As Salam
Ingat tak entry open house di rumah MMD dulu? My beloved hubby requested for mee kari untuk dihidangkan pada tetamu.
Actually, itu kali kedua MMD buat mee kari dengan skala yg agak besar juga. Kali pertama MMD buat masa weekend untuk buka puasa. Terima kasih kepada Ain's Kitchen untuk resepi yg hebat ni dan juga tips yg bernas.
Selama MMD hidup dan berkahwin, memang sejarah tercipta dengan mee kari ni. Ye la...sebelum ni, kalau nak makan mee kari, MMD sekeluarga akan ke Subang Parade food courtnya.
Ini MMD copy & paste je la OK! Selamat mencuba dan kawan2 tak akan menyesal. Percayalah cakap MMD ni. Tak tipu punya...if my hubby kata sedap...means memang sedap.
1. Kalau nak buat mee kari yg sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh. Kalau nak bubuh AYAM, JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja. MEE KARI YG SEDAP RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING. Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG. Tapi, kalau nak lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!
2. Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.
3. Jika guna udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan ambil airnya. Hampasnya buang! Kalau rencah kerang, JANGAN pulak blender kulitnya, nanti blender rosak, susah pulak suami kena beli blender baru! Bila suami tanya, siapa ajar blender kulit kerang? Ain lah.. siapa lagi! Naya, naya!
4. Rempah kari yg sedap.... sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's. Tapi, seandainya ada netters yg ada better suggestion, please let me know.
5. Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu bahan yg perlu diempukkan dulu.
Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih. Dalam resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk, OK?
Ingrdedients:-
Satu senduk minyak masak
10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
10 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes-gunakan 50g serbuk kari daging
1 sudu besar cili blender
Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)-
3 biji kentang - potong kecil-kecil
Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)-
1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (Ajinomoto)
½ kilo sawi
Bahan-bahan sayuran:-
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng
Daun pudina (untuk lebh "ummpph")
Bahan option:
Ayam goreng yg dicarik-carik.
Directions:
Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga
dan bunga lawang. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.
Biarkan sekejap. Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake,
air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.
Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. Kacau sehingga mendidih. Matikan api.Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celur kan mee dan taugeh.Telur pun mesti telah siap direbus. Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan lain.Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping keluarga atau tetamu.
Actually, MMD pun ada adjust sana dan sini untuk disesuaikan dengan cita rasa MMD.
As Salam.