As Salam.
Tahu tak apa yang menarik dan santai di Penang? Sudah tentu seni lukisan di dinding2 sebagai daya tarikan pelancung.
Selepas keluar dari Penang 3D Trick Art Museum dalam pukul 3pm, my beloved hubby terus masuk ke jeti untuk menaiki feri. Boleh rehat sekejab semasa dalam feri sementara nak menempuh perjalanan yang jauh balik ke Port Klang. Sebelum naik ke feri, beratur panjang juga. Oh ya. my Mem besar tak pernah naik feri lagi. So, ambil peluang ni sekali untuk bagi my Mem besar merasai pengalaman menaiki feri. Lea tengah mamai dikejutkan oleh my beloved hubby. Nanti kalau tak kejut bising pulak tak sedar yang dia naik feri.
Sedihnya jem teruk sepanjang perjalanan. Singgah di R&R untuk isi perut dan solat. Ramai betul orang. Mungkin kerana jem yang panjang berjela dan merehatkan badan dan minda sebentar. Makan nasi ayam dan beli karipap. Lea kata, karipap gergasi yang macam ibu pernah buat. Lea makan 2 pinggan nasi ayam. Lapar betul dia. Masa breakfast pagi tadi, dia hanya makan honey star 2 mangkuk kecil. MMD pernah buat karipap yang besar gedabak. Makan sebijik dah kenyang setengah hari. hahahaha.
Sampai ke Cheras Hartamas dalam pukul 9pm dan sampai ke Port Klang dalam pukul 10.30pm. Kemas2 untuk tidur. Anak2 bersekolah esok. MMD memang ambil cuti untuk menghabiskan baki cuti tahun lepas. Kalau tidak, burn saja2.
Balik semula pasal wall painting @ street art, antara yang sempat MMD capture dari dalam kereta. Memang cantik dan kreatif. MMD tak larat nak explore dengan berjalan kaki. Maklumlah, nak kena sorong Hazry jauh2 dan di bawah panas matahari. Elok2 Hazry sihat terus demam agaknya.
OK. Itu saja apa yang MMD jumpa. Walau tak banyak, sekurang2nya ada jugak la kan????
Jumpa lagi di entry akan datang. Baby twin dah besar.
As Salam.
Monday, April 13, 2015
Penang Street Art - Day 2 (part 2)
Labels:
Malaysia - Penang
Saturday, April 11, 2015
Penang 3D Trick Art Museum - 05/04/15 Day 2 (part 1)
As Salam
Dah kenyang tengok burger besar dari Zul's Burger semalam kan? Alhamdulillah....
Pagi2 dah bersiap2 untuk breakfast di tingkat 1. Pilihan makan agak standard tapi cukuplah untuk buat alas perut sebelum aktiviti seterusnya. Antaranya nasi lemak, kuew tiau goreng, bubur, cereals, roti, salami dan sebagainya. MMD dah siap2kan 2 mangkuk bubur untuk disejukkan untuk Hazry Mangkuk kecil je setiap satunya. Lea siap dengan baju renangnya masa breakfast.
Sambal nasi lemaknya sedap. Macam sambal kat kampung2 je.
Lea dengan happynya control pool sorang2. Tak orang lain masa tu. MMD naik semula ke bilik, tinggalkan my beloved hubby jaga Lea kat pool. MMD kena siap2 semua sebelum check out.
Pukul 10.30am, semua turun ke lobby. Check out dan tunggu lagi my beloved hubby turunkan kereta dari parking lot kat atas. Sempat posing2 dulu kat lobby. Check in dan check out sangat2 senang urusannya. Thanks to Ms Cling.
Tempat tujuan utamanya ialah Penang 3D Trick Art Museum. Ini penangan entry dari blog RedMummy.com la ni. Parking kereta tak jauh dari tempat ni. Bertempat di no. 10, Lebuh Penang, GeorgeTown, Penang. Tak jauh dari Fort Cornwallis. Tiket masuk RM15 untuk dewasa, bagi kanak2 dan warga emas RM10. Hazry yang status OKU pun kena bayar RM15, rasa tak patut je.....
Nak masuk pun di beri gap sikit antara tetamu supaya tak jem di satu2 tempat tu. Bagus juga ideanya. Bolehlah tetamu ambil masa untuk berposing sakan.
MMD tak nak cerita banyak2. MMD perturunkan kenangan di tempat ni untuk kenangan bersama.
Anak2 MMD memang suka sangat2. MMD pun apa kurangnya. Pada mulanya MMD budget mungkin akan ambil masa kurang dari sejam je kat dalam tu tapi akhirnya lebih dari 2 jam. Tak sedar masa berlalu bila asyik bergambar. Memang berbaloi masuk ke tempat ni.
Kat Penang ada 2 lagi tempat yang hampir sama dengan 3D Trick Art Museum ni iaitu Penang Amazing World Studios dan juga Made in Penang Interactive Museum. Amazing World terletak berhadapan dengan jeti feri dan Made in Penang hanya bersebelahan je. Nampak canopy yang berwarna-warni tu, tu la dia.
Ok. Dah sampai masa untuk bergerak balik ke KL. Selamat tinggal Pulau Pinang. Hingga ketemu lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)