Jemputan kahwin lagi. Kali ni ke Melaka. Perjalanan MMD bermula dengan menjemput MEM besar di Cheras. Mana mungkin ke Melaka tanpa MEM besar. MEM besar nak tengok cucunya juga, Amar, Ariq & Aisy.
Dari rumah my sister, kami konvoi 2 kereta ke tempat tujuan iaitu di Rumah Melaka di Bukit Katil. Taklah jauh sangat dari Taman Mas. MMD angkut wheelchair Hazry naik ke rumah. Kat dalam ada air-cond. Kat luar pun ada jamuan makan.
Ni dia pengantinnya. Sebenarnya penganti lelaki tu adalah cucu saudara my beloved hubby. Comel kan?
Bersebelahan dengan dewan ni adalah musium. MMD pun masuk juga, look2, see2 & bergambar.
Dah kenyang makan, berborak2 dengan sanak saudara dekat dan jauh, MMD pun balik semula ke rumah my sister. Lepas solat Asar, bergerak balik ke KL. Biasanya kalau ke Melaka, sudah tentu MMD akan bermalam tapi kali ni memang tak boleh kerana ada lagi kenduri jiran sebelah rumah MMD.
Esoknya rumah MMD sesibuk rumah jiran pengantin kerana rumah MMD dah jadi tempat caterer letak barang masakan mereka. Lagi pulak mak pengantin pun bersalam kaut di hadapan rumah MMD hinggakan ada yang terkeliru dengan tarikh kad jemputan yang MMD edarkan.
Meriah majlis ni hingga terasa seakan MMD yang berkenduri.
Berat badan dah naik. Apa tidaknya, asyik makan free je.
Sekian. As Salam.