Friday, April 1, 2011

Mungkin yang tak pernah dibuat orang!

As Salam.

Dah beberapa hari ni MMD langsung tak update apa2 pun di blog kesayangan ni.  Laptop kena serang dek fake virus.  Tak leh nak access to internet langsung. Rindu-serindu rindunya pada blog MMD yg tak seberapa ni.

Apa cite kebelakangan ni?  Ada juga... Tempoh percutian yg paling terdekat dan paling terpendek dalam sejarah keluarga MMD.

Penginapan 2D1N di Sunway Resort di Bandar Sunway...dekat kan dengan Port Klang? Jika MMD boleh tukar nama, sudah tentu MMD wat untuk Give-Away.  Malangnya tak boleh..jadi untuk tidak membazirkannya, MMD sekeluarga menetaplah sementara pada hari Ahad lepas. Voucher tu MMD dapat dah beberapa bulan yg lalu dan dah hampir expiry date nya.



Yang kelakarnya, Hakim siap sedia dengan pakaian sekolah masa check out dari hotel pada hari Isnin.  Sikit punya glamor dia!


Ada lagi cerita sambungannya.  Tunggu the next post ye!

As Salam.

Sunday, March 27, 2011

Me and friends

As Salam.





Ada berita baik dan ada berita buruk semasa menghadiri SFFLA Gala Dinner pada 25/03/11.

Yang baiknya, berkenalan dengan kawan2 baru yg berkebetulan duduk semeja. Ada juga yg selalu berurusan melalui telefon dan akhirnya bertentang mata di majlis sebegini. 




Grand ballroom di Premiere Hotel boleh memuatkan 76 buah meja di hiasi dengan lampu yg cantik. Menurut kata staff hotel, reservation untuk majlis kahwin kat situ penuh hingga Sept 2011.  If nak buat juga kat situ, kena postponelah majlis kahwinnya kan? After Sept 2011?  Sape yg sanggup tunggu tu?

Yang tak bestnya ada banyak...suspen je.
1. Dapat meja ke 75 dari keseluruhan 76 meja.
2. Tempatnya nun jauh di belakang, dah dekat dengan pintu keluar masuk.
3. Mata MMD yg kabur mabur ni, hampeh tak nampak apa2 or sape2 yg buat ucapan kat atas pentas.
4. Ada lucky draw untuk individu dan untuk nombor meja, tapi satu pun tak dapat di meja kami. Kesian...
5. Ada persembahan live band dan juga Accapan & Isma Alif tapi since terlalu jauh ke belakang, tak dengar sangat apa yg mereka nyanyikan or lawak jenaka dari mereka.

Apa2 pun, seronok bertemu kawan2 lama dan baru dan juga former2 boss.

As Salam.

Jemput makan!

As Salam

Makan. Semua orang kena makan dan minum. MMD upload kan beberapa jenis makanan yg disediakan di meja MMD semasa SFFLA Gala Dinner pada malam 25/03/11 di Premiere Hotel Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Hanya satu jenis je yg MMD tak sempat snap photo.  Yang lainnya seperti berikut dengan nama2nya yg glamer2.
 
Braised eight treasure with dried seafood soup. Faveret MMD.



Roasted duck & chicken combination. MMD wolup chicken je.

Steamed sea garoupa fish in "teow chew" style.

Two variety Australian scallops.

Braised sea cucumber & black mushroom with garden green. My faveret too.
 
"Fook chow" fried rice with mustard green & crispy yam. My hubby said, pekena nasik baru kenyang!

Red bean puree with sweetened dumpling & gourmet double pastry.  Manis !!



Sejuk  salju gitu & tersangatlah soft nya. Inti kacang merah.  MMD sebat 3 bijik.  so cute!

The menu.
Actually, yg paling stylo dlm menu2 ni ialah "combination of five hot & cold combination" yg tak sempat MMD snap photonya.  Memang sedap & memang stylo presentationnya. Mungkin dah terlalu excited hinggakan terlupa nak ambil gambar..he he he.
Nota berkaki: sila abaikan gelas berwarna kuning di dalam gambar2 di atas.  Bukan kepunyaan MMD or my hubby. MMD tunggang chinese tee bercawan2.  Ala...cawan kecik2 & cute miut je.  Mana tahan setakat 1-2 cawan kecik tu.! Biasa minum 1 teko..

As Salam.

Thursday, March 24, 2011

My Mom's Diary Give Away - No. 1

As Salam

Dengan bangganya MMD buat pertama kalinya menganjurkan Give Away No. 1 untuk pembaca blog MMD yg bertuah. Tak ada sempena apa2 pun. Tujuan utama adalah sebagai menghargai rakan2 blogger yg support blog MMD yg tak seberapa ni.

Since MMD ada voucher yg tak ada tarikh luput, jadi apa salahnya MMD kongsikan atau serahkan pada rakan2 blogger di sini kan?

Jeng Jeng Jeng.. untuk lebih adil, lebih baik MMD reveal kan dulu hadiahnyakan?



Yup, free treatment worth RM836.00* (terms and condition applied) di Praise Slimming & Beauty Professionals, joint promotion with Swiss Garden Vacation Club.

Outlet Praise berada di Klang, Sunway, Ampang, Bukit Bintang & Damansara Utama.

* Free treatment includes:
1 session of near infrared thermotherapy wellness body treatment RM190
1 session of pressure therapy body treatment RM190
1 session of purifying facial RM88.00
1 session of neck treatment RM68.00
RM300 cash voucher redeemable on all facial/slimming/hair removal courses only

So, tak kan senang2 je MMD nak bagi cam tu je ekkk... Dan syarat2nya simple je, cam blogger lain gak la..

1.  Mesti ada blog
2.  Mesti jadi follower (best part, MMD akan follow yours too, if MMD terlepas pandang, pls inform/shout me again).
3.  Terbuka pada blogger wanita & lelaki, for guys, boleh pass voucher tu pada gf or wife la kan...
4.  Buat satu post kat your own blog dengan title "My Mom's Diary Give Away - No. 1", tulislah apa2 pun pasal blog MMD ni. Nak kutuk, komen, beri pendapat/cadangan pun boleh. As I said, anything!!!
5.  Tag at least 2 kawan blogger lain.
6.  Tinggalkan komen with your article's entry di ruangan komen di bawah untuk MMD buat lawatan rasmi
7.  Pemarkahan:
a)  Article/post yg paling kreatif = 50%
b)  Komen terbanyak pada mana2 post MMD = 30%
c)  Jika anda follower ke 50, 100, 150, 200, 250 dalam tempoh peraduan = 20% (sila paste kan bukti)
8.  Keputusan akan di war-warkan dalam masa seminggu selepas tarikh tutup
9.  Keputusan adalah muktamat
10.  Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23/04/2011 @ 12midnight

Jadi, apa lagi.  Follow, comment and grab the present now!

As Salam.

Wednesday, March 23, 2011

SFFLA Gala Dinner 25/03/2011

As Salam

Hari ini dapat 2 kad jemputan untuk ke SFFLA Gala Dinner.  Kalau tak silap, last Gala Dinner yg SFFLA organised pada tahun 2006. Rupa2nya dah nak 5 tahun SFFLA tak buat untuk Members dengan sebab dan musabab yg boleh diterima oleh Members.

Apa tu SFFLA?  Singkatan untuk Selangor Freight Forwarders & Logistics Association.  Ahli2nya adalah syarikat yg berhubung kait dalam bidang pengangkutan dan logistik cam syarikat tempat MMD bertugas ni la.

Kali ini agak grand jugalah tempatnya, Premiere Hotel di Bandar Bukit Tinggi, hotel terbaru dan terbesar di kawasan Klang/Port Klang dan baru je dirasmikan. MMD dah tengok room ratenya, between RM160 to RM360 per nite. Ada bilik untuk smoker and non-smoker. Sape2 yg nak ke sana, boleh check kat sini, Premiere Hotel

Tapi yg tak seronoknya, hotel ini terlalu dekat dengan rumah MMD, mungkin tak ada peluang untuk menginap kat sana.

Jemputan kali ini juga hebat2 seperti yg diwar-warkan oleh SFFLA.

"The coming of 2011 (38th years) is significant for SFFLA recording a membership of more than 550 company members. The relevant Ministries, Royal Malaysian Customs, Other Government Agencies, Port Terminal Operators, Main Lines Operators, Other Standard and Authoritative Bodies both Local / International are acknowledging our representation."


As Salam.

Tuesday, March 22, 2011

RM1000 dari Nuffnang Backlink Tertinggi ?

As Salam



:: NUFFNANG = RM1000!! ::

petikan daripada blogger lain:
Salam..
jgn mrh yer..
ni juz strategi dlm blogging..
sy bace dr satu blog ni..
die soh wt mcmni..
ape slh mncuba..
kn??
cara dia bgini

Kalau korg dpt terapkan cara ini dengan btul kt web / blog korg, maka akn blaku kesibukan lalu lintas pengunjung yang luar biasa tiap2 ari..xpyh nk bersusah payah memikirkan SEO atau berpenat-penat utk promosi blog/bisnes kite kt sume org..
Blog jgk akn dibanjiri backlink secara signifikan dari hari ke hari, tanpa bersusah payah link kesemua tempat di dunia Internet.
meh le kita pakat cuba…
Perkara yang harus korg lakukan adalah ikut langkah-langkah berikut:-
1. Tulis posting artikel mcm posting aku ni, dgn cara or gaya tsendiri atau copy-paste je artikel ni. Then, bg tajuk yg menarik.
2. Korang hanya perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang korg tuliskan dalam blog / web.
3.
  1. pVidia Blog
  2. Stop Dreaming Start Action (Jonru)
  3. Bisnis di Internet
  4. Blogging-Surfer
  5. Tintalughahwi
  6. Igauan
  7. Ad-dai’
  8. kakngah
  9. Zie Fauzi
  10. Happiness (zuliana)
  11. Luciano Bove
  12. The Bladerz
  13. Bijakjaya
  14. jomrileks
  15. My Mom's Diary
PERATURAN

1. Sebelum meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korg, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

Sebagai menghargai blog ke 15 yg memperkenalkan tips ini kepada korang, korang WAJIB klik dulu pada blog no. 15 yg asal sebelum menukarkannya kepada blog korang di No. 15. Tiada halangan jika korang ingin klik pada blog2 yg lain juga. Terserah!

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62

YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka korang akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang korang tak pernah bayang sblum ni.Jika ada pengunjung ke blog korang dari Link List yang disebutkan di atas maka korang akan secara automatik dapat lalu lintas ke web / blog korg jgk.

Ingat! Aturan permainan,link blog korg harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan aku jika korg tak ikut cara ni dgn betul dan link korg tiba2 berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).

OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.

My Mom's Diary – Apa pendapat anda? Pernah mencuba..apa hasilnya?Jom kita rileks sama-sama buat dan tgk apa hasilnya..

As Salam.

Rumah P. Ramlee, Penang - Jan 2011

As Salam.

Register di Hotel Royal Penang.  Since bilik2 belum ready, kami ambil keputusan untuk menjelajah dulu ke destinasi pertama.  Tempatnya Rumah P. Ramlee.  Since pertama kali ke Penang dengan berkenderaan sendiri, agak berpusing2 juga mencarinya.  Banyak jalan sehala di Penang. Sebenarnya tempatnya tak lah begitu susah nak cari, mungkin  tak berapa mahir membaca peta, ingatkan simpang2nya masih jauh, tup tup rupanya dah terlepas simpang.

Enjoice beberapa keping gambar yg MMD ambil semasa lawatan tu. Tak perlu nak story panjang2 tentang Arwah P. Ramlee, semua orang dah tau dari sekecil budak hinggalah yg dah tua2.
















Jenis Darah - cermin peribadi anda

As Salam.


Golongan darah A 
  • Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
  • Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
  • Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
  • Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.
  • Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
  • Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
  • Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'. 
Golongan darah B 
  • Orang yang bergolongan darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
  • Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
  • Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian banyak hal yang dikerjakannya.
  • Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap rata-rata. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain. 
  • Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
  • Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang. 
Golongan darah O 
  • Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
  • Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
  • Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain.
  • Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
  • Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
  • Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
  • Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai. 
Golongan darah AB 
  • Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
  • Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati 
  • Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
  • Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
  • Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
  • Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.
Kredit untuk http://fazreenfathil.blogspot.com/

MMD suka dengan result darah O bcoz MMD berdarah O.

As Salam.

My sweet sweet sugar Perlis - Jan 2011

As Salam.

Terpukau dengan keluasan kawasan tanaman gula di Perlis.  Sejauh mata memandang.  Tapi yg hairannya..apasal kadang2 gula tak cukup di kedai2.  Apa2 pun, kat rumah MMD kurang menggunakan gula.  Kadang2 sebulan pun tak leh nak habiskan gula sekilo. Yang penting, kurangkan gula dalam makanan tapi mesti lebihkan manis dalam senyuman.  Petua awetttts muda!

Dalam perjalanan ke Padang Besar.

Sawah padi la....

Pokok tebu bersepah2 hingga tepi jalan.  Tak de pulak orang berhenti kereta menikmati beberapa batang tebu buat basah tekak yg kering.




As Salam.

Monday, March 21, 2011

From Penang to Padang Besar - Jan 2011

As Salam

Dah alang2 berada di Penang, we decided naik ke Padang Besar. Tak shopping sangat tapi adalah beli beberapa helai baju untuk anak2.  Lagipun dah banyak tahun tak ke Padang Besar.

Peringatan pertama...jangan seludup barang! Jaga-jaga depan ada Kastam!

Di kedai dekorasi rumah.

Cantik2 semuanya.


Di komplek bebas cukai. Jom cuci mata!



My hubby borong buah gajus, kerepek2, siap beli sos tomyam botol besarrrrr lagi!

Pernah jumpa atau minum soft drink ni? Jenama Maksuri, warna hijau, jernih & biru.

Banyak huruf2 dah tarcabut...sapela nak baikpulih ni?


Dah tak jauh MEKAH...hanya 6685km je dari Kedah. InsyaAllah, akan sampai ke sana satu hari nanti.
On the way back to Penang.

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...