Thursday, August 2, 2012

Cukur jambul untuk Aisy !!

As Salam

Ni la budaknya yg akan dicukur jambulnya.  Baru 4 bulan umurnya masa acara ni berlangsung.  Besarkan?  Apa taknya, masa lahir pun dah 4 kilo.....

Ni Aisy dengan MEM besar kami...



Preparation untuk cukur jambul.  Tak dapat cari kelapa kuning muda, bekas kaca pun jadi lah...

Akhirnya acara cukur jambul selamat dilaksanakan.  Alhamdulillah!

Haa... ni dia, selepas dibotakkan oleh Mamanya. But still cute & chubby kan?

As salam.

Wednesday, August 1, 2012

Makan-makan lagi 30/06/12

As Salam

Akhirnya hari yg ditunggu2 dah tiba. 

Disebabkan acara ni adalah milik adik bungsu MMD yg nak bertunang, dia pilih khemah berwarna pink dan putih.  Sewanya dengan jiran sebelah rumah MMD je dengan harga cantas diskaun...he he he. Bukannya majlis besar2an pun, sekadar majlis kecil je.  Jemputan pun dikalangan ahli keluarga dan kawan2 terdekat je.


Pasal makanan pulak, MMD ambil dengan caterer kawan my beloved hubby. Antaranya adalah... nasi beriani, ayam masak merah, daging masak hitam, kuah dalca serta papadom.  Ada 3 jenis kuih2 sebagai pencuci mulut.




Harganya amat berpatutan dan kuantitinya amat banyak berbanding dengan caterer yg sebelum ni MMD tempah.  Memang berbaloi sangat2.  Jika ada sesiapa yg ingin menempah, bagitau je MMD.  MMD memang rekomen caterer ni.

Alhamdulillah, MMD pun sempat menghantar beberapa bungkusan nasi dan lauk pauk ke surau berdekatan dengan tempat tinggal MMD.  Sanak saudara pun balik tidak dengan tangan kosong.  Ada bekalan masing2.  Syukur atas rezekiNya.

As Salam.

Tuesday, July 31, 2012

Goodie bags

As Salam

Tarikh untuk majlis pertunangan adik bungsu MMD semakin hampir.  Antara goodie bag yg disediakan banyak jenis juga...3 jenis je rupanya!!

Satu untuk majlis cukur jambul anak saudara MMD yg datang kat sini dari Melaka. Ada beberapa items kat dalam setiap jenis bag tu, dah snap gambar sebelum siap sepenuhnya.



Satu untuk  majlis bacaan doa selamat dan tahlil. Bahulunya lembut dan siap packing ikut warna kegemaran masing2. Ownernya pun mesra pengguna.  Nak tempah kat sini yea...



Last untuk tetamu majlis pertunangan. Homemade coklat yg dalam botol2 kecil tu.  Nak order?  Cari je kat sini


As Salam.

Monday, July 30, 2012

Lompat si katak lompat...

As Salam

Lompat si katak lompat, lompat lah tinggi tinggi...opsss bukan si katak yg melompat, tapi puteri kesayangan MMD yg melompat2. Lea..tinggi lagi!



Ibu, cukup tinggi tak? Boleh la....MMD jawab..he he he

Sebelum meninggalkan POGH, ini gambar terakhir buat kenangan dengan kuda yg tiba2 bertukar menjadi kuda emas.  Alangkah bagusnya jika ianya betul2 emas.  Boleh MMD kikis sikit2 buat belanja harian. Berangan je lebih tu!!

As Salam.

Saturday, July 28, 2012

Adidas pujaan hati ku

As Salam

Sambil2 meronda2 kat MSM, my beloved hubby memang mencari2 outlet Adidas. Ingatkan dia tak jumpa..kih kih kih...rupanya dia lagi laju dan jumpa outlet tu.




Apa lagi, 4 helai T-shirt jadi habuan mereka berdua.  Berdua?? Ye lah..Hakim pun ikut sama dengan ayahnya test2 baju2 tu. MMD jadi pemerhati terhormat je.  Layan je la...Demam bola la katakan...

As Salam.

Friday, July 27, 2012

San Francisco here we come!

As Salam

MMD ke USA ke? 

Belum sampai masanya lagi.  Mungkin satu hari nanti, InsyaAllah sampailah kat situ.   Kali ni MMD singgah ke restoran bernama San Francisco je dulu.  Makan minum kat situ sebelum ke destination berikutnya.






Kegemaran abang Hakim tu....


As Salam.

Thursday, July 26, 2012

Berbot ke Mines Shopping Mall

As Salam.

Anak2 MMD gembira sangat bila berpeluang menaiki bot dan menikmati keindahan alam sepanjang perjalanan di tasik sebelum sampai ke Mines Shopping Mall.

Dapat tengok rumah2 cantik dan juga burung2 bangau sana sini.



Alangkah bertuahnya jika MMD juga mempunyai tempat yg sebegini cantik dan tenang di Port Klang. he he he he  Berangan je la...

As Salam.

Wednesday, July 25, 2012

Santai-santai di POGH lagi

As Salam

Hujung minggu yg tak ada plan ke mana2.  MMD sekeluarga merayap lah ke POGH di Seri Kembangan.  Dah lama rupanya MMD tak singgah hinggakan kuda yg dahulunya berwarna hitam dah bertukar ke warna keemasan sekarang.


Posing sana, posing sini, gitu2la MMD especially anak2 MMD.



Abang Hakim sempat exerise sebentar sementara MMD berposing dengan Lea.


Rasa nak mandi je kat air terjun tu...


As salam.

Tuesday, July 24, 2012

The Pelamin

As salam

My beloved hubby dah bertungkus lumus menyediakan pelamin permintaan adik bungsu MMD untuk upacara pertunangannya pada 30/06/12.  Akhirnya inilah yg terjadi.


Biarlah MMD berposing dulu ekkk.  Nak tengok siapa bakal tunangan orang tu?  Tunggu...


Lama juga tempoh masa yg diambil oleh my beloved hubby.  Maklumlah buat sikit2 pada waktu petang2 gitu.


Abang Hakim tengah adjust lampu2.


Adik MMD sedang lekatkan bunga2 putih.  Bunga2 ni hasil kerjatangan seorang lagi adik MMD yg tinggal di Melaka tu. Langsir2 tu je yg MMD tolong jahitkan.  Yg lain2 tu, tangan MMD keras semacam je...he he he


Begitulah gotong royong projek pelamin untuk majlis pertunangan adik bungsu MMD.
As salam.

Monday, July 23, 2012

Selamat Berpuasa...

As Salam

Lama betul MMD tak update apa2 story mory kat sini.  Tersangatlah sibuknya dengan segala urusan. 

Sempena kedatangan bulan Ramadhan ni, MMD memohon kemaafan jika ada tulisan2 MMD di blog kecil ini menyinggung sesiapa saja yg singgah dan membacanya.

MMD berharap agar MMD ada masa terluang untuk update beberapa sejarah terlakar pada bulan June & July ni.  Walaupun sudah basi sejarah tu, MMD masih perlu updatekannya agar menjadi ingatan dan kenangan di masa akan datang.

Selamat berpuasa dan jangan terlalu berlebihan ketika berbuka puasa.  Membazir amalan yg tidak baik.  Lebih baik kita menyimpan untuk masa akan datang.  Selak2 lah entry terbaik ni.

As salam semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...