Monday, March 14, 2011

Ikan Bakar Umbai Melaka

As Salam

Setiap kali ke Melaka, MMD & sekeluarga tidak pernah lepaskan peluang untuk menjamu selera di Umbai. Kali ni pun sama.  Dah plan dengan my sister di Melaka untuk dinner kat luar je.

Enjoy dengan pilihan menu/gambar yg MMD pilih.

Sotong bersambal pedas

Pari bakar bersambal

Siakap stim

Kailan oyster sauce & kangkung belacan
Kat Melaka, menu2 di atas dimakan bersama2 dengan nasi lemak yg dibungkus kiut miut saiznya.  Tapi, kami yg dah biasa makan dengan nasi putih, tetap sebat nasi lemak + nasi putih juga.  Air buah satu jag besar. Otak2 pun menjadi pilihan anak2 MMD.

Harganya pun berpatutan.  Dengan makan untuk 6 orang dewasa & beberapa budak2, harganya tak sampai RM100.00 pun. 


Jika berkesempatan ke Melaka, singgahlah ke gerai no. 2 ni ye. Sri Kemajuan (Yusof Ikan Bakar). Gerainya sentiasa penuh sampai ke belakang. Masakannya sedap dan yg penting..harganya cuuuuunnnn.



As Salam.

Kemalangan Ngeri di Melaka

As Salam

Hari Sabtu baru2 ni berangkat ke Melaka. Tiada apa2 event yg menarik untuk ke Melaka kali ini.  Sekadar singgah semalam ke rumah adik sebelum bertolak ke Muar untuk menghadiri jemputan kawin pada keesokan harinya, hari Ahad 13/03/2011.


Perjalanan kami tersangkut dan berbaris panjang.  Seperti biasalah, tekaan MMD tepat.  Kemalangan dah berlaku.  Tempat yg samalah MMD sekeluarga tersangkut tak lama dulu akibat kereta tiba2 rosak.  Exactly berhampiran dengan exit 231, signboard ke Air Keroh.

Sebuah lori dengan kereta di sebelah kanan dan beberapa buah kereta yg rosak teruk berada di sebelah kiri.  Tak sempat MMD snap semua kenderaan yg terbabit dlm kemalangan ni.  Tapi yg paling teruk nampaknya kereta yg berpusing arah yg berada di sebelah laluan laju, sebelah kanan MMD.



Tak taulah ada kemalangan jiwa ke tak.  Nak berhenti tak boleh, laluan sesak gila. Apa2pun, MMD sekeluarga berharap agar tidak ada kemalangan jiwa.  Sekadar kenderaan rosak, boleh lagi buat tuntutan insuran, jika jiwa yg melayang...boleh tuntut jenazah je la..Jadi berhati2lah semua pengguna jalan raya.  Setiap pemandu bertanggungjawab ke atas diri dan juga orang yg dibawa bersama semasa memandu. 

MMD sangat suka dengan signboard peringatan yg MMD nampak di beberapa lokasi.."keluarga tersayang menunggu kepulangan anda, berhati-hatilah di jalan raya".  Banyak makna tersurat dan tersirat di ayat tersebut kan?

As Salam.

Saturday, March 12, 2011

Nasi Kerabu Sijangkang

As Salam.

Selamat pagi.  Dah bersarapan ke? Hari ini MMD ikut my hubby ke Banting untuk survey beberapa barang.  On the way balik, kami singgah di kedai di persimpangan antara Klang/Banting.

My hubby order nasi lemak sambal sotong dengan kerang.  As for MMD, selalu ambil peluang jika ada menu2 Pantai Timur.  Bukannya selalu dapat makan menu2 sebegini.  Lainlah jika balik ke kampung halaman di Terengganu.  Hari2 bedal !

MMD order nasi kerabu dengan kerang.  Pelayan kedai bertanya, "kak, nak budu?".  Ha ha ha, even MMD orang Pantai Timur, MMD tak pernah rasa budu dan belum teringin lagi nak makan nasi dengan budu.  Tak tau la kenapa MMD tak ada interest dengan budu ni.  Mungkin sebab my parent pun tak berapa dengan budu ni, so anak2 tak diajar makan budu.  Anyhow, ramai orang2 bandar sekarang dah pandai makan budu, ye tak?  Tak semestinya orang Pantai Timur je kan? MMD dikecualikan lah.

Pelayan letak sepinggan depan MMD, mak aiii, banyaknya!  Ni sarapan pagi ke dah terus "brunch"??

Enjoy gambar2 dulu.


Harganya pun murah, RM3.50, sambal kerangnya pun sesedap rasa. In fact, MMD tak dapat habisnya.  Terlalu banyak dan dah kekenyangan.

Jadi, jika berkesempatan melalui kawasan ni, singgah2 la ye!  Nama kedainya, RESTORAN ANJUNG SANTAI di Sijangkang.


Sekian.  As Salam.

Jualan Murah - Blouse China Silk

As Salam

Sekali lagi MMD nak let go beberapa blaus dengan harga yg tersangat menarik dan tertarik.  Saiz & kuantiti adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.  Kesemua blaus di bawah ini MMD lepaskan dengan harga RM60.00 sehelai termasuk kos penghantaran ke Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Pilih cepat2 yeaa...

Size: L, Qty: 1pc, Code: B1
Size: M, Qty: 1pc, Code: B2
Size: M, Qty: 1pc, Code: B3
Size: M, Qty: 1pc
Size: L, Qty: 2pcs
Size: XL, Qty: 1pc
Code: B4

Zip panjang dan riben di tengah bahagian dada.
 Apalagi, grab it now while the stock last.

As Salam.

Mintak Maaf..salah susu ! - Video

As Salam

Rakaman video di bawah tidak pernah mendapat kelulusan dari pihak penapis filem yg berwajib di Malaysia. Tidak pernah di arah oleh mana2 pengarah terkenal dan pelakonnya bukanlah pelakon handalan.

Ianya realiti yg berlaku di alam rumahtangga dan mungkin pernah berlaku pada kawan2 juga.

Tengok betapa hebatnya berlakon tanpa skrip.  Fikirkan anugerah apa yg patut diberikan kepada pelakonnya.

Happy viewing....

http://www.youtube.com/watch?v=anNwle8pHs0

Tersentuh dengan Drama Queen tu ?
Nota: jangan betulkan PC anda, rakaman kurang memuaskan. Harap maaf....salah susu!!!

As Salam.

Jualan Murah - Kebaya Indonesia

As Salam

MMD nak let go beberapa helai Kebaya Satin Indonesia with a very special price.  Saiz dan kuantiti adalah terhad.  Sila rujuk kepada gambar2 di bawah ni.



Kod: A1
Warna: Brown
Qty: 1pc + shawl
Saiz: M
Harga:  RM130 termasuk postage di Sem, S&S


Kod: A2
Warna: Gold
Qty: 1pc + shawl
Saiz: L
Harga:  RM130 termasuk postage di Sem, S&S



Kod: A3
Warna: Kelabu (Grey)
Qty: 1pc + shawl
Saiz: M
Harga:  RM130 termasuk postage di Sem, S&S



Kod: A4
Warna: Putih (White)
Qty: 1pc + shawl
Saiz: L
Harga:  RM110 termasuk postage di Sem, S&S




Kod: A5
Warna: Hitam (Black)
Qty: 1pc + shawl
Saiz: M
Harga:  RM110 termasuk postage di Sem, S&S

Jom, Jom, Jom shopping.  Sementara stok masih ada. Sesiapa yg berminat, tinggalkan komen di bawah ye..

As Salam.

Friday, March 11, 2011

Beauty Foot

As Salam.

Pernah terbaca atau tertengok produk ni?  Namanya Beauty Foot. MMD dah pun cuba.  Ini gambar packaging yg lama, yg baru sedikit pinky. 

Produk ni sesuai untuk siapa?
1.  Wanita mahupun lelaki
2.  Tua mahupun muda
3.  Yang menghadapi masalah kaki kematu, tumit pecah, kaki berdaki tebal.
4.  Untuk yg selalu inginkan sepasang kaki secantik bintang Hollywood kottt.

Cara pemakaiannya sangat mudah.  Dalam setiap pek ada sepasang, bentuknya seperti stokin. Mula2 buka kotaknya dan potong plastik di atas garisan dan masukkan kaki anda, klipkan dgn silnya. Anda masih lagi buat kerja2 lain semasa memakainya, tapi berhati2 kerana mungkin licin akibat plastik tersebut.  Lebih baik pakai selipar sebagai alas. Pakai selama 1 hingga 1 1/2 jam.  Bila cukup masanya, buka perlahan2 sarung tadi, jangan membazir, boleh dipakai oleh sorang lagi, in fact my hubby pakai semula selepas MMD.

Basuh kaki bersih2 dan tunggu hingga 5-7 hari untuk melihat perubahannya.  

MMD boleh lihat kesan seawal 3 hari.  Kulit mula menggelupas sedikit demi sedikit tanpa merasa sakit sedikit pun. Yang kelakarnya, kulit mati yg tertanggal bersepah merata tempat, dari bilik tidur sampai dalam kereta.  Ha ha ha.  Mula2 terfikir gak, cam ne jika orang asyik tengok kaki kita yg macam sakit kulit tu, tapi peduli apa...gua punya kaki !


Hasil dan kesannya sangat membanggakan dan berbaloi dengan harga yg ditawarkan. That's why MMD rekomen produk ni.

Teknologi dari Jepun ni memang terkenal di Malaysia sekarang.  Mempunyai kelulusan dari Biro Pengawalan Farmaceutikal Malaysia.  Boleh didapati di outlet SASA.  Harga runcit RM65.90 per pek.

Rahsianya...jika nak tempah melalui MMD, sure dapat harga diskaun punya.  Nak tak? Let me know OK!

As Salam.

Thursday, March 10, 2011

I love flowers

As Salam

Minah bunga juga MMD ni kan? Memang MMD suka bunga, dari bunga plastik sampai bunga hidup.  Suka tanam pokok2, suka tanam pokok2 bunga. Jangan tak tau, MMD siap ada tanam 7 batang pokok gaharu di luar compound rumah. 

Gaharu harganya mahal kan? Tau ke tak ni?  Manalah tau, in 10-20years time, pokok yg MMD tanam sekarang ni boleh mencecah harga double triple ribu riban! Sekarang pun dah ribu2 harganya di pasaran.  Itupun jika umur MMD panjang boleh tengok pokok2 tu membesar.

Jika tak sempat pun, harap2 pokok tu boleh menjadi tempat berteduh di sekeliling rumah. Berbudi pada tanah banyak faedahnya.

MMD juga suka ambil gambar bunga yg dah digubah.  Jika tengok kat hotel2 besar, dia punya style of decorationnya sangatlah cantik. Bukan apa, boleh di praktiskan di rumah pulak.  Jika kurang budget untuk beli bunga yg baru, at least boleh digubah semula dengan style yg berbeza. Taklah asyik tengok decoration yg sama je sepanjang tahun.

Apa2 pun, MMD turunkan beberapa keping flower decoration pilihan MMD untuk tatapan kawan2.

Enjoy ye...


Cantik?? Memang cantik.

As Salam.

Homemade Whipped Potato

As Salam

Hari ini sengaja curi tulang kat office.  Buat salah kenalah mengaku. Curi tulang nak postkan resepi kat atas tu.  Dah petang2 ni, dah kena cari idea apa nak masak bila sampai kat rumah nanti. Tapi resepi ni hanya boleh dipraktis pada weekend or public holiday and mix & match with other dishes.  If not, kebulurlah my hubby jika makan whipped potato je.  Tak pasal2 nanti my hubby ajak supper pulak.  Bila pulak MMD nak diet kan?

Enjoy the resepi and the photos taken personally by me, this is what we call homemade by my own hand.

Resepi:
a) Kentang, lada hitam, 1/2 cawan susu segar, garam

Rebus kentang dgn kulit2nya (bersihkan dulu sebelum rebus, if not, boleh buang kulit & rebus) agar senang mengopek kulitnya selepas empuk. Potong kecil2, tambah lada hitam, sedikit garam, putar gunakan "cake mixer" sehingga hancussssss.Tambahkan susu sedikit demi sedikit agar jgn terlalu pekat atau terlalu cair, sendiri mau fikirla...

b) Untuk sosnya:

i)650ml air, 5 sudu makan stok ayam (dlm botol), 1 biji bawang besar dicincang, 1 batang saderi dicincang.
Masakkan semua bahan2 i) hingga mendidih, tapis. Buang bawang dan saderi.
ii) 40gm mentega, 20gm tepung gandum, 1 sudu besar sos tomato, 1 sudu besar sos tiram, sedikit serbuk lada hitam, sedikit kicap, garam.

Masak mentega hingga cair, campurkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga tak berketul, masukkan bahan2 i) tadi, sos tomato, sos tiram, kicap, lada hitam. Jika terlalu pekat, tambah air masak. Rasa dulu sebelum tambah garam. Walleyyyy, siap.

Komen dari anak2 & anak2 buah masa organise BBQ  pada 25/12/2010." Angah, boleh buat lagi? Rasanya tak kalah dengan KFC punya".  Punyalah bangga ada orang puji! Ha ha ha, nanti Angah buat lagi ekkk..Itupun kalu menjadi lagi la. 
As Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...