As Salam.
Perjalanan dari Tanah Rata ke Equatorial Hotel mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dari pemerhatian MMD, sepatutnya dalam 30min pun tak sampai untuk ke puncak sana.
Traffic jam yg amat teruk. Pukul 3 pm, MMD call hotel nak inform yg kami masih berada di Brinchang dan akan lewat untuk check-in. Hampir pukul 6pm baru sampai. Rupa2nya ada pasar malam tak jauh dari hotel tu. Staff hotel pun bagitau yg ianya suasana biasa yg berlaku pada hari Ahad kerana pasar malam. Ooooo patutlah..kami ingatkan ada accident ke apa, tapi tak ada pun kat mana2 tepi jalan semasa nak sampai ke hotel. Urusan check in amat cepat. Terus ke apartment 2 bilik yg MMD tempah lebih sebulan yg lalu.
Voucher penginapan percuma hadiah dari The POGH.
Itu apartment yg MMD tinggal.
Ini bilik utamanya dan kat bawah tu bilik keduanya. Agak besar kedua2 bilik tu.
Ini ruang tamunya. Lea bertanya...ibu, mana suis aircond? Hahhhhhh!! tak rasa ke sejuk sampai ketulang ni? Dalam apartment ni pun kena pakai baju sejuk. Perniagaan yg akan rugi dan lingkup ialah kedai menjual dan service aircond. Memang MMD perhatikan, memang tak ada satupun antara deretan kedai2 kat CM ni yg menjual aircond. Memang biol lah kalau ada yg berhajat nak jual aircond kat sini.
MMD menjemur pakaian Hazry kat luar beranda tu dari hari sampai hinggalah hari nak balik, pakaiannya tetap tak kering2. Memang sejuk kat dalam bilik, apalagi kat luar tu.
Lepas tu, kami keluar untuk ke jalan2 ke pasar malam. Berjalan kaki je dari hotel.
My MEM besar di kedai menjual pokok2 kaktus.
Ni buktinya yg CM memang sejuk lebih2 lagi bila dah hampir ke waktu malam.
As Salam, Jumpa lagi.