As Salam
Dah dua tiga hari ni MMD tak ada cerita menarik untuk dikongsikan bersama. Tapi semalam punya cerita cukup menyakitkan hati MMD.
Pernah jumpa pengemis kan? Biasala tu kat mana2 di Malaysia ni. Bukan saja orang tempatan, malah foreigner pun ramai.
Dua kes berlaku dalam masa tak sampai 2 jam MMD di Pelabuhan Klang malam tadi. Kes pertama ialah MMD jumpa pengemis ni di depan Maybank. MMD pergi withdraw duit sikit untuk belanja dapur. Pengemis perempuan yang tembam ni bertenggek kat lantai di depan pintu masuk bank dengan tangan kanan beranduh. Patah tangan kot. Bukan dia sorang je kat situ, siap dengan anak2nya sekali. Dari pengamatan MMD, mungkin anak2 perempuannya berusia awal belasan tahun dan yg lelaki kecik tu bersekolah rendah. Siap bermain2 lagi kat situ.
Targetnya tentulah orang yg keluar masuk bank, kan orang kerajaan dah dapat gaji. MMD pun buat tak layan je, terus masuk bank dan buat urusan yg patut. My beloved hubby tunggu kat luar bank. Dia pun perasan pasal pengemis ni.
Lepas urusan selesai, kami pun ke kereta semula dan terus ke gerai untuk makan malam. Nasi ayam je malam tadi. Cepat dan ringkas.
Sambil2 tunggu makanan sampai, datang sorang lelaki sedang meminta2 duit dari pelanggan kat gerai2 kat situ. Rasa tak sampai hati juga melihatkan kekurus keringannya tu. MMD pulak tak ada duit yg sesuai masa tu, hanya ada duit syiling je. Dah dia siap tunggu kat meja MMD, MMD pun bagilah duit syiling.
Apa jadi???
Dia berani cakap yg duit tu tak cukup nak buat beli nasi dan letak balik duit syiling yg MMD bagi tu kat meja dan berlalu pergi. MMD perasan kat tangannya dah ada beberapa keping duit kertas. Apa perasaannya bila kita ikhlas bersedekah tapi pengemis ni berlagak pulak. Rasa2nya kalau dikumpul2 even duit syiling tu, maunya boleh wat pergi Mekah ke, buat beli kereta ke...!!!
Dari ikhlas memberi, dah jadi sakit hati pulak...Tak pe lah, orang tak nak, MMD simpanlah balik duit tu.
Selesai makan, MMD pun singgah ke Giant Port Klang. Masa beratur nak membayar, MMD & my beloved hubby terperasan dengan pengemis perempuan kat depan bank tadi sedang bershopping juga di Giant dan beratur di depan MMD.
Kemana hilangnya anduh kat tangan kanan tu? Elok je tangan kanan tu!!!! Beli barang pun bukan yg murah2nya barang....
Kalaulah MMD bersedekah tadi, harus MMD bersemuka dengan dia dan tuntut balik duit MMD...ha ha ha buruk siku!. Nasib baik MMD tak bagi, jika tak....bertambah sakit hati lagi.
Bagi yang badan sihat walafiat tu, apa salahnya cari kerja yg halal dari jadi pengemis.
As Salam dan selamat bercuti sempena Hari Deepavali.
4 comments:
lor cuma taktik semata-mata
CIKGUDEN: tu la pasal. apalah guna hidup bila asyik nak menipu je.
Very interesting points. Thanks!
My site:
rachat credit particulier et rachat de credit
tau tkpe..mcm2 org skrg..pura2 mengemis.dh mengemis,sombong plk tu!ada sorg pakcik dkt sogo tu...ishh...geram betul..kaki dia memg dh tkde sebelah,k.kite fhm keadaan dia yg cmtu buat dia mengemis..fine!yg tk sedap tu..elok2 dia tercongok dok mintk sdekah tu..siap dia membebel2 lagi...dok maki,dok marah2 org yg lalu lalang..sbb tk bg dia duit..dia ckp,tk nmpk ke aku yg kudung kaki ni..bukn nk bg duit..buta ke..yg ckup sift tk reti bersyukur....tk nk tlong org mcm dia..tension tk??elok2 rasa nk bersedekah trus tk jadi..klu bg pun,tk ikhlas watpe..aku dh bnyk kali tgok dia kt lrt pwtc n kt sogo..tiap kali tulah dia dok merungut mcm tu.sume org pndg slek aje..so,aku pun tk penah hingin nk bagi sedekah..lantaklah!!!dr dia dok maki org..baiklah dia berzikir ke..baca quran ke..dok diam2 ke..mesti ada org bg derma kt dia..ada pakcik sorg lg yg kt sogo tu...memng sedap btul suara dia mengaji..sejuk hati dengar..kite pun tk ralat nk bersedekah...
Post a Comment