Saturday, June 18, 2011

Ucapan terindah sebelum lelap

As Salam

Antara ketiga2 anak MMD ni, setakat ni Lea saja yg terlebih manjanya.  Maklumlah the only daughter in the family.  Manjanya dengan ayahnya terlebih2 suda... Mana ayahnya nak pergi mesti dia nak ikut.  Pantang dengar ayahnya bukak pintu atau start engine kereta, dia dah siap2 tunggu ayahnya kat depan.

Waktu malam pulak, sikit punya susah nak tidur, jika ayahnya berjaga lewat, dia pun ikut sekali.  Tapi yg paling MMD suka sebelum Lea masuk tidur ialah...


1.  Baca Bismillah.
2.  Baca 2 kalimah syahadah - katanya kot2 mati tak sempat mengucap
3.  Kata-kata "mimpi indah ye...Ibu !"

Masa mula2 dengar Lea kata macam tu..MMD terkejut dan tak terfikir macam mana dia boleh ada kata2 macam tu kat dalam fikirannya tapi ianya sesuatu kata2 yg cukup indah buat MMD.

Anak2 anda bagaimana?

As Salam.

Teka Teki

As Salam

Rujuk gambar.  Cuba/try/test/cer teka:

1.  Apakah dia.
2.  Apakah kegunaannya.


Post terpendek yg pernah MMD hasilkan.

As Salam.

Friday, June 17, 2011

Hadiah misteri untuk pelawat ke 2602

As Salam

Jemputlah datang ke blog MMD yg tak seberapa ni.  MMD nak bagi hadiah ni.  Tak payah nak teka dan teki pun, tak payah wat entry panjang lebar pun.

Syaratnya senang dan mudah je.

1.  Jika anda pelawat ke 2602, sila print screen.
2.  Buat 1 komen di bawah post ni dan tinggalkan jejak serta email address untuk urusan penghantaran hadiah.
3.  Buka satu entry kat blog anda dengan tajuk "aku pelawat ke 2602 di blog MMD" dan just...i repeat, just upload gambar tadi. Tak payah nak cerita panjang lebar, but if you ada cerita menarik bila berkunjung kat blog MMD, dipersilakan...

As Salam.

Lea's window shopping

As Salam

Dalam 2-3 hari ni, setiap kali Lea bangun tidur, dia akan pesan to my hubby yg dia nak permainan ikan untuk dipancing2.  Last weekend, dia ada tengok permainan yg sama di rumah Cik Yus nya di Cheras. Itu la pasal, asyik teringat2 kot.

So, petang sebelum pergi jemput abang Hakimnya dari sekolah petang, kami pun singgah lah kat Giant Bdr Bkt Tinggi.  Barang yg di idam2kannya ada.  Tapi, bila dah tunjukkan padanya, "Lea tak nak lah yg ni Ibu"...

Pusing punya pusing...tunjuk beberapa jenis permainan...pun tak berkenan di hatinya.




Akhir sekali.. keluar Giant tanpa sebarang permainan untuknya. Ini baru betul budak2 window shopping.  Selamat budget ibu....ha ha ha.

As Salam.

Thursday, June 16, 2011

Gerhana Bulan 16/06/2011

As Salam

Pagi tadi sempat juga menikmati keindahan kejadian Allah SWT. Melihat betapa cantiknya bulan dari muka bumi ni, terasa kecil saja (dan dah memang kecil pun) MMD ni.  Allah Maha Besar ! Allah Maha Besar!

Antara gambar2 yg sempat MMD ambil pagi tadi, image kecil je bcoz camera pun kecil je...




Untuk image yg lebih jelas, cuba2 la jumpa dengan En. Google.

As Salam.

Bila anak lelaki berdandan!

As Salam

Dah seminggu anak sulung MMD, Hakim berpesan agar MMD belikannya gel or wax Gatsby.  Katanya, kat bekas tu ada huruf "G", warna oren, pakai sikit je dah kemas rambut. Katanya lagi, kawan2nya beli kat Tesco.  Itulah penangan pengaruh kawan2.

MMD pun tak ke arah Tesco lagi dalam masa seminggu ni, tapi ada ke Econsave untuk membeli brg2 dapur dan ambil peluang survey brg yg Hakim pesankan tu.

Yang ni yg MMD jumpa di Giant Bdr Bkt Tinggi...terus MMD snap photo nak tunjukkan pada Hakim and YESSSSSS... "ibu..yg ni lah ibu".


Malangnya, kat rak tu, hanya ada yg warna biru je.  Kata Hakim yg biru tu kasar sikit.  pandai lah ko Hakim .. tengok harga tu, almost RM25.00 ooooo.. Nanti ibu belikan untuk Hakim ye...yg tak cukup ibu tolong tambah..boleh tak? Boleh....tapi kena habiskan dulu gel yg ibu dah belikan sebelum ni.




As Salam.

Wednesday, June 15, 2011

D.I.Y. - grass cutting

As Salam

Aktiviti penjimatan untuk memotong rumput adalah aktiviti my beloved hubby sebulan sekali.  Bukan saja jimat kos mengupah orang, sekurang2nya dapat juga mengeluarkan peluh.

Memikirkan kos mengupah lebih kurang RM15-25 sebulan untuk memotong rumput di sekeliling rumah MMD, jadi lebih baik invest beli mesin rumput dan potong sendiri.  Lebih berbaloi.


The next aim kami sekeluarga adalah untuk melihat pokok di tepi kiri tu berbunga dan berbuah.  Pokok jambu madu.  Masa mula2 MMD beli dulu, batangnya sebesar ibu jari tangan MMD je.  Nah...tengok sekarang..rimbun bukan main lagi.... 

As Salam.

Tuesday, June 14, 2011

Tangan sejuk !!

As Salam.

Bercucuk tanam adalah salah satu hobi MMD.  Dulu2 masa tinggal kat apartment pun, MMD bercucuk tanam tanam juga. Keliling rumah ada pokok2 bunga dan juga pokok2 untuk kegunaan harian cam serai, pandan, kunyit, lengkuas, cili.  Oppps lupa nak bagi tau, apartment MMD di tingkat bawa sekali dan corner unit.

Selain dari tu, MMD siap tanam pokok pisang dan pokok mangga lagi.  Dapatlah juga makan hasil pokok pisang yg MMD tanam kat belakang rumah sampah tapi malangnya sehingga hari ni, pokok mangga kat situ tak berbuah2, ada 2 pokok mangga MMD tanam kat tepi apartment tu.  Pokoknya rendang dan banyak daun2.  Macam2 petua dah MMD ikut tapi tak juga berbuah2 sampailah MMD pindah ke rumah baru 2 tahun lepas. 

MMD beli 2 pokok mangga tut masa dapat kunci dulu2, terus tanam dan dah dapat makan hasilnya 2-3 kali sedangkan pokok di apartment masih lagi tak berbuah.  Even tak berbunga punnnnn!

Pokok yg ni tak sampai 5 kaki tingginya.  Alhamdullillah..dah merasa hasilnya.

Tomato ni my helper yg semai/tanam.  Berbuah2 juga la.


As Salam.

Monday, June 13, 2011

Chocolate Moist Cake

As Salam

Sesekali datang rajin wat kek.  Sebenarnya separa rajin je bcoz bahan2nya dah sedia ada kat rumah.  Tepung kek MMD dapatkan dari Cik E dari Melaka.

3 biji telur, pukul dengan garfu je dah cukup.

Masukkan 3/4 cawan susu pekat.

Masukkan 3/4 cawan margerin cair atau minyak masak.

Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata. Guna sudu atau sodek je.

Adunan dah siap dan sebati dan teramatlah comotnya.


 Kukus dengan api yg sederhana je.  Jika api kuat, adunan mungkin akan merekah di tengah2.

Dengan satu paket tepung kek, MMD dapat buat 3 bekas seperti di atas.  Tapi tak sempat nak wat topping, kek dah selesai masuk ke perut... very the moist !!!

Jika sudi untuk mendapatkan bekalan tepung kek, sila la ke link yg MMD letak kat atas tu.

As Salam.

Hazama Juara AF9

As Salam

Sesekali melayan AF dan memang menepati ramalan MMD.  Hazama juara AF9.  Seperti yg Ramli MS katakan, Hazama dah 3 batang di hadapan berbanding calon2 juara yg lain seperti Lena, Fina & Azri.



Berbaloi Hazama mencuba dan menunggu selama 5 tahun.  Lagu "Cinta Teragung" juga not bad at all.

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ulang Chorus
Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...