Saturday, May 28, 2011

Snorkeling time...

As Salam

Rasa tak sah jika ke pulau tanpa acara snorkling kan? Betul tu..Dah alang2 sampai ni ke Pangkor, MMD ajak semua ke Gem Island.  Bertempik teriak lagi semua orang masa naik speed boat ke sana. 


Bergambar sebelum berlepas dengan boat.


Betulkan? Dalam ketawa2 tu, jangan tak tau, semuanya pegang tepi boat kuat2.

Nampak tak ikan2 tu? Habis roti yg di reserve untuk breakfast esoknya.



Ha ha ha..dapat ikan mati!



As Salam.

Friday, May 27, 2011

Soalan cepumas dari Indonesia untuk orang Malaysia

As Salam

Pada suatu pagi, MMD terlelap sekejab sementara nak pergi kerja.  Tiba2 datang satu SMS dari Mr. Ahmad, staff office yg beroperasi di Jakarta.

Siap terkejut lagi dengan bunyi SMS dari HP MMD sendiri.  Maklumlah...tengah mamai kata orang.

Begini SMSnya...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
""MMD, REALLY I WANT TO SHARE MY PROBLEM WITH YOU. 

WITH YOU ONLY AND NO ONE ELSE. 

THIS IS SERIOUS. 

PROBLEM FOR ME AND EVERYONE HERE. 

WE CAN'T SLEEP WELL EVERYDAY BECAUSE OF THIS PROBLEM. 

I HOPE YOU ARE ABLE TO SAVE THIS SECRET. 

I DO REALLY WANT YOU TO ANSWER THIS SERIOUS QUESTION. 

IT'S IMPORTANT FOR ME. 

MANY PEOPLE HAS THEIR OWN PROBLEM BUT THIS IS BIGGER AND MAKE ME SO SAD. 

OH, HOW TO SAY IT TO YOU, PLEASE SEE THIS AS OUR TOP SECRET. 

I HOPE YOU COULD UNDERSTAND MY POSITION. 

THE PROBLEM IS

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

"WHO IS UPIN AND IPIN'S FATHER/MOTHER?"

So, sapa2 yg membaca entry ni...tolongla MMD bagi jawapan yg sebenarnya.  Bcoz sehingga hari ni, Mr. Ahmad akan setiap selang sehari akan hantar msg yg sama pada MMD dan masih lagi menunggu jawapan dari MMD.

Begitulah penangan Upin & Ipin di Indonesia.  Femes habis mereka kat sana.  Masa MMD ke Jakarta last Oct 2010, setiap kali orang yg MMD jumpa dan tahu MMD dari Malaysia, mereka akan kata yg MMD adalah kakak Upin & Ipin dan Upin & Ipin adalah saudara Siti Norhaliza...



So, apa lagi.  Orang2 pintar Malaysia.  Tolongla MMD kali ini. 

As Salam.

Aksi akrobatik yang Wow!

As Salam

MMD and the family sampai ke resort agak awal.  Budak2 dah tak tahan lagi nak tunggu check in.  Apalagi, mereka pun terjun lah ke pool.

Inilah aksi2 menarik mereka yg sempat MMD captured.  Ada yang cam berjalan atas air tu kan??  Bukan ahli silap mata tau! Hebat.







Inilah acara bergembira cara budak2.

As Salam.

Sardin warna merah jambu (pink) !

As Salam

Perjalanan ke Pangkor Bay View Resort amat menyeronokkan.  Dahlah riuh rendah dengan suara budak2, lagi meriah bila kami semua menaiki van dari Jeti Pangkor ke tempat penginapan kami.  Nak tau berapa semuanya sekali di dalam van tu?

14 orang you!!! Dewasa campur budak2. Siap bergambar bagai cam tak pernah naik van... Actually MMD tak pernah pun.  Inilah kali pertama naik van. MMD ambil sewa satu van je.  Risau jugak kot2 tak muat.  Dahlah beg banyak, siap dengan wheelchair lagi. Akhirnya, semua muat,  14 orang dengan segala beg yg ada.  Nak kata cam sardin dalam tin pun tidak juga.  Semua dapat seat masing2.

My hubby borak2 dengan driver.  Kata abang driver, kebanyakkan van di pulau ni semuanya buatan tahun 1990an.  Mak aiii. Lamanya.  Sekali lagi datang risau..dengan laluan yg tak berapa nak besar, turun naik bukit lagi, risau kot2 kena berhenti tepi jalan and then we all yg kena tolak van naik bukit. 

Alhamdulillah, perjalanan kami pergi dan balik dari pulau ke jeti tidak ada apa2 masalah.

Warna van?  Merah jambu (pink) sayang!!! Layan...






Semua van kat Pangkor semuanya warna pink. 

As Salam.

Thursday, May 26, 2011

Don't play play arrr...

As Salam

Dah menjadi satu rutin pada family MMD.  Jika holiday ke mana2 pun, mesti kena luangkan sedikit masa untuk anak2 bergembira dengan cara mereka.

Kita tak boleh paksa mereka gembira dengan semua plan yg kita ada.  Jadi at least, lepaskan mereka di plaground or swimming pool adalah cara yg paling baik.


Taman permainan yg terletak tak jauh dari terminal feri ke Pangkor, bersih dan susun atur permainan kat sana amat bersesuaian sekali.

Lebih2 lagi buaian ni.   MMD setuju sangat jika semua pihak menyediakan peralatan yg sebegini.  Aspek keselamatan perlu especially untuk budak2 kecil dan juga sudah tentu untuk anak istimewa MMD yg sorang ni.  Parent tak akan risau anak2 jatuh bcoz acuan tempat duduknya yg selesa dan selamat.



Tapi yg tak bestnya, harga aiskrimnya mahal yg amat.  Harganya 2x ganda compare dgn yg dijual di kawasan rumah MMD.

As Salam.

Wednesday, May 25, 2011

City of Fish

As Salam

Ronda2 di Jeti Lumut.  Banyak arca2 berkaitan dengan hidupan laut kat sini.  Salah satu daya tarikan pelancong.

Layannnnnn...









Not so good holiday experience! - May 2011

As Salam

Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 10pagi pada 14/05/11.  Laluan yg direkomen adalah melalui Jln Kapar hingga ke simpang Hutan Melintang.  Nak ke mana tu, MMD?

Actually, MMD sekeluarga ke Teluk Senangin, Lumut Perak.  To be exact, nak ke Swiss Court Apartment, Lumut. MMD dapat tiket percutian percuma selama 3D2N di sana.  Terasa jauh juga perjalanan dari pekan Lumut ke Teluk Senangin.  Siap tersesat lagi hingga ke penghujung jalan di Teluk Senangin.  Berpatah balik dan akhirnya sampai ke Swiss Court.

To story more...from the main road, punyalah trill nya perjalanan untuk sampai ke sana.  Dahlah jalannya kecil, bengkang bengkok pulak tu.  Turun bukit, naik bukit, siap lalu ladang dragon fruit, ladang sawit lagi.  Agak2nya lebih kurang berkilometer jugalah ke dalam tempatnya. Kenderaan lain langsung tak ada yg berselisih masa MMD dalam perjalanan.

Dah register kat kaunter, MMD mintak if ada apartment at the ground floor.  Tau2 lah bcoz MMD ada anak istimewa sorang kan!  Nasib baik dapat.  Apartment no: D-GF-01. 

Layan dulu gambar2 yg MMD ambil kat bawah ni.







With a very basic apartment..OK la for 1 room apartment. Tapi yg tak bestnya..1st thing yg MMD minta dari housekeeping ialah Ridsect.  Why????  Actually, terlalu banyak L A L A T.  Masa buka pintu utama je, dah kelihatan lalat merata tempat dalam apartment tu.  Kat luar pun banyak. Housekeeper pesan, pastikan pintu dan tingkat ditutup, nanti banyak lagi lalat masuk.

MMD bukan saja bersama my dear hubby and kids but also with my mother and my youngest sister. Padat dlm satu Exora.  he he he.

Terduduk kejab kat sofa memikirkan apa aktiviti yg nak di buat selama 3 days at Swiss. Dengan serangan lalat yg hadoooo...tempatnya yg jauh nun di hujung dunia....tempat makan yg jauh (selain dari Swiss Hotel la), laluan keluar masuk yg agak bahaya la from my opinion specially at night, terfikir jugak if we check out and naik ke Penang or go to Pangkor.

So, we decided keluar dan cari makan dulu kat Lumut Town dan check on the Pangkor's option. Lepas makan, kami survey beberapa tour companies  and YES...we are going to Pangkor.

At night, on our way back to Swiss, another sister called and said, she and her family reaching Lumut and will join us at Swiss.  Horeyyyy, sure gempak bila berkumpul ramai2.  Nasib baik apartment.  Boleh berlonggok kat living area.

The next day, we check out and wait for another story from me. Burn 1N at Swiss.  No problem at all  compare dgn situasi yg akan dihadapi for the next 2 days.  Kata orang, dah sampai kat sini, sure MATI KUTU!!

Conclusion nya:
1.  Swiss sesuai untuk orang yg ber'golf'.
2.  Orang yg ingin lari dari kesibukan kota.
3.  Orang yg mencari ilham.
4.  Orang yg putus asa, putus cinta..ha ha ha





Masa check out, receiptionist ada bagitau yg tempat sini memang kilang buat lalat pasal ada 2-3 ladang ayam berhampiran di cerun2 bukit dan juga berhampiran dengan pantai Teluk Senangin yg mana pelaut2 bawa balik tangkapan ikan pada setiap hari.  Ehmmmm. patutla...

As Salam.

Friday, May 20, 2011

Pintal sayang!

As Salam.

The only daughter in the family, Lea memang suka rambutnya dihias.  Dari kecil hinggalah dah berumur 4 tahun, setiap hari ada saja style yg digubah pada rambutnya.  Jika MMD tak berkesempatan, pembantu rumah MMD pun rajin melayan rambut Lea. 

Lepas je siap mandi, mesti dia bertapa lama dalam bilik.  Bukannya buat apa...urusan pintal memintal rambut.  Bukan saja poney tail, kadang2 tu, sampai 5-6 jalinan rambut di kepada Lea. Lea memang tahan kepalanya di godek2 hinggakan getah yg berwarna-warni kehabisan stock kat rumah.  Dah pakai, then lupa letak kat mana2. Sampaikan, getah pengikat barang pun dia sapu dari laci dapur.

Salah satu stylenya, tengok kat bawah ni....




Simbol "peace" tu tak tinggal.  Tengok cara abangnya la tuu...

Layan yg ni pulak...





As salam.

Thursday, May 19, 2011

The menu

As Salam



Kali ini, MMD telah memilih untuk mendapatkan khidmat katerer untuk majlis tahlil.  Jiran setaman dengan MMD juga.  Jadi, senanglah untuk berbincang tentang menu dan juga harga. Lagipun, ianya sebagai satu cara promosi untuknya yg pertama kali di buat di taman tempat MMD tinggal.  Sebelum ini, mereka hanya buat di Papar, Sabah dan juga untuk jamuan di tempat kerjanya.



Pilihan menu MMD ialah nasi beriani, kari daging, ayam masak merah, acar timun, pajeri nenas, manisan seakan yogurt jagung, air limau nipis, air limau dan sebagai tambahan, mereka sediakan juga sebalang air buah-buahan campuran.



Masakannya sedap dan kena dengan selera MMD sekeluarga. Harganya RM8.50 sekepala.  But for me...with an extra discount. Jiran kan!!!



Nasi beriani:



Kari daging dengan kentang:



Ayam masak merah:



Acar timun:



Pajeri nenas:



It's me ! Sebahagian dari hidangan pada hari tersebut:



Antara isi kandungan goodie bag.  Nak tempah? Tengok sini



As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...