As Salam
Rasa2nya baru lagi MMD blogkan pasal anak istimewa MMD, Hazry pasal birthdaynya. Ya, dah 12tahun Hazry sekarang. Alhamdulillah kerana diberikan umur yg panjang padanya.
Macam selalunya, MMD belikan kek sebagai meraikan majlis kecilan di rumah aje. Bukan Hazry makan pun kek tu. Selepas sesuap dua, dia dah tolak untuk menelannya. Yang lain, dah tentu kami semua yg menghabiskannya.
Berapalah lemak terkumpul ni....masa makan tak ingat pun, bila dan kenyang, barulah berkira2 lemak tepu tu.
Ini sebenarnya sesi berebut Tab. Semua nak pegang Tab. Akhirnya abang Hakim menang, sudah tentulah kan... Hazry pun memang asyik menengok setiap kali abang atau adiknya mengadap games. Nak main, tak pandai, tengok je la...
As salam.