Monday, June 6, 2011

Iklan....Lea and the Samsung

As Salam

Tajuk poyo lagi kali ni.  Saja2 suka suki tengah berexperience dengan camera baru Samsung ST600.  Hasilnya tidak menghampakan. 

Layan gambar2 yg MMD ambil ni.




Sunday, June 5, 2011

Camera Samsung ST600 - Like cam-whore?

As Salam.

Ingat my last post?  MMD termabuk shopping sakan kat Courts Mammoth. MMD beli camera Samsung ST600 complete with micro card 2GB and same time MMD dapat free memory card SD 4GB with extra camera case.

Ini gambar yg MMD snap guna kamera lama MMD, Panasonic DMC-F2.




Yang ni, MMD snap dgn kamera Samsung ST600.  Since yesterday cuti Hari Keputeraan Agong, MMD cuti lagi dari masuk dapur untuk makan malam.  My hubby pergi rembat satay, gemok2 & montel2 sataynya.  Lembut dan berperisa sedap.  Harga RM0.60 secucuk.  Beli kat Pandamaran Jaya.


Yang paling bestnya, kamera ni dahlah touch screen, then sangat sesuai untuk orang yg suka title "camwhore".  Boleh ambil gambar sendiri dengan tengok screen kecil kat depan yg ada tanda tangan tu.

Satu lagi, kamera ni bila kita dah setkan untuk "detect smile", kita tak perlu tekan button, dia akan automatic akan snap gambar bila kita senyum.  Seronokkan??

Yang ni, MMD snapkan untuk Lea when she said, "Ibu, Lea nak senyum"!

As Salam.

Ronda-ronda Courts Mammoth

As Salam

Semalam memang sepatutnya tak ada plan nak ke mana2.  Entah tiba2 my beloved hubby ajak ke Bandar Bukit Tinggi. Katanya nak cuci mata.

Singgah ke Cash & Converter kejab. Lepas tu, katanya nak survey harga washing machine.  FYI, washing machine semi auto yg ada kat rumah MMD sebenarnya dah berumur lebih kurang 16-17 tahun.  Lebih tua dari umur anak sulung MMD, Hakim.  Masih berfungsi dan telah berjasa benar pada MMD sekeluarga dari status bujang hinggalah beranak-pinak.

Sebelum ni memang dah ada juga survey harga kat kedai electronic/electrical di BBT & Bayu Perdana.

Lea berkenan benar dengan katil ni. Bukan tak nak beli, malangnya dah tak ada tempat mana nak diletakkan.  Lagipun, MMD ada lagi satu set katil single belum pakai dan terpaksa disorokkan di dalam stor.  Even dalam bilik MMD sendiri dah ada satu lagi katil single untuk Lea. Rasa2nya dah padat benar dlm bilik MMD. Lea belum berani lagi tidur sorang2 kat biliknya sendiri.


Lepas tu Lea ajak ke satu corner, katanya cantik sangat kerusi warna merah jambu.  Siap suruh MMD snap lagi gambarnya, katanya "Lea nak senyum". Itulah bahasa Lea bila dia nak suruh ambil gambarnya. Memang betul warnanya merah jambu tapi bila MMD snap gambar, warnanya cam warna oren kan? 

Tengok punya tengok kat CM.  Akhirnya MMD terbabas dan termabuk shopping pulak dah... Yang sempat MMD sambar:

Washing machine Toshiba 9kg RM1099.00
Sewing machine Toyota RM499.00 - jangan tak caya MMD beli ni....
Blender Elba 1.4L RM59.00
Digital camera Samsung ST600 RM999.00 c/w micro card 2GB.  Siap dpt free SD memory card 4GB and another camera cover. Tapi camera ni tak boleh pakai SD card tu.

MMD ambil bawak balik blender & camera bcoz available stock.  Yang 2 lagi tu, kena tunggu mereka hantar dan free delivery bcoz beli lebih dari RM1K and furthermore due to promosi untuk Hari Raya.  If not, kena bayar RM49.00 for the delivery cost.

CM ada promosi "lowest price guaranteed".  So, kawan2, jika you all ada nampak kat mana2 harga CASH yg lebih rendah dari apa yg MMD bayar ni, tolong sound kat sini ekkk. MMD boleh dapat ganti rugi 2x ganda ooo.

As Salam.

Saturday, June 4, 2011

Hari Keputeraaan DYMM SPB YDP Agong Tuanku Mizan

As Salam

Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !

Semoga Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah diberkati dan di bawah lindunganNya sentiasa.

Hari ni 04/06/11 cuti umum sempena hari keputeraan Baginda.  Jatuh pada hari Sabtu, sememangnya MMD tak bekerja pada hari Sabtu.  Jadi tak rasa sangat meriah dapat cuti tambahan.

Tiada plan apa2 hari ini hanya nak layan gambar2 di bawah ni.






Kredit kepada En. Google.

As Salam.

Friday, June 3, 2011

Main pondok-pondok!

As Salam

Poyo je kan tajuk kat atas tu? Tentu semua orang ada pengalaman yg sama dengan MMD especially waktu kecik2 dulu kan?

MMD siap ada adegan masak2, sanding2 (walaupun tak ada pengantin lelaki yg sebaya dengan MMD).  Masa kecik adalah pengalaman yg paling best.

Ingatkan budak2 sekarang dah tak ada lagi keinginan sebegitu.  Rupa2 my lovely daughter pun ada mewarisi minat yg sama.  Walaupun bukan dalam suasana kampung tapi....boleh la..ada juga inisiatifnya!


Habis kusyen di ruang tamu Lea jadikan dinding pondoknya dan siap suruh MMD snap gambarnya.

As Salam.

Thursday, June 2, 2011

Sekinchan Ikan Bakar, Klang

As Salam

Ingat my last post semalam?  After bincang with my hubby petang semalam, we all decided to try at Sekinchan Ikan Bakar di cawangan yg baru dibuka di Klang.  Jika dari Premiere Hotel Bandar Bukit Tinggi, terus je arah ke AEON Jusco.  Sebelum sampai ke persimpangan traffic light di depan Jusco, dah boleh nampak restoran ni di sebelah kiri.

Jika datang dari arah KESAS, kena lepasi traffic light di depan Jusco tu dulu, then kena buat U-turn di jalan bawah depan Premiere Hotel.

So, MMD sekeluarga pun pergi la ke sana.  Sampai dalam pukul 8:30pm gitu.  Dah hampir penuh meja di dalam dan di luar, bertempat di corner lot, kawasannya agak luas untuk outdoor area.

Ramai yg beratur untuk ambil hidangan yg telah siap di bakar.  Semuanya B A K A R.  Jika nak makan yg goreng2, tak yah lah datang kat sini.  Tak ada dlm menu OK! Masa nak bayar pun kena beratur panjang.




The Menu

Sotong 2 ekor RM25.00

Asparagus RM10.00

Ikan jenahak 1 ekor RM40.00


Since hanya ada satu jenis sos saja, kering tekak ni nak telan nasi, so, MMD suruh my beloved hubby gi ambil semangkuk lagi sos yg sama untuk dijadikan kuah eventho agak pekat.  If not, rasa2nya tercekik la kami semua makan.

Komen ikhlas dari MMD?

1.  Harga agak mahal.
2.  Sos yg sama untuk semua jenis hidangan bakar, tak de pilihan rasa yg berbeza.
3.  Hidangan bersaiz kecil untuk harga yg agak mahal.
4.  Semuanya B A K A R termasuk sayur2an.
5.  Boleh la cuba untuk kali pertama but for me, it will be the 1st and the last la.  Might as well MMD gi makan kat Bagan Seafood di Tanjung Harapan, Port Klang.

As Salam.

Wednesday, June 1, 2011

My beloved Hubby

As Salam

Apa cerita hari ini?  On 01/06/11 @ 0001hrs dah wish a very happy birthday to him. Yup...his birthday today. Katanya dah dapat bonus besar dari Allah SWT.  Dapat hidup dengan sihat dan dikelilingi oleh orang2 tersayang pada setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun adalah bonus.



Katanya tak perlu beli kek kali ni.  Baru lagi makan kek masa celebrate birthday Hazry.  Takut kolesterol naik..kih kih kih.

MMD duk terfikir2, kat mana nak makan malam nanti.  Biasanya MMD akan cuti dari masuk dapur bila tiba my birthday or hubbys' birthday.  Makan kat luar je.



Ada kawan suggest to try kat cawangan baru Sekinchan Ikan Bakar.  Ehmmm..boleh gak tu...

As Salam.

Reading Time !

As Salam

Adegan membaca dan berebut buku biasanya antara Hakim & Lea.  Dua2 nak jadi cikgu. So, sape yg nak jadi anak murid?

MMD dah galakkan Lea terdedah dengan buku sejak dia kecil lagi.  Sejak dia berumur 3 tahun lagi, dia dah boleh menghafal nombor 1-10 dengan lancar dlm Bahasa Malaysia dan juga juga Bahasa Inggeris.  Dalam begnya segala pensil, pensil warna dan jika muat, semua buku nak di masukkannya.


Tuesday, May 31, 2011

Bagaikan pari-pari

As Salam

Cuti sekolah dah bermula.  Yes!!! Tapi musim orang kenduri kahwin bermula.  Sana sini ada jemputan kahwin seawal weekend pertama cuti sekolah bermula.

MMD pun ada pergi ke salah satu majlis kahwin di Port Klang.  Jemputan dari jiran sebelah rumah MMD.  Majlis kahwin adik lelakinya.  Acara sambut menantu.

Pengantin sama cantik dan sama padan. Tema hitam kelabu putih gitu.  Tapi cantik lagi budak pengiring ni kan?


Monday, May 30, 2011

Luncheon with the special one!

As Salam

The special one?  Ala..with my lovely daughter je. Kat Giant Bukit Tinggi Klang.  Seronok sakan Lea dapat main2 kat gelungsur di tengah2 food court tu.  Lagipun waktu tengahari, memang tak ramai budak2 main compare dengan waktu petang or malam.

Menu pilihan?  MMD ambil sizzling kuew tiaw, my hubby sizzling mee and Lea....french fries with mayonise.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...