak dipakai pun.
Selain dari menghadiri kursus yang disediakan secara percuma oleh pihak travel agen, MMD & my beloved hubby juga ada membaca buku2 serta dari internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan lagi.
MMD dah pun kembali dari umrah/ziarah pada 16/12/15. Entry seterusnya akan muncul. Tunggu ye.
Sekian. As Salam.
2 comments:
klinik mana pergi utk dptkn suntikan?area berdekatan port klang
kd shoes
nhl jerseys
nike cortez
michael kors outlet online
off white clothing
adidas outlet
bape hoodie
michael kors outlet
red bottom shoes
jordan sneakers
Post a Comment