As Salam
Ada juga hari2 yg MMD sangat2 malas nak masak. Yang menjadi mangsa sudah tentulah my beloved hubby yg terpaksa start kereta dan bawak MMD anak beranak ke destinasi makan yg cepat dan ringkas.
Antara shopping complex yg berdekatan dengan rumah MMD ialah Giant Bandar Bukit Tinggi. Apa lagi, pilihan kami ialah.....
As Salam.
Thursday, December 8, 2011
Wednesday, December 7, 2011
Pari bakar vs steamboat
As Salam.
Lama benar rasanya MMD tak update blog kecil ni. Ada lah juga beberapa backdated entries yg akan keluar nanti. Ada ke orang datang singgah kat sini dan baca? Perasan sikit....kah kah kah.
Baru2 ni, MMD adalah beli grill dan periuk steamboat. Bukan yg berjenama pun. Harga pun murah2 je. Yang penting kegunaannya mencapai matlamat.
Banding punya banding harga di beberapa kedai elektrik dan juga di Courts, harga di Econsave lagi murah. So, MMD pun belilah kat situ je.
Kalau dah beli, mestikah kena gunakannya! Kalau tak, haru biru kena sound dek my beloved hubby.
Malam tu juga MMD berhempas pulak menyediakan bahan2 seperti ikan pari, ikan kembung..ha ha..itu yg dah kat dalam peti ais. Untuk steamboat pulak, my beloved hubby beli kangkung, udang, fishball, fish cake etc etc.
Masa kat ES, Lea sempat sambar sepasang selipar merah jambu... ehmmmm, anak ku ni memang hantu merah jambu. Semuanya nak warna merah jambu. Tak kisahlah....asalkan dia gembira.

Tuesday, November 22, 2011
Happy Birthday Abang Hakim!
As Salam
Actually Abang Hakim's birthday jatuh pada 21/11/2011. Happy birthday abang!!!! Ibu sayang abang dan adik2. Jaga diri, jaga tingkah laku dan yg penting, belajar rajin2.
Semalam, MMD memang tahap malas nak pergi kerja, so ambil emergency leave. Sambil2 tu, selesaikan urusan rumahtangga pada sebelah pagi dan tiba2 terasa nak ke KLCC.
Bukan apa sangat ke KLCC tu. Alang2 budak2 dah cuti sekolah, ambil peluang sekali berjalan2 kat sana. Ambil gambar sana sikit, sini sikit. Yang tak kurang pentingnya juga adalah nak redeem MAC cosmetic, hadiah kemenangan dari Jigocity.
Lepas tu, pergi makan Mixed Grill kesukaan Hakim sambil2 tengok bola Indo Vs Msia. Horey Malaysia MENANG!!!!
MMD sengaja tak beli kek untuknya lagi. Tunggu my "mem besar" datang hujung minggu ni. Boleh ke cam tu? Kek harijadi boleh tunggu2 ke? Ala....anak ibu kan? Mesti boleh tunggu punya.
As Salam.
Actually Abang Hakim's birthday jatuh pada 21/11/2011. Happy birthday abang!!!! Ibu sayang abang dan adik2. Jaga diri, jaga tingkah laku dan yg penting, belajar rajin2.
Alaihai...masamnya abang...say cheeseeee! |
Bukan apa sangat ke KLCC tu. Alang2 budak2 dah cuti sekolah, ambil peluang sekali berjalan2 kat sana. Ambil gambar sana sikit, sini sikit. Yang tak kurang pentingnya juga adalah nak redeem MAC cosmetic, hadiah kemenangan dari Jigocity.
Lepas tu, pergi makan Mixed Grill kesukaan Hakim sambil2 tengok bola Indo Vs Msia. Horey Malaysia MENANG!!!!
MMD sengaja tak beli kek untuknya lagi. Tunggu my "mem besar" datang hujung minggu ni. Boleh ke cam tu? Kek harijadi boleh tunggu2 ke? Ala....anak ibu kan? Mesti boleh tunggu punya.
As Salam.
Friday, November 11, 2011
11.11.11
As Salam
Apa menariknya tarikh di atas tu? Cantik angkanya. Senang nak ingat. Tak ada peristiwa penting sangat pun buat MMD sekeluarga pada tarikh ni kecuali.....
1. Hari ini MMD masih bernafas.
2. Hari ini, setakat ini masih sihat walafiat.
3. Hari ini masih dapat melihat matahari terbit dan berharap agar dapat melihat matahari terbenam juga.
4. Hari ini masih dapat menyediakan makanan untuk santapan keluarga.
Pada yang mengandung sudah tentu berharap agar baby akan keluar melihat dunia pada hari ini. Pada yg nak bernikah, sudah tentu dah lama memikirkannya untuk berjabat salam dengan Tuan Kadi pada hari ni.
Harapan MMD agar dapat bersama keluarga tersayang dan insan2 tersayang selamanya . Menyayangi dan disayangi selamanya. Amin

Sunday, November 6, 2011
Salam Aidil Adha
As Salam
MMD sekeluarga mengucapkan selamat meraikan hari raya Aidil Adha dan kepada yg menyempurnakan haji, didoakan agar mendapat haji yg mabrur.
لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد و النعمة لك و الملك لا شريك لك لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك

Wednesday, October 26, 2011
Pengemis yg hadooooo!
As Salam
Dah dua tiga hari ni MMD tak ada cerita menarik untuk dikongsikan bersama. Tapi semalam punya cerita cukup menyakitkan hati MMD.
Pernah jumpa pengemis kan? Biasala tu kat mana2 di Malaysia ni. Bukan saja orang tempatan, malah foreigner pun ramai.
Dua kes berlaku dalam masa tak sampai 2 jam MMD di Pelabuhan Klang malam tadi. Kes pertama ialah MMD jumpa pengemis ni di depan Maybank. MMD pergi withdraw duit sikit untuk belanja dapur. Pengemis perempuan yang tembam ni bertenggek kat lantai di depan pintu masuk bank dengan tangan kanan beranduh. Patah tangan kot. Bukan dia sorang je kat situ, siap dengan anak2nya sekali. Dari pengamatan MMD, mungkin anak2 perempuannya berusia awal belasan tahun dan yg lelaki kecik tu bersekolah rendah. Siap bermain2 lagi kat situ.
Targetnya tentulah orang yg keluar masuk bank, kan orang kerajaan dah dapat gaji. MMD pun buat tak layan je, terus masuk bank dan buat urusan yg patut. My beloved hubby tunggu kat luar bank. Dia pun perasan pasal pengemis ni.
Lepas urusan selesai, kami pun ke kereta semula dan terus ke gerai untuk makan malam. Nasi ayam je malam tadi. Cepat dan ringkas.
Sambil2 tunggu makanan sampai, datang sorang lelaki sedang meminta2 duit dari pelanggan kat gerai2 kat situ. Rasa tak sampai hati juga melihatkan kekurus keringannya tu. MMD pulak tak ada duit yg sesuai masa tu, hanya ada duit syiling je. Dah dia siap tunggu kat meja MMD, MMD pun bagilah duit syiling.
Apa jadi???
Dia berani cakap yg duit tu tak cukup nak buat beli nasi dan letak balik duit syiling yg MMD bagi tu kat meja dan berlalu pergi. MMD perasan kat tangannya dah ada beberapa keping duit kertas. Apa perasaannya bila kita ikhlas bersedekah tapi pengemis ni berlagak pulak. Rasa2nya kalau dikumpul2 even duit syiling tu, maunya boleh wat pergi Mekah ke, buat beli kereta ke...!!!
Dari ikhlas memberi, dah jadi sakit hati pulak...Tak pe lah, orang tak nak, MMD simpanlah balik duit tu.
Selesai makan, MMD pun singgah ke Giant Port Klang. Masa beratur nak membayar, MMD & my beloved hubby terperasan dengan pengemis perempuan kat depan bank tadi sedang bershopping juga di Giant dan beratur di depan MMD.
Kemana hilangnya anduh kat tangan kanan tu? Elok je tangan kanan tu!!!! Beli barang pun bukan yg murah2nya barang....
Kalaulah MMD bersedekah tadi, harus MMD bersemuka dengan dia dan tuntut balik duit MMD...ha ha ha buruk siku!. Nasib baik MMD tak bagi, jika tak....bertambah sakit hati lagi.
Bagi yang badan sihat walafiat tu, apa salahnya cari kerja yg halal dari jadi pengemis.
As Salam dan selamat bercuti sempena Hari Deepavali.

Wednesday, October 19, 2011
Kari kepala...
As Salam.
Apasal title tak cukup ayat tu MMD?
Saje2 nak propa. Sebenarnya, MMD masak kari kepala ikan. Ala...ikan yg MMD borong dalam entry yg lepas tu.
Weekend bolehlah masak lebih sikit bcoz boleh makan untuk 2 kali, tengahari dan malam. Kalau setakat sekali makan tu, 2 keping ikan pun dah cukup.
Zoom sikit biar you all terliur..!!!
As Salam. Jemput makan....

Monday, October 17, 2011
Makan bersila!
As Salam
Ingat entry MMD pasal borong ikan kat Kolam Memancing Kg Delek? On the way nak balik ke rumah, kan dah lewat kan kan kan kan? Apa lagi, MMD dah siap2 gantung periuk kat rumah. Dapur di isytiharkan tutup.
Kami pun singgah lah kat Najieha Seafood & Cafe, tak jauh dari kolam tu, berdekatan dengan flat Sri Perantau, Port Klang.
Ada macam2 kat situ, Chaw Kuey Tiaw, Chicken wing dan yg menarik perhatian MMD ialah set makan malam. Sesuai sangat dengan ahli keluarga MMD ni.
Dapat satu jug air buah. Pilih je air buah apa yg dikehendaki.
Tomyam campur untuk 2, kailan untuk 2, telur 2, sambal belacan dan ikan siakap masak 3 rasa pilihan MMD. Ikan tu boleh masak stim juga. Saiznya agak besar juga Tapi, since dah ada tomyam, MMD pilih yg bergoreng la pulak.
Nasi pulak..opssss. MMD lupa snap gambar nasi dalam pinggan. Banyak yg amat !!! Kalau untuk MMD, boleh makan untuk 2 orang. Hidangan nasi 4 pinggan.
Harga??? RM50 tak lebih, tak kurang. Berbaloi dengan hidangan dan citarasa MMD sekeluarga.
Satu lagi yg special kat sini, ada pilihan untuk makan di meja yg biasa dan juga untuk makan bersila. Yang bersila tu ada 5 slot kalau tak silap MMD. Abaikan muka berkilat MMD yg baru balik dari kolam memancing tu..he he he
Kalau berada di kawasan berhampiran, jangan lupa singgah kat Najieha Seafood & Cafe ni yea....

Friday, October 14, 2011
Suprise gift from Chocolat World
As Salam
Bulan Ramadhan tahun ni, banyak juga hamper dan soft drinks yg sampai kat rumah dan juga kat office. Tapi yg paling menarik adalah hamper dari Chocolat World, Subang Jaya.
Antara isi kandungannya...ehmmm semuanya MMD suka. Ada tart, kerepek, cookies, kek, kurma bersalut choc, serbuk untuk buat hot choc drink pun ada.
Kat mana nak cari? Kat sini je..... Thanks to Mr. DS & Ms. SL, company's client.

Very the moist!
Kat mana nak cari? Kat sini je..... Thanks to Mr. DS & Ms. SL, company's client.
As Salam.
Thursday, October 13, 2011
Jemputan pertama dan terakhir
As Salam
Antara gambar masa ke open house pertama. Kat rumah anak saudara belah my hubby di Setia Alam.
Open house terakhir yg MMD kunjungi, rumah keluarga parents adik kepada BIL di Ulu Klang. Tokey khemah.

Subscribe to:
Posts (Atom)