As Salam.
Syukur Alhamdulillah. MMD serta my beloved hubby akhirnya menetapkan tarikh untuk menunaikan umrah pada 02-16 Dec 2015 selepas beberapa perkara ditimbang tara. Antaranya:
1. Waktu cuti sekolah
2. Penjaga anak2 terutamanya Hazry
3. Kewangan
4. Pelepasan tugas2 di pejabat
Semasa MMD dalam usaha memilih travel agent mana untuk dipilih, MMD ada membuat shortlist tetapi akhirnya MMD telah memilih Andalusia Travel. MMD hanya membuat bayaran booking sebanyak RM300 seorang melalui online banking dan sehari selepas itu, MMD telah menerima pengesahan tempahan. Sangat cekap proses ini.
Pada awal hingga akhir Nov, MMD sudah 4 kali menghadiri kursus umrah di pejabat Andalusia di Shah Alam. Paling dekat dengan Port Klang berbanding untuk pergi ke KL. MMD terus mengambil beg2 yang disediakan lebih awal agar tidak kecoh2 di waktu2 akhir.
Dalam masa yang sama, MMD pun pergi mengambil suntikan umrah di klinik yang berdekatan dengan rumah MMD. Harganya RM135.00 seorang untuk 2 tahun. Melalui teman2 yang sama pergi kursus, ada yang memberitahu dengan harga yang hampir sama di salah satu klinik berdekatan dengan pejabat Andalusia Shah Alam sah untuk 5 tahun.
Selain dari itu, 4 keping gambar berlatarbelakangkan warna putih juga mesti disediakan. Untuk peserta wanita yang berumur lebih dari 45 tahun, tidak lagi perlu untuk mendapatkan pengesahan dari Pejabat Agama dan Putrajaya. Selamat MMD dari proses ini.
Pada kali kedua menghadiri kursus umrah, MMD terus membuat bayaran penuh serta menyerahkan paspot (mesti sah laku 6 bulan sebelum tarikh tamat), buku suntikan meningitis serta gambar 4 keping.
Persediaan penting dari segi pakaian, MMD hanya membeli 2 pasang telekung sembahyang, sarung tangan, sarung kaki, sandal dan membawa beberapa helai pakaian je. Untuk my beloved hubby pulak, 2 pasang kain ihram, selipar serta tali pinggang dan beberapa helai pakaian/Tshirt.. Barang2 lain adalah untuk keperluan harian seperti tuala, berus gigi. Jangan lupa bawa penyangkut baju juga. Ada pakaian yang tak berusik/ tak dipakai pun.
Selain dari menghadiri kursus yang disediakan secara percuma oleh pihak travel agen, MMD & my beloved hubby juga ada membaca buku2 serta dari internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan lagi.
MMD dah pun kembali dari umrah/ziarah pada 16/12/15. Entry seterusnya akan muncul. Tunggu ye.
Sekian. As Salam.
Thursday, December 17, 2015
Selamat Kembali
As Salam
Dah hampir 3 minggu MMD tidak bersiaran. Lupa pasal dunia buat sementara untuk lebih penghayatan dengan Yang Maha Esa.
MMD baru kembali dari menunaikan umrah bersama dengan my beloved hubby.
Nanti MMD update entry pasal ni. Tunggu ye.

Thursday, November 26, 2015
Happy Birthday Hakim Halimy - 18th 21/11/2015
As Salam
Dah banyak hari tak update blog. Dalam seminggu sebelum birthday Hakim, Lea duk membilang hari. Macam tunggu birthday dia je. Padahal birthday abangnya.
Okay..Happy birthday abang Hakim yang ke 18 pada 21/11/15. Dah besar anak bujang MMD ni. Tinggi? Memang tinggi dari MMD. Ikut saiz my beloved hubby ni.
Abang pun dah besar. Tak terasa sangat nak potong2 kek ni. So MMD ajak makan kat luar je. Tak nak pergi jauh2. Pergi ke Harbour Place kat Klang je. Kat situ ada Subway, Restoran Ayam Penyet, Restoran Cina Muslim yang biasa kami sekeluarga pergi tu dan beberapa restoran lagi. Mula2 MMD cadang ke Subway je. Tapi my beloved hubby nak juga makan nasi. Tu yang mencuba di Restoran Ayam Penyet.
Ni yang MMD order. Ayam goreng, ayam bakar, sup tulang, sayur kangkung dan gado-gado.
Komen ikhlas dari Hakim. Ni last makan kat sini. Lebih baik makan ayam penyet kat kedai2/gerai2 biasa je. Lagi sedap. Sorry ye Restoran Ayam Penyet . Mungkin tak berapa serasi dengan anak tekak kami sekeluarga. Sup tawar kata Lea. Budak berumur 8 tahun pun tahu komen. hahahaha.
Lepas makan, terus masuk ke kedai D.I.Y. My beloved hubby borong bekas2 plastik untuk letak ayam, ikan, daging bagai. Nak letak dalam freezer yang dah dibelinya 2 bulan lepas. Harga pun tak mahal mana. Habis juga RM100++ kat situ.
Akhir2 ni Lea duk berzikir kat telinga MMD nak mandi kat pool. Rancang nak bawak segala mak nenek pelampung bagai. Tiap malam sebelum tidur duk ingat2kan MMD. Malangnya ibunya ni tengah sibuk sikit akhir2 ni. Nanti ibu usahakan ye.
Weekend tu datang rajin MMD kat dapur. Senyap sorang2 kat dapur. Tung tang tung tang, tarraaaa, siap untuk makan. Kek yang tak ikut mana2 resepi, Kes campak2 je bahan2 yang ada kat dapur. Walaupun begitu, lembut dan cair di dalam mulut. Sedap kata my beloved hubby.
Sekian. Jumpa lagi di lain siaran.

Thursday, November 19, 2015
Kieran's @ Warong Kampong Sg Pinang
As Salam.
Baru2 ni MMD ada tengok orang post kat wall FB MMD pasal western food kat restoran kat atas. Dan2 tu jugak MMD call my beloved hubby dan set kan untuk tak masak untuk hari tu. Kena book juga tau.
Tak susah sangat untuk cari tempat ni. Maklumlah my beloved hubby kan orang Klang. Petik jari je. Cuba letak MMD, harus sampai esok baru jumpa kot.
Just nice MMD sampai, dah nak Maghrib dan boleh buka puasa dulu. MMD sorang je yang puasa.
Lea pesan macam biasa lah...fish & chip. MMD, Hakim dan my beloved hubby pesan chicken grill (super menu). Harganya okay tapi sosnya cair sikit. Sedap juga di tekak kami anak beranak.
Jus epal asam boi terbaik!!
Ruang restoran di deko dengan baik sekali.
Lepas solat Maghrib di bilik yang disediakan, kami bergerak pulang.
Sekian. Jumpa lagi.

Labels:
Malaysia - Selangor
Wednesday, November 18, 2015
GM kena tiau!
As Salam.
Ni kuew tiau yang MMD pekena di GM Klang. Sedap sangat2. Memang sedap. Lebih2 lagi ditambah banyak2 dengan cili padi. Tangkap leleh air hidung dan mata tau. Memang faveret MMD kuew tiau tu.
Kat mana? Alaaa. kat food court kat bawah tu je. Pekena dengan ABC. Perggggghhhh. Terangkat tau.
ABCnya pun menyelerakan. Tengok tu...Best tau.
Selamat menjamu selera.

Tuesday, November 17, 2015
Belanja kapalterbang
As Salam
Tak lama lagi MMD serta my beloved hubby akan kepergian jauh. Tinggallah anak2 dengan my Mem besar nanti buat sementara waktu. MMD berdua je yang pergi. Jadi tak ada sape2 yang bakal menghantar kami.
Sebagai balasan, MMD bawakan anak2 pusing airport dulu. Bukan semata2 ke sini untuk belanja anak2 tengok kapalterbang. Sebenarnya MMD ke rumah my sister in law in Labu Johnson. Dah tak jauh dari situ, tu yang merayap ke airport.
Kata Lea, train tu untuk ke Korea. Lepas terowong tu dah sampai Korea. Aikkkk!!! Dekatnya? Cam gitu, hari2 boleh gi Korea beli kimchi. Ketawa terbahak2 Lea.
Sunyi je airport. Mungkin tak banyak flight yang sampai dan berlepas. Tunggulah MMD berlepas ye...
Dah besar anak bujang MMD, Hakim. Harapan MMD untuk jaga adik2.
Sekian. Jumpa lagi ye...

Monday, November 16, 2015
Sepetang di Pantai Remis
As Salam.
Bertandang ke Kuala Selangor untuk majlis perkahwinan sanak saudara sebelah my beloved hubby. Konvoi dengan 3 buah kereta je. Hakim tak nak pergi. Nak berehat kat rumah saja. Jadi bolehlah MMD tinggalkan Hazry dengan Hakim. Hakim pun dah pro dalam menguruskan adiknya dari makan hinggalah ke urusan dalam bilik air.
Tak lama selepas kami sampai, rombongan pengantin pun sampai. Siap2 makan, bergosip2 dan bergambar barulah kami bergerak balik. Dalam dok berjalan ke kereta, my sister in law ajak singgah ke pantai. Apa ada kat pantai waktu tengah hari buta ni? Katanya, Pantai Remis dah tak jauh dari situ. Dalam perjalanan balik pun melalui pantai tu.
Masa sampai, memang panas terik. Cari air kelapa dulu buat basahkan anak tekak. Sambil2 tu singgah ke pasar basah yang terletak di seberang jalan dari pantai. Ada medan selera juga kat situ tapi MMD tak pergi pun kerana baru lagi perut diisi dengan makanan kenduri tadi.
Seronok tengok Lea bulat2 matanya menghayati hidupan laut kat situ. Pok pek pok pet mulutnya. Lebih2 lagi bila ditambah dengan kelibat kedai jualan layang2.
MMD sempat beli kupang 2 bungkus dan juga isi remis. Lea akhirnya dapat juga layang2 yang dihajatinya.
Lena tidurnya dalam kereta semasa dalam perjalanan balik ke Klang. Mungkin dah mimpi bermain layang2. Ha ha ha.
Ni hasil dari tangkapan dari NSK, sup ikan merah serta tangkapan dari Pantai Remis, kupang masak belacan.
Okay. Jumpa lagi di lain entry.

Monday, November 9, 2015
5 kaki dari Tun M
Hari nak cerita pasal jemputan kahwin dari sepupu MMD yang kahwinkan anak perempuan bungsunya. Akad nikahnya dah berlangsung selepas hari raya tempoh hari.
Kenduri diadakan di Dewan Felda, Kelana Jaya. Masa MMD sampai, adik2 MMD dari Cheras dah pun sampai sebelum MMD. Pengantin belum sampai lagi. Oh ya..kenduri ni pada waktu malam. MMD boleh je ambil tempat di ruang dewan tapi memandangkan semua sanak2 saudara yang terdekat dah pun berkumpul di tingkat 1, kami pun angkut sekali Hazry dengan kerusi rodanya naik ke atas.
Kat sini lebih santai dan boleh start makan2 dulu walaupun pengantin belum sampai. Yang kat bawah kena ikut protokol.
Hidangannya pun sedap2. Yang ni dari pinggan my beloved hubby yang tak ambil nasi pun. MMD dah pesan, jangan makan banyak sangat kambing bakar tu.
Ini dia pengantin yang MMD snap dari jauh je. Malas nak turun ke bawah. Adik dah langkah bendul kakaknya.
Adam ni memang suka jika my beloved hubby nak ambil dukungnya. Serasi betul. Adiknya, Adra tak berapa sangat tapi kalau umpan dengan makanan, pasti datang dekat. Kat belakang MMD tu, si Adra tengah sibuk nak menyusu dan tidur kat mummynya.
Bukan senang nak ambil gambar Hazry tanpa goyang2. Kalau ada 50 gambar, belum tentu ada yang elok. Camera shy gitu hahahaha. Ini kita nasib baik la ni. Tengah tekun tengok persembahan tarian kat bawah tu.
Sempat posing sikit dengan mak pengantin yang bertudung biru dan juga kat photo boothnya.
Gedik bergambar tahap gaban. Jangan marah!
Esoknya, bergegas pulak ke Taman Melawati untuk majlis di rumah pengantin lelaki pulak. MMD sampai agak lewat dan tak sempat bersama2 konvoi dengan pengantin. Nak masuk pun agak susah tapi bila MMD tunjuk kad OKU Hazry, terus dibenarkan masuk. Parking memang susah hingga ke hujung jalan. Buggy ada disediakan tapi malas pulak nak naik disebabkan Hazry dengan kerusi rodanya. Jalan je lahhh.
Terus jumpa Mem besar di meja yang paling hampir dengan pintu pagar rumahnya. Makanan pun sedap2 kat sini. Ramai celebriti datang kat sini termasuk Chef Zam.
Masa MMD tengah makan, Tun M lalu kat belakang MMD. Dengan nasi kat tangan, hanya sempat snap dari jauh 5 kaki dari MMD. Kalau tangan bersih, dah tentu mintak selfie. Tun M sporting habis. Susah nak sampai ke penghujung jalan kerana asyik kena tahan untuk berselfie. Belum rezeki lagi untuk berselfie dengan Tun M. Selepas Tun M beredar, nampak pulak Tuan Haji Hadi Awang beredar juga.
Ini pengantinnya lagi. Tahniah buat Heiqal dan Dada (Wan Syuhada). Semoga kekal hingga ke Jannah.
Sebelum balik dapat coklat2 lagi dalam bekas kaca cantik2. Alhamdulillah, kenyang dapat, eratkan silaturrahim pun dapat.
Sekian berita terkini. Jumpa lagi di lain entry.
Sunday, November 8, 2015
Dating di Old Malaya Kopitiam
As Salam.
Lama betul tak keluar dating berduaan dengan my beloved hubby. Biasanya askar ikut sekali. Tapi kali ini kerana ada urusan di salah satu pejabat, rahsiahlah dulu buat masa ni, hanya MMD dan my beloved hubby je yang pergi.
Selepas urusan selesai, sengaja MMD ajak singgah ke cafe yang berdekatan iaitu Old Malaya Kopitiam di Sek 7 Shah Alam.
Atas cadangan cik manis waitress kat situ, ini yang kami berdua order untuk lunch. Dalam dok makan tu, hati teringat2 kat anak2 kat rumah. Itulah bila dah jadi mak2 ni, hati dan perasaan selalu kat ahli keluarga.
Memang sedap rasanya. Harganya? Biasalah standard di Shah Alam.
Dalam perjalanan balik, singgah ke KFC. Beli bekalan untuk anak2. Macam anak2 burung tunggu ibunya datang bawakan makanan. Macam tu lah anak2 MMD especially si Lea. Ayam KFC memang tak pernah ditolaknya.
Okaylah. Sambung lagi di entry akan datang. Pergi makan percuma lagi malam dan siangnya.

Saturday, November 7, 2015
Bagai anak mami !
As Salam
Sesekali MMD tengok anak perempuan MMD ni macam anak mami pun ada. Lebih2 lagi Lea suka sangat bila MMD ikat tepi atau buat toncang untuknya. Inipun bila hari cuti saja. Hari2 sekolah Lea bertudung.
Ini pulak gambar Lea masa menang tempat pertama untuk larian berganti2 untuk tahun 2. Gembira bukan kepalang bila bawak balik trofinya tu. MMD ingat lagi masa hari sukan masa di tadika dulu, siap menangis bila tak menang dalam acara yang dia masuki.
Sekarang ni Lea ada hobi baru. Hobi mengumpul key-chain. MMD dah tolong susunkan jarum peniti di rak mainan di dalam biliknya. Harap ianya berterusan. Jangan hangat2 tahi ayam sudahlah. Ohhh, Lea pun ada hobi lain juga iaitu menulis diari dan juga skrip cerita. Macam tak percayakan? MMD pernah baca tulisannya yang berkisar tentang alam persekolahan dengan kawan2nya.
Okay, jumpa lagi di lain entry.

Subscribe to:
Posts (Atom)