Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

SFFLA Gala Dinner 25/03/2011

As Salam

Hari ini dapat 2 kad jemputan untuk ke SFFLA Gala Dinner.  Kalau tak silap, last Gala Dinner yg SFFLA organised pada tahun 2006. Rupa2nya dah nak 5 tahun SFFLA tak buat untuk Members dengan sebab dan musabab yg boleh diterima oleh Members.

Apa tu SFFLA?  Singkatan untuk Selangor Freight Forwarders & Logistics Association.  Ahli2nya adalah syarikat yg berhubung kait dalam bidang pengangkutan dan logistik cam syarikat tempat MMD bertugas ni la.

Kali ini agak grand jugalah tempatnya, Premiere Hotel di Bandar Bukit Tinggi, hotel terbaru dan terbesar di kawasan Klang/Port Klang dan baru je dirasmikan. MMD dah tengok room ratenya, between RM160 to RM360 per nite. Ada bilik untuk smoker and non-smoker. Sape2 yg nak ke sana, boleh check kat sini, Premiere Hotel

Tapi yg tak seronoknya, hotel ini terlalu dekat dengan rumah MMD, mungkin tak ada peluang untuk menginap kat sana.

Jemputan kali ini juga hebat2 seperti yg diwar-warkan oleh SFFLA.

"The coming of 2011 (38th years) is significant for SFFLA recording a membership of more than 550 company members. The relevant Ministries, Royal Malaysian Customs, Other Government Agencies, Port Terminal Operators, Main Lines Operators, Other Standard and Authoritative Bodies both Local / International are acknowledging our representation."


As Salam.

Friday, March 18, 2011

Lancome with Maqui Berry

As Salam.

Surf web Nuffnang tadi.  Terbaca pasal Lancome pun dah gunakan Maqui dalam produknya.  Siapa sangka Magui Berry Juice yg MMD minum hari2 ni dah mendapat tempat di hati Lancome. Ternyatalah Maqui mempunyai khasiat yg cukup tinggi anti-oksidanya.


Jangan lupa baca page GOD'S SUPER FRUIT dlm blog MMD ni. Nak beli or nak jadi member? Calling2 la MMD ok.

As Salam.

Monday, March 14, 2011

Walimatul Urus - Muar 13/03/2011

As Salam

Perjalanan kami dari Melaka ke Muar taklah berapa jauh.  Walaubagaimanapun, dek kerana tak pernah sampai ke rumah pengantin ni, terasa jugalah jauhnya kerana tak berapa kenal dengan jalan/laluan ke Bkt Naning.

Alhamdulillah...sampai juga kami atas jemputan En. Baharom & isteri Puan Esah sekeluarga.  Dapat bertemu mata dengan ramai sanak2 saudara yg jauh dan dekat di sana memeriahkan lagi majlis tersebut.

Enjoy the photos yg MMD sempat snap di bawah ni ye.


Cantik tema pelamin berwarna merah & gold ni.. Nak tunggu anak2 MMD bersanding...ehmmmm lama lagi la.  Anak2 masih kecil.


Pengantin perempuan, Intan Nurlemsha sama cantik dan sama padan dengan pasangannya, Ahmad Firdaus.





Majlis diserikan pula dengan pencak silat dan juga kumpulan kompang.  Meriah ! Meriah!

As Salam.

Thursday, March 10, 2011

Homemade Whipped Potato

As Salam

Hari ini sengaja curi tulang kat office.  Buat salah kenalah mengaku. Curi tulang nak postkan resepi kat atas tu.  Dah petang2 ni, dah kena cari idea apa nak masak bila sampai kat rumah nanti. Tapi resepi ni hanya boleh dipraktis pada weekend or public holiday and mix & match with other dishes.  If not, kebulurlah my hubby jika makan whipped potato je.  Tak pasal2 nanti my hubby ajak supper pulak.  Bila pulak MMD nak diet kan?

Enjoy the resepi and the photos taken personally by me, this is what we call homemade by my own hand.

Resepi:
a) Kentang, lada hitam, 1/2 cawan susu segar, garam

Rebus kentang dgn kulit2nya (bersihkan dulu sebelum rebus, if not, boleh buang kulit & rebus) agar senang mengopek kulitnya selepas empuk. Potong kecil2, tambah lada hitam, sedikit garam, putar gunakan "cake mixer" sehingga hancussssss.Tambahkan susu sedikit demi sedikit agar jgn terlalu pekat atau terlalu cair, sendiri mau fikirla...

b) Untuk sosnya:

i)650ml air, 5 sudu makan stok ayam (dlm botol), 1 biji bawang besar dicincang, 1 batang saderi dicincang.
Masakkan semua bahan2 i) hingga mendidih, tapis. Buang bawang dan saderi.
ii) 40gm mentega, 20gm tepung gandum, 1 sudu besar sos tomato, 1 sudu besar sos tiram, sedikit serbuk lada hitam, sedikit kicap, garam.

Masak mentega hingga cair, campurkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga tak berketul, masukkan bahan2 i) tadi, sos tomato, sos tiram, kicap, lada hitam. Jika terlalu pekat, tambah air masak. Rasa dulu sebelum tambah garam. Walleyyyy, siap.

Komen dari anak2 & anak2 buah masa organise BBQ  pada 25/12/2010." Angah, boleh buat lagi? Rasanya tak kalah dengan KFC punya".  Punyalah bangga ada orang puji! Ha ha ha, nanti Angah buat lagi ekkk..Itupun kalu menjadi lagi la. 
As Salam.

Sunday, March 6, 2011

Chocolate Lover

As Salam

Lain macam je title kat atas tu kan? Rasa2nya 99 % orang suka makan cokelat. Dari yg tua, muda, budak2 pun suka. 

MMD?  Memang berhantu dengan cokelat ni.  Teringat masa my hubby tengah usha2 MMD dulu, everytime dia datang ke Taman Tun Dr Ismail (dolu2 bertugas di sana sebelum berpindah ke Port Klang selepas bernikah), mesti dia bawak cokelat.  Dia tau MMD suka cokelat dlm bentuk bar, so bukan 1 or 2 bar dia bawak, kadang2 sampai 4-5 bar, katanya untuk bekalan sampai following next dating date.

Anyhow, MMD dedicatedkan post ni untuk promo2 sikit bagi pihak my younger sister yg telah terjebak dlm pembuatan homemade choc.  Dalam sibuk2 bertugas di IPD Melaka, masih lagi sempat membelek choc untuk tempahan dari kawan2.

Sesiapa yg berminat untuk menempahnya, silalah berkunjung ke:
http://endlesslovechocolate.blogspot.com/ atau
cari je di facebook, arba'iyah abdul latif atau
email je ke, shafarena@yahoo.com

Sure harga menarik untuk kawan2 semua, sebut je dari My Mom's Diary.

Layan2 dulu sebahagian gambar choc untuk tatapan semua.  Enjoice!!!








Inilah orangnya yg pandai buat choc tu @ my sister !
Sekian, As Salam.

Saturday, February 26, 2011

Happy birthday to me !!!! syok sendiri la tuu

Salam.  Dah 26 Feb pun.  Tarikh keramat for me.  Selamat dilahirkan dari rahim ibuku, Hajjah Fatimah Bt Embong berpuluh tahun yg lalu.  Dah masuk kategori veteran cun, tu la pasal tak berani nak letak umur..ha ha ha.

Rasa2nya apa buah tangan dari my hubby this time?  Tak kisahlah, asalkan Allah berikan kesihatan yg baik, selalu dijalan Allah, selalu bersangka baik pada semua orang, di tambah rezeki yg sepatutnya (tak perlu tamak !), dipanjangkan umurku dan orang2 disekeliling MMD, dipanjangkan jodoh ku sehingga ke hujung nyawa.

Actually, company dah organised my birthday celebration in advance on 21/02/11 bersama2 dengan another staff yg celebrate birthdaynya dlm bulan yg sama bcoz mereka tau, MMD tak akan masuk office on 26/02/11. MMD & family akan check in ke Palace of the Golden Horses esok. Beside 2 free rooms, dapat free dinner voucher & cake from POGH for this occasion too.  Jangan mare...

Anyway, layan gambar masa kat office, esok2 MMD upload gambar at POGH..

 Cake fruity tutty.

 Pizza, pulut kuning, rendang ayam, mee bandung, nasi himpit, kek coklat, popia. Thanks to my staff yg suka sangat masak for us.  Kredit to Cik Elinaton.


Sorrrry, gambar goyang2, maybe at that time, hujan lebat kat luar..

Doakan MMD yang baik2 ye. Salam.

Friday, February 25, 2011

Dapat cuti percuma hari ni.

 Salam dari MMD.  MMD tulis, kawan2 baca ekkk !

Yo Yo ooo je title kat atas tu.  Bos mana nak bagi cuti percuma kalau bukan tolak dari annual leave, kan? kan?

Actually my dearest hubby yg bagi cuti percuma ni. Cuti dari memasak lor. Dia ajak MMD singgah kat Restoran Cina Muslim Kita di Sri Andalas Klang.  Tempat peberet dia untuk nasi goreng cina.

So, apalagi, melonjak happy la MMD bila tak yah masak hari ni. Lagipun hari ni tak ada idea langsung nak masak menu apa untuk dinner.

Layan gambar makanan di bawah ni ekkkk..


 Ni yg MMD order.

 Ini kuaytiaw kungfu..favourite my son, Hakim.

 Haaaa..yang ni my hubby punya, nasi goreng cina extra punya!!

My doter Lea pun suka, jangan tak percaya, almost habis satu pinggan tu dia sebat.

Sekian dulu story mory pasal makan2. Jumpa lagi.

Sunday, February 20, 2011

Hasil dari kebun ..ahak !

Inilah hasilnya berbudi pada tanah.  2 pokok mangga tut yg ditanam di tepi rumah dah 2-3 kali menghasilkan buah.  Kali ini, buahnya sangat manis tapi masak tak sekaligus...sebijik demi sebijik je..cam ne nak kongsi ni..


Jangan meleleh air liur tengok gambar2 dibawah ni..enjoice...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...