Day 3.
Pagi2 selepas sarapan di hotel, terus naik van pukul 8pagi untuk ke Kampung Budaya Sarawak. Driver kami memang mahir selok belok jalan2 pintas ni. Kami melalui satu2 toll booth di Kuching. Satu lagi berada di tempat lain yang MMD lupa apa nama tempat tu.
Melihat pemandangan pagi Gunung Santubong yang masih diliputi kabus. Sangat cantik!. Sempat singgah di Kampung Buntal yang ada restoran seafood yang halal. Malangnya, tempat agak jauh dari bandar Kuching. Kiranya, pergi makan dan balik lapar pulak.
Keluar dari Kg Buntal, teruskan perjalanan ke Damai Beach Resort, Santubong. Kat sini untuk membeli tiket diskaun dari travel agent (Matahari Tours). Kebetulan pejabatnya belum dibuka dan kat luar hujan dengan agak lebat. Satu2 hari berhujan semasa MMD di Kuching.
Tiket masuk ke SVC (Sarawak Culture Village) ialah RM60.00 untuk dewasa dan RM30.00 untuk kanak2. Dengan pembelian dari travel agent tu, kami hanya membayar RM55 & RM30. Hazry percuma.
Akhirnya, kami selamat sampai ke SCV. Hujan rintik2. Kami diberikan passport. Hijau untuk dewasa dan kuning untuk kanak2. Setiap persinggahan hendaklah di cop tempat yang sepatutnya. Berhenti ke kedai di dlm SVC untuk membeli baju hujan. RM4.00 satu tau... MMD ada bagitahu kat abang Hakim yang kita kena cop semua tempat, kalau tidak kena bayar semasa keluar.
Tempat seterusnya yang kami terpaksa singgah ialah Rainforest Music House kerana hujan terlalu lebat dan ramai pengunjung singgah di situ. Masuk la juga untuk melihat alat2 muzik kaum2 di Sarawak.
Tempat pertama sepatutnya Rumah Bidayuh tetapi tidak dibenarkan untuk masuk. Mungkin kerana terlalu uzur keadaannya. Abang Hakim dah risau kerana kekurangan 1 cop. he he he.
Kami ke rumah Iban pulak. Sempat bergambar dengan abang2 Iban yang handsome tu. Ingat nak beli kuih goyang@bunga durian tapi terpaksa menungu kerana ada tempahan. MMD tak jadi beli.
Rumah Penan seakan pondok saja. Lupa pulak nak ambil gambar rumahnya.
Antara rumah yang paling mencabar ialah Rumah Orang Ulu. Tinggi betul. My beloved hubby dan Hazry hanya tunggu di bawah sementara Hakim menaiki tangga batang kayu manakala MMD dan Lea terpaksa melalui laluan ke belakang rumah dan masuk melalui dapur. Lantainya dah lah kayu agak kecil2 dan berlubang2 dan lembab pulak kerana hujan.
Rumah Melanau pun nak kena naik tangga tinggi. Lea teringin untuk bawa balik burung yang digantung tu. Kesian dia...
Turun je, Hakim terus bermain dengan Hazry di trek scateboard. Menjerit2 Hazry dibuatnya. Basah jugak Hazry kena hujan.
Rumah Melayu dikunjungi dalam hujan.Hakim cepat2 cop passport dan terus turun.
Akhirnya sampai ke Rumah Cina. Masa MMD sampai, tak ada sape2 kat situ. Yang ada hanya seekor kucing di atas katil..Seram gitu....
Masa MMD sampai ke teater, pertunjukan dah mula. MMD & Lea duduk di tangga barisan depan. Jelas pandangan gitu. Antara tarian yang sempat MMD ambil gambar dan yang paling seronok ialah persembahan dari penari yang handsome ni. Siap ada lawak lagi.
Semasa di akhir persembahan, penonton diajak untuk menari bersama di atas pentas. Lea diajak naik tapi malu pulak.
Selesai sudah tour di SVC. Hakim ada bertanya MMD macam mana dengan rumah yang tak bercop tu. Nak buat apa. MMD jawab, buat bodoooooh. je. Marah abang Hakim kena sakat dengan MMD.
Belanja kat sini:
Van+driver, hari ke3 RM250.00
SVC RM195.00.
As Salam.