Thursday, March 20, 2014

CCM - Kuching sana sini 28/02/14

As Salam.

Day 3 - sambungan.

Keluar dai SCV, kami singgah semula ke Damai Beach Resort kerana Hazry berhajat besar.  Cari tandas yang ada tap paip.  Tumpang guna di bilik mandi di area swimming pool. Terus mandikan Hazry yang memang dah basah akibat hujan di SVC tadi.

Tempat persinggahan seterusnya ialah Muzium Kuching di DBKU yang terletak di atas bukit.  Masuk percuma tapi untuk menggunakan kamera digital, kena bayar RM4.00 setiap kamera.  Suka betul Lea dengan banyak jenis kucing kat sini.

 
 
 

 

 
 
 



Turun dari DBKU, kami singgah di R&R Food.  MMD makan nasi ayam bersama dengan Hazry dan Lea. Hakim makan mee kolok sekali lagi tapi kali ini tak sesedap di Kopi O Corner.  My beloved hubby makan nasi putih dengan ayam berempah.   Harga makanan kat sini agak OK.



Kenyang sudah perut2 kami anak beranak.  Seterusnya ke Kraf Tangan Malaysia. Singah sebentar bergambar.  Tiada aktiviti semasa MMD sampai di bengkel2 di belakang ruang pertunjukan. Yang paling kelakar, Lea siap minta MMD ambil gambarnya dengan senduk memasak.  Si abang Hakim bagitahunya itu dayung sampan. 











Kami tidak singgah ke Astana kerana ada acara di kawasan tersebut.  Jadi tiadalah gambar dari jarak dekat. Ini gambar semasa river cruise.



MMD sangat suka ke tempat seterusnya ini.  Taman Orkid. Bermula dengan rumah sejuk. Cantik betul bunga2 dan tumbuhan di dalam ni. Lea pun suka hinggakan dia minta MMD ambil banyak gambar2nya bersama2 dengan bunga orkid. Di ruang luar di atas bukit banyak berbagai jenis spesis orkid. Layanlah gambar2 orkid yang MMD ambil ni.  Masuk percuma yea...












Sebelum tinggalkan kawasan berbukit ni, kami singgah ke Adun.  Kalau diikutkan, memang tiada pelawat dibenarkan masuk dan turun kat sini tanpa tujuan.  Tapi sekadar pusing2 dibenarkan. Driver kami tetap turunkan kami untuk bergambar sekejap.






Tak jauh dari situ, kami singgah ke kedai kek lapis Dayang Salhah.  Hanya MMD, Lea dan my beloved hubby je yang turun.  Merasa lagilah sample2 kek lapis kat sini pulak.  MMD ada juga beli 3 jenis kek kat sini. Harganya sama saje dengan di kedai kek Zaharah.

 

Kedai2 di tepi jalan ada menjual ikan terubok masin. MMD hanya beli seekor je yang saiznya agak besar.  Ada yang dijual dengan 3 ekor RM10.00.  Ada yang seekor RM8.00.




Udang yang sebesar ini RM68.00 sekilo. Yang bersaiz kecil sikit RM56.00 sekilo.  MMD tak beli pun.



MMD diberi pilihan samada nak menyeberangi menaiki sampan atau ke Medan Niaga Satok dengan van.  MMD pilih ke Medan Niaga Satok kerana MMD nak naik river cruise sebelum tu.  Sama saje pandangannya.

Medan Niaga Satok ini adalah medan niaga yang baru.  Nampak tersusun cantik gerai2nya yang berdasarkan jenis jualan.  Ikan terubok masin juga ada dijual di sini.  MMD hanya membeli 3 paket pes laksa Sarawak dari peniaga yang berasal dari Kelantan.





MMD sekeluarga dibawa sekali lagi ke Main Bazaar di Waterfront.  Hazry tinggal di van bersama driver.  Kami berjalan ditepi laluan waterfront tu dan akhirnya rehat sebentar membetulkan kaki2 yang lenguh. MMD suruh abang Hakim ke tempat van untuk menjemput MMD, Lea & my beloved hubby di pangkin kat situ.

Balik ke hotel dan rehat2 serta mandi.  Hazry pun tidur awal.

Malamnya, my beloved hubby keluar untuk bungkus makanan di restoran Sharing yang tak jauh dari hotel.  Ingatkan kedai makanan nasi biasa, rupa2 menjual western food dan beratur panjang.  My beloved hubby balik semua ke hotel dan akhirnya buat keputusan untuk makan di restoran Le' Pau yang bersebelahan dengan hotel je.

Kami mencuba makanan Iban.  Specialty nya ialah set ayam pangsuh serta ikan keli dan sayur pucuk betik. Nasinya dibungkus dalam daun.  My beloved hubby suka.  Hakim pun suka tapi tak makan sayurnya saja. Untuk Hazry, MMD pesan sup ayam untuk dicampur dengan nasi putih.






Belanja untuk hari ni:
Bergambar di Cat Museum + souvenir  RM14.00
Lunch di R&R Food RM35.90
Kek di Dayang Salhah RM40.00
Ikan terubok masin RM15.00
Pes laksa Sarawak RM10.00
Makan/minum di Waterfront RM10.00
Dinner di Le'Pau RM38.00

As Salam.


Wednesday, March 19, 2014

CCM - Kuching 28/02/14 - Kampung Budaya Sarawak

As Salam.

Day 3.

Pagi2 selepas sarapan di hotel, terus naik van pukul 8pagi untuk ke Kampung Budaya Sarawak. Driver kami memang mahir selok belok jalan2 pintas ni.  Kami melalui satu2 toll booth di Kuching. Satu lagi berada di tempat lain yang MMD lupa apa nama tempat tu.



Melihat pemandangan pagi Gunung Santubong yang masih diliputi kabus.  Sangat cantik!. Sempat singgah di Kampung Buntal yang ada restoran seafood yang halal.  Malangnya, tempat agak jauh dari bandar Kuching.  Kiranya, pergi makan dan balik lapar pulak.




Keluar dari Kg Buntal, teruskan perjalanan ke Damai Beach Resort, Santubong.  Kat sini untuk membeli tiket diskaun dari travel agent (Matahari Tours).  Kebetulan pejabatnya belum dibuka dan kat luar hujan dengan agak lebat.  Satu2 hari berhujan semasa MMD di Kuching.





Tiket masuk ke SVC (Sarawak Culture Village) ialah RM60.00 untuk dewasa dan RM30.00 untuk kanak2.  Dengan pembelian dari travel agent tu, kami hanya membayar RM55 & RM30.  Hazry percuma.

Akhirnya, kami selamat sampai ke SCV. Hujan rintik2.  Kami diberikan passport.  Hijau untuk dewasa dan kuning untuk kanak2. Setiap persinggahan hendaklah di cop tempat yang sepatutnya. Berhenti ke kedai di dlm SVC untuk membeli baju hujan.  RM4.00 satu tau... MMD ada bagitahu kat abang Hakim yang kita kena cop semua tempat, kalau tidak kena bayar semasa keluar.



 
Tempat seterusnya yang kami terpaksa singgah ialah Rainforest Music House kerana hujan terlalu lebat dan ramai pengunjung singgah di situ.  Masuk la juga untuk melihat alat2 muzik kaum2 di Sarawak.



 Tempat pertama sepatutnya Rumah Bidayuh tetapi tidak dibenarkan untuk masuk.  Mungkin kerana terlalu uzur keadaannya.  Abang Hakim dah risau kerana kekurangan 1 cop. he he he.



Kami ke rumah Iban pulak.  Sempat bergambar dengan abang2 Iban yang handsome tu.  Ingat nak beli kuih goyang@bunga durian tapi terpaksa menungu kerana ada tempahan.  MMD tak jadi beli.


 
 


Rumah Penan seakan pondok saja.  Lupa pulak nak ambil gambar rumahnya.


Antara rumah yang paling mencabar ialah Rumah Orang Ulu.  Tinggi betul.  My beloved hubby dan Hazry hanya tunggu di bawah sementara Hakim menaiki tangga batang kayu manakala MMD dan Lea terpaksa melalui laluan ke belakang rumah dan masuk melalui dapur.  Lantainya dah lah kayu agak kecil2 dan berlubang2 dan lembab pulak kerana hujan.

 
 


Rumah Melanau pun nak kena naik tangga tinggi.  Lea teringin untuk bawa balik burung yang digantung tu. Kesian dia...





Turun je, Hakim terus bermain dengan Hazry di trek scateboard.  Menjerit2 Hazry dibuatnya. Basah jugak Hazry kena hujan.



Rumah Melayu dikunjungi dalam hujan.Hakim cepat2 cop passport dan terus turun.






Akhirnya sampai ke Rumah Cina.  Masa MMD sampai, tak ada sape2 kat situ.  Yang ada hanya seekor kucing di atas katil..Seram gitu....


Masa MMD sampai ke teater, pertunjukan dah mula.  MMD & Lea duduk di tangga barisan depan.  Jelas pandangan gitu.  Antara tarian yang sempat MMD ambil gambar dan yang paling seronok ialah persembahan dari penari yang handsome ni.  Siap ada lawak lagi.




Semasa di akhir persembahan, penonton diajak untuk menari bersama di atas pentas.  Lea diajak naik tapi malu pulak.




Selesai sudah tour di SVC.  Hakim ada bertanya MMD macam mana dengan rumah yang tak bercop tu.  Nak buat apa.  MMD jawab, buat bodoooooh. je.  Marah abang Hakim kena sakat dengan MMD.

Belanja kat sini:
Van+driver, hari ke3 RM250.00
SVC RM195.00.

As Salam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...