Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya 2012

As Salam

Selamat Hari Raya dari MMD sekeluarga kepada semua friend lists MMD.  MMD kali ini berhariraya di kampung MMD, Terenganu. Macam tak tau kan?? Apa kelas beraya kat Port Klang belah my hubby since hari2 duduk di Port Klang...jangan marah ye my beloved hubby!!!

Tengahari tadi sampai.  Walaupun bergerak dari Port Klang pukul 4pagi, dek kerana ada jem sikit sebelum sampai Maran dan macam biasalah, MMD kena singgah lebih dari satu R&R untuk urusan anak2 MMD.  Akhirnya sampai juga dalam tengah hari Sabtu.

Sempat berbuka puasa hari terakhir dengan my MEM besar.  Alhamdulillah.  Rezeki makanan pun banyak.

Ini baru sebahagian dari anak2 dan cucu2 MEM besar.

As Salam.

Friday, August 10, 2012

Sunshine Programme

As Salam

Dalam sibuk2 menguruskan urusan pertunangan adik bungsu MMD, MMD masih sempat lagi menghadiri 5 kelas/mingguan anjuran Public Mutual dan antara gambar2 pada majlis graduation nya. Group MMD telah memenangi sales tertinggi sepanjang tempoh program tersebut.

Program ini adalah untuk mengasah minda dan menajamkan lagi skil untuk membuat sales kepada orang ramai tentang kepentingan menyimpan dari umur muda melalui wang EPF atau pun cash.  Sesiapa yg berminat untuk melabur ke dalam syarikat amanah saham swasta no. 1 di Malaysia amatlah dihargai.  Pilihlah dana2 berlandaskan syariah agar kita tidak merasa sangsi dan was2 dengan pulangannya.

Bersama-sama dengan group member yg happening!!

Bersama Branch Manager Klang.

As Salam.

Thursday, August 9, 2012

Majlis bertunang 30/06/12

As Salam

Majlis yg sepatutnya bermula pada pukul 3pm terlewat hampir 1 1/2 jam akibat rombongan dari pihak lelaki tersangkut dalam kesesakan lalu lintas dari KL untuk sampai ke Port Klang.  Itu tidak menjadi masalah pun  bagi kami sekeluarga. 

Pihak lelaki berasal dari Kuantan, Pahang.  So...adik bungsu MMD tak de alasan lah tak balik beraya ke KTrg nanti (bila dah sah berkahwin)..dah sehaluan je.


Wakil keluarga berbincang2.



Selepas selesai urusan pertunangan.  Bergambar kenangan dengan bakal mak mertua masing2.

Selamat menjadi tunangan orang yea Adik.... InsyaAllah tahun depan ada kenduri kahwinnya.

As Salam.

Wednesday, August 8, 2012

The Hantaran

As Salam

Sesuai dengan majlis yg kecil, adik bungsu MMD sendiri yg gubah barangan hantarannya. Antaranya....








Opsss, lupa nak inform, sirih tu adalah hasil kreativiti my beloved hubby dan adik ipar MMD dari Melaka...Jangan tak tau....hasil tangannya selalu menjadi...simple je kan?

As Salam.

Tuesday, August 7, 2012

Pre posing sebelum bertunang

As Salam

Lama betul nak tengok wajah bakal tunangan orang kan?  Ni lah dia adik bungsu MMD. Berposing dulu sebelum acara sebenar.

Dengan MEM besar dan juga mak2 saudara.


Dengan adik beradik perempuan.


As Salam

Thursday, August 2, 2012

Cukur jambul untuk Aisy !!

As Salam

Ni la budaknya yg akan dicukur jambulnya.  Baru 4 bulan umurnya masa acara ni berlangsung.  Besarkan?  Apa taknya, masa lahir pun dah 4 kilo.....

Ni Aisy dengan MEM besar kami...



Preparation untuk cukur jambul.  Tak dapat cari kelapa kuning muda, bekas kaca pun jadi lah...

Akhirnya acara cukur jambul selamat dilaksanakan.  Alhamdulillah!

Haa... ni dia, selepas dibotakkan oleh Mamanya. But still cute & chubby kan?

As salam.

Wednesday, August 1, 2012

Makan-makan lagi 30/06/12

As Salam

Akhirnya hari yg ditunggu2 dah tiba. 

Disebabkan acara ni adalah milik adik bungsu MMD yg nak bertunang, dia pilih khemah berwarna pink dan putih.  Sewanya dengan jiran sebelah rumah MMD je dengan harga cantas diskaun...he he he. Bukannya majlis besar2an pun, sekadar majlis kecil je.  Jemputan pun dikalangan ahli keluarga dan kawan2 terdekat je.


Pasal makanan pulak, MMD ambil dengan caterer kawan my beloved hubby. Antaranya adalah... nasi beriani, ayam masak merah, daging masak hitam, kuah dalca serta papadom.  Ada 3 jenis kuih2 sebagai pencuci mulut.




Harganya amat berpatutan dan kuantitinya amat banyak berbanding dengan caterer yg sebelum ni MMD tempah.  Memang berbaloi sangat2.  Jika ada sesiapa yg ingin menempah, bagitau je MMD.  MMD memang rekomen caterer ni.

Alhamdulillah, MMD pun sempat menghantar beberapa bungkusan nasi dan lauk pauk ke surau berdekatan dengan tempat tinggal MMD.  Sanak saudara pun balik tidak dengan tangan kosong.  Ada bekalan masing2.  Syukur atas rezekiNya.

As Salam.

Tuesday, July 31, 2012

Goodie bags

As Salam

Tarikh untuk majlis pertunangan adik bungsu MMD semakin hampir.  Antara goodie bag yg disediakan banyak jenis juga...3 jenis je rupanya!!

Satu untuk majlis cukur jambul anak saudara MMD yg datang kat sini dari Melaka. Ada beberapa items kat dalam setiap jenis bag tu, dah snap gambar sebelum siap sepenuhnya.



Satu untuk  majlis bacaan doa selamat dan tahlil. Bahulunya lembut dan siap packing ikut warna kegemaran masing2. Ownernya pun mesra pengguna.  Nak tempah kat sini yea...



Last untuk tetamu majlis pertunangan. Homemade coklat yg dalam botol2 kecil tu.  Nak order?  Cari je kat sini


As Salam.

Monday, July 30, 2012

Lompat si katak lompat...

As Salam

Lompat si katak lompat, lompat lah tinggi tinggi...opsss bukan si katak yg melompat, tapi puteri kesayangan MMD yg melompat2. Lea..tinggi lagi!



Ibu, cukup tinggi tak? Boleh la....MMD jawab..he he he

Sebelum meninggalkan POGH, ini gambar terakhir buat kenangan dengan kuda yg tiba2 bertukar menjadi kuda emas.  Alangkah bagusnya jika ianya betul2 emas.  Boleh MMD kikis sikit2 buat belanja harian. Berangan je lebih tu!!

As Salam.

Saturday, July 28, 2012

Adidas pujaan hati ku

As Salam

Sambil2 meronda2 kat MSM, my beloved hubby memang mencari2 outlet Adidas. Ingatkan dia tak jumpa..kih kih kih...rupanya dia lagi laju dan jumpa outlet tu.




Apa lagi, 4 helai T-shirt jadi habuan mereka berdua.  Berdua?? Ye lah..Hakim pun ikut sama dengan ayahnya test2 baju2 tu. MMD jadi pemerhati terhormat je.  Layan je la...Demam bola la katakan...

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...