Friday, May 29, 2015

Kutip duit @ kenduri kahwin

As Salam

Dah lama tak ada cerita pasal nikah kahwin ni.  Baru2 ni, MMD attend majlis akad nikah/bersanding di pihak perempuan.  MMD sebenarnya di pihak pengantin lelaki.

Alhamdulillah, tahniah kepada Adib dan Syu atas termeterainya akad nikah baru2 ni yang dilansungkan di Masjid Padang Jawa selepas solat Asar.  Ringkas dan simple saja.  Pak Imamnya muda belia dan tak adalah ceramah panjang berjela.  MMD pernah attend akad nikah anak sepupu MMD sebelum ni.  Rasa2nya lebih sejam mendengar taklimat serta kutbah dari Pak Imam.  Naik kebas kaki bersila.

 
MMD yang dari office terus dijemput oleh my beloved hubby ke Padang Jawa.
Selepas akad nikah, kami dijemput untuk ke rumah pengantin perempuan untuk majlis membatalkan air sembahyang serta jamuan makan.  Walaupun masakan kampung, memang terbaiklah makanan yang dihidangkan hinggakan MMD tak ingat nak ambil gambar.  Sedap punya pasal.  My beloved hubby siap bertambah2 nasi dan lauknya.


Pada keesokan harinya, majlis bersanding diadakan di rumah pengantin.  Makanannya pun sedap.  Yang paling bestnya, tuan rumah menyediakan 4 jenis air.  My beloved hubby awal2 lagi suruh habiskan air sirap (air dari pihak caterer) dari jug asalnya untuk diisikan dengan air yang disediakan oleh tuan rumah. Air asam boi yang paling laris.

 


Selepas pengantin memotong kek, MMD paksa Lea untuk berkumpul di depan pengantin.  Pada mulanya Lea keberatan.  MMD paksa Lea supaya tak menyesal nanti.  Maklumlah Lea tak pernah join acara macam ni sebelum ni.  Bila dah start, Lea pulak yang over excited hingga tak dengar arahan dari MMD supaya diletakkan hasil kutipan di dalam kainnya.  Ramai mak2 sibuk menyuruh anak2 mengutip dengan cepat2.

 


Inilah hasilnya kutipan dari Lea.  Dah dikiranya, dapat RM3.00 serta gula2.  Seronok betul la bu....kata Lea.  Ha....tu la sebabnya ibu suruh Lea join acara tu...

Selepas bergambar, kami semua pulang dengan goodie beg yang besar2 dari pihak perempuan kepada tetamu dari pihak lelaki. 



Minggu seterusnya adalah kenduri di Muar pulak.  Berangkat lagi kami ke sana.

Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian.  As Salam.

Thursday, May 21, 2015

Makan tahap dewa @ Lea's birthday 07/05/15

As Salam

Sekali lagi dapur MMD tak berasap pada 07/05/15.  My beloved hubby dah siap2kan  pakaian sepersalinan untuk Lea semasa menjemput dari sekolah petangnya.  Masuk saja ke kereta, cepat2 Lea bertukar pakaiannya. 

Tempat tujuan pertama ialah singgah ke The Store di Klang.  Bukan tak ada tempat lain nak pergi shopping.  MMD selesa kat situ.  Parking kereta kat parking lot di atas bangunannya dan turun terus ke tempat shopping.  Harganya pun reasonable untuk pakaian budak2.  Rembat beberapa helai T-shirt untuk Lea dan Hakim.  Oh ya....MMD pun sekali "terkenan" dengan beberapa helai blouse.  Rembat juga 3 helai.

Untuk Hazry belum dapat yang sesuai tapi MMD tetap ambil 3 helai seluar pendek untuk pakaian hariannya.  Lagipun MMD dah banyak shopping pakaian dan seluar panjang untuknya semasa di Bandung tempoh hari. Setiap hari lebih kurang 5-6 helai seluar bertukar kalau dia kencing banyak. Pakai 2 lapis diapers pun boleh basah.  My beloved hubby dapat sepasang sandal je.  Lagipun rushing untuk pergi makan sempena birthday Lea.

Lea nak makan pizza, kalau diikutkan, tempat yang paling dekat ialah di tepi bangunan The Store tu.  Malangnya dah nak tutup untuk dine in.  Kalau take away masih boleh lagi.  MMD dicadangkan untuk ke outlet yang besar iaitu di hadapan Goldcourse Hotel Klang.  Masa sampai kat sana, outlet masih dibuka dan masih ramai pelanggan di dalamnya.

Birthday girl sedang menikmati pizza pilihannya.  MMD order 2 large pizza dan juga 1set combo 2 regular pizza yang siap dengan air, sup dan roti.  My beloved hubby order the platter, entah apa namanya.  Bila dah makan, nampaknya semua dah tersandar kekenyangan.  MMD suruh staff kat situ bungkuskan saja 2 regular pizza tu.  Dah tak larat nak menghabiskannya. 

 
 
 
 

Lea banyak pulak minum air bergas.  Siap pergi ke tandas dulu sebelum balik kerana muntah.  Lea pun makan banyak keping juga pizzanya. MMD tanya Lea....puas hati makan pizza?  Puas jawabnya.  Nak makan lagi?  Oooooooo tidakkkkkk.  Tu dia...perasan boleh makan banyak la tu...akhirnya surrendered.

Tengahari keesokannya, MMD tak sediakan makanan kat rumah untuk Lea dan Hakim.  Mereka berdua nak habiskan pizza yang berbaki lagi.  Tiada pembaziran langsung kalau pizza ada kat rumah.  Licin !!!

Sekian. 

As Salam.

Wednesday, May 20, 2015

Panorama di Avani Sepang Gold Coast Resort - May 2015

As Salam.

Cuci mata tengok gambar2 menarik di bawah ni.

 
 
 
 

As Salam dan hingga ketemu lagi di lain entry.


Tuesday, May 19, 2015

Avani Sepang Gold Coast Resort - Day 2

As Salam.

Sambungan dari entry yang lepas.  Lea dah awal2 pagi bangun untuk ke pool lagi.  Tak puas lagi mandi petang sebelumnya.  Dikerahnya Hakim & my beloved hubby untuk ikut sekali.

MMD masak spagetti untuk sarapan.  MMD dah siap bawak bawang, minyak sikit, daging cincang, lada hitam, sos Prego. Harum semerbak baunya.  Lepas masak, MMD sambung tidur kejap sementara menunggu Lea balik ke bilik.

Pukul 1tghari, MMD bersiap2 untuk check out.  Call operator untuk hantarkan buggy ke vila.  Maklumlah, ada 2 anak kecil bersama.  Kalau tidak, MMD terus ke Club House dan queue kat sana je  untuk naik buggy ke main lobby.


Lea dengan sebahagian dari hadiah harijadinya.



Lepas check out, lepak2 dulu di area lobby sementara menunggu my beloved hubby dan adik ipar MMD, Faiz pergi ambil kereta dari parking lot.  Posing2 dulu.

 
 
 
 


Macam biasa, sebelum balik, singgah dulu di Extreme Park atas permintaan Hakim. Nak main go-cart & ATV.  Lea pulak nak main paintball.

 
 
 
Selepas selesai semua permainan, MMD pun bertolak keluar dari Avani dan berpecah laluan masing2.  MMD ke Port Klang, Adik Nurul serta my Mem besar ke Cheras Hartamas.  Short vacation yang super meriah.

Semoga berjumpa lagi di lain siaran.  Macam baca berita TV kan?

As Salam.



Monday, May 18, 2015

Avani Sepang Gold Coast Resort - Day 1 - Double Birthday Celebration - Lea's 8th

As Salam

Misi tertangguh untuk entry birthday my beloved daughter, Lea.  Pada 07/05/15, syukur Alhamdulillah Lea dah pun berumur 8 tahun.  Rasanya baru lagi timang2 dia di pangkuan MMD ni. Seorang anak kecil yang tak banyak kerenah.  Pandai berbicara dengan ayat2 bahasa bakunya.  Tak pelat masa baru2 belajar bercakap. Ayat2 yang mencairkan hati ibunya.

Ingat entry MMD sebelum ni?  MMD siap masak untuk perkelahan adik beradik MMD di Avani Sepang Gold Coast.  Walaupun belum lagi jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya, MMD dah berbincang dengan my beloved hubby untuk raikan sekali dengan sepupu2nya di sana.  Lagi ramai lagi meriah.  Kebetulan adik MMD, La pun menyambut ulangtahunnya pada bulan yang sama iaitu pada 08/05/15, sehari selepas Lea.

Rombongan cik kiah dari keluarga MMD bertolak agak lewat dari Port Klang.  Kalau ikut rancangan asalnya, nak bertolak dlm pukul 11pagi gitu.  Dari Cheras, 2 kereta dari sana.  MMD dan adik MMD, Latifah sampai dalam tempoh yang sama.  Agak jem juga masa di kawasan Enstek dan juga di Sg Pelek. Adik MMD yang sorang lagi, Adik Nurul sampai 1/2 jam kemudian.

Selepas MMD daftar untuk check in di kaunter Club Member, MMD terus cari parking di tepi pantai.  MMD tak terus ke vila.  Rancangannya untuk biarkan budak2 main2 dan mandi manda di pantai dulu.  Parking kat food court dan MMD lalu di tepi pagar Avani untuk masuk ikut pantai ke kawasan rehat Avani.

Kebetulan ada sebuah tempat rehat yang kosong.  Terus my beloved hubby cepat2 pergi cop.  Pegawai keselamatan pun cepat2 pegi approach my beloved hubby.  Bila ditunjukkan kad Member, terus dia diam.  Kat situ selalu juga orang luar datang dan masuk ke kawasan private Avani.  Tu sebabnya mereka letakkan guard untuk memantau laluan tepi pagar antara kawasan awam dan kawasan Avani.

Bila semua dah ada, maka upacara keluarkan bekalan masing2 pun bermula oleh kaum ibu2.  Hahahaha, macam nak berlumba je kan??? Budak2 dah start berlari2 dalam panas terik tu.

Ni dia kek yang MMD tempah di Taman Andalas, Klang. Tema Frozen atas permintaan Lea.


Lea dengan muka merah padamnya semasa memotong kek harijadinya.  Lepas alas perut sikit, masing2 dengan acara masing2, guys dengan cara main bolanya, anak2 mandi2 dan main2 pasir. Ada yang bercanoe dan main papan lunsur.  Kaum ibu buat apa?  Makan2, borak2, gosip2, layan budak kembar, makan lagi...hahahaha.

 

 
 
 
My Mem besar bergaya santai di pantai.  Love you Ma !!

Pukul 5pm baru bergerak untuk check in ke vila.  Kena pakai 3 buah buggy semuanya. Hakim dengan muka kelakarnya.  Budak2 sambung semula terjun pool.  MMD tak ikut.  Tu yang tak ada gambar di pool.


Malam tak keluar ke mana2.  Habiskan makanan yang masih ada.  La dan keluarga bertolak balik malam yang sama kerana husbandnya bekerja awal pagi esoknya.

Hakim & my beloved hubby ada acara mancing memancing di tepi beranda.  Entah pukul berapa mereka tidur.  Dapat juga tangkapan ikan.  Kecil2 je pun.

Ok. Jumpa lagi di lain entry.





Thursday, May 14, 2015

Menu rajin

As Salam

Hari ni baru rajin nak up kan entry yang rajin ni.  Rajin la juga memasak bila tiba2 rasa rajin tu ada.  Kalau tidak, MMD masak apa yang ada kat dapur je.  Operasi campak mencampak je.  Semua nak cepat bila balik dari kerja.  Kena siap by 7:00pm setiap hari.  Atau paling lewat sebelum waktu Maghrib.  Kalau lewat dari tu, kiranya dapur tutup terus.  My beloved hubby pergi beli makanan kat luar je.

Nak juga bagitau ni...MMD sebenarnya tak pernah pun masak masakan ni.  Biasanya tolong jadi tukang kacau je bila masak kat kampung especially untuk menu hari raya.

Kali ni MMD berhasrat untuk cuba buat sendiri.  Minggu sebelum tu MMD dah siap suruh my beloved beli bahan2nya semasa shopping barang2 dapur di NSK.  Cara2 dan bahan2 untuk memasaknya MMD cari En. Google je.

Sebenarnya MMD lupa nak beli minyak sapi.  Tapi digantikan dengan mentega je.

 
 
Okay tak Nasi Beriani Daging bersama Kuah Gulai Daging Rempah Kampung ni?

Komen dari my beloved hubby: Dapat 4/5 bintang.  Boleh diperbaiki lagi dengan tambah sedikit air lagi agar nasi tidak terlalu kering.

Beras Brasmati ada lebihan lagi.  Apa nak buat ekkk?

Oh ya....Cuti Hari Pekerja yang 4 hari terus menerus tu, 01-04/05/15, MMD telah memasak sekali lagi dengan menggunakan beras Brasmati ni.  Ianya untuk bekalan perkelahan dengan adik2 MMD di Avani Sepang Gold Coast. Plannya, lepak2 dulu kat pantainya sebelum check in.

Nasi lemak yang telah diubah suai sedikit agar nampak meriah gitu.  Biasanya nasi lemak putih bersih, tapi kali ni berwarna hijau sikit2.  Budak2 pun makan dengan berseleranya.  Habis satu periuk nasi.   Makan, mandi laut, makan, mandi laut. 

 

Sekian dulu, acara masak memasak dari dapur MMD.

Jumpa lagi di lain entry.

As Salam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...