Friday, May 29, 2015

Kutip duit @ kenduri kahwin

As Salam

Dah lama tak ada cerita pasal nikah kahwin ni.  Baru2 ni, MMD attend majlis akad nikah/bersanding di pihak perempuan.  MMD sebenarnya di pihak pengantin lelaki.

Alhamdulillah, tahniah kepada Adib dan Syu atas termeterainya akad nikah baru2 ni yang dilansungkan di Masjid Padang Jawa selepas solat Asar.  Ringkas dan simple saja.  Pak Imamnya muda belia dan tak adalah ceramah panjang berjela.  MMD pernah attend akad nikah anak sepupu MMD sebelum ni.  Rasa2nya lebih sejam mendengar taklimat serta kutbah dari Pak Imam.  Naik kebas kaki bersila.

 
MMD yang dari office terus dijemput oleh my beloved hubby ke Padang Jawa.
Selepas akad nikah, kami dijemput untuk ke rumah pengantin perempuan untuk majlis membatalkan air sembahyang serta jamuan makan.  Walaupun masakan kampung, memang terbaiklah makanan yang dihidangkan hinggakan MMD tak ingat nak ambil gambar.  Sedap punya pasal.  My beloved hubby siap bertambah2 nasi dan lauknya.


Pada keesokan harinya, majlis bersanding diadakan di rumah pengantin.  Makanannya pun sedap.  Yang paling bestnya, tuan rumah menyediakan 4 jenis air.  My beloved hubby awal2 lagi suruh habiskan air sirap (air dari pihak caterer) dari jug asalnya untuk diisikan dengan air yang disediakan oleh tuan rumah. Air asam boi yang paling laris.

 


Selepas pengantin memotong kek, MMD paksa Lea untuk berkumpul di depan pengantin.  Pada mulanya Lea keberatan.  MMD paksa Lea supaya tak menyesal nanti.  Maklumlah Lea tak pernah join acara macam ni sebelum ni.  Bila dah start, Lea pulak yang over excited hingga tak dengar arahan dari MMD supaya diletakkan hasil kutipan di dalam kainnya.  Ramai mak2 sibuk menyuruh anak2 mengutip dengan cepat2.

 


Inilah hasilnya kutipan dari Lea.  Dah dikiranya, dapat RM3.00 serta gula2.  Seronok betul la bu....kata Lea.  Ha....tu la sebabnya ibu suruh Lea join acara tu...

Selepas bergambar, kami semua pulang dengan goodie beg yang besar2 dari pihak perempuan kepada tetamu dari pihak lelaki. 



Minggu seterusnya adalah kenduri di Muar pulak.  Berangkat lagi kami ke sana.

Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian.  As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...